Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN METRO AHAD : Rujuk Pakar Pelaburan Emas



Kuala Lumpur : Orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan Internet sebagai rujukan utama untuk menyertai aktiviti pelaburan emas sebaliknya mendapatkan nasihat individu berpengalaman dalam bidang berkenaan.

Pengurus Besar Kumpulan Public Gold Syukor Hashim berkata, kebanyakan maklumat yang didedahkan melalui Internet direka pihak yang menyertai skim cepat kaya.

“Disebabkan ramai cenderung memilih Internet untuk mencari semua maklumat, pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk menarik lebih ramai mangsa.

“Jangan percaya dengan janji manis seperti keuntungan bulanan yang tinggi sekiranya melabur emas bersama syarikat yang belum tentu lagi statusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 peserta Seminar Emas Sebagai Penyelamat Kejatuhan Nilai Ringgit, di sini, semalam.  

Antara penceramah dalam seminar berkenaan adalah penulis buku terlaris “Essentials of Finance Management' Prof Dr Hassanuddeen Abd Aziz, Ketua Ekonomi lQl Holdings Shan Saeed dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group Datuk Wira Louis Ng.

Dalam seminar itu, peserta didedahkan dengan peranan emas yang mampu berperanan sebagai penyelamat kepada kejatuhan ringgit sekali gus menyediakan lindungan nilai yang kukuh untuk mengimbangi kelas aset lain.

Menurut Shan, penting bagi mereka yang berminat menceburi bidang pelaburan emas untuk mengetahui sejarah mata wang dunia.

“Sejarah mata wang dunia dan pengetahuan meluas mengenai pengurusan wang penting untuk pergi lebih jauh dalam bidang pelaburan emas kerana kita boleh menjangkakan kekuatan mata wang negara pada situasi semasa, ” katanya.

Sumber : Metro Ahad (28 Febuari 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment