Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 April 2014


Harga emas jatuh buat sesi kedua berturut-turut semalam, berada di bawah AS$1,300 apabila data kukuh Amerika Syarikat (AS) mengimbangi bidaan untuk pelaburan selamat itu daripada ketegangan memuncak antara Russia dan Barat.

Pelabur kini menunggu laporan pekerjaan AS dan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengukur kekuatan ekonomi terbesar dunia itu dan pendirian bank pusat terhadap dasar monetari.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,292.80 seauns semalam. Harganya mencecah paras tertinggi dalam satu setengah minggu AS$1,306.11 kelmarin sebelum berakhir turun 0.6 peratus berikutan beberapa isyarat pengukuhan dalam pasaran perumahan AS.

"Semua mata tertumpu kepada kenyataan Fed dan tindakan masa depannya. Laporan pekerjaan AS pada Jumaat akan menjadi lebih penting memandangkan pasaran menjangkakan pasaran buruh akan terus meningkat susulan ekonomi lembap pada musim sejuk," kata Wing Fung Financial Group Hong Kong dalam satu nota.

"Kedua-dua data akan mempunyai kesan terbalik yang ketara ke atas emas. Kami menjangkakan pasaran akan jatuh sebelum data dikeluarkan," katanya.

Ekonomi yang kukuh bermakna permintaan selamat bagi emas akan menjadi perlahan dan fed mungkin mempercepatkan laluannya terhadap dasar monetari yang ketat.

Bank pusat AS itu telah pun memperlahankan kadar pembelian bonnya.

Dalam isyarat terbaharu ekonominya yang sudah pulih, data pada Isnin menunjukkan kontrak untuk membeli rumah sekunder di AS pada bulan Mac meningkat buat kali pertama dalam tempoh sembilan bulan.

Sementara itu, ketegangan antara Barat dan Russia terhadap Ukraine kekal tinggi selepas AS mengenakan sekatan baru ke atas pakatan Presiden Vladimir Putin, mengakibatkan Moscow menarik semula taktik 'Perang Dingin' dengan lebih banyak keganasan berlaku di timur Ukraine.

Situasi Ukraine memberikan kesan kepada emas minggu ini dengan perhatian terarah kepada mesyuarat Fed dan beberapa laporan data, kata seorang peniaga logam berharga. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment