Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 April 2014


Emas jatuh pada Rabu sebelum berlangsungnya mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) dan data di Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan ekonomi negara itu semakin baik.

Namun ketegangan di Ukraine terus menyediakan sokongan asas kepada logam berharga itu yang secara tradisinya menjadi aset selamat daripada risiko kemelesetan.

Harga emas turun 0.3 peratus kepada AS$1,292.40 seauns pada 1054 GMT, selepas ditutup rata dalam sesi sebelumnya.

Niaga hadapan AS bagi penghantaran Jun turun AS$3.70 seauns kepada AS$1,292.60.

Pasaran terbesar memfokuskan kepada pengumuman oleh pembuat dasar Fed lewat hari ini.

Mereka dijangka akan memutuskan keputusan untuk menyambung pengurangan pelan rangsangan pembelian bon dan turut menyelesaikan isu tempoh terbaik untuk kenaikan kadar walaupun tiada pertukaran ketara dijangka dilaksanakan.

Data Keluaran Dalam Negara kasar akan menunjukkan bencana cuaca sejuk melampau menjejaskan ekonomi AS bagi separuh pertama walaupun data itu menunjukkan seawal  suku kedua mencatatkan prestasi positif.

"Ia sepatutnya memberi impak negatif kepada emas, melainkan kita memperoleh perkembangan baharu kepada krisis ketegangan geopolitik," kata Perunding Quantitative Commodity Research, Peter Fertig.

Ekonomi kukuh menunjukkan Fed mungkin akan menyegerakan usaha untuk memperketatkan kembali monetarinya.

Dasar monetari yang longgar dan dilaksanakan bersama kadar faedah yang rendah dalam tempoh yang panjang akan mengurangkan kos dan peluang memiliki aset bukan emas, yang menjadi faktor penting memacu harga emas lebih tinggi sejak akhir-akhir ini. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment