Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN DINAR : Tiada Sinar Dinar



"50,000 pelabur Malaysia ditipu sindiket janjikan pulangan berlipat ganda"

Kuala Lumpur - Harapan menggunung kira-kira 50,000 pelabur tempatan yang membeli dan menyimpan 'duit peram' dinar Iraq membabitkan nilai hampir RM50 juta sejak 2004, lebur apabila pelaburan mereka tidak memberi pulangan diharapkan.

Mereka yang menyimpan mata wang itu sejak 11 tahun lalu terpedaya dengan dakwaan bakal berlaku 'gelombang jutawan Timur Tengah' di negara ini apabila nilai mata wang dinar Iraq dikatakan akan melonjak ke paras tertinggi.

Kebanyakan pelabur mengeluarkan antara RM500 dan RM20,000 untuk membeli mata wang asing berkenaan.

Pada peringkat awal, dinar Iraq itu dijual sekeping not 25,000 pada harga RM100 dan mangsa didakwa akan menjadi kaya-raya serta mendapat pulangan sehingga RM1 juta sebaik saja mata wang itu diapungkan atau diistilahkan RV.

Penolong Pengarah Bahagian Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Njmi Mustaffa berkata, pelaburan berkenaan satu bentuk penipuan yang dijalankan sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan mudah. 

"Mereka ini sengaja memanipulasi keadaan ekonomi dan politik Iraq untuk mengaburi mata pelabur sedangkan pelaburan yang dijalankan tidak mendatangkan hasil.

"Saya nasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan skim pelaburan berkenaan yang sentiasa menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat, namun akhirnya mangsa 'gigit jari' dan janji hanya tinggal janji," katanya ketika dihubungi di sini.

Najmi berkata, keadaan ekonomi kini menyebabkan ada segelintir pihak yang sengaja mencuri peluang untuk menjalankan penipuan pelbagai bentuk skim.

"Mudah saja, mereka yang menipu akan memberi pelbagai alasan dan sengaja lambatkan tarikh apabila sampai masa untuk membayar keuntungan atau faedah kepada pelabur," katanya.

Beliau yakin golongan 'jutawan mimpi' masih menaruh harapan dan menanti-nantikan keuntungan dijanjikan pihak yang menjual mata wang itu. 

Sekurang-kurangnya 30 mangsa membuat laporan polis mendakwa diperdaya apabila masih gagal mendapatkan pulangan keuntungan selepas membeli dan menyimpan mata wang dinar Iraq itu.

Sebelum ini muncul beberapa individu yang memancing mangsa dengan mendakwa nilai mata wang Dinar Iraq akan melonjak kembali apabila negara itu kembali aman.

Pihak yang menjanjikan pulangan lumayan itu pernah berjanji semua pelabur dinar Iraq akan memperoleh keuntungan pada awal Mei lalu namun ia ditunda beberapa minggu sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Husin,33, berkata dia terpedaya dengan sindiket terbabit selepas membaca inlan di Facebook (FB) awal Mac tahun lalu.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi seorang individu menggelarkan dirinya Datuk dan bersetuju berjumpanya di suatu lokasi di Sungai Buloh beberapa hari kemudian.

"Datuk terbabit 'offer' (tawar) sama ada mahu beli dinar Iraq ataupun rial Iran kerana dipercayai kedua-duanya boleh memberi keuntungan berlipat kali ganda.

"Saya kemudian menyerahkan RM4,000 duit simpanan kepada lelaki itu. Dia mendakwa saya boleh mendapat pulangan lebih RM10 juta jika wang itu diniagakan semula kelak," katanya.

Husin berkata, dia dijanjikan bakal menerima pulangan selewat- lewatnya Mei lalu apabila mata wang khususnya dinar Iraq mencapai RV.

Bagaimanapun, pelbagai alasan diberikan apabila lelaki itu menyalahkan beberapa krisis termasuk gerakan Militan Islam (IS) serta kelembapan ekonomi dunia sebagai punca mata wang itu terus dibekukan.

"Kami semua kemudian dijanjikan tarikh baru pulangan keuntungan pada 15 Julai lalu, iaitu beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu. Namun hingga kini semuanya hanya tinggal janji," katanya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Zida, 35, dia terkilan dan kecewa kerana menghabiskan hampir RM3,000 untuk membeli mata kedua-dua negara Timur Tengah itu.

"Selepas diberikan mata wang itu tidak laku, saya ingin menjual semua wang terbabit dengan harga pukal iaitu 100,000 dinar Iraq pada harga RM500 dan 500,000 Rial Iran berharga RM250. Malangnya tiada siapa yang mahu membeli wang itu lagi," katanya.

Tulisan : Asmah Rusman & Siraj Mohd Zaini


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment