Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Rugi RM11,600 Beli Batu Geliga Palsu


Kota Tinggi - Seorang peneroka dari FELDA Bukit Aping Timur di sini, mendakwa kerugian RM11,600 selepas ditipu oleh tiga lelaki dalam urusan pembelian batu geliga, Khamis lalu.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun dari Jalan Biru, Taman Laksamana di sini, didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menunjukkan sebiji batu berwarna merah yang didakwanya betu geliga.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata lelaki terbabit mendakwa batu itu dijumpai ketika menggali kubur di kawasan makam bersejarah di Durian Daun, Melaka.

Katanya, mangsa kemudian didatangi, seorang lelaki lain yang mendakwa ia batu geliga setelah ujian menggunakan air dilakukan sebelum menghubungi rakannya yang didakwa pakar dalam bidang itu.

Beli pada harga tinggi
"Mangsa kemudian dibawa berjumpa dengan seorang lelaki lain untuk ujian sekali lagi terhadap batu geliga itu dan menyatakan kesanggupan membeli batu geliga itu dengan harga yang tinggi.

"Bagaimanapun, batu geliga akan diserahkan selepas mangsa membayar seberapa banyak wang yang ada dalam akaun Lembaga Tabung Haji (TH).

"Peneroka itu mengeluarkan simpanan dalam akaun TH sebanyak RM10,000 dan menyerahkan kepada lelaki pertama bersama RM1,600 lagi yang berada dalam simpanannya," katanya, di sini, semalam.

Rahmat berkata, ketiga-tiga lelaki itu tidak muncul di tempat yang dijanjikan selepas Zuhur dan mangsa menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Greece Tutup Institusi Bank


Athens, Greece : Kerajaan Greece menutup bank dan mesin ATM di seluruh negara itu bermula semalam susulan pelaksanaan kawalan modal, langkah dramatik yang diambil negera yang berdepan kemelut kewangan sejak lima tahun lalu itu.

Di sebalik penutupan bank dan mesin ATM ditutup, pesara berbaris dari selepas subuh di cawangan bank dengan harapan mereka boleh mengeluarkan wang pencen masing-masing, yang mana dijadualkan dibayar semalam.

Rakyat serbu ATM
Penutupan bank berlaku selepas rakyat Greece menyerbu ATM sejak hujung minggu untuk mengeluarkan wang masing-masing berikutan pengumuman mengejut Perdana Menteri, Alexis Tsipras, yang menggesa diwujudkan referendum ke atas cadangan oleh pemberi pinjaman mengenai penstrukturan semula yang perlu dilaksanakan negara itu, yang mana menyekat penyaluran dana penyelamat.

Referendum ditetapkan pada Sabtu dan kerajaan menyokong undi rakyat menentang cadangan berkenaan.

Kawalan modal akan mengekang pengaliran keluar wang daripada bank Greece dan mendorong kreditornya menawarkan konsesi sebelum program penyelamatan antarabangsa Greece tamat hari ini.

Apabila ia berlaku, greece kehilangan akses kepada baki dana menyelamat sebanyak 7.2 bilion euro (RM30.3 bilion) dan tidak mungkin dapat memenuhi pembayaran balik hutang 1.6 bilion euro (RM6.73 bilion) kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang tamat pada hari yang sama.

Krisis berterusan tertumpu kepada persoalan masa depan kewangan Greece dan keanggotaannya dalam 19 negara yang berkongsi mata wang euro serta dalam Kesatuan Eropah (EU).

Kad kredit masih diterima
harga minyak dan nilai euro juga jatuh, sekaligus menyaksikan rakyat Greece menyerbu stesen minyak untuk mengisi minyak dan membayarnya dengan kad kredit sementara ia masih diterima.

Kerajaaan mengumumkan had traksaksi bank pada akhir malam Ahad, dengan mengehadkan pengeluaran harian kepada 60 euro (RM252.40) bagi setiap kad ATM.

ATM beroperasi semula lewat semalam, sementara bank kekal ditutup sekurang-kurangnya enam hari.

Kebanyakan golongan pesara di Greece tidak mempunyai kad bank dan mengambil wang pencen mereka secara langsung daripada juruwang bank.

Barisan panjang yang terdiri daripada warga emas adalah di cawangan bank, meskipun mereka diberitahu bank tidak dibuka semalam.

Timbalan Menterinya, Terence Quick berkata, pengaturan khas akan dibuat untuk pesara.

Bercakap kepada stesen televisyen swasta, Antenna, beliau berkata pesara dibenarkan untuk mengakses pencen penuh mereka secara tunai kerana ramai yang tidak mempunyai kad bank.

Mengikut had traksaksi bank, pemindahan elektronik dan pembayaran bil dibenarkan, tetapi hanya dalam negara.

Kerajaan juga menegaskan kawalan tidak menjejaskan pelancong asing, yang mana tidak mempunyai had pengeluaran dengan kad bank asing.

Bagi keperluan kecemasan, seperti ubat-ubatan yang diimport aatau menghantar kiriman wang ke luar negara, Perbendaharaan greece mewujudkan Jawatankuasa Kelulusan Transaksi Perbankan untuk memeriksa permintaan secara kes demi kes.

Keputusan untuk mengenakan kawalan modal dibuat selepas satu cadangan Bank of Greece, Tsipras berkata, ketika berucap di televisyen pada malam Ahad.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 29 Jun 2015


Harga emas meningkat semalam berikutan peningkatan kebimbangan terhadap prospek kegagalan hutang Greece yang menjejaskan saham Eropah dan euro.

Namun begitu, harga logam berharga itu gagal mengekalkan peningkatan mendadak pada awalnya kerana pelabur bimbang terhadap tinjauan jangka panjangnya.

Saham Eropah jatuh lebih dua peratus dan mata wang tunggal itu juga jatuh.

Emas yang lazimnya meraih manfaat daripada ketidaktentuan pasaran kewangannya yang meluas, pada mulanya meningkat dengan mencecah paras tertinggi dalam satu minggu kepada AS$1,186.91, tetapi kemudian jatuh.

Kontrak semasa emas naik 0.2 peratus kepada AS$1,176.52 seauns pada 0937 GMT, sementara pasaran hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos naik AS$3.40 seauns kepada AS$1,176.60.

"Emas sepatutnya jatuh, tetapi ia tidak jatuh kepada apa yang berlaku di Greece," kata Ketua Logam Berharga Bank of Nova Scotia, Simon Weeks.

Antara logam berharga lain, perak naik 0.3 peratus kepadaAS$15.80 seauns, platinum jatuh 0.9 peratus kepada AS$1,065.74 seauns dan palladium jatuh 0.4 peratus kepada AS$672 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam berikutan perningkatan permintaan terhadap pelaburan lindung nilai kerana kebimbangan Greece keluar daripada zon euro.

Pada penutup, Jun 2015 meningkat 14 mata kepada RM143.20 segram, sementara Julai 2015, Ogos 2015 dan September 2015 naik 15 mata kepada masing-masing RM143.65, RM144.10 dan RM144.55.

Jumlah dagangan meningkat kepada 134 lot bernilai RM1.92 juta berbanding 28 lot bernilai RM400,000 yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 1,931 kontrak berbanding 1,851 kontrak sebelumnya.

Pada jam 5 petang, harga fizikal emas berada pada paras RM138.72 segram, meningkat 70 sen berbanding RM138.02 pada Jumaat lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ular Sawa 'Pakai' Batu Akik


Tuban, Indonesia - Penduduk di Kampung Sendanghaji di Tuban, Jawa Timur terkejut apabila menangkap ular sawa yang mempunyai benjolan di kepala seperti batu akik.

Ular sawa sepanjang lima meter itu ditangkap penduduk selpas banyak haiwan peliharaan mereka hilang sejak beberapa minggu lalu.

Seorang penduduk, Busro Ilham berkata, dia  dan bersama beberapa penduduk kampung memburu ular sawa itu selepas banyak haiwan ternakannya hilang dipercayai dimakan reptilia berkenaan.

"Penduduk menjadi takut kerana banyak haiwan ternakan mereka seperti ayam, itik dan kambing hilang tiba-tiba," katanya.

Katanya, mereka berjaya menangkap tiga ular sawa dewasa berhampiran kawasan kampung yang dipercayai memakan haiwan ternakan penduduk.

"Bagaimanapun, seekor ular sawa itu mempunyai benjolan di kepala dan selepas saya teliti ia seperti batu akik.

"Saya tidak tahu benjolan di kepala ular sawa jantan itu adalah batu akik atau ketumbuhan biasa," katanya.

Tambahnya, dia meletakkan ular sawa itu di dalam satu sangkar di rumahnya dan berita mengenai haiwan berkenaan merebak ke seluruh daerah.

"Ramai penduduk yang datang ke rumah saya kerana mahu melihat ular sawa yang memakai batu akik.

"Ada juga yang mahu membeli ular sawa itu dengan harga yang tinggi, tetapi saya enggan menjualnya," katanya.

Menurutnya, batu akik biasanya ditemui di dalam tanah dan ia selalunya dijadikan batu perhiasan cincin.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 28 Jun 2015


Emas tidak berubah pada Jumaat lalu selepas jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga minggu berikutan belian singkat pada akhir minggu.

Kontrak hadapan emas jatuh 0.1 peratus kepada AS$1,171.55 seauns pada 1407 GMT, selepas jatuh kepada AS$1,168.25, paras terendah sejak 5 Jun.

Ia berada pada landasan kukuh untuk mengakhiri minggu dengan jatuh 2.2 peratus.

Kontrak hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Ogos naik AS$1.40 seauns kepada AS$1,173.20.

Bagi logam berharga lain pula, perak jatuh 0.6 peratus kepada AS$15.77 seauns, platinum merosot 0.5 peratus kepada AS$1,075.99 seauns sementara palladium naik 0.1 peratus kepada AS$678.22 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mengukuh minggu ini dengan pelabur memantau perkembangan perbincangan hutang Greece.

Sehubungan itu, tumpuan beralih kepada aset selamat seperti emas memandangkan tempoh penyelamatan akan tamat pada hujung bulan ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Azim Faris Ab Rahim, berkata pasaran juga bimbang dengan kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dalam masa terdekat.

"Bagaimanapun, kelembapan ringgit mungkin mengekang potensi penurunan bagi emas tempatan," katanya.

Pasaran tempatan kebanyakannya didagangkan rendah bagi minggu yang baru berakhir.

Jun 2015 susut 43 mata kepada RM142.50, Julai 2015 jatuh 42 mata kepada RM142.90, Ogos 2015 jatuh 41 mata kepada RM143.35 dan September 2015 merosot 40 mata kepada RM143.80 segram.

Jumlah dagangan mingguan berjumlah 683 lot bernilai RM9.74 juta berbanding 225 lot bernilai RM3.213 juta minggu sebelumnya.

kepentingan terbuka jatuh kepada 1,851 kontrak daripada 2,190 kontrak Jumaat sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Emas Dalam Sungai?


Kota Kinabalu - Orang ramai termasuk penduduk di sekitar Sungai Kadamaian, Kota Belud dinasihatkan tidak terlalu ghairah menimba emas yang dikatakan timbul dari dasar sungai selepas kejadian gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada 5 Jun lalu, sebaliknya kajian mengesahkan 'emas' berkenaan adalah batu tidak berharga berwarna keemasan.

Difahamkan, beberapa penduduk dikatakan menyerbu kawasan hulu sungai itu termasuk Sungai Liwagu di Ranau selepas berita mengenai penemuan emas tersebar meluas di laman sosial.

Ketika itu dibimbangi boleh mendatangkan bahaya berikutan kawasan berkenaan masih belum selamat selain terdedah kepada banjir lumpur.

Pakar geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Felix Tongkul berkata, logam emas yang dilaporkan ditemui penduduk berkemungkinan adalah sejenis batu mineral Pyrite yang dikenali sebagai 'emas palsu'.

"Emas adalah logam dan Pyrite adalah batu, tetapi kedua-duanya mempunyai warna sama dan sukar dibezakan dengan mata kasar.

"Namun, emas lebih lembut dan boleh dicalarkan menggunakan objek tajam seperti pisau berbanding Pyrite yang biasanya berbentuk kiub," katanya ketika ditemui, semalam.

Felix berkata, perbezaan lain adalah emas tidak memiliki bau sementara Pyrite mengeluarkan bau sulfur seperti telur busuk apabila digosok dengan objek keras.

"Memandangkan terdapat ancaman banjir lumpur di sungai ini, penduduk setempat khususnya mereka yang teruja mencari emas dinasihatkan sentiasa berwaspada.

"Tinjauan melalui udara menemui banyak kesan runtuhan di hulu Sungai Kadamaian, tetapi tiada aliran air yang terhalang," katanya.

Bagaimanapun, katanya, batu dan kayu yang berselerakan berpotensi menghalang aliran airsungai sekiranya berlaku hujan lebat.

Ditanya kemungkinan emas sebenar boleh ditemui selepas kejadian gempa bumi, Felix berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku.

"Ada kemungkinan sebahagian mineral ini adalah logam emas, perak atau tembaga, lebih-lebih lagi berdekatan dengan bekas lombong tembaga di Mamut, Kundasang.

"Oleh itu kemungkinan menemui emas di dasar sungai tetap ada," katanya.

Sumber : Harian Metro (27 Jun 2015)
Tulisan : Mohd Ruzaini Zulkepli


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 26 Jun 2015


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif semalam ditutup tinggi, berikutan pasaran berhati-hati terhadap ketidaktentuan dalam isu hutang Greece, kata peniaga.

Azim Faris Ab Rahim dari Phillip Futures Sdn Bhd, berkata pasaran emas juga menerima rangsangan dalam bentuk kenaikan pegangan emas dalam dana dagangan bursa sokongan emas terbesar dunia, SPDR Gold Shares.

"Perubahan pegangan emas dalam SPDR Gold Shares adalah satu daripada petunjuk permintaan bagi emas," katanya.

Ketika ditutup, Jun 2015, Julai 2015, Ogos 2015 dan September 2015 masing-masing meningkat 18 mata kepada RM142.50, RM142.90, RM143.35 dan RM143.80 segram.

Jumlah dagangan jatuh kepada 28 lot bernilai RM400,000 daripada 406 lot bernilai RM5.78 juta pada Khamis, manakala kepentingan terbuka turun kepada 1,851 kontrak daripada 2,545 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, harga fizikal emas pada RM138.02 segram, naik 81 sen daripada RM137.21 semalam.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/ 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS : Lebih 100,000 Bankrap Sejak 2010


Kuala Lumpur - Lebih 107,000 individu diisytiharkan bankrap sejak tahun 2010 hingga April lalu, persidangan Dewan Negara diberitahu, semalam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata daripada jumlah itu, individu berusia 35 hingga 44 tahun adalah golongan tertinggi diisytiharkan bankrap, iaitu seramai 37,888 orang, diikuti usia 45 hingga 54 tahun (29,952), 25 hingga 34 tahun (23,484), 55 tahun ke atas (13,490) dan bawah 25 tahun (1,469).

Pendidikan kewangan
Menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin, beliau berkata, antara punca utama menyebabkan kes berkenaan, termasuk gagal menjelaskan pinjawan sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, peribadi serta kad kredit, pinjaman perniagaan serta pinjaman sosial.

Katanya, bagi membendung tahap keberhutangan dalam kalangan golongan muda dan mengelak tindakan kebankrapan, kerajaan antaranya mengambil inisiatif melalui penyampaian pendidikan kewangan secara menyeluruh di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Ahmad berkata, Bank Negara malaysia (BNM) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mengintegrasikan pendidikan kewangan ke dalam mata pelajaran teras bagi kurikulum baharu sekolah.

"Penyampaian pendidikan kewangan di institusi pengajian tinggi (IPT) turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang dilaksanakan di 52 IPT serta 30 politeknik di seluruh negara," katanya.

Garis panduan
Katanya, BNM turut mensyaratkan institusi kewangan memberi pembiayaan secara bertanggungjawab selaras dengan kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman tanpa dibelenggu beban hutang yang melampau sepanjang tempoh pembiayaan.

"BNM juga mengeluarkan garis panduan kad kredit sebagai langkah memastikan tahap pengeluaran dan penggunaan kad kredit dalam kalangan pengguna adalah secara berhemat.

"Bagi individu yang menghadapi masalah kewangan dan sukar membayar balik pinjaman, boleh berbincang dengan institusi kewangan masing-masing atau menghubungi AKPK untuk khidmat nasihat," katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ASD Umum Agihan Pendapatan 6.60 Sen



Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukkan sebanyak RM336.53 juta, peningkatan 7.3 peratus berbanding RM313.66 juta yang dibayar tahun lalu.

Katanya, sehingga 23 Jun 2015, tabung ASD memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM446.77 juta dan keuntungan daripada penjualan saham dalam Syarikat pula menyumbang RM246.65 juta atau 55.2 peratus. 

Beliau berkata, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM128.38 juta atau 28.7 peratus kepada jumlah pendapatan kasar dan selebihnya, iaitu RM71.74 juta diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.

"Kadar pengagihan pendapatan ASD yang sama seperti tahun lalu adalah berpatutan jika mengambil kira keadaan ekonomi dan pasaran semasa yang mencabar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. 

318,221 terima manfaat
Ahmad Sarji berkata, jumlah pembayaran agihan pendapatan itu akan memanfaatkan 318,221 pemegang unit yang melanggan sejumlah 5.11 bilion unit ASD.

“Urus niaga ASD ditangguhkan mulai 24Jun lalu sehingga 30 Jun ini bagi pengiraan agihan pendapatan," katanya.

Pembayaran agihan pendapatan itu akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai ini. 

Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara bermula tarikh itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 Jun 2015


Harga emas meningkat semalam selepas jatuh pada empat sesi sebelumnya ke paras terendah dua minggu, dengan pelabur menunggu berita mengenai rundingan Greece dengan pemberi pinjaman antarabangsa untuk mengelakkan kegagalan isyarat perdagangan selanjutnya.

Saham Asia susut semalam sambil dolar Amerika Syarikat (AS) juga susut, dengan pelabur dalam tidak ketentuan menjelang mesyuarat pemimpin Kesatuan Eropah bakal dilangsungkan tatkala Greece meneruskan usaha saat akhir untuk menyelamatkan situasi.

"Dagangan emas kelihatan berkisar antara AS$1,169-AS$1,180 dalam jamgka masa pendek dengan risiko menurun sekiranya muncul berita positif daripada rundingan hubungan Greece," kata seorang peniaga logam di MKS Group, Samuel Laughlin, dalam satu nota.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,176.80 seauns pada 0708 GMT, selepas jatuh 2.2 peratus dalam empat sasi yang lalu.

Harga jatuh ke paras terendah dua minggu sebanyak AS$1,171.03 seauns kelmarin.

Emas, yang dilihat sebagai pelaburan selamat ketika keadaan ketidaktentuan kewangan dan ekonomi, menghadapi tekanan tambahan daripada dolar yang lebih kukuh dan jangkaan peningkatan kadar faedah AS.

Dolar menjadi mantap selepas menyerahkan kembali keuntungan, berbanding yen ketika awal rundingan untuk mengelakkan kegagalan Greece membayar hutangnya, manakala euro diniagakan lebih stabil selepas menunjukkan tindak balas yang lebih terhad.

Rundingan Athens dengan pemiutang tertumpu kepada butiran khusus, dengan tarikh akhir adalah minggu depan bagi Greece membayar balik 1.6 bilion euro kepada Tabung Kewangan Antarabangsa semakin hampir dan boleh mencetuskan ancaman penyingkiran negara itu dari zon euro.

Unjuran bagi dolar, bagaimanapun, terus yakin di sebalik jangkaan kadar faedah AS dalam ekonomi terbesar di dunia itu akan naik lebih awal daripada sepatutnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malabar Gold & Diamaond Kekal Status "Superbrand"


Malabar Gold & Diamonds, antara peneraju peruncit barang kemas dengan rangkaian kukuh 134 cawangan di sembilan negara menerima status Superbrand buat kali ketiga berturut-turut.

Pengarah Urusan bagi Operasi Antarabangsa, Shamlal Ahamed, berkata anugerah Superbrand adalah pencapaian terbaik syarikat.

"Ia dicapai hasil sokongan pelanggan, kakitangan dan pelabur yang tidak pernah pudar kerana tanpa sokongan mereka anugerah ini tidak mungkin dicapai," katanya selepas menerima anugerah itu pada majlis di Dubai, baru-baru ini.

Tawar barang kemas sempurna
Malabar Gold & Diamonds menawarkan barang kemas yang sempurna, diterima secara meluas dan popular dalam kalangan semua golongan pelanggan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1993, rangkaian peruncit barang kemas berusaha menyampaikan lebih daripada apa yang dijanjikan.

"Dalam dunia persaingan, kecemerlangan adalah segala-galanya. Jenama cemerlang seperti Malabar Gold & Diamonds berbeza daripada pesaing melalui strategi pemasaran kreatif, dasar mesra pelanggan, bilik pameran dengan hiasan dalaman menarik, harga menarik, perkhidmatan pelanggan  dan perkhidmatan selepas jualan yang unggul," jelas Shamlal.

Malabar Gold & Diamonds adalah syarikat utama Malabar Group, sebuah konglomerat yang memiliki pelbagai perniagaan terkemuka India.

Ditubuhkan pada tahun 1993 di Selatan Kerala, Malabar Gold & Diamonds mempunyai rangkaian runcit yang kukuh dengan 134 cawangan di sembilan negara, 11 unit borong sebagai tambahan kepada pejabat, pusat reka bentuk dan kilang di seluruh India, Asia Barat dan Asia.

Dengan pendapatan tahunanAS$4 bilion (RM14.97 bilion), syarikat itu kini berada antara lima peruncit barang kemas di dunia dari segi pendapatan tahunan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasinganyang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam, syarikat itu berkata, ia akan mengagihkan sehingga 5,450 jamuan berbuka puasa sepanjang bulan ramadan ini.

Tempat utama bagi pengagihan itu, katanya, termasuk di Masjid India, Masjid Jamek, Masjid Negara, Masjid Kampung Baru dan Masjid Wilayah.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 24 Jun 2015


Harga emas jatuh ke paras terendah satu minggu semalam, susut untuk empat sesi berturut-turut berikutan pengukuhan dolar AS dan pasaran saham global yang terus mencatat kenaikan.

Saham Asia hampir untuk mencatat kenaikan untuk sesi keenam semalam berikutan pelabur kekal optimistik terhadap isu hutang Greece, manakala dolar mengukuh susulan prospek kadar faedah AS akan dinaikkan kembali cerah.

"Pelabur memberi reaksi kepada harapan isu hutang Greece dengan mencairkan pelaburan atau mengurangkan pegangan dalam emas.

"Emas menyerap banyak berita buruk baru-baru ini dan kami kira serendah mana lagi pasaran akan menuju. Permintaan di pasaran sedang membangun masih kelihatan lembap, tetapi tidak eksklusif di India, negara pengguna emas penting," kata penganalisis HSBC, James Steel, dalam satu nota penyelidikan.

Ini membuka laluan bagi harga lebih rendah tetapi berpendapat kejatuhan berkemungkinan sederhana.

Emas semerta susut 0.2 peratus kepada AS$1,176 seauns pada 0715 GMT, selepas jatuh 0.6 peratus pada Selasa.

Ia mencecah paras terendah sesi AS$1,174.70, paras terendah sejak 17 Jun.

Emas dilihat sebagai pelaburan alternatif sewaktu berlakunya ketidaktentuan kewangan dan ekonomi, menerima tekanan selepas kerajaan berhaluan kiri Greece meluahkan keyakinan parlimen akan meluluskan urus janji hutang dengan peminjamnya.

Permintaan fizikal di Asia perlahan berikutan kebimbangan musim monsun yang mengurangkan permintaan di India, manakala prestasi pasaran saham yang memberikan pulangan lebih tinggi menyebabkan pembeli tidak membeli emas di China.

China dijangka menerima kelulusan daripada bank pusat bagi emas dalam denominasi yuan bila-bila masa dari sekarang.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

45 Penumpang AirAsia Seludup Emas Ditahan



New Delhi: Seramai 45 penumpang pesawat AirAsia adalah antara 56 suspek ditahan pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam di Andhra Pradesh, susulan cubaan menyeludup 62 kilogram (kg) jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94juta).

Akhbar Times of India melaporkan, ia tidak jelas sama ada rakyat Malaysia antara suspek yang ditahan dalam pemeriksaan terbabit.

Hasil maklumat awam, Direktorat Risikan Hasil (DRI) India di Chennai, melakukan operasi khas pada malam Ahad lalu dengan membuat pemeriksaan rapi di lapangan terbang antarabangsa yang baaru ditauliahkan itu, membabitkan pesawat dari Kuala Lumpur dan Singapura.

Pada mulanya, pegawai DRI memeriksa 20 penumpang penerbangan AirAsia yang membawa banyak barang elektronik sebelum menemui jongkong emas disembunyikan dalam barangan terbabit.

Akhbar harian itu melaporkan, pemeriksaan ke atas 10 penumpang penerbangan Silk Air dari Singapura juga menemui jongkong emas dalam barangan elektronik yang dibawa mereka.

Pemeriksaan terhadap 25 penumpang AirAsia dalam penerbangan kedua dari Kuala Lumpur, juga mendedahkan penyeludupan jongkong emas.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 23 Jun 2015


Emas susut pada Selasa, kerugian berterusan hari sebelumnya berikutan euro susut berbanding dolar dan saham Eropah melonjak dengan harapan Greece akan mencapai perjanjian dengan pemiutangnya untuk mengelakkan kelalaian.

Spot emas turun 0.1 peratus kepada AS$1,183.70 seauns pada 0931 GMT, manakala niaga hadapan emas Amerika syarikat (AS) untuk penghantaran Ogos jatuh 40 sen kepada AS$1,183.70.

Logam itu mencatatkan kerugian satu hari terbesar dalam hampir sebulan pada Isnin berikutan peningkatan pasaran saham tidak optimis untuk urusan pembelian Greece yang dihantar minggu lalu.

"Ia sentiasa sukar untuk mengetahui dengan tepat bagaimana banyak harga emas disokong oleh peristiwa di Greece, tetapi kita pasti lihat semalam (kelmarin) bahawa anda mengambil beberapa risiko serta-merta, risiko premium kelaur dari pasaran dengan cantik dan cepat," kata penganalisis Natixis, Nic Brown.

Bahawa emas terdedah kepada tekanan daripada unsur lain, beliau berkata, seperti prospek kenaikan kadar faedah AS yang pertama dalam hampir satu dekad.

Itu akan meningkatkan kos lepas bagi memegang emas tidak berhasil.

"Pandangan yang lebih besar kami, Greece pula, ialah kita masih bergerak ke arah kenaikan kadar pertama dari Fed kadang-kala akhir tahun ini," kata Brown.

"Terdapat ruang untuk kekuatan lagi dalam dolar dan akibatnya kita fikir terdapat risiko yang jelas kepada harga emas dalam tempoh terdekat."

Tanda bahawa satu persetujuan antara Greece dan pemiutangnya rapat boleh menaikkan saham global pada Selasa, walaupun euro jatuh berbanding dolar berikutan beberapa pemimpin zon euro memberi amaran bahawa banyak kerja lagi yang perlu dilakukan.

Dolar adalah hasil daripada data AS yang yakin. Kekuatan tekanan emas, yang berharga dalam dolar dan cenderung meningkat apabila mata wang lemah.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 22 Jun 2015


Emas bertahan menghampiri paras tertingginya dalam tempoh empat minggu semalam selepas mendaki minggu lalu dengan harapan kenaikan kadar faedah AS mungkin tidak akan berlaku seawal dijangka tetapi keuntungan dibendung kerana pelabur menunggu isyarat daripada rundingan mengenai krisis hutang Greece.

Spot emas tidak banyak berubah pada AS41,198.86 seauns pada 0350 GMT, menghampiri paras AS$1,205.50 yang dicatatnya minggu lalu, tertinggi sejak 26 Mei lalu.

Emas meningkat menggu lalu disebabkan nilai dolar yang lebih lemah, selepas pembuat dasar Rizab Persekutuan (Fed) berkata, kenaikan kadar akan sesuai hanya selepas penambahbaikan dalam pasaran buruh dan lebih keyakinan bahawa inflasi akan meningkat.

Emas yang harganya tidak tertakluk kepada kadar faedah mendapat manfaat daripada kadar yang mencatatkan rekod terendah berikutan krisis kewangan tahun 2007-2009.

Kadar yang lebih tinggi akan meningkatkan kos melepas bagi pemegang logam.

"Komen Fed adalah kemenangan sementara bagi logam berharga itu.

"Kekuatan mereka dijangka menjadi lebih kukuh minggu ini apabila Greece memasuki fasa rundingan teruskan atau berhenti," kata seorang penganalisis Phillip Futures, Howie Lee sambil menambah bahawa, kegelisahan pasaran boleh mengukuhkan permintaan lebih selamat terhadap emas.

Kebelakangan ini, emas menyaksikan beberapa tawaran yang lebih selamat daripada pelabur Greece yang bimbang dengan krisis hutang negara itu yang mereka bimbang boleh mengakibatkan kegagalan dean Athens keluar dari zon euro.

Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras, membuat tawaran bahawa terhadap pakej pembaharuan kepada pemiutang asing kelmarin, memberi isyarat konsesi 11 jam bagi memecahkan kebuntuan yang mengheret Greece ke ambang muflis.

Satu mesyuarat kecemasan sidang kemuncak zon euro dijadualkan diadakan lewat semalam.

Sementara itu, dana lindung nilai dan pengurus wang menurunkan kedudukan bersih yang panjang untuk emas, dan mengurangkan pertaruhan yakin terhadap perak kepada yang paling rendah dalam tempoh tujuh bulan pada minggu berakhir 16 Jun.

Kedudukan pendek spekulator dalam emas meningkat kepada paras yang tertinggi pada 88,216 lot, menunjukkan pelabur menjangkakan harga emas akan menurun.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 21 Jun 2015


Emas mengekalkan kebanyakan kenaikan daripada rali dagangan sebelumnya, dengan harga pada landasan kukuh untuk mencatat lonjakan minggu kedua, dipacu tindakan berhemah Rizab Persekutuan (Fed) berhubung kenaikan kadar faedah dan kelemahan nilai dolar.

Emas semerta susut sedikit kepada AS$1,200.11 seauns, selepas naik 1.3 peratus pada Khamis, kenaikan harian terbesar sejak pertengahan Mei. Ia menokok 1.7 peratus tahun ini.

Jongkong emas mendapat lonjakan, manakala dolar susut, selepas pembuata dasar Fed berkata, kenaikan kadar faedah hanya sesuai selepas pengukuhan lanjut dalam pasaran buruh dan keyakinan bahawa inflasi akan meningkat.

Kadar faedah lebih tinggi akan melemahkan permintaan terhadap aset yang tidak berasaskan riba seperti emas.

"Jongkong emas meraih manfaat berikutan pelabur berkemungkinan mencari aset selamat di atas kebimbangan peningkatan risiko 'Grexit' susulan kegagalan rundingan antara Greece dan peminjam," kata penganalisis di OCBC Bank, merujuk krisis hutang Greece.

Athens dan peminjam antarabangsa gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hutang berkenaan.

Pemimpin zon euro akan mengadakan mesyuarat tergempar Isnin bagi mencuba mendapatkan jalan penyelesaian.

Sungguhpun harga emas naik, peniaga tetap berhati-hati.

"Masih ada kesan material," kata peniaga di MKS Group, James Gardiner.

Kedudukan pelabur kekal bearis, dengan aset SPDR Gold Trust berada pada paras terendah sejak tahun 2008 dan spekulator meningkatkan kedudukan jangka pendek masing-masing.

Permintaan fizikal Asia perlahan kerana jajaran harga yang sempit dan pulangan lebih baik daripada pasaran saham.

Permintaan mendapat kesan lanjut dengan kenaikan semalam dalam harga emas.

Di China, harga pada Bursa Emas Shanghai jatuh kepada diskaun sehingga AS$2 seauns kepada harga global, daripada premium AS$1-AS$2 pada Khamis, menandakan permintaan yang lemah.

Penyusutan pasaran saham tempatan juga gagal membawa pelabur kembali kepada emas.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ROMPAKAN EMAS : Terkejut Bunyi Penggera


Cheras : Gara-gara terkejut dengan bunyi alat penggera keselamatan, lapan penjenayah gagal merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Cheras, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 11.46 pagi, empat daripada suspek berkenaan dikatakan memasuki pasar raya dengan memakai sarung tangan dan topi keledar.

Sebaik berada di hadapan premis berkenaan, seorang daripada suspek memecahkan cermin kaca pameran menyebabkan penggera keselamatan berbunyi.

Terkejut dengan bunyi berkenaan, keempat-empat suspek terus melarikan diri bersama empat lagi rakan mereka yang menunggu di luar pasar raya menaiki motosikal.

Seorang pekerja kedai emas itu yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian itu dia bersama dua lagi rakannya duduk di dalam kedai sambil menunggu pelanggan.

Katanya, empat suspek lelaki itu tiba-tiba datang dan terus memukul cermin kaca pameran emas menggunakan tukul besar menyebabkan alat penggera terus berbunyi.

"Sebaik penggera berbunyi, mereka tergesa-gesa melarikan diri. Kami hanya mampu melihat perbuatan mereka sebelum menghubungi polis," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati empat daripada lapan suspek itu masuk ke premis dan memecahkan cermin kaca penyimpanan emas terbabit.

Bagaimanapun, katanya, sebaik penggera keselamatan kedai emas berkenaan berbunyi, suspek terus melarikan diri.

"Empat lagi suspek menunggu rakan mereka di luar pasar raya sebelum melarikan diri menggunakan empat motosikal.

"Seorang daripada suspek dipercayai membawa pistol dan semua suspek berpakaian gelap, memakai sarung tangan dan topi keledar ketika kejadian," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro (20 Jun 2015)
Penulis : Fardy Bungga


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Habib Jewels Tampil Koleksi Aidilfitri



Kuala Lumpur: Syarikat pengeluar dan peruncit barangan kemas terkemuka, Habib Jewels Sdn Bhd, tampil dengan koleksi terbaharu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Koleksi dinamakan Rantaian Kasih itu diilhamkan daripada rekaan seni dan rekabentuk Empayar Moghul. 

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Meer Habib, berkata koleksi berkenaan didatangkan dalam pelbagai bentuk dan warna, mencakupi semua jenis perhiasan iaitu rantai, anting-anting, gelang tangan dan cincin. 

"Rekaan seni bina Moghul yang bermula pada abad ke-16, boleh dilihat pada koleksi ini dan ia menjadi inspirasi kami kali ini. "Koleksi ini antara yang paling unik pernah kami hasilkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan koleksi Rantaian Kasih di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, keunikan koleksi itu dapat dilihat menerusi penggunaan pelbagai jenis permata seperti zamrud, berlian, delima dan nilam.

“Koleksi ini amat sempurna jika digayakan bersama pakaian tradisional sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

"Ia juga sangat sesuai dijadikan hadiah kepada insan tersayang, bertepatan dengan tema tahun ini yang mencerminkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan,” katanya.

Meer Habib berkata, koleksi Rantaian Kasih tidak hanya menghimpunkan perhiasan untuk wanita, tetapi turut diperluaskan kepada golongan lelaki dan kanak-kanak.

“Kami ada koleksi butang baju Melayu dan cincin yang diperbuat daripada palladium dan pelbagai jenis permata.

“Untuk kanak-kanak pula Habib Jewels menyediakan pelbagai pilihan gelang, anting-anting, rantai leher dan loket serta koleksi cincin bertindih,” katanya.

Koleksi Rantaian Kasih yang dilancarkan sempena Kempen Silaturahim Di Hari Raya akan berlangsung mulai esok sehingga 19 Julai menerusi bilik pameran Habib Jewels di seluruh negara.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warga India Menang 500 Gram Emas



Kuala Lumpur: Seorang warga India muncul pemenang hadiah, iaitu 500 gram emas dalam kempen cabutan bertuah anjuran peruncit barangan kemas terkenal, Malabar Gold & Diamonds.

Dalam kenyataannya semalam, syarikat berkenaan berkata, hadiah emas seberat setengah kilogram (kg) itu disampaikan kepada lelaki terbabit oleh Presiden Persatuan Pemerkasaan Wanita Malaysia (MyWOMEN), Datuk G Geethanjali.

Liyakathali adalah pemenang pertama kempen cabutan bertuah "The Great Gold Rush" anjuran Malabar Gold & Diamonds, yang menawarkan peluang kepada orang ramai memenangi sehingga satu kilogram emas.
Kempen sehingga 30 Jun 
Kempen cabutan bertuah itu sedang berjalan sehingga 30 Jun ini dengan pelanggan berpeluang menyertainya apabila membeli barangan kemas daripada peruncit berkenaan.

Pembeli emas daripada Malabar Gold & Diamonds akan memperoleh satu kupon cabutan bertuah, manakala pelanggan yang membeli berlian mendapat dua kupon, yang meningkatkan lagi peluang memenangi hadiah ditawarkan itu.

Pelanggan turut mendapat wang syiling emas seberat satu gram bagi setiap pembelian produk berlian bernilai RM2,500 di syarikat sama.

Orang ramai yang ingin mencuba nasib menjadi pemenang kedua dan memperoleh 500 gram emas lagi boleh mengunjungi premis Malabar Gold & Diamonds di Jalan Masjid lndia di sini.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 Kilogram Emas Dalam Tandas Pesawat



Mumbai: Unit perisikan udara Kastam merampas lapan kilogram emas bernilai Rs 20 juta (RMl.l7 juta) daripada dua tandas dalam sebuah pesawat di lapangan terbang di sini kelmarin manakala seorang penumpang ditahan bagi membantu siasatan.

Pegawai Kastam mendapat maklumat khusus bahawa lapan jongkong emas, setiap satu seberat satu kilogram disembunyi dalam dua tandas pesawat Jet Airways 9W-539 penerbangan dari Muscat ke Mumbai.

Sebaik merampas emas terbabit, pihak Kastam memberkas penumpang, Segu Naina yang mengaku menyerubunyikan emas berkenaan.  

Katanya, emas itu sepatutnya dibawa keluar ketika penerbangan ke Kolkata.  

“Pelakunya adalah orang yang menghantar bungkusan itu dan meletakkan emas berkenaan di dalam tong sampah tandas.  

“Orang lain yang belum dikenal pasti kemudian menggunakan pemutar skru untuk menyembunyikannya dalam tandas," kata Pesuruhjaya Kastam, Milind Lanjewar.  

Pihaknya menyiasat kemungkinan kejadian membabitkan anak kapal.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS