Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 05 Mei 2014


Emas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu semalam, meningkat buat sesi kedua berturut-turut apabila ketegangan dan keganasannyang semakin memuncak di Ukraine menambah daya tarikan logam berharga itu.

Pelabur bagaimana pun kekal berjaga-jaga sama ada kenaikan itu dapat dikekalkan dengan beberapa pasaran ditutup dan aliran keluar dari dana emas terbesar terus menunjukkan sentimen yang mendatar.

Spot emas meningkat 0.4 peratus pada AS$1,305.60 seauns pada 0319 GMT, selepas meningkat kepada AS$1,308.50 sebelumnya, paras tertinggi sejak 15 April lalu.

Kecairan dijangka lebih kecil dengan pasaran di Jepun, Korea Selatan dan London ditutup.

"Kami menguji paras penurunan dengan agak agresif minggu lalu. Maka, emas meningkat dengan jangkaan bahawa situasi di Ukraine semakin buruk," kata seorang peniaga di Hong Kong.

"Kami akan menyokong di atas AS$1,300 hinggalah kami mendapatkan kecairan semula esok (hari ini)."

Militan pro-Russia menyerbu sebuah balai polis di Odessa, Ukraine kelmarin dan membebaskan hampir 70 rakan aktivitis dengan pemimpin negara itu menuduh pasukan polis dengan mengatakan mereka mengambil rasuah atau bekerjasama dengan kumpulan pemisah.

Mereka memecahkan tingkap dan merosakkan pintu masuk balai itu dua hari selepas kira-kira 40 aktivitis pro-Russia maut dalam satu kebakaran di bangunan yang ditawan mereka selepas bertempur dengan kumpulan pro-Kiev.

Emas dilihat sebagai pelaburan selamat semasa tempoh ekonomi dan politik tidak menentu.

Jumaat lalu, logam itu jatuh ke paras terendah dalam seminggu pada AS$1,276.60 selepas data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dikeluarkan.

Namun, ia memulihkan kerugian itu untuk mengakhiri semalam 1.3 peratus lebih tinggi dengan bertambahnya jumlah orang yang kehilangan kerja serta memuncaknya ketegangan di Ukraine.

Begitupun, SPDR Gold Trust iaitu dana tukaran emas terbesar dunia berkata pegangan jatuh 2.70 tan kepada 782.85 pada Jumaat, kerugian tiga sesi berturut-turut.

Minggu lalu saja, dana itu menyaksikan aliran keluar hampir 10 tan. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment