Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Julai 2012

Harga emas susut Isnin selepas Rizab Persekutuan mengecewakan pasaran dengan kegagalannya mengemukakan cadangan kukuh bagi melaksanakan lebih banyak pelan rangsangan ekonomi.

Harga emas meningkat ke arah AS$1,600 seauns Selasa dengan harapan Pengerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke, akan memberi bayangan langkah merancakkan pertumbuhan ekonomi selepas penerbitan data ekonomi yang mengecewakan.

Kegagalan beliau berbuat demikian di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat menyebabkan ramai mengambil keputusan menjual pegangan bagi mendapatkan keuntungan segera.

Bagaimanapun, pantulan dalam pasaran saham selepas laporan pendapatan lebih baik daripada jangkaan membantu memulih harga logam itu.

Emas spot susut 0.2 peratus kepada AS$1,579.25 seauns pada 0930 GMT, manakala dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos jatuh AS$11.00 seauns kepada AS$1,578.50.

Dengan ketiadaan permintaan fizikal, reaksi emas memberi tekanan kepada dolar menyebabkan kos penyimpanan emas menjadi tidak menarik.

"Kita berkemungkinan kekal pada jajaran semasa buat masa ini," kata penganalisis di BNP Paribas, Anne-Laure Tremblay.

"Data penting berikutannya, bergantung kepada perkembangan di zon euro, adalah pembayaran gaji sektor bukan perladangan pada permulaan Ogos.

"Kita menjangka Bernanke akan mengumumkan data suku ketiga dalam ucapan di Jackson Hole pada 31 Ogos depan," katanya.

Euro berada sedikit di bawah dolar AS.

Penilaian muram ekonomi AS yang dibuat Bernanke, membuka ruang kepada lebih banyak penurunan nilai dolar dan melemahkan permintaan bagi mata wang itu.

Bayangan-bayangan baru yang mencadangkan penurunan nilai mata wang itu mencetuskan rali emas tahun ini, tetapi ia kekal pada jajaran AS$1,540 - AS$1,640 enam minggu sebelum ini, dan menanti petunjuk baru.

Bernanke akan menjadi tumpuan sekali pada pagi 1400 GMT bagi memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan, tetapi dijangka tidak memberikan impak besar kepada komen yang dibuatnya Selasa lalu, kata penganalisis.

Data perumahan AS akan dikeluarkan 1230 GMT, dan Rizab Persekutuan akan mengeluarkan Beige Book yang menggariskan persekitaran ekonomi semasa.

Dikalangan logam berharga lain, perak susut 0.7 peratus kepada AS$27.12 seauns, menjejaki kerugian dalam emas.

Prestasi perak yang di bawah emas tahun ini, susut dua peratus berbanding kenaikan satu peratus dalam emas.

Logam itu mendapat kesan daripada kekurangan permintaan tahun ini selepas beberapa pembetulan pada 2011, kelembapan perindustrian dan bekalan tinggi.

Platinum spot susut 0.4 peratus kepada AS$1,407.75 seauns, manakala palladium jatuh 0.2 peratus kepada AS$578.25 seauns - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment