Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 02 Mei 2014


Harga emas stabil semalam selepas dua sesi mengalami kerugian tetapi menuju kejatuhan untuk minggu kedua dalam tempoh tiga minggu berikutan keyakinan yang meningkat mengenai ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Perak yang mencatatkan kerugian tiga peratus menuju prestasi mingguan terburuk dalam tempoh enam minggu.

Pelabur logam berharga mengintai data pekerjaan AS yang dijadual dikeluarkan lewat semalam untuk mendapatkan petunjuk lanjut mengenai ekonomi, yang menunjukkan kekuatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas musim sejuk teruk yang menjejaskan prestasi ekonomi suku pertama.

Rizab Persekutuan (Fed) juga menilai bacaan suram pertumbuhan AS pada suku pertama dan memberikan penilaian yang kebanyakannya menyakinkan mengenai prospek ekonomi apabila ia mengumumkan lagi pemotongan dalam program rangsangan pembelian bon besar-besaran.

Spot emas kekal pada AS$1,283.14 seauns pada 0237 GMT, selepas jatuh 0.6 peratus pada sesi sebelumnya. Ia turun 1.5 peratus untuk keseluruhan minggu.

"Oleh kerana Fed dan data AS yang mantap, kita rasa harga emas mungkin akan jatuh lebih jauh.

Ia mungkin menguji AS$1,265," kata Pengarah Urusan Peruncit GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.

Harga akan berada di bawah tekanan kerana laporan senarai gaji AS dijangka menunjukkan pekerjaan meningkat pada kadar pesat dalam tempoh lima bulan pada bulan April dan kadar penggangguran mungkin menurun.

Peniaga-peniaga lain mengingatkan bahawa kegagalan untuk mencatat keuntungan walaupun ketegangan yang meningkat di Ukraine dan dolar AS yang lemah, yang didagangkan menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga minggu, bermakna ia mungkin menyaksikan penurunan lanjut.

Dalam pasaran fizikal, Lan berkata, permintaan meningkat sedikit minggu ini tetapi masih rendah daripada paras tahun lalu. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment