Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 19 Oktober 2012


Emas susut semalam sejajar dengan kejatuhan pasaran saham Asia kerana peniaga menunggu keputusan daripada persidangan kemuncak mesyuarat pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bagi menyelesaikan krisis hutang zon euro.

Langkah rangsangan bank pusat baru-baru ini melonjakkan harga emas ke paras tertinggi dalam 11 bulan iaitu AS$1,795.69 seauns pada awal Oktober, tetapi peningkatan semula dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan di Eropah mengekang peningkatan berterusan harga logam berharga itu.

Harga emas mencecah paras tertinggi hariannya pada AS$1,743 seauns semalam sebelum susut kepada AS$1,737.65, iaitu jatuh sebanyak AS$3.44.

Logam berharga itu mencecah paras tertingginya sekitar AS$1,920 pada September tahun lalu.

"Terdapat kekecewaan selepas emas tidak berjaya melepasi paras AS$1,754 kepada AS$1,755. Kemudian, pengukuhan dolar AS melemahkan pasaran," kata Ronald Leung, Pengarah Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong, sambil menambah bahawa peniaga juga menunggu hasil daripada persidangan zon euro itu.

"Saya fikir emas menjejaki dolar AS. Pada AS$1,700, dilihat ramai orang mahu membelinya pada paras ini."

Logam berharga itu menjejaki secara dekat pergerakan mata wang, dengan pemulihan sentimen sekitar zon euro memberikan sokongan kepada euro dan melemahkan dolar AS.

Ia membuatkan komiditi yang didominasikan dalam dolar AS lebih menarik kepada pembeli yang memegang mata wangt lain.

Harga emas AS bagi penghantaran Disember jatuh AS$5.90 kepada AS$1,738.80.

Pasaran fizikal emas suram semalam dengan premium tidak berubah antara 50 dan 90 sen kepada harga utama London di Hong Kong dan peniaga juga menunggu India untuk memulakan belian.

"Harga  emas dijangka menyaksikan peningkatan permintaan daripada India, tetapi ia dijangka suram berbanding tahun sebelumnya kecuali rupee India mengukuh," kata ANZ.

Musim perayaan akan berlangsung di India, iaitu pengguna emas terbesar dunia, dan akan meningkat pada sambutan Diwali dan Dhanteras pada bulan depan. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment