Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Januari 2015


Harga emas jatuh untuk sesi keempat daripada lima sesi semalaman selepas Rizab Persekutuan memberikan gambaran bulis terhadap ekonomi AS, sekaligus memberi isyarat ia dalam landasan untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

Prospek menaikkan kadar faedah AS menjadikan aset tidak menanggung faedah seperti emas kurang menarik, menyebabkannya semakin jatuh daripada paras tertinggi lima tahun yang dicatatkan minggu lalu.

"Orang ramai sudah menyesuaikan diri dengan pendirian dasar baharu dan tiada alasan seterusnya untuk meningkatkan emas ke paras lebih tinggi," kata Ketua Penyelidik Wing Fung Financial Group di Hong Kong, Mark To.

Dalam kenyataan dasarnya kelmarin, Fed berkata ekonomi AS berkembang pada 'kadar kukuh' dengan peningkatan jumlah pekerjaan sehingga menyebabkan bank pusat itu dalam laluan untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

Namun ia mengulangi bahawa Fed bukan 'bersabar' dalam menentukan bila untuk menaikkan kos pinjaman kadar penanda aras daripada sifar.

Spot emas susut 0.2 peratus kepada AS$1,282.11 seauns pada 0657 GMT, manambah kepada penyusutan 0.6 peratus pada sesi sebelumnya.

Emas mencecah paras tertinggi lima bulan AS$1,306.20 pada 22 Januari lalu.

Harga emas AS bagi penghantaran Febuari susut 0.3 peratus kepada AS$1,281.90 seauns.

Dolar berada lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama dan tidak jauh daripada paras kemuncak 11 tahun yang dicapai minggu lalu apabila pengukuhannya tertumpu kepada berita positif kenyataan Fed.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), berkata ia akan mengambil kira 'perkembangan kewangan dan antarabangsa' semasa untuk menentukan bila akan menaikkan kadar faedah, dengan merujuk pasaran global buat kali pertama sejak Januari 2013.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, perkara itu hanya mengubah sedikit jangkaan pasaran yang meramalkan kenaikan kadar akan dibuat pertengahan tahun ini.

"Secara keseluruhan, hanya ada sedikit isyarat untuk mengubah kenaikan pertama yang dijangka pada Jun ini," kata Mizuho Bank dalam satu nota.

Pelabur akan memerhatikan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS hari ini untuk mendapatkan lebih banyak isyarat pengukuhan ke atas ekonomi.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wang Palsu Cetakan Jember


Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) bagi menjejaki sindikit pengedaran wang palsu antarabangsa yang disyaki aktif menghasilkan wang kertas palsu ringgit Malaysia di republik itu.

Penyeludupan wang kertas palsu ringgit Malaysia itu dipercayai ada kaitan dengan kajayaan POLRI menumpaskan sindiket pencetakan wang palsu di Jember, Jawa Timur pada petang Selasa lalu.

Hasil serbuan itu pihak polis menemui plat besi mencetak wang kertas ringgit Malaysia (RM) selain wang kertas Rupiah berjumlah 12.2 bilion (RM35.8 juta).

Sumber berkata, penemuan plat khas mencetak wang kertas palsu itu membabitkan pelbagai mata wang Malaysia yang dicetak menggunakan mesin khas diimport dari Jerman.

Menurutnya, berdasarkan penemuan itu, polis yakin sindiket itu mampu mencetak wang kertas palsu dalam kuantiti besar sebelum diedarkan ke pasaran.

"Sindiket itu mempunyai kepakaran khusus mencetak wang kertas Rupiah 100,000 (RM34) dan not kertas RM10 berdasarkan penemuan mesin pencetak dan pemotong wang kertas palsu yang diimport khas dari Jerman dengan harga sekitar RM2 juta.

"Malah, pihak POLRI yang melakukan serbuan di dua rumah berasingan menemui wang kertas palsu ringgit Malaysia siap dicetak," katanya.

Difahamkan seramai empat suspek yang dipercayai pakar cetak dan pengedar wang kertas palsu itu berjaya ditumpaskan.

Malah pihak POLRI sendiri sukar membeza wang kertas palsu itu berikutan sindiket menggunakan kertas khas yang dipercayai turut diimport dari luar negara.

"Malah polis tidak menolak kemungkinan wang kertas palsu itu diseludup dan berada di negara ini sejak sekian lama.

"Sama ada diseludup dalam skala besar atau kecil, perkara itu akan disiasat berikutan kekerapan laporan penemuan wang palsu di negara ini," katanya.

Difahamkan Badan penyelidik dan jenayah POLRI dan Bank Indonesia menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi menyiasat lebih lanjut berhubung penyebaran wang palsu itu tidak lama lagi.

Dalam kejadian berasingan Sabtu lalu, Polis Daerah Cheras berjaya menumpaskan satu sindiket mencetak wang palsu not RM100 di Taman Midah Cheras dan Taman Desa, Brickfield.

Tiga suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun berjaya diberkas bersama 264 keping not kertas RM100 dan dua keping not RM50 palsu.

Sumber : Harian Metro (30 Januari 2015)
Tulisan : Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohaamad Hafiz Nawawi


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ROMPAKAN JONGKONG EMAS : Helah Tipu Kawan


Kajang - Buntu gagal membayar semula wang pelaburan emas milik rakannya menyebabkan seorang ejen bertindak membuat laporan palsu mendakwa dia dirompak sekumpulan penjenayah dalam kejadian samun di Bandar Baru Bangi, kelmarin.

Dalam kejadian 'samun' jam 3 pagi itu, mangsa mendakwa suspek melarikan wang tunai serta jongkong emas miliknya berjumlah lebih RM500,000.

Difahamkan mangsa membuat laporan itu jam 7.30 pagi kelmarin, di Balai Polis Bandar Baru Bangi di sini, berikutan wang pelaburan sebanyak RM110,000 milik empat individu yang melabur dengannya sudah digunakan.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis termasuk forensik dari Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras bergegas ke lokasi rompakan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, lelaki yang berusia 28 tahun itu mendakwa dia disamun di kawasan Pesiaran Pekeliling Bandar Baru Bangi.

"Pada pagi itu, dia mendakwa pergi ke sebuah bank di Seksyen 16 di sini, untuk memasukkan sejumlah wang tunai.

"Dia bagaimanapun mendakwa mesin deposit wang tunai di bank itu tidak dapat digunakan berikutan perkhidmatannya tergendala," katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit kemudiannya berpatah balik ke rumah terletak di Taman Sungai Ramal Dalam di sini, namun mendakwa dikepung tiga kenderaan terasuk sebuah motosikal dinaiki enam suspek.

"Salah seorang suspek turun dari kenderaan lalu mengetuk cermin kereta Toyota Vios milik mangsa manakala empat lagi suspek bersenjata parang terus mengambil wang tunai berjumlah RM34,000 serta jongkong emas bernilai RM500,000 sebelum melarikan diri," katanya.

Abdul Ghani berkata, hasil siasatan dan temubual dilakukan terhadap lelaki terbabit mendapati cerita itu adalah palsu dan tidak pernah berlaku.

"Dia mendakwa 'mati akal' kerana tidak dapatmelunaskan wang pelaburan milik rakannya yang sudah digunakan itu.

"Pihak kami sudah menahan lelaki itu untuk siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu," katanya.

Bagaimanapun Abdul Ghani berkata, kes samun yang dilaporkan lelaki itu akan tetap disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Suspek juga menyatakan dia mula bergiat aktif dalam pelaburan emas sejak Febuari tahun lalu," katanya.

Sumber : Harian Metro (30 Januari 2015)
Tulisan : Mohd fadly Samsudin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 27 januari 2015


Emas bergelut semalam untuk pulih daripada kejatuhan dua sesi sebelumnya berikutan pengukuhan dolar AS dan pasaran ekuiti yang memalapkan daya tarikan logam itu sebagai pelindung nilai, mengekalkan dagangan di bawah paras tertinggi lima bulan.

Emas semerta kukuh pada AS$1,279.90 seauns pada 0759 GMT.

Logam itu jatuh 1.6 peratus dalam dua sesi dagangan sebelum ini selepas mencecah paras tertinggi lima bulan AS$1,306.20 pada Khamis.

"Tumpuan pasaran jongkong emas mungkin beralih kepada mesyuarat FOMC pada 27 hingga 28 Januari," kata James Steel, penganalisis di HSBC, merujuk kepada Suruhanjaya Pasaran Terbuka Persekutuan.

"Dalam jangka terdekat, jongkong emas berkemungkinan terus mengukuh daripada kenaikan awal tahun lalu," katanya.

Pelabur memantau mesyuarat Rizab Persekutuan bagi mendapatkan petunjuk berhubung bila kadar faedah akan dinaikkan.

Andaian umum ialah Rizab Persekutuan akan mengumumkan ketidaktentuan tinjauan global dan mengekalkan janji untuk tidak terburu-buru dalam mengetatkan dasar kewangan negara.

Kadar faedah dijadualkan dinaikkan pada pertengahan tahun ini, satu langkah yang boleh menaikkan lagi nilai dolar dan melemahkan jongkong emas.

Berita berhubung pembelian emas oleh Bank Pusat dan aliran emas buat pertama kali dalam 16 tahun Disember lalu, manakala Russia terus membeli sembilan bulan berturut-turut, demikian menurut Dana Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) semalam.

Pegangan SPDR Gold Trust menokok 0.24 peratus kepada 743.44 tan pada Isnin.

Di pasaran fizikal, pembelian perlahan disebabkan harga lebih tinggi, dengan premium dalam hab dagangan utama menyusut.

Di Singapura, premium jatuh 70 sen kepada AS$1 seauns, berbanding AS$1.20 sebelumnya bulan ini.

Di Hong Kong, premium berada pada 50-70 sen seauns, jatuh daripada AS$1 dua minggu lalu.

Sungguhpun berlaku kelembapan, minat di China kekal kukuh berbanding bulan lalu disebabkan persiapan menyambut cuti Tahun Baru Cina.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ROMPAKAN : Remaja Curi Rantai Berlian RM16 Juta Diburu


Hong Kong - Polis memburu seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan tiga orang dewasa selepas dipercayai terbabit mencuri rantai berlian bernila AS$4.6 juta (RM16.1 juta) dari sebuah kedai barang kemas mewah di Hong Kong.

Tiga individu dewasa terbabit dikatakan menarik perhatian kakitangan jualan dengan berpura-pura melihat barangan di sebuah cawangan rangkaian kedai yang popular dalam kalangan pelancong China, Emperor Watch and Jewelery, tengah hari Jumaat lalu.

Maklumat budak perempuan masih disiasat
Pada masa sama, kanak-kanak dianggarkan berumur 12 hingga 14 tahun itu mencuri rantai berlian 117 karat daripada kabinet pameran di hadapan kedai terbabit, kata polis kepada CNN.

Maklumat terperinci bagaimana kanak-kanak perempuan itu mencuri rantai masih disiasat, lapor media tempatan.

Remaja itu dikatakan mencuri kunci dari laci dan membuka kabinet pameran, manakala tiga orang dewasa terbabit mengalihkan perhatian kakitangan kedai.

"Tiga suspek dewasa berpura-pura mahu berbelanja besar dan meminta kakitangan kedai menunjukkan barangan kemas lain sebagai taktik mengalihkan perhatian," kata sumber polis kepada South China Morning Post.

Berdasarkan rakaman foto, kanak-kanak perempuan terbabit berjalan dengan tenang di pusat membeli-belah dengan membawa barangan dalam poket baju panasnya yang berwarna kelabu.

Keselamatan dipertingkat
Berikutan rompakan itu, kawalan keselamatan tambahan dikenakan di luar kedai manakala jurucakap kedai memberitahu CNN perniagaan diteruskan seperti biasa.

"Keutamaan kami adalah mematuhi siasatan polis tetapi kami masih menanti keputusan untuk melihat langkah perlu diambil bagi menambah keselamatan," katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 26 Januari 2015


Emas tidak meneruskan kenaikan awal semalam apabila nilai dolar lebih kukuh mengimbangi permintaan bagi logam berharga itu.

Perkembangan itu berlaku selepas kemenangan parti anti langkah penjimatan Greece dalam pilihan raya umum yang mencetuskan kebimbangan baharu kedudukan tidak stabil di Eropah.

Pemimpin sayap kiri Greece, Alexis Tsipras dengan parti Syriza mencatatkan kemenangan dalam pilihan raya pada Ahad dijangka menjadi Perdana Menteri kerajaan zon euro pertama yang menentang syarat menyelamat dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika krisis ekonomi.

Pemimpin Eropah berkata, Greece mesti menghormati terma rundingan menyelamat bernilai 240 bilion euro, namun Tsipras berkempen menggunakan janji untuk merundingkan semula hutang besar negara itu.

Perkara itu membangkitkan kemungkinan konflik besar dengan negara anggota zon euro yang lain.

Mata wang euro mencecah paras terendah 11 tahun semalam selepas keputusan pilihan raya, manakala niaga hadapan saham AS turut sama jatuh.

Indeks dolar diniagakan hampir ke paras tertinggi sejak 2003.

"Orang ramai berasa sangat tidak pasti dengan pasaran dan tertanya-tanya sama ada Greece akan keluar dari zon euro," kata Ketua Peniaga Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong, Ronald Leung sambil menambah ia memberikan sedikit sokongan kepada logam berharga itu.

Spot emas susut 0.3 peratus kepada AS$1,290 seauns pada 0754 GMT, selepas meningkat sehingga 0.4 peratus pada awal sesi.

Logam berharga itu mencatatkan permulaan baik pada tahun ini, menokok sebanyak sembilan peratus setakat bulan ini.

Kenaikan itu kebanyakannya adalah disebabkan permintaan terhadap aset selamat berikutan kejatuhan harga minyak dan perkembangan tidak menentu di Eropah.

Sentimen yang bertambah baik juga dapat dilihat dalam kedudukan pelabur.

Spekulator meningkatkan pertaruhan bulis mereka ke atas niaga hadapan dan opsyen emas buat minggu keempat berturut-turut bagi minggu berakhir 20 Januari.

Sementara itu, pegangan dalam SPDR Gold Trust iaitu dana tukaran sokongan emas terbesar juga turut meningkat.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 Januari 2015


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif, dijangka rendah minggu ini sekiranya dolar AS meneruskan momentum peningkatannya.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Soo Ling, berkata harga emas dijangka berdepan tekanan berikutan pengukuhan dolar AS berkenaan.

Katanya, program rangsangan Bank Pusat Eropah beserta jangkaan kadar faedah AS yang meningkat, boleh mendorong kenaikan dolar AS dan menyekat permintaan emas sebagai aset jaminan.

"Pelabur emas kini sememangnya menunggu petunjuk baharu bagi persekitaran ekonomi makro dan masa kenaikan kadar faedah daripada pilihanraya kecil di Greece dan mesyuarat dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada Khamis," katanya.

Pasaran emas tempatan ternyata kukuh minggu lalu, sejajar prestasi Bursa Komoditi AS dan sentimen program rangsangan Bank Pusat Eropah.

Bagi perbandingan asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Januari 2015 melonjak 110 mata kepada RM150 segram manakala Febuari 2015 menokok 112 mata kepada RM150.60 segram.

Mac 2015 menambah 114 mata kepada RM151.10 segram manakala April 2015 menokok 115 mata kepada RM151.55 segram. Jumlag daganganbagi minggu baru berakhir merosot kepada 843 lot bernilai RM16.4 juta daripada 1,021.6 lot bernilai RM32.6 juta, minggu lepas.

Kepentingan terbuka pada Jumaat berkurang kepada 3,399 kontrak berbanding 3,424 kontrak, minggu sebelumnya.

Emas jatuh sehingga 1.2 peratus Jumaat lalu selepas nilai dolar meningkat dan pasaran memahami imlikasi bercampur pelan Bank Pusat eropah (ECB) untuk menyuntik sekitar 1 trilion euro bagi membangkitkan ekonomi zon euro yang muram.

Logam itu yang biasanya dilihat sebagai pelindung terhadap inflasi sehari sebelumnya menokok lebih daripada satu peratus di atas AS$1,300 seauns selepas pengumuman ECB itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 23 Januari 2015


Emas susut pada Jumaat, menarik kembali daripada paras tinggi lima bulan, selepas euro mencecah 11 tahun rendah berbanding dolar dan saham meningkat berikutan European Central Bank (ECB) mengumumkan program pembelian bon berjumlah berbilion euro untuk memulihkan zon euro ekonomi yang bergelut.

Logam itu yang kebiasaannya dilihat sebagai pelindung nilai kepada inflasi, melonjak lebih daripada satu peratus melepasi AS$1,300 seauns pada Khamis selepas ECB berikrar untuk membelanjakan lebih 1 trilion euro untuk memacu pertumbuhan dan mengelakkan deflasi.

Namun harga terjejas daripada kenaikan selepas impak pengukuhan dolar yang menjadikan aset yang didominasi dolar lebih mahal kepada pelabur asing.

"Emas terjejas daripada kesan dolar kelmarin, yang bermaksud emas berasaskan euro menjadi komoditi berprestasi terbaik tahun ini, membantu emas-dolar kekal stabil sekitar AS$1,300.

"Tetapi pengukuhan dolar kini pulih sangat baik," kata pengurus kanan Saxo Bank, Ole Hansen.

Spot emas susut 0.5 peratus kepada AS$1,294.70 seauns pada 1101 GMT. Emas memuncak kepada AS$1,306.20 pada Khamis, paras tertinggi sejak 15 Ogos, berada di landasan untuk mencatat kenaikan tiga minggu berturut-turut.

Niaga hadapan emas AS naik AS$6.80 kepada AS$1,293.90 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam selepas pengambilan untung semalam, didorong oleh pengumuman Bank Pusat Eropah (ECB), kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Soo Ling, berkata niaga hadapan emas Malaysia kekal melebihi RM150 segram selepas ECB mengumumkan program pembelian bon bernilai berbilion euro untuk menangani tekanan deflasi dalam ekonomi di zon euro.

Pada penutup, Januari 2015, Febuari 2015, Mac 2015 dan April 2015 semuanya meningkat sebanyak 20 mata, masing-masing kepada RM150.00, RM150.60, RM151.10 dan RM151.55 segram.

Kepentingan terbuka susut kepada 3,399 kontrak daripada 3,448 kontrak pada Khamis manakala jumlah dagangan turun kepada 206 lot bernilai RM3.11 juta berbanding 264 lot bernilai RM3.94 juta kelmarin.

Harga emas fizikal naik 86 sen kepada RM145.20 segram daripada RM144.34 segram pada Khamis.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RM65,000 Lebur Ditipu 'Awang Hitam'


Kuala Lumpur - Gerbang perkahwinan diimpikan seorang doktor wanita sebaliknya musnah apabila dia menjadi mangsa penipuan cinta Facebook oleh lelaki warga Nigeria.

Mangsa berusia 45 tahun tidak menyedari diperdaya lelaki Afrika itu yang menyamar sebagai ahli perniagaan warga British bernama Davis Grey.

Mangsa menyerahkan wang selepas suspek meminta bantuan kononnya untuk urusan pelaburan syarikat di Thailand.

Difahamkan mangsa yang mula menjalin sejak Oktober 2013 kerugian RM65,000 selepas diperdaya suspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa tidak pernah berjumpa dengan suspek, namun terpikat dengan kata-kata cinta suspek.

Menurutnya, suspek berjanji mengahwini mangsa selepas berkenalan lebih tujuh bulan.

"mangsa melakukan transaksi wang beberapa kali ke dalam akaun bank diberikan suspek. Suspek dipercayai menggunakan keldai akaun untuk membolehkan wang dipindahkan sejak April tahun lalu.

"Mangsa menyedari diperdaya apabila suspek menghilangkan diri dan tidak mengotakan janji untuk mengahwininya," katanya.

Susulan laporan polis dibuat mangsa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju membuat serbuat di sebuah rumah di Jalan Usahawan 2, Off Jalan genting Klang, Setapak, jam 9.15 malam kelmarin.

Beliau berkata, seorang lelaki Nigeria berusia 39 tahun bersama tiga wanita warga Vietnam, Thailand dan Filipina berusia antara 33 hingga 37 tahun ditahan.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui beberapa komputer riba mengandungi gambar dan imej dipercayai digunakan untuk menyamar dan menipu mangsa.

"suspek mengaku kononnya pelajar kolej swasta di negara ini, namun perkara itu masih dalam siasatan. Polis percaya dia mungkin menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini," katanya.

Katanya, ketiga-tiga wanita yang mengaku kononnya teman wanita suspek itu adalah keldai akaun yang membenarkan suspek menggunakan akaun bank mereka untuk proses transaksi wang tunai daripada mangsa.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Datuk, Isteri Nafi Tipu RM6.7 Juta


Kuala Lumpur - Seorang ahli perniagaan dan isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menipu dan bersubahat dalam pembelian, penjualan semula tiket serta tender selimut Penerbangan Malaysia (MAS), lima tahun lalu.

Datuk Ahmad Sabri Abdul Manaf, 65, dan Datin Felinnia Saruti Sadri,37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah berasingan.

Mengikut 34 pertuduhan membabitkan nilai RM6.7 juta, Ahmad Sabri didakwa memperdaya 14 individu untuk membuat pelaburan  berkaitan perniagaan MAS iaitu pembelian dan penjualan semula tiket penerbangan bagi mendapat pulangan modal serta keuntungan antara 10 hingga 25 peratus.

Mengaku tak bersalah
Dia juga didakwa memperdaya mangsa membuat pelaburan berkaitan perniagaan MAS, iaitu tender selimut bagi pulangan modal dan keuntungan sebanyak 25 peratus.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Bangsar Shopping Centre, CIMB KLCC, CIMB Damansara Utama, Maybank Raja Laut dan One World Hotel Bandar Utama di sini, antara April 2010 hingga April 2011.

Ahmad Sabri turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima deposit tanpa lesen sah daripada orang awam mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurshuhaida Zainal Azahar dan Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia (BNM), Mohd Shukri Ahmad Mansor, manakala tertuduh diwakili peguam, Afifuddin ahmad Hafifi.

Ikat jamin RM500,000
Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Di mahkamah berasingan, Felinnia Saruti didakwa bersubahat dengan suaminya terhadap 21 pertuduhan menipu 13 individu dan menerima deposit tanpa lesen yang sah, membabitkan jumlah RM5.2 juta.

Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 Febuari depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : Berita Harian (23 Januari 2015)
Tulisan : Maria Uffa Zulkafeli


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bonus Tertinggi 51 Tahun


Kuala Lumpur - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan bonus tahunan bagi tahun kewangan 2014 sebanyak 6.25 peratus, pembayaran tertinggi sejak 51 tahun penubuhannya.

Malah, 7.4 juta pendeposit menerima tambahan bonus haji dua peratus bagi mencukupkan baki purata bayaran haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Baharom berkata, pembayaran kedua-dua bonus berkenaan RM3.2 bilion, meningkat 23 peratus berbanding 2013.

"Ini adalah pembayaran bonus tertinggi sejak penubuhan TH dan dibuat berdasarkan keuntungan bersih RM3.3 bilion selepas pembayaran zakat.

"Ia juga adalah peningkatan 24 peratus berbanding RM2.6 bilion yang dicatatkan pada 2013," katanya selepas pengumuman yang diadakan di sni, semalam.

Menurutnya, prestasi yang ditunjukkan itu peningkatan lima kali ganda keuntungan yang dicatatkan pada 2006.

"Ia juga menghasilkan nilai tambah RM15 bilion kepada dana pendeposit dalam tempoh sembilan tahun dengan dana terkumpul berjumlah RM51.1 bilion, meningkat 12 peratus berbanding 2013," katanya.

Jamil berkata, bonus tambahan dua peratus dapat dimanfaatkan 7.4 juta pendeposit daripada jumlah keseluruhan lapan juta pendeposit yang belum menunaikan haji.

"Kira-kira 86 peratus daripada jumlah keseluruhan pendeposit mempunyai baki purata simpanan akaun kurang daripada bayaran haji RM9,980 manakala 600,000 pendeposit mempunyai baki simpanan melebihi bayaran berkenaan.

"Pembayaran bonus tambahan dua peratus menyaksikan lebih ramai pendeposit memiliki jumlah akaun simpanan melebihi had kelayakan bayaran menunaikan haji," katanya.

Sementara itu, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya giat menjalankan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi memohon penambahan kuota jemaah haji tahun ini.

"Kuota jemaah bagi tahun ini kekal 22,320 orang, namun kami meneruskan perbincangan dengan Arab Saudi," katanya.

Sumber : Harian Metro (23 Januari 2015)
Tulisan : Syarifah Dayana Syed Bakri


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bungkusan 'Cinta' RM1 Juta


Alor Gajah - Seorang doktor gigi kerugian RM31,200 akibat diperdaya lelaki baru dikenalinya dalam laman sembang sosial pada awal Disember lalu.

Mangsa, Dr Norashidah Che Lah, 41, berkata dia mengenali lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Yusuf Mohamad dan menetap di United Kingdom (UK) serta mendakwa bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak.

"Pada awal perkenalan, saya memaklumkan sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, namun lelaki itu sedaya-upaya mahu mengenali saya dengan lebih dekat dan memberitahu ibunya berasal dari Sarawak, manakala bapanya warga Denmark," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, selepas beberapa lama berkenalan, Yusuf yang mengetahui dia memiliki perniagaan sendiri menawarkan kepadanya untuk melabur dalam syarikatnya dengan modal permulaan RM10,000 dan mula meluahkan isi hati dengan mendakwa menyukainya.

"Pada 11 Januari lalu, Yusuf menghubungi saya dan menyatakan hasrat memberi hadiah hadiah sebagai tanda kerjasama untuk melabur dalam syarikat saya.

"Saya menolak, namun dia berkeras dan tiga hari selepas itu, seorang wanita dikenali sebagai Siti Faridah Harun daripada syarikat penghantaran segera menghubungi saya mendakwa barangan kiriman Yusuf sudah sampai," katanya.

Menurutnya, wanita itu meminta menjelaskan bayaran penghantaran barang terus ke alamatnya berjumlah RM3,800 dan dimasukkan ke dalam akaun dan selepas memasukkan wang, wanita itu sekali lagi menghubunginya dengan memaklumkan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tidak mahu melepaskan barangan itu kerana di dalamnya mengandungi wang tunai berjumlah hampir RM1 juta.

"Saya terkejut dengan penjelasan wanita itu dan meminta menjelaskan bayaran RM12,400 kepada jabatan sekiranya mahu bungkusan dilepaskan sebelum sekali lagi masukkan wang diminta ke dalam akaun sama, bagaimanapun bungkusan itu tidak sampai selepas dua bayaran dibuat.

"Siti Faridah memberitahu pihak kastam meminta RM24,000 lagi bagi memudahkan urusan pelepasan bungkusan wang tunai itu dan saya membuat bayaran RM4,000 dalam akaun bank yang sama manakala RM2,000 lagi dibayar melalui atas talian," katanya.

Dia berkata, wanita itu menghubunginya dan menyatakan duit sudah diterima serta berusaha meminta pihak kastam melepaskan bungkusan itu, namun malangnya, wanita itu mendakwa pihak kastam mahukan baki RM18,000 dijelaskan segera.

"Saya memberitahu sudah tidak mempunyai wang, namun selepas wanita terbabit berbincang dengan pihak kastam, dia meminta saya membayar RM9,000 dulu dan bakinya perlu dibayar selepas bungkusan diterima. Pada 19 Januari, saya memasukkan RM9,000 lagi ke dalam akaun bank wanita itu, namun dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mendakwa pihak kastam meminta bayaran penuh," katanya.

Menurutnya, curiga dengan tindakan wanita itu, dia menghubungi pihak KDRM sebelum dimaklumkan menjadi mangsa penipuan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, mangsa kerugian RM31,200 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro (23 Januari 2015)
Tulisan : Ariffin Salleh


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CTOS Tak Jual Maklumat


Kuala Lumpur - Credit Tip Off Sdn Bhd (CTOS) menegaskan tidak pernah menjual maklumat pengguna kepada pihak ketiga seperti dakwaan segelintir orang berikutan terikat dengan polisi terma syarat Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Chin, berkata laporan kredit pengguna CTOS hanya boleh didedahkan kepada 5,000 pelanggan berdaftar di agensi laporan kredit swasta terbesar itu dengan persetujuan pengguna.

Katanya, maklumat pengguna disalurkan kepada pelanggan perniagaan seperti institusi kewangan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi dan firma undang-undang bertujuan menilai kelayakan peminjam.

"Data laporan kredit sebagai aset atau jaminan 'reputasi cagaran' dinilai pelanggan ini sebelum memberikan pinjaman. Kita tidak pernah dedahkan atau mempengaruhi institusi itu untuk menerima maklumat tanpa persetujuan pengguna.

"Data peminjam dikumpul secara 'Public Information' (maklumat awam) daripada sumber sahih iaitu badan berkanun, pelanggan dan sumber awam seperti warta kerajaan, surat khabar atau fail mahkamah, termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya kepada BH Ahad.

Terima pelbagai kritikan
CTOS, diselia agensi di bawah Kementerian Kewangan, Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK) mengikut Akta Agensi Pelaporan Kredit (APK) 2010 bertujuan menjamin perlindungan pengguna serta hak privasi data kredit pengguna.

Sehingga kini, lebih 100,000 pengguna berdaftar setiap tahun menggunaan perkhidmatan CTOS. Untuk mengemas kini data atas talian, pengguna diberi akses percuma dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai dengan bayaran pemprosesan RM10 pada waktu lain.

Chin berkata, sejak empat tahun lalu, CTOS menerima pelbagai kritikan , termasuk 1.16 juta aduan setiap bulan membabitkan laporan kredit tidak tepat, maklumat tidak dikemas kini, rekod disimpan terlalu lama, disenarai hitam dan ketirisan maklumat serta kecurian identiti pengguna oleh pihak ketiga.

"Apabila disiasat, hanya 188 kes aduan 'sah' dilaporkan di antara tahun 2012 hingga 2014, iaitu sekitar 0.001 peratus sahaja membabitkan tugas hakiki CTOS," katanya.

Sumber : Berita Harian ( 18 Januari 2015 )
Tulisan : Nadia Hamid


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Datuk Seri RM200,000


Kuala Lumpur - Mahu menunjuk serta bermegah antara faktor ramai individu dikesan sanggup membayar ratusan ribu ringgit bagi mendapatkan gelaran Datuk atau Datuk Seri palsu dari 'orang tengah' serta pihak tidak diiktiraf.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Tan Sri Michael Chong berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi ada pihak tidak bertanggungjawab menawarkan gelaran Datuk dengan bayaran RM150,000 manakala gelaran Datuk Seri pada harga RM200,000.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila ada antara ahli perniagaan berbangsa Cina turut menggunakan gelaran Yang Mulia pada kad perniagaan mereka, walhal ia hanya layak digunakan oleh kerabat istana.

"Malah ada yang sanggup pergi ke Filipina dan Indonesia bagi mendapatkan gelaran itu walaupun menyedari ia tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.

"Terbaru, seorang lelaki berusia 29 tahun sanggup membuat pinjaman wang dengan ceti haram (along) berjumlah RM150,000 bagi membeli gelaran Datuk daripada 'orang tengah' yang menawarkan gelaran itu," katanya ketika ditemui wartawansemalam.

Dia berkata, lelaki berasal dari Selangor itu bagaimanapun menjadi buruan along apabila gagal melangsaikan hutang berkenaan.

"Lebih melucukan apabila mangsa menawarkan gelaran itu untuk dijual kepada sesiapa saja yang berminat pada harga RM100,000.

"Apa yang berlaku ini amat memalukan apatah lagi kian ramai individu dikesan menggunakan gelaran Datuk atau Datuk Seri palsu di Malaysia.

"Ini menyebabkan status berkenaan hilang nilainya di mata masyarakat. Ibarat jika batu dibaling pasti ada Datuk yang terkena batu itu," katanya.

Dia meminta Jabatan Peguam Negara memutuskan sama ada pembelian gelaran ini dari luar negara adalah perbuatan jenayah atau sebaliknya.

"Agensi kerajaan perlu menilai dan merumuskan kaedah sesuai bagi membendung perbuatan membeli gelaran ini yang semakin menjadi-jadi.

"Perbuatan membeli gelaran sosial di negara ini sudah sampai di tahap agak keterlaluan. Jika dahulu gelaran ini diberikan kepada mereka yang berjasa kepada raja dan negara, namun kini sesiapa sahaja boleh memilikinya asalkan mempunyai wang," katanya.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hoo, 48, berkata, dia kerap dipujuk oleh individu yang mendakwa boleh mendapatkannya gelaran Datuk atau Datuk Seri sama ada di dalam atau di luar negara.

Menurutnya, gelaran itu didakwa boleh memudahkannya memperolehi tender kerajaan, selain turut melayakkan mendapat lesen import (AP) kenderaan.

"Bagaimanapun saya menolak tawaran itu berikutan harga ditawarkan terlalu tinggi dan tidak munasabah," katanya.

Sumber : Harian Metro (17 Januari 2015)
Tulisan : Mohd Jamilul AnbiaMd Denin & Fardy Bungga


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Guna Samseng Takutkan Pelabur



Kuala Lumpur - “Apa yang kami bimbang kes penipuan seperti ini menjadi puncaa kepada kejadian jenayah lain disebabkan orang ramai terlalu marah kerana gagal dalam pelaburan sehingga sampai ke tahap berniat memukul dan bunuh kerana tidak mendapat pulangan duit mereka." kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Harian Metro semalam melaporkan kisah seorang ahli perniagaan dan 30 rakannya yang membuat pelaburan emas hingga mengalami kerugian RM20 juta.

la gara-gara termakan janji manis seorang lelaki yang 'membuktikan' kekayaannya menerusi pelaburan emas sejak beberapa tahun lalu sehingga mampu membeli kereta mewah bernilai RM2 juta serta rumah milik ahli perniagaan terkenal di utara tanah air bernilai RM3 juta.

Nadzim berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini 182 syarikat yang melakukan pelbagai skim 'perniagaan' diragui dalam senarai pemerhatian BNM.

Namun begitu, katanya, orang ramai sepatutnya maklum dengan senarai berkenaan dan tidak terpedaya namun malangnya masih lagi yang tertipu dengan syarikat yang disenaraikan itu.

“Dalam perbincangan kami dengan BNM semalam (kelmarin), mereka mengatakan 182 syarikat sama ada tiada lesen atau mempunyai kebenaran menjalankan aktiviti perniagaan'.

“Kebanyakan aduan yang sampai kepada kami membabitkan nama syarikat dalam senarai itu namun kami hairan kerana senarai syarikat ini tidak sampai kepada pelabur menyebabkan ada yang masih tertipu.

"Apa yang perlu dilakukan ialah apa saia maklumat berkaitan itu perlu disalurkan terus kepada marsyarakat untuk memberi kesedaran," katanya pada sidang media di pejabat sekretariat PPIM, di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Kerja PPIM Mohd Mustaffa Hamzah dan Ketua Moderator Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia yang juga Biro Pendidikan PPIM Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Akhbar semalam menyiarkan kisah mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 40-an berkata. dia mula menyertai seminar itu awal tahun lalu selepas diperkenalkan rakan yang juga bekas pengarah agensi kerajaan di pantai timur dan melabur RM30,000.

Menurutnya. dia dijanjikan pulangan keuntungan lima, tujuh dan 10 peratus setiap bulan selama dua tahun dan pada awalnya dia bermula dengan 200 gram emas dan selepas mengikuti seminar kejayaan beberapa kali, dia menambah pembelian dua kilogram dengan nilai keseluruhan RM500,000.

Selain itu, Nadzim berkata, mangsa yang menyedari tertipu dalam pelaburan ini sebenarnya tersepit dengan keadaan apabila ada syarikat menggunakan khidmat samseng menakutkan mereka supaya tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa dan BNM.

“Mereka diberitahu syarikar itu mengugut wang mereka tidak akan diperoleh sekiranya membuat laporan kepada pihak berkuasa. Syarikat terbabit menggunakan alasan itu terus menakutkan mangsa.

“Jadi, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat didik din mereka menjadi lebih biiak dan jangan mudah terpedaya,"katanya.

Menurutnya dua syarikat tampil kepada PPIM sukarela meminta bantuan untuk memulangkan kembali wang pelanggan mereka.

"Jumlah pelanggan bagi kedua-dua syarikar ini 1,000 orang yang meminta bantuan kami untuk berusaha membayar balik kepada pelanggan mereka." katanya


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Bank Negara Pantau 182 Syarikat Terbabit Penipuan


Kuala Lumpur - Sebanyak 182 syarikat yang terbabit dalam pelbagai sindiket penipuan perniagaan termasuk pemasaran pelbagai peringkat (MLM), skim cepat kaya serta peraduan gores dan menang tersenarai dalam pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya mendapati senarai syarikat berkenaan termasuk dalam kategori mencurigakan kerana memiliki pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai  lesen perniagaan dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, beliau mengadakan perbincangan dengan BNM kelmarin dan terkejut apabila mendapati ada syarikat yang dikatakan terbabit dengan penipuan oleh pengadu, termasuk dalam senarai syarikat yang dipantau bank berkenaan.

Pelaburan jual beli emas
Malah, katanya 30 peratus daripada syarikat itu membabitkan pelaburan jual beli emas sehingga menyebabkan pelabur kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

"Wakil syarikat ini memberikan pelbagai alasan untuk terus menipu pelabur (pelanggan), malah mereka menggunakan khidmat peguam terbaik atau kumpulan samseng untuk mengugut jika membuat laporan kepada polis," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Nadzim berkata, wakil syarikat berkenaan berjaya memperdayakan pelanggan untuk melabur dalam skim yang ditawarkan dengan memperagakan kehidupan orang kaya, antaranya menggunakan kenderaan mewah dan pesawat persendirian.

Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustafa Hamzah, berkata berdasarkan modus operandi, penganjur atau pengelola syarikat khususnya yang menganjurkan skim pelaburan emas melantik wakil atau ejen untuk melaksanakan proses jual beli dengan pelanggan.

Terima aduan
Katanya, ada pelanggan membeli emas daripada penganjur pada harga tinggi, secara ansuran sebelum boleh memiliki emas apabila mencapai peringkat pembayaran yang ditetapkan.

"Malah ada kes, emas dijual kepada pelanggan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran. Pelanggan akan bayar harga emas secara ansuran tetapi akan menerima emas dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun jika emas itu sebenarnya tidak wujud walaupun selepas bayaran selesai," katanya.

Akhbar ini pada Rabu lalu melaporkan Nadzim mengesahkan pihaknya menerima aduan membabitkan 55 individu diperdaya satu sindiket jual beli emas sehingga kerugian lebih RM5 juta selepas melabur dengan sebuah syarikat yang beroperasi di China.

Sumber : Berita Harian ( 17 Januari 2015 )
Penulis : Nurul Fhatihah Zakinan



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Teliti 'Janji Manis'


Kuala Lumpur - Terdapat tiga cara khusus yang boleh diambil orang awam dalam memastikan skim pelaburan itu sah atau sebaliknya dengan melihat kepada 'janji' skim terbabit.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abu Hassan Alshariya Yahya berkata, langkah pertama yang harus diambil prang awam adalah mereka perlu melihat janji manis daripada operator skim terbabit.

"Kebiasaannya, janji mendapatkan pulangan tinggi dalam masa singkat berkemungkinan besar skim penipuan. Itu adalah perkara asas yang selalu digunakan skim pelaburan palsu ini.

"Mereka menjanjikan pelbagai pulangan hebat antaranya wang pelaburan digandakan kepada peratusan tertentu dan ada juga yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Abu Hassan Alshariya berkata, langkah kedua yang boleh diambil adalah melakukan semakan dengan BNM menerusi panggilan telefon ataupun di laman web rasmi BNM.

Beliau berkata, ada beberapa sumber rujukan menyediakan maklumat berhubung skim pelaburan dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan agensi berkaitan.

"Langkah terakhir adalah membuat laporan polis berhubung skim pelaburan terbabit bagi membolehkan pihak berkuasa membuka kertas siasatan.

"Mereka perlu berwaspada dengan skim terbabit terutama yang memberikan pelbagai janji kerana dibimbangi pelaburan palsu," katanya.

Menurutnya, orang awam boleh melakukan rujukan dengan melayari laman rasmi BNM.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN EMAS : RM20 Juta Hangus


Kuala Lumpur - Sebanyak 34 transaksi yang sepatutnya merubah kehidupan seorang ahli perniagaan dan 30 orang rakannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas wang yang dilaburkan untuk membeli emas mengakibatkan mereka kerugian lebih RM20 juta.

Ia gara-gara termakan janji manis seorang lelaki yang 'membuktikan' kekayaannya menerusi pelaburan emas sejak beberapa tahun lalu sehingga mampu membeli kereta mewah bernilai RM2 jutaserta rumah milik ahli perniagaan terkenal di utara tanah air bernilai RM3 juta.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 40-an berkata, dia mula menyertai seminar itu awal tahun lalu selepas diperkenalkan rakan yang juga bekas pengarah agensi kerajaan di pantai timur dan melabur RM30,000.

"Saya dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak lima, tujuh dan 10 peratus setiap bulan selama dua tahun. Pada awalnya, saya bermula dengan 200 gram emas dan selepas mengikuti seminar kejayaan beberapa kali, saya tambah pembelian sebanyak dua kilogram dengan nilai keseluruhan RM500,000," katanya.

Katanya, bagi memastikan tidak ditipu, dia turut menyertai lawatan ke ibu pejabat syarikat berkenaan di China dan diberi penerangan berhubung operasi pelaburan yang kononnya tidak disenarai hitam oleh kerajaan mahupun Bank Negara Malaysia (BNM).

"Segalanya bermula dengan baik dan saya sempat mendapat pulangan kira-kira RM70,000 untuk tempoh enam bulan. Selepas itu, saya mula mengajak rakan dan saudara mara seramai 30 orang untuk masuk. Kami beli emas dan lakukan transaksi berjumlah lebih RM20 juta untuk mendapatkan habuan," katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, di sini.

Rosli berkata, setiap kali seminar diadakan, lelaki berkenaan berrsama adiknya akan bercerita mengenai kesenangan hidup mereka dengan menunjukkan gambar beberapa kereta mewah yang dibeli tunai, kononnya hasil pelaburan yang semakin mendapat tempat itu.

"Semua yang menyertai skim ini dijanjikan modal asal boleh diambil bila-bila masa. Syarikat memberi pilihan sama ada untuk menebus kembali emas atau dapatkan wang tunai dengan jaminan tiada rugi. Kami dijanjikan peluang menjadi jutawan dalam masa satu tahun dan mendapat wang secara harian," katanya.

Katanya, lelaki yang masih bujang itu juga menunjukkan gambar percutian mewah menaiki jet peribadi ke luar negara setiap kali bertemu dengan ejen pelaburan untuk menarik minat mereka mencari lebih ramai pelabur.

"Saya jual beberapa lot tanah bernilai lebih RM600,000 untuk pelaburan ini, malah semua emas hasil simpanan saya dan anak-anak juga saya gunakan untuk melabur, tapi akhirnya saya dimaklumkan syarikat ini menamatkan operasi dan bertukar kepada perniagaan lain.

"Saya cuba menghubungi lelaki itu untuk meminta penjelasan kerana kerugian yang saya tanggung bukan sedikit, namun tiada jawapan diberikan menyebabkan saya rasa ditipu," katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju minggu lalu supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Rosli berkata, dia membuat laporan kepada BNM kerana bimbang lebih ramai menjadi mangsa penipuan individu itu dan berharap tindakan segera diambil.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya merujuk kes itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.

"Penelitian awal mendapati tiada unsur perniagaan sebaliknya penipuan semata-mata, sama seperti beberapa skim disenarai hitam BNM. Justeru masyarakat perlu berhati-hati tidak diperdaya sebegini," katanya.

Sumber : Harian Metro (16 Januari 2015)
Tulisan : Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim, Yusmizal Dolah Aling & Muhammad Saufi Hassan


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Pulangan 20% Sebulan Tak Logik


Kuala Lumpur - Menjanjikan pulangan sebanyak 20% sebulan menjadi modus operandi syarikat pelaburan emas menarik perhatian orang ramai walaupun mereka sebenarnya mempunyai simpanan emas terhad atau tiada langsung.

Malah, pulangan 20% itu sebenarnya adalah wang pelabur itu sendiri yang dikitar semula dalam 'permaian wang' syarikat terbabit.

Mendedahkan perkara itu, pakar pelaburan dan kewangan, Azizi Ali berkata, hampir 80% syarikat pelaburan emas di Malaysia sebenarnya tidak mempunyai kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM), selain dikhuatiri menjalankan perniagaan secara menipu.

Menurutnya, berdasarkan kajiannya sebelum ini, kebanyakan syarikat pelaburan emas di negara ini tidak mempunyai simpanan emas mencukupi berbanding jumlah pelabur yang membuat pelaburan.

"Kebanyakan syarikat itu hanya memiliki stok emas seperti bar emas, syiling emas, emas nyata (gelang, rantai atau cincin) yang terhad atau pun sikit. Contohnya syarikat menawarkan bar emas kepada pelabur A, namun syarikat itu juga mebuat tawaran bar emas kepada pelabur B.

"Ini kerana syarikat itu mengenakan syarat hanya pelabur yang bersetuju mereka menyimpan stok emas itu diberikan pulangan 20% seperti dijanjikan. Bagi pelabur yang mahu menyimpan emas itu sendiri tidak layak mendapat pulangan 20%," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai logik pelaburan tinggi yang ditawarkan, beliau berkata, syarikat pelaburan terkemuka diketuai Warren Buffet pun hanya mampu memberi pulangan antara 23 hingga 33 peratus setahun.

"Jadi logikkah pulangan 20% sebulan ditawarkan syarikat di negara ini? Tawaran yang terlalu lumayan ini tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata, modus operandi digunakan kebanyakan syarikat ialah memulangkan apa yang sudah dilaburkan mangsa sendiri.

"Jika pelabur A melabur RM1,000, wang itu sebenarnya dikembalikan sebanyak RM200 sebulan.

"Selalunya, kurang daripada empat bulan selepas menerima bayaran, pelabur A mula meningkatkan pelaburannya hingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk mendapat pulangan lebih tinggi.

"Apabila syarikat itu tidak mampu mengitar semula wang itu, mereka akan lari atau pun orang dalam membuat laporan kepada BNM supaya mereka diserbu.

"Selepas serbuan, mereka akan kembali dalam tempoh tertentu dengan menggunakan nama lain dan memperkenalkan skim baru, sekali lagi akan memperdaya mangsa baru," katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS