Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Bank Negara Pantau 182 Syarikat Terbabit Penipuan


Kuala Lumpur - Sebanyak 182 syarikat yang terbabit dalam pelbagai sindiket penipuan perniagaan termasuk pemasaran pelbagai peringkat (MLM), skim cepat kaya serta peraduan gores dan menang tersenarai dalam pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya mendapati senarai syarikat berkenaan termasuk dalam kategori mencurigakan kerana memiliki pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai  lesen perniagaan dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, beliau mengadakan perbincangan dengan BNM kelmarin dan terkejut apabila mendapati ada syarikat yang dikatakan terbabit dengan penipuan oleh pengadu, termasuk dalam senarai syarikat yang dipantau bank berkenaan.

Pelaburan jual beli emas
Malah, katanya 30 peratus daripada syarikat itu membabitkan pelaburan jual beli emas sehingga menyebabkan pelabur kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

"Wakil syarikat ini memberikan pelbagai alasan untuk terus menipu pelabur (pelanggan), malah mereka menggunakan khidmat peguam terbaik atau kumpulan samseng untuk mengugut jika membuat laporan kepada polis," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Nadzim berkata, wakil syarikat berkenaan berjaya memperdayakan pelanggan untuk melabur dalam skim yang ditawarkan dengan memperagakan kehidupan orang kaya, antaranya menggunakan kenderaan mewah dan pesawat persendirian.

Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustafa Hamzah, berkata berdasarkan modus operandi, penganjur atau pengelola syarikat khususnya yang menganjurkan skim pelaburan emas melantik wakil atau ejen untuk melaksanakan proses jual beli dengan pelanggan.

Terima aduan
Katanya, ada pelanggan membeli emas daripada penganjur pada harga tinggi, secara ansuran sebelum boleh memiliki emas apabila mencapai peringkat pembayaran yang ditetapkan.

"Malah ada kes, emas dijual kepada pelanggan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran. Pelanggan akan bayar harga emas secara ansuran tetapi akan menerima emas dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun jika emas itu sebenarnya tidak wujud walaupun selepas bayaran selesai," katanya.

Akhbar ini pada Rabu lalu melaporkan Nadzim mengesahkan pihaknya menerima aduan membabitkan 55 individu diperdaya satu sindiket jual beli emas sehingga kerugian lebih RM5 juta selepas melabur dengan sebuah syarikat yang beroperasi di China.

Sumber : Berita Harian ( 17 Januari 2015 )
Penulis : Nurul Fhatihah Zakinan



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment