Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Mei 2014

Harga emas kekal kukuh pada Jumaat, disokong ketegangan politik di Ukraine, dengan pelabur meninjau aliran dana dan permintaan fizikal Asia bagi mendapatkan petanda masa depan.

Namun, logam berkenaan dalam landasan untuk mencatat penurunan mingguan kedua berturut-turut selepas data AS kukuh sekaligus menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu semakin pulih, menyokong pendirian Rizab Persekutuan untuk mengekalkan pengurangan dasar monetari.

"Orang ramai tidak begitu berminat untuk memasuki pasaran ketika ini," kata Ronald Leung, ketua peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.


"Ketika ini, situasi di Ukraine menyokong harga namun data yang diperoleh dar AS menunjukkan pengukuhan berterusan yang mana ia akan membuatkan pelabur menjauhi pasaran dan ia menjejaskan harga," tambahnya.

Spot emas berubah sedikit kepada AS$1,290.25 seauns pada 0641 GMT. Logam berharga itu susut 0.7 peratus minggu ini, iaitu penurunan mingguan ketika berturut-turut.

Data pada Khamis menunjukkan bilangan rakyat Amerika mengfailkan tuntutan baharu bagi manfaat pengangguran yang susut melebihi jangkaan minggu lalu.

Emas kerap dilihat sebagai pelaburan selamat ketika situasi ekonomi dan geopolitik tidak menentu.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam dalam dagangan kecil.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang hasil daripada pungutan suara Ukraine pada Ahad dan kemungkinan European Central Bank (ECB) menyediakan rangsangan monetari.

"Presiden ECB, Mario Draghi berkata pada Khamis bahawa bank itu bersedia untuk mengambil langkah bulan depan bagi meningkatkan ekonomi zon Eropah sekiranya unjuran inflasi yang dikemas koni memberi kewajaran langkah tersebut," katanya.

Bulan semasa Mei 2014, Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014 naik satu mata setiap satu masing-masing kepada RM134.15 segram, RM134.40 segram, RM134.65 segram dan RM134.75 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 4,040 kontrak daripada 4,037 kontrak pada Khamis dan jumlah dagangan naik 856 lot bernilai RM11.4 juta daripada 841 lot bernilai RM11.3 juta kelmarin. - BERNAMA/REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment