Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Ogos 2014


Harga emas merosot semalam kerana saham Eropah pulih semula daripada kejatuhan kelmarin.

Kontrak bulan semasa jatuh 0.3 peratus kepada AS$1,286.04 seauns sementara kontrak hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Disember jatuh AS$3.30 seauns kepada AS$1,287.10.

"Melihat kepada Perbendaharaan, kebimbangan terhadap Ukraine memberi sokongan.

"Bagaimanapun, saya tidak fikir ia adalah sangat kukuh untuk mendorong kepada pelaburan lindung nilai.

"Permintaan fizikal kukuh dalam beberapa hari ini apabila emas diniagakan bi bawah paras AS$1,280, tetapi perlahan selepas berada pada pertengahan AS$1,290 seauns.

"Secara keseluruhan, dari segi fizikal tidak menyediakan sokongan yang kukuh," kata seorang peniaga emas Heraeus, Alexander Zumpfe.

Harga perak jatuh 0.2 peratus kepada AS$19.51 seauns, sementara kontrak semasa platinum berada pada paras AS$1,415.60 seauns dan palladium jatuh 0.2 peratus kepada AS$891.10 seauns.

Sementara intu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini menjejaki kelemahan niaga hadapan emas di New York Commodity Exchange (COMEX) yang diniagakan rendah pada akhir sesi dagangan Asia.

"Kekurangan permintaan fizikal sekali lagi mempengaruhi harga manakala kesan ketegangan di Ukraine tidak mencukupi untuk melonjakkan harga," katanya.

Bulan semerta Ogos 2014 turut 27 mata untuk ditutup kepada RM130.30 segram, manakala September 2014, Oktober 2014 dan November 2014 turun 21 mata setiap satu untuk ditutup masing-masing kepada RM130.70, RM130.95 dan RM131.40 segram.

Kepentingan terbuka naik kepada 6,159 kontrak daripada 5,789 kontrak semalam.

Jumlah dagangan susut kepada 501 lot bernilai RM6.56 juta daripada 559 lot bernilai RM7.49 juta sebelumnya.

Harga  fizikal emas berjumlah RM126.14 segram, turun 31 sen daripada RM126.45 segram semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 28 Ogos 2014


Harga emas meningkat untuk hari ketiga berturut-turut semalam berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang susut sedikit.

Harga logam berharga itu naik 0.7 peratus kepada AS$1,291.00 seauns menjelang 1001 GMT, dengan berada di atas paras pergerakan purata 200 hari AS$1,284 dan menuju mencapai peningkatan mingguan pertama kalinya.

Emas didagangkan dalam jajaran sempit beberapa minggu lalu dengan jurang antara paras bulanan tertinggi dan terendah adalah di bawah paras AS$50 seauns, paling rendah sejak Ogos 2009.

"harga logam meningkat semula hari ini (semalam), dengan menguji paras rintangan sekitar AS$1,290 seauns," kata penganalisis Societe Generale, Robin Bhar.

Di pasaran fizikal, kejatuhan harga emas baru-baru ini, dengan mencecah paras rendah dalam tempoh dua bulan pada AS$1,273.06, mendorong sedikit belian daripada sektor barang kemas, tetapi kuantiti masih kecil, kata peniaga.

"Permintaan daripada India, terutama pihak bagi perak naik kerana kedatangan musim perayaan. Secara keseluruhan, permintaan adalah baik beberapa hari lalu," kata peniaga fizikal di Singapura.

Premium bagi jongkong emas di Singapura kekal kukuh pada 80 sen sehingga AS$1 seauns berbanding harga kontrak semasa London.

Kontrak semasa perak naik 1.7 peratus kepada AS$19.74 seauns, meningkat semula daripada paras terendah dalam dua bulan pada paras AS$19.25 yang dicatatkan pada minggu lalu.

Kontrak semasa platinum naik 0.7 peratus kepada AS$1,419.80 seauns, sementara kontrak semasa palladium naik 0.4 peratus kepada AS$892.72 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam sejajar dengan peningkatan harga logam berharga itu di New York Commodity Exchange.

Kontrak bulan semasa, Ogos 2014 naik 26 mata kepada RM131.40 segram, September 2014 meningkat 29 mata kepada RM131.75 segram, Oktober 2014 ditutup 30 mata lebih tinggi kepada RM132.00 segram dan November 2014 melonjak 18 mata kepada RM132.45 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 5,789 kontrak daripada 5,403 kontrak kelmarin.

Jumlah dagangan meningkat kepada 569 lot bernilai RM7.49 juta berbanding 204 lot bernilai RM2.66 juta kelmarin.

Harga emas fizikal berada pada paras RM126.45 segram, naik 56 sen kepada RM125.89 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 27 Ogos 2014


Harga emas meningkat di atas AS$1,285 seauns semalam, kembali pulih daripada paras terendah dalam dua bulan pada minggu sebelumnya.

Perkembangan itu berlaku apabila harga saham kembali reda selepas rali selama dua minggu setengah manakala indeks dolar turun daripada paras tertinggi dalam 13 bulan.

Spot emas meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,285.50 seauns pada 0645 GMT, selepas pemulihan dari paras rendah minggu lalu pada AS$1,273.06.

Manakala, niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember meningkat AS$1.10 seauns pada AS$1,286.30.

Data ekonomi Jerman yang perlahan dan keputusan korporat membantu kepada peningkatan kumpulan saham iaitu meningkat enam peratus sejak 8 Ogos lalu, manakal indeks dolar menyusut 0.2 peratus selepas mencecah paras tertinggi sejak dagangan lebih setahun.

Ketua Penyelidikan Komoditi Saxo Bank, Ole Hansen, berkata dolar kelihatan mengukuh tetapi terlebih belian.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif rendah pada tengah malam susulan kekurangan minat belian.

Pada rehat tengah hari, dua bulan kontrak diniagakan.

Kontrak Ogos 2014 turun 10 mata kepada RM130.15 segram dan September 2014 susut 11 mata kepada RM130.45 segram.

Jumlah dagangan berjumlah 94 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 5,324 kontrak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 26 Ogos 2014


Emas meningkat satu peratus semalam selepas kenaikan dolar terhenti serta berlaku rali dalam pasaran ekuiti untuk melepasi paras AS$1,280 seauns.

Perkembangan itu mencetuskan pembelian berdasarkan carta, namun jangkaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan boleh mematikan minat.

Spot emas mencecah sesi tertinggi pada AS$1,290.80 seauns dalam dagangan awal selepas arahan menghentikan belian melangkau purata pergerakan 200 hari di atas AS$1,280.

Arahan menghentikan belian adalah arahan automatik yang ditetapkan pada paras tertentu jika harga emas meningkat.

Harga emas meningkat daripada paras terendah dua bulan AS$1,273.06 pada 21 Ogos susulan spekulasi kadar faedah AS dinaikkan untuk diniagakan meningkat 0.8 peratus kepada AS$1,286.56 menjalang 1146 GMT, manakala hadapan emas AS meningkat AS$8.80 seauns kepada AS$1,287.60.

Peniaga berkata, logam dijangka kekal disokong di bawah AS$1,300 menjelang tarikh akhir opsyen emas Comex bagi Ogos, lewat semalam.

"Saya fikir pelabur menunggu sehingga emas melepasi di bawah purata pergerakan 200 hari, namun sesuatu yang mengejutkan jika ia mampu mengekalkan rali ini," kata penganalisis Standard Bank, Walter de Wet.

Dolar mendatar berbanding sekumpulan mata wang utama lain, selepas mencatatkan peningkatan kukuh minggu lalu.

Saham Eropah pula meningkat, namun kenaikannya di bawah prestasi sebenar pada dua sesi selepas Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi mencetuskan jangkaan bank pusat itu akan melaksanakan skim belian aset berskala besar seawal minggu depan untuk merangsang ekonomi zon euro.

Ketegangan antara Russia dan Ukraine di samping pergolakan di Asia Barat membantu menaikkan harga emas, kerana logam itu biasanya dilihat sebagai pelindung risiko politik serta kewangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BISNES : Kecairan Kewangan Negara Mencukupi


Kecairan dalam sistem kewangan negara ketika ini masih cukup dan boleh diuruskan menerusi operasi pasaran terbuka.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata pasaran wang tempatan masih mampu menyerap, jika wujud sebarang lebihan kecairan.

Sehubungan itu, katanya, pelarasan keperluan Rizab Berkanun (SRR) hanya akan dilaksanakan, jika terdapat perubahan asas dalam  kecairan sistem kewangan negara.

"Ketika ini kami menguruskan kecairan menerusi operasi pasaran terbuka bagi memastikan kecairan mencukupi dan emmastikan kita tidak mempunyai lebihan kecairan yang akan mewujudkan lebihan pertumbuhan kredit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran pameran terkini Muzium dan Galeri Seni Bank Negara bertajuk 'Kenali Nusantara : Wang Yang Membentuk Rantau Ini' di Kuala Lumpur, semalam.

Opsyen SRR
Zeti berkata demikian bagi mengulas sama ada Bank Negara akan menggunakan opsyen SRR bagi menstabilkan sistem kewangan negara disamping penyelarasan kadar faedah.

SRR adalah instrumen dasar monetari yang dimiliki BNM untuk tujuan pengurusan kecairan. Ia adalah simpanan wajib yang perlu disimpan oleh bank di dalam bank pusat. Salah satu fungsi rizab berkanun ialah dapat mengatasi masalah inflasi.

Mengulas prestasi ekonomi negara, Zeti berkata, ekonomi Malaysia berada kekal pada landasan pertumbuhan kukuh, meskipun masih wujud ketidaktentuan dalam pasaran global ketika ini.

Katanya, BNM menjangkakan ketidaktentuan di pasaran global akan berterusan kerana ketika ini adalah tempoh perubahan selepas krisis kewangan global yang mana wujudnya pelarasan ke arah menstabilkan dasar.

Beliau berkata, sistem kewangan negara ini bergerak ke arah kematangan kukuh yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi serta aktiviti perdagangan, meskipun berdepan keadaan tidak menentu sistem kewangan global.

"Malaysia mempunyai keupayaan kukuh untuk mengharungi ketidaktentuan global dan ia terbukti aktiviti ekonomi tidak terjejas meskipun berdepan beberapa krisis kewangan global sebelum ini," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 Ogos 2014


Emas diniagakan hampir di paras terendah dalam tempoh dua bulan semalam disebabkan dolar berada pada paras lebih tinggi selepas bank pusat memberi isyarat bahawa kadar faedah ditetapkan berdasarkan perkembangan di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun.

Pada mesyuarat bank pusat di Jackson Hole, Wyoming, Pengerusi rizab Persekutuan (Fed), Janet Yellen, bersetuju terhadap kepada kebimbangan beberapa pegawai Fed mengenai paras daya tahan berterusan rangsangan dasar monetari, sekaligus beliau menegaskan mengenai keperluan untuk bergerak dengan berhati-hati ke arah menaikkan kadar.

Ketua Bank Pusat Eropah dan Bank of Japan berjanji untuk melaksanakan lebih banyak dasar rangsangan lebih banyak dasar rangsangan, yang memberi kesan kepada nilai nilai euro dan yen berbanding mata wang AS.

Harga emas turun 0.2 peratus kepada AS$1,276.94 seauns pada 0950 GMT.

Logam berharga itu jatuh 1.8 peratus minggu lalu, kejatuhan mingguan terbesar dalam sebulan, terjejas oleh data ekonomi AS yang kukuh dan spekulasi kenaikan kadar faedah lebih awal, yang menyebabkan logam itu mencatat paras paling rendah dalam tempoh dua bulan pada AS$1,273.06 seauns pada Khamis.

Niaga hadapan emas AS jatuh AS$2.40 kepada AS$1,277.70 seauns.

Perdagangan elektronik dihentikan untuk tempoh empat jam semalam disebabkan oleh masalah teknikal.

Dolar meningkat 0.3 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama, dibantu oleh hasil kukuh pada nota Perbendaharaan, menjadikan emas lebih mahal untuk pemegang mata wang lain.

Peniaga berkata, bagaimanapun logam itu berada paras di atas carta sokongan sekitar AS$1,270, kerana kecairan telah disalurkan ekoran ketiadaan peserta United Kingdom (UK) disebabkan bank bercuti pada hujung minggu.

"Emas berada pada kedudukan baik melebihi paras sokongan dengan berada di paras AS$1,271 seauns disebabkan berita emas yang negatif minggu lalu ketika kita meningkatkan simpanan emas, meningkatkan kadar hasil bon, data ekonomi yang kukuh dari AS dan dolar yang lebih kukuh," kata Pengurus Kanan Saxo Bank, Ole Hansen.

"Walaupun pengetatan kadar faedah Fed menjadi tumpuan, terdapat kekurangan komitmen kerana kecairan kurang pada masa ini," katanya.

Fed berkata, ia akan menunggu 'masa yang sesuai' selepas menamatkan program rangsangan pembelian bon pada Oktober sebelum menaikkan kadar faedah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 24 Ogos 2014


Harga emas naik pada Jumaat kerana pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) jatuh, tetapi kenaikan terhad selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen, berkata pasaran buruh negara itu kekal terjejas dengan kesan kemelesetan paling teruk.

Bagi minggu ini berakhir, harga emas jatuh kira-kira dua peratus berikutan spekulasi kenaikan kadar faedah AS lebih awal daripada jangkaan.

Kontrak bulan semasa emas naik 0.3 peratus kepada AS$1,280.29 seauns, tidak berapa jauh daripada paras terendahnya dalam tempoh dua bulan pada AS$1,273.06 yang dicecah pada Khamis.

Logam berharga itu jatuh 1.9 peratus pada minggu lalu, kejatuhan terbesar sejak minggu berakhir 18 Julai lalu.

Pasaran hadapan emas COMEX AS bagi penghantaraan Disember berada pada paras AS$1,280.20 seauns.

Permintaan fizikal bagi emas di negara pengguna utama, China dan India kekal lemah.

Penganalisis, bagaimanapun, menjangkakan belian dar India akan meningkat menjelang perayaan dan musim perkahwinan, yang menjadi musim penting untuk membeli emas.

Dalam kalangan logam berharga lain, perak jatuh 0.1 peratus kepada AS$19.40 seauns.

Platinum naik 0.4 peratus kepada AS$1,416.25 seauns dan kontrak bulan semasa plladium meningkat 1.3 peratus kepada AS$885.25 seauns.

Sementara itu, dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka jatuh minggu ini, kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Yew Jia-Jong.

Beliau berkata, pasaran logam berharga itu akan mengalami aliran menurun jika ulasan Rizab Persekutuan AS memberi tumpuan kepada faktor positif pasaran buruh.

"Bagaimanapun, jika Rizab Persekutuan mahu mengulangi ucapan bernada negatif pada Julai, harga emas dijangka mempunyai sedikit sokongan belian," katanya.

pada asas Jumaat ke Jumaat, Ogos 2014 jatuh 63 mata kepada RM130.20 segram, September 2014 susut 59 mata kepada RM130.55 segram manakala Oktober 2014 dan November 2014 turun 64 mata masing-masing kepada RM130.75 segram dan RM131.05 segram.

Jumlah dagangan merosot kepada 1,959 lot bernilai RM26.41 juta daripada 2,328 lot bernilai RM69.38 juta minggu lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 22 Ogos 2014


Harga emas stabil di atas paras terendah dua bulan semalam selepas lima hari jatuh dan menuju ke paras kerugian mingguan terbesar dalam lima minggu disebabkan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan spekulasi bahawa Rizab Persekutuan (fed) mungkin menaikkan kadar faedah lebih awal daripada yang diangkakan.

Logam berharga itu terjejas teruk selepas minit mesyuarat Fed pada Julai yang dikeluarkan Rabu lalu menunjukkan pembuat dasar berdebat sama ada kadar faedah seharusnya dinaikkan lebih awal disebabkan pemulihan kukuh pasaran kerja yang mengejutkan.

Logam itu berada di bawah tekanan kelmarin apabila berada di bawah paras purata pergerakan 200 hari daripada AS$1,284 seauns, mencetuskan amaran berhenti akibat kerugian - pesanan jualan automatik yang diletak oleh peniaga untuk menghadkan kerugian dan menyebabkan harga jatuh lebih daripada satu peratus.

Spot emas naik 0.3 peratus kepada AS$1,281.20 seauns pada 0916 GMT, tidak jauh dari paras terendah dua bulan iaitu AS$1,273.06 yang dicatatkan kelmarin.

Logam itu turun hampir dua peratus minggu ini, penurunan terbesar sejak minggu berakhir 18 Julai.

Niaga hadapan emas AS menokok 0.5 peratus kepada AS$1,281.90.

Dolar berlegar di bawah paras tertingginya tahun ini berbanding sekumpulan mata wang utama menjelang ucapan ditunggu-tunggu oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen pada perhimpunan tahunan bank pusat di Jackson Hole, Wyoming.

Sebarang peningkatan mata wang AS mungkin menambah tekanan kepada emas, kerana ia akan membuat logam itu lebih mahal untuk pemegang mata wang asing.

Tetapi ucapan Yellen yang pada Julai lalu menegaskan bahawa terdapat kelemahan ketara dalam pasaran buruh, akan membentang minit Fed minggu ini yang menunjukkan pembuat dasar berdebat sama ada kadar faedah perlu dinaikkan lebih awal atau tidak.

Kadar faedah yang lebih tinggi akan mengurangkan daya tarikan aset bukan faedah seperti emas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 21 Ogos 2014


Harga emas jatuh ke paras terendah dua bulan semalam, kejatuhan sesi kelimanya berikutan pengukuhan dolar AS susulan petunjuk bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Pembuat dasar berdebat sama ada kadar faedah seharusnya dinaikkan lebih awal mengambil kira faktor pemulihan pasaran pekerjaan, demikian menurut minit mesyuarat Rizab Persekutuan pada Julai.

Kebanyakan pegawai, bagaimanapun, mahukan lebih bukti selepas kenaikan dibuat.

Kadar faedah lebih tinggi akan mengurangkan daya tarikan aset yang tiada kaitan dengan faedah seperti emas.

Emas semerta jatuh serendah 1.2 peratus ke paras terendah sejak 19 Jun pada AS$1,276.90 seauns.

Ia diniagakan 0.9 peratus lebih rendah pada AS$1,280.30 pada 0952 GMT.

dagangan hadapan emas AS pula jatuh serendah 1.6 peratus kepada AS$1,274.90, juga paras terendah dalam dua bulan.

"Emas berada di kedudukan defensif sebelum minit mesyuarat itu diperolehi berikutan ketegangan di Ukraine yang semakin pulih kerana pasaran kurang memberikan perhatian, sehubungan itu terdapat pemacu lain seperti dolar yang bergerak sejak awal minggu," kata penganalisis di ABN Amro, Georgette Boele.

"Kemudian minit mesyuarat diperoleh yang memberikan tekanan tambahan ke atas emas."

Dolar AS diniagakan di bawah paras tertinggi 11 bulan berbanding mata wang utama dunia, dirangsang peningkatan bon Perbendaharan dan nada dalam minit mesyuarat bank pusat itu.

Emas gagal meraih sokongan daripada kejatuhan pasaran saham global selepas kaji selidik sektor pembuatan China yang mengecewakan mencetus kebimbangan.

Pegangan SPDR Gold Trust menokok 0.9 tan kepada 800.09 tan pada Rabu, peningkatan tiga hari berturut-turut.

Keganasan berterusan di Ukraine dan Asia Barat berkemungkinan menyebabkan pelabur mendapatkan emas sebagai pelaburan lebih selamat.

Sungguhpun konflik menolong menolak naik harga jongkong emas sekitar tujuh peratus tahun ini, sebarang dorongan yang diberikan tidak bertahan lama, kata penganalisis.

Perak jatuh 0.8 peratus kepada AS$19.32 seauns mencecah paras terendah dua bulan AS$19.25 sebelum ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 20 Ogos 2014


Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mencatatkan paras penutupan yang lebih rendah hari ini, kerana menjejaki kejatuhan semalam di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX).

Peniaga di Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, memberitahu BERNAMA bahawa harga emas COMEX jatuh ke paras AS$1,300 seauns, apabila pasaran beralih tumpuan ke arah data-data ekonomi berbanding ketegangan geopolitik di Ukraine.

"Data-data perumahan AS yang lebih baik daripada dijangkakan memberi tekanan kepada harga emas, manakala pelabur-pelabur berkemungkinan memberikan tumpuan kepada minit mesyuarat Rizab Persekutuan malam ini untuk mendapatkan petunjuk tentang kenaikan kadar," kata beliau.

Pada akhir dagangan, kontrak Ogos 2014 susut satu mata asas kepada RM132.05 segram, September 2014, Oktober 2014 dan November 2014 turun dua mata, masing-masing kepada RM132.25 segram, RM132.45 segram dan RM132.75 segram. Jumlah kepentingan terbuka mengecil kepada 5,292 kontrak daripada 5,703 kontrak semalam, manakala jumlah dagangan susut kepada 190 lot bernilai RM2.5 juta daripada 650 lot bernilai RM8.59 juta sebelumnya.

Harga emas dalam pasaran tunai adalah pada RM127.48 segram, turun 39 sen daripada RM127.87 segram semalam.

Di pasaran antarabangsa, kejatuhan emas di bawah AS$1,300 seauns pada Rabu selepas kejatuhan tiga hari, selepas data perumahan yang kukuh memalapkan kedudukan emas sebagai aset selamat.

Ketika tumpuan beralih kepada ketegangan geopolitik, pelabur turut menunggu minit mesyuarat Fed pada Julai lalu untuk mendapatkan petunjuk unjuran dasar monetari Bank Pusat AS.

Harga emas berubah kepada AS$1,295.44 seauns pada 0643 GMT, selepas jatuh 1.3 peratus pada tiga sesi sebelum ini.

Harga emas AS stabil pada AS$1,297.

"Laporan jualan rumah yang memberangsangkan daripada AS sangat penting apabila ia menunjukkan angka yang kukuh seharusnya menunjukkan sektor akan mula perlahan, sejajar dengan pandangan konvensional beberapa minggu lalu, kata Analisis INTL FCStone, Edward Meir.

Data menyediakan ruang untuk berlaku peningkatan kadar dan pengukuhan dolar, kedua-duanya akan menunjukkan penurunan kepada nilai emas jangka pendek, kata Meir.

Sektor perumahan AS naik ke paras lapan bulan tertinggi pada Julai mencadangkan pasaran negara itu kembali pulih selepas merudum pada separuh kedua tahun lalu.

Pelabur berminat meninjau data ekonomi AS untuk menilai unjuran Fed kepada kadar faedah.

Kadar yang lebih tinggi akan mengurangkan minat kepada aset berkaitan emas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 19 Ogos 2014


Emas mencatat penurunan harga untuk hari kedua berturut-turut semalam kerana ketegangan geopolitik dan aliran masuk dana merangsang logam "selamat' itu, tetapi keuntungan kekal dalam semakan disebabkan kekukuhan dalam ekuiti dan dolar.

Pasaran ekuiti meningkat selepas Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata semua isu berkaitan konvoi kemanusiaan yang dihantar oleh Moscow untuk membantu kawasan miskin di timur Ukraine telah diselesaikan.

Moscow berkata, ia inginkan gencatan senjata bagi membolehkan bantuan sampai kepada orang terperangkap akibat pertempuran.

Bagaimanapun, ketegangan masih tinggi, dengan Ukraine berkata, puluhan orang termasuk wanita dan kanak-kanak, dibunuh kerana melarikan diri daripada berjuang di timur Ukraine Isnin lalu, apabila konvoi bas mereka ditembak dengan roket api.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,299.22 seauns pada 0632 GMT, selepas jatuh 0.6 peratus pada sesi sebelumnya. Emas hadapan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan keuntungan kira-kira AS$1 kepada AS$1,300.50.

Harga perak adalah stabil semalam selepas mencecah paras terendah dua bulan pada sesi yang lalu.

Palladium tidak terlalu jauh daripada paras tertinggi 13 tahun, disokong oleh kebimbangan bekalan daripada pengeluar utama, Russia dan prospek permintaan yang kukuh.

"Pelabur tampak mempercayai bahawa beberapa risiko akibat insiden yang berlaku semakin kurang memberi kesan dan mencari lindung nilai," kata Ketua Operasi Australia & New Zealand, Danny Laidler pada di ETF Securities menerusi emel.

Produk dagangan emas bursa yang kukuh menyaksikan AS$75.5  juta aliran masuk minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan dagangan empat minggu menjadi AS$282.6 juta, tertinggi sejak Ogos 2012, kata Laidler.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 18 Ogos 2014


Harga emas naik sederhana semalam diniagakan sedikit di atas AS $1,300 seauns berikutan ketegangan yang semakin meruncing di Ukraine mengurangkan selera untuk mengambil risiko, melemahkan pasaran modal dan ini menambahkan lagi pelaburan dalam aset lebih selamat.

Emas semerta jatuh 0.6 peratus kepada AS$1,297 pada awal dagangan di Asia tetapi ditutup susut hanya 0.2 peratus kepada AS$1,301.20 seauns pada 0632 GMT.

Saham di Asia pula mendatar dan dolar lebih lemah berbanding yen.

Sementara ketegangan geopolitik menambah tarikan permintaan terhadap emas, kebimbangan harga akan terus jatuh tetap ada selepas kejatuhan 0.6 peratus Jumaat lalu.

"Terdapat sedikit penjualan berikutan pembukaan di Tokyo dan China pagi tadi menyaksikan penurunan," kata peniaga di Sydney.

"Saya tidak terperanjat sekiranya harga emas menuju ke paras sokongan pergerakan purata 200 hari AS$1,285," katanya.

Kekurangan permintaan fizikal dan pasaran saham yang kukuh dijangka memberi kesan negatif kepada emas," katanya.

Antara logam berharga lain, palladium ditutup di paras tertinggi 13 tahun Jumaat lalu disebabkan kebimbangan gangguan bekalan dari negara pengeluar utama Russia.

Perak berlegar menghampiri paras terendah dua bulan.

Ketegangan di Ukraine dan Asia Barat menyebabkan kenaikan emas hampir lapan peratus tahun ini.

Dana lindung nilai dan pengurusan wang membuat taruhan bulis ke atas dagangan hadapan dan opsyen emas buat pertama kali dalam tiga minggu, demikian menurut data Suruhanjaya Perdagangan Hadapan Komoditi Jumaat lalu, mencadangkan keyakinan baru ke atas logam itu.

Sementara itu, permintaan fizikal di China dan India lemah dengan jangkaan harga akan jatuh lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengguna FB Ditipu RM700 Juta


Oleh Muhammad Mustakim Ramli
bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur - Sekumpulan pengguna Facebook (FB) mendakwa diperdaya lebih 60 sindiket pelaburan hingga menyebabkan kerugian mencecah RM700 juta, sejak dua tahun lalu.

Kerugian itu didakwa membabitkan kira-kira 100,000 pengguna Facebook seluruh negara yang berjaya dikumpulkan beberapa individu yang menjadi mangsa penipuan melalui laman sosial itu sejak Julai lalu.

Jurucakap kumpulan itu, Raja Mohd Kamaruzuan Raja Daud, 29, berkata sindiket kebiasaannya menghantar mesej peribadi kepada mangsa dengan menawarkan pelbagai pelan pulangan modal dari tujuh hingga 20 hari dengan keuntungan tiga kali ganda daripada modal asal.

"Sindiket meyakinkan orang ramai dengan mempamerkan cek bernilai jutaan ringgit yang diterima individu lain yang menggunakan pelan yang ditawarkan mereka.

"Bagi membuktikan orang ramai bahawa mereka tidak menipu, sindiket turut mengemukakan salinan MyKad, lesen perniagaan serta akaun bank," katanya ketika ditemui bersama 50 mangsa penipuan pelaburan di sini, semalam.

Buat Laporan Polis
Raja Mohd Kamaruzuan berkata, pendedahan itu bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati apabila menerima pelawaan daripada individu tidak dikenali di laman sosial.

"Kita sudah membuat laporan polis dan mengharapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman memantau sindiket penipuan di laman sosial," katanya yang mengalami kerugian hampir RM20,000.

Difahamkan sindiket turut mempergunakan beberapa pihak lain terutama remaja yang berfungsi sebagai 'keldai' sindiket bagi memperdayakan mangsa menerusi laman sosial berkenaan.

Mangsa, kazwana Kassim, 42, dari Kota Bharu berkata, dia mengalami kerugian RM13,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan yang menjanjikan keuntungan 100 peratus.

Katanya, pada mulanya dia tidak mengesyaki ditipu berikutan pada minggu pertama dia mendapat keuntungan seperti yang dijanjikan.

"Sindiket kemudian menawarkan kepada saya komisyen lima peratus bagi setiap orang yang berjaya saya tarik menyertai pelaburan mereka. Selepas saya mendapatkan 10 orang, sindiket mula mendiamkan diri.

"Selepas berulang kali menghubungi, dia berjanji akan membayar semula modal yang dikeluarkan dengan syarat, saya perlu mengeluarkan modal RM3,000 bagi mendapatkan keuntungan membayar semula modal," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 17 Ogos 2014


Emas didagangkan kukuh melebihi AS$1,300 seauns pada Jumaat dan dalam laluan kukuh untuk meraih keuntungan mingguan kedua berturut-turut.

Harga logam berharga itu dilonjakkan dengan sentimen data kurang memberangsangkan yang dikeluarkan bagi beberapa negara maju dan ketegangan geopolitik yang berterusan.

Jongkong emas dibantu oleh data pada Khamis lalu yang menunjukkan jumlah tuntutan rakyat Amerika bagi manfaat penggangguran naik melebihi jangkaan minggu lalu manakala pertumbuhan ekonomi bagi zon euro sangat terhad untuk suku kedua selepas Jerman mencatatkan penguncupan dan Perancis tidak berubah.

Ketegangan di Ukraine dan Asia Barat turut melonjakkan emas yang dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset berisiko seperti ekuiti.

Emas akan disokong dengan kukuh melebihi AS$1,300 dibantu oleh ketegangan geopolitik.

"Beberapa data lemah dalam tempoh beberapa bulan lalu turut membantu melonjakkan harganya.

"Namun jika pasaran ekuiti mula naik kembali, harganya akan menurun kerana tidak ada sebarang sokongan fizikal kepada logam berharga itu daripada pasaran atau aliran masuk dana dagangan," kata peniaga emas.

Harga emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,314 seauns pada 0629 GMT, selepas prestasinya ditutup dengan perubahan kecil sebelum ini.

Emas naik 0.4 peratus minggu ini.

Emas AS jatuh 50 sen kepada AS$1,315.20, juga dalam laluan untuk kenaikan kedua mingguannya.

Walaupun permintaan pelaburan terus tinggi terhadap emas susulan konflik yang berlaku, permintaan fizikal bagi logam itu kekal lemah.

permintaan emas jatuh 16 peratus bagi suku kedua berdasarkan laporan World Gold Council pada Khamis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 15 Ogos 2014


Emas didagangkan kukuh melebihi AS$1,300 seauns pada Jumaat dan dalam laluan kukuh untuk meraih keuntungan mingguan kedua berturut-turut.

Harga logam berharga itu dilonjakkan dengan sentimen data kurang memberangsangkan yang dikeluarkan bagi beberapa negara maju dan ketegangan geopolitik yang berterusan.

Jongkong emas dibantu oleh data pada Khamis lalu yang menunjukkan jumlah tuntutan rakyat Amerika bagi manfaat penggangguran naik melebihi jangkaan minggu lalu manakala pertumbuhan ekonomi bagi zon Euro sangat terhad untuk suku kedua selepas Jerman mencatatkan penguncupan dan Perancis tidak berubah.

Ketegangan di Ukraine dan Asia Barat turut melonjakkan emas yang dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset berisiko seperti ekuiti.

Emas akan disokong dengan kukuh melebihi AS$1,300 dibantu oleh ketegangan geopolitik.

"Beberapa data lemah dalam tempoh beberapa bulan lalu turut membantu melonjakkan harganya," kata peniaga emas.

"Namun jika pasaran ekuiti mula naik kembali, harganya akan menurun kerana tidak ada sebarang sokongan fizikal kepada logam berharga itu daripada pasaran atau aliran masuk dana dagangan," katanya.

Harga emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,314 seauns pada 0629 GMT, selepas prestasinya ditutup dengan perubahan kecil sebelum ini.

Emas naik 0.4 peratus minggu ini.

Emas AS jatuh 50 sen kepada AS$1,315.20, juga dalam laluan untuk kenaikan kedua mingguannya.

Walaupun permintaan pelaburan terus tinggi terhadap emas susulan konflik yang berlaku, permintaan fizikal bagi logam itu kekal lemah.

Permintaan emas jatuh 16 peratus bagi suku kedua berdasarkan laporan World Gold Council pada Khamis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 14 Ogos 2014


Emas mengekalkan kenaikan kecil semalamannya semalam, selepas data jualan runcit kurang memberangsangkan Amerika Syarikat (AS) serta pergolakan geopolitik meningkatkan daya tarikan logam selamat itu.

Bagaimanapun, pasaran saham yang lebih tinggi boleh menyekat sebarang kenaikan seterusnya.

Saham Asia meningkat disebalik sekumpulan daya ekonomi lemah dengan pelabur menjangkakan lebih banyak rangsangan diumumkan oleh beberapa bank pusat utama dunia.

Perkembangan itu menyebabkan pulangan bon menjunam di seluruh dunia.

Spot emas kekal stabil pada AS$1,312.10 seauns pada 0634 GMT, selepas meningkat 0.3 peratus pada sesi terdahulu.

Emas AS jatuh sekitar AS$1 kepada AS$1,313.40.

"Walaupun emas bergerak lebih tinggi, harganya kekal dalam lingkungan dagangan sempit antara AS$1,305 hingga AS$1,325," kata HSBC dalam satu nota.

"Tanpa mengambil kira sebarang perkembangan geopolitik baharu, logam berharga itu dijangka diniagakan mendatar dalam jangka masa terdekat." 

Data pada Rabu menunjukkan jualan runcit AS bulan lalu tanpa dijangka tidak berkembang, memberi petunjuk kehilangan momentum pada awak suku ketiga.

Perkembangan itu melegakan sedikit kebimbangan pelabur bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah lebih cepat daripada jangkaan.

Data lain menunjukkan penguncupan ekonomi di Jepun dan penurunan mengejutkan pinjaman di China menyokong pandangan bank pusat global tidak akan melaksanakan dasar yang ketat dalam tempoh yang terdekat ini.

Emas meningkat sembilan peratus tahun ini kebanyakannya adalah berikutan pergolakan geopolitik.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, setengah konflik global yang sedikit perlahan mengurangkan kebimbangan pelaburan dalam pasaran saham, sekali gus mengancam untuk melemahkan harga emas. 

Mencerminkan sentimen pelaburan itu, pegangan dalam SPDR Gold Trust, iaitu dana pertukaran sokongan emas terbesar dunia jatuh 0.26 tan kepada 795.60 tan pada Rabu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 13 Ogos 2014


Harga emas disokong melebihi AS$1,300 seauns semalam berikutan moral rendah pelabur di Jerman dan kebimbangan berhubung kesan ekonomi ke atas Eropah susulan krisis di Ukraine yang menyebabkan pelabur melabur dalam jongkong emas yang lebih selamat.

Logam itu meraih daripada ketidaktentuan saham Asia selepas Wall Street mencetuskan rali dua hari, dengan krisis di Ukraine mengurangkan lagi keyakinan pelabur.

Emas semerta naik 0.2 peratus kepada AS$1,310.30 seauns pada 0627 GMT, selepas ditutup mendatar dalam sesi sebelumnya.

Perak yang menjejaki pergerakan harga emas meraih satu peratus.

"Harga emas akan agak stabil dalam jangka terdekat bergantung kepada faktor ketegangan geopolitik," kata Dick Poon, pengurus besar di Heraeus Metals di Hong Kong.

"Yang membimbangkan ialah permintaan fizikal begitu perlahan tahun ini. Kita berkemungkinan menyaksikan peningkatan permintaan hujung tahun ini," katanya.

Emas menokok hampir sembilan peratus tahun ini.

Kekurangan permintaan fizikal yang kukuh dijangka menyusahkan lagi bagi rali untuk bertahan dan ini juga bermakna sokongan yang kecil sekiranya harga jatuh.

Buat masa ini, emas mendapat sokongan daripada  kaji selidik yang menunjukkan penganalisis dan moral pelabur Jerman jatuh pada Ogos ke paras terendah dalam satu tahun setengah susulan krisis di Ukraine.

Ini mencadangkan ekonomi terbesar Eropah itu tidak lagi serancak sebelum ini.

Konvoi Russia membawa bantuan kemanusiaan bertolak ke Ukraine pada Selasa.

Ketegangan di Asia Barat juga menaikkan daya tarikan emas sebagai pelaburan alternatif.

AS menghantar 130 tentera tambahan ke Iraq.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 12 Ogos 2014


Harga emas kukuh semalam kerana pasaran ekuiti jatuh berikutan kebimbangan konvoi bantuan Russia yang menuju ke Ukraine akan mencetuskan ketegangan antara Kiev dan Moscow.

Kebimbangan terhadap krisis Ukraine dan bagaimana krisis akan memberi impak kepada perniagaan pada masa hadapan menjejaskan sentimen ekonomi di Jerman, kata penganalisis badan pemikir, ZEW.

Badan itu melaporkan bahawa terdapat kejatuhan dari segi moral pelabur ke paras terendahnya sejak Disember 2012.

Kontrak bulan semasa emas naik 0.2 peratus kepada AS$1,310.70 seauns pada 0945 GMT, sementara pasaran hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Disember naik AS$1.80 seauns kepada AS$1,312.30.

Russia berkata, satu konvoi membabitkan 280 trak menuju ke Ukraine semalam yang membawa bantuan kemanusiaan, di tengah-tengah amaran Barat terhadap penggunaan bantuan itu sebagai serangan.

"Pasaran berada dalam jajaran sempit susulan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik yang berterusan di Ukraine dan Iraq," kata penganalisis VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Permintaan fizikal di negara pengguna utama perlahan selepas harga logam berharga itu mencatatkan tahun rekod pada 2013.

Harga logam berharga lain, perak naik 0.3 peratus kepada AS$20.06 seauns sementaraplatinum meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,466.99 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya tinggi semalam dengan permintaan baharu bagi logam berharga itu, kata penniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata sentimen yang bertambah baik bagi emas dengan kebimbangan pertumbuhan ekonomi Jerman disebabkan ketegangan di Ukraine serta pemulihan ekonomi yang perlahan di zon Euro.

"Terdapat ketidaktentuan mengenai bagaimana isu Ukraine akan diselesaikan, bagaimanapun sentimen pelabur bertindak dulu sebelum perkara sebenar berlaku," katanya.

Semasa ditutup, Ogos 2014 menambah enam mata kepada RM134.90 segram manakala Oktober 2014 dan November 2014 naik 10 mata setiap satu kepada RM135.80 segram dan RM136.10 segram. 

Sementara itu, September 2014 susut sembilan mata kepada RM135.35 segram.

Kepentingan terbuka naik kepada 5,018 kontrak berbanding 4,891 kontrak kelmarin manakala jumlah dagangan berkurang kepada 495 lot bernilai RM6.66 juta daripada 529 lot bernilai RM7.21 juta kelmarin. 

Harga emas fizikal naik 14 sen kepada RM130.29 segram daripada RM131.15 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 11 Ogos 2014


Harga emas susut sedikit semalam daripada paras tertinggi dalam tiga minggu apabila ketegangan antara Ukraine dan Russia sedikit reda dan pelabur beralih semula kepada saham Eropah dan sesetengahnya mengeluarkan pelaburan dari dana tukaran emas.

Lewat Jumaat lalu, kementerian Pertahanan Russia berkata, ia menarik semula tenteranya di selatan Russia, yang sebelum ini dikritik Amerika Syarikat (AS) sebagai langkah provokasi dalam krisis Ukraine.

Spot emas turun 0.1 peratus kepada AS$1,308.59 seauns pada 0947 GMT, selepas mencecah paras tertinggi tiga minggu pada AS$1,322.60 Jumaat lalu.

Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Disember susut AS$1.40 kepada AS$1,309.50.

"Saya tidak menjangkakan emas akan berada di atas AS$1,350 kerana tiada minat atau insentif sebenar bagi dana atau pelabur ETF untuk kembali semula," kata penganalisis Credit Suisse, Tom Kendall.

Mata wang AS yang lebih kukuh menjadikan aset dalam dolar seperti emas menjadi lebih mahal bagi pemegang mata wang lain, manakala pulangan daripada bon AS diperhatikan dengan penuh minat oleh pasaran emas memandangkan logam itu tidak membayar faedah.

Kerugian dalam harga emas adalah terkawal disebabkan konflik di negara lain seperti Iraq dan Israel.

Walaupun sentimen minggu lalu memihak kepada emas dan aset lain yang dianggap kurang berisiko, spekulator merendahkan pertaruhan mereka ke atas opsyen dan niaga hadapan bagi minggu berakhir 5 Ogos, demikian menurut data Commodity Futures Trading Commision.

Pegangan dalam SPDR Gold Trust, dana tukaran emas terbesar dunia jatuh 1.79 tan kepada 795.86 tan pada Jumaat.

Belian fizikal dari pengguna terbesar China dan India juga suram, manakala data ekonomi AS yang kukuh mencetuskan kebimbangan berlakunya perubahan dalam dasar monetari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 10 Ogos 2014


Emas mencatat paras tinggi 3 1/2 minggu pada Jumaat dan mencapai keuntungan tertinggi mingguan kepada tujuh minggu selepas dolar dan pasaran ekuiti susut.

Kejatuhan itu adalah susulan Presiden AS, Barack Obama membenarkan serangan udara ke atas Iraq yang menambah tekanan global.

Spot emas mencapai paras teringgi sejak bulan Julai kepada AS$1,322.60 seauns pada permulaan dan meningkat 0.3 peraus kepada AS$1,316.80 pada 1003 GMT.

Logam itu meningakt 1.9 peratus minggu ini, peningkatan pertama dalam tempoh empat minggu dan peningkatan mingguan tertinggi dalam tempoh tujuh minggu.

Niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Disember meningkat AS$6.20 kepada AS$1,318.70 seauns.

Dolar susut 0.1 peratus berbanding mata wang lain, berada di bawah tekanan daripada paras rendah 14 bulan dalam hasil perbendaharaan 10 tahun AS.

Kelemahan dolar AS menjadikan aset berkaitan mata wang itu seperti emas lebih murah kepada pemegang mata wang lain.

Sementara itu, dagangan dalam kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal meningkat minggu ini dengan mengambil petunjuk daripada ketegangan geopolitik global.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata kebenaran serangan udara oleh Priseden AS di Iraq telah menambahkan ketegangan global seperti krisis Ukraine dan serangan Gaza.

"Ia telah mewujudkan panik dalam ekuiti dan merangsang permintaan terhadap emas yang dilihat sebagai insurans terhadap risiko kewangan dan politik," katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, Ogos 2014 meningkat 64 mata kepada RM136.20 segram manakala September 2014, Oktober 2014 dan November 2014, masing-masing naik 65 mata kepada RM136.40, RM136.90 dan RM136.20 segram.

Jumlah dagangan naik kepada 3,160 lot bernilai RM42.47 juta daripada 1,083 lot bernilai RM14.421 juta, dicatatkan minggu lalu.

Kepentingan terbuka pada Jumaat berjumlah 4,644 kontrak berbanding 3,788 kontrak pada minggu lalu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 08 Ogos 2014


Emas mencatat paras tinggi 3 1/2 minggu semalam dan mencapai keuntungan tertinggi mingguan kepada tujuh minggu selepas dolar dan pasaran ekuiti susut.

Kejatuhan itu adalah susulan Presiden AS, Barack Obama membenarkan serangan udara ke atas Iraq yang menambah ketegangan global.

Spot emas mencapai paras tertinggi sejak bulan Julai kepada AS$1,322.60 seauns pada permulaan dan meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,316.80 pada 1003 GMT.

Logam itu meningkat 1.9 peratus minggu ini, peningkatan pertama dalam tempoh empat minggu dan peningkatan mingguan tertinggi dalam tempoh tujuh minggu.

Niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Disember meningkat AS$6.20 kepada AS$1,318.70 seauns.

Dolar susut 0.1 peratus berbanding mata wang lain, berada di bawah paras tekanan daripada paras rendah 14 bulan dalam hasil perbendaharaan 10 tahun AS.

Kelemahan dolar AS menjadikan aset berkaitan mata wang itu seperti emas lebih murah kepada pemegang mata wang lain.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan aliran harga meningkat dan ditutup tinggi semalam, menjejaki kontrak hadapan Bursa Komoditi New York (COMEX).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata tindakan Obama membenarkan serangan udara bagi melindungi minoriti Yazidi dan pegawai AS di Iraq, memperkukuhkan permintaan ke atas emas.

Beliau berkata, emas yang dianggap pelindung kepada risiko politik dan kewangan, menarik minat sebagai pelaburan alternatif.

Pada penutup, Ogos 2014, September 2014, Oktober 2014 dan November 2014 masing-masing menokok 25 mata untuk ditutup pada RM136.20, RM136.40, RM136.90 dan RM137.20 segram.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 4,644 kontrak berbanding 4,585 pada Khamis manakala jumlah dagangan meningkat kepada 578 lot bernilai RM7.90 juta berbanding 561 lot bernilai RM7.60 juta sebelumnya.

Harga emas fizikal meningkat RM1.52 kepada RM130.08 segram berbanding RM128.56 segram semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 07 Ogos 2014


Harga emas ditutup lebih rendah semalam selepas meningkat lebih satu peratus pada hari sebelumnya dengan nilai dolar yang lebih kukuh mengimbangi kebimbangan pergolakan antara Rusia dan Barat berhubung Ukraine akan terus meningkat.

Kemasukan tentera Russia di sempadan Ukraine serta tindak balas sekatan ekonomi antara Barat dan Moscow kelmarin menyebabkan pelabur keluar daripada aset yang dilihat berisiko lebih tinggi termasuk saham dan masuk ke dalam aset lebih selamat seperti bon dan emas.

Saham Eropah yang jatuh dengan ketara sebelum ini kembali menunjukkan isyarat stabil semalam, manakala indeks dolar meningkat 0.1 peratus. 

Emas yang diniagakan dalam dolar biasanya akan susut apabila unit mata wang AS itu mengukuh.

Spot emas turun 0.2 peratus kepada AS$1,302.20 seauns pada 0933 GMT, manakala hadapan emas AS bagi penghantaran Disember turun AS $4.70 seauns kepada AS$1,303.40.

"Terdapat benyak kekalutan yang berlaku bagi emas.

"Anda berdepan penurunan pulangan sebenar jangka panjang AS ke paras terendah baharu serta geopolitik, namun pada masa yang sama turut berdepan pengukuhan dolar sambil harga saham mencecah paras tertinggi," kata Ketua penyelidikan Komoditi Global Deutsche Bank, Michael Lewis.

Indeks saham Eropah mencatatkan paras tertinggi baharu pada jun dan Julai serta kekal menghampiri paras sedemikian.

"Kuasa pasaran seperti itu berlawanan antara satu sama lain, disebabkan itulah kita masih dalam lingkungan pasaran ini," kata Lewis.

Saham Russia dan mata wang Rubel jatuh selepas Presiden Vladimir Putin memeterai arahan untuk menghenti atau menghadkan import produk pertanian dari negara yang mengenakan sekatan ke atas negara itu berhubung krisis Ukraine.

Dalam pasaran fizikal, belian perlahan semalam selepas harga meningkat di atas AS$1,300 seauns.

Premium di negara pembeli terbesar China jatuh kepada sekitar AS$1 seauns berbanding AS$2 hingga AS$3 pada sesi terdahulu.

Permintaan sebelumnya adalah perlahan disebabkan tempoh musim panas yang lengang serta jangkaan berlaku penurunan harga seterusnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 05 Ogos 2014


Harga emas meningkat semalam apabila permintaan logam selamat itu diperkukuhkan oleh kaji selidik ekonomi China yang lemah.

Namun, emas masih berada di bawah AS$1,300 seauns berikutan nilai dolar yang kukuh dan aliran keluar pertama dalam tempoh seminggu dari dana emas terbesar dunia.

pertumbuhan sektor perkhidmatan China mencatat penurunan ketara pada Julai ke paras terendah dalam sembilan bulan, lapor satu kaji selidik sektor swasta.

perkembangan itu menjejaskan saham Asia dan meningkatkan harga emas, yang dilihat sebagai alternatif kepada aset lebih berisiko seperti ekuiti.

Spot emas meningkat 0.3 paratus kepada AS$1,291.90 seauns menjelang 0630 GMT, selepas jatuh 0.4 peratus pada sesi terdahulu.

Emas AS meningkat kira-kira AS$4 pada AS$1,292.50.

Harga dolar berada dalam tekanan semalam daripada penurunan dalam pulangan bon AS, namun berada hampir ke paras tertinggi dalam tempoh 10 setengah bulan.

Ini menjadikan emas yang diniagakan pada dolar menjadi lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

"Walaupun banyak kawasan geopolitik sedang bergolak, tiada satu pun yang dapat mengekalkan bidaan emas untuk tempoh yang lama," kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

"Kami merasakan meskipun pergolakan politik memberikan kejutan sekali-sekala, krisis ekonomi dilihat memberikan impak yang berpanjangan.

"Sepankang bulan ini, kita menyaksikan harga diniagakan antara AS$1,260 dan AS$1,320."

Emas baru-baru ini dijejaskan oleh data ekonomi AS apabila pemulihannya yang kukuh mungkin menyebabkan Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah.

Keputusan itu boleh mengurangkan daya tarikan aset tidak dipengaruhi oleh faedah seperti logam berharga itu.

Pasaran sedang menunggu data tempahan kilang dan indeks pengurus belian (PMI) bukan pengeluaran untuk mendapatkan petunjuk seterusnya berhubung ekonomi AS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 03 Ogos 2014


Harga emas dan logam berharga lain jatuh berikutan aktiviti pengambilan untung.

Emas terjejas dengan berita pengurangan tekanan inflasi di zon euro kerana logam berharga itu secara tradisi menjadi pelaburan lindung nilai ketika kadar inflasi meningkat.

Inflasi pada Julai jatuh kepada paras 0.4 peratus daripada 0.5 peratus yang dicatatkan pada Jun, mencecah paras terendahnya sejak akhir 2009 dan mendorong kebimbangan kepada deflasi.

Harga emas juga terus menyusut kerana dolar Amerika Syarikat (AS) terus mengukuh dengan harapan Rizab Persekutuan AS mengetatkan dasar monetarinya.

"Harga emas jatuh dengan sebahagiannya disebabkan kadar inflasi yang rendah di zon euro, yang jatuh pada Julai," kata penganalisis Commerzbank.

"Lagipun, perangkaan ekonomi AS menyumbang kepada pembetulan harga, kerana peserta pasaran menjangkakan dasar monetari AS akan diperketatkan lebih cepat daripada dijangkakan," katanya.

Dolar AS yang kukuh menjadikan emas dalam denominasi mata wang itu lebih mahal kepada pembeli yang memegang mata wang yang lemah. Keadaan itu tidak langsung menjejaskan permintaan terhadap logam berharga itu.

Pada Jumaat lalu di London Bullion Market, harga emas jatuh kepada AS$1,291.25 seauns daripada AS$1,294.75 seauns pada minggu sebelumnya.

Harga perak jatuh ke paras AS$20.34 seauns daripada AS$20.46 seauns.

Di pasarann London Platinum dan Palladium, harga platinum jatuh kepada AS$1,462 seauns daripada AS$1,473 seauns dan palladium jatuh kepada AS$871 seauns daripada AS$876.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka tidak menentu minggu ini kerana sentimen pelabur akan dipengaruhi antara kekuatan ekonomi AS dan ketegangan geopolitik di Asia Barat dan Ukraine.

"Bursa Komoditi New York dijangka akan disokong pada AS$1,271 dan AS$1,242 seauns (1 auns > 28.35 gram) dan bertahan pada AS$1,325 seauns kerana ia telah didagangkan dalam julat ini bagi tempoh empat bulan yang lalu.

"Ini dijangka akan dicerminkan dalam harga emas Bursa, dengan jangkaan dagangan jajaran kecil disokong pada RM131 segram dan bertahan pada RM137 segram," kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, kepada BERNAMA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 31 Julai 2014


Emas didagangkan di bawah AS$1,300 seauns pada Khamis dan berada dalam kejatuhan kedua dalam bulan ini ekoran tiga data menyakinkan bagi ekonomi AS yang menepati permintaan.

Ia kemudiannya ditimbalbalas kembali dengan pengumuman Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menyatakan ia tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.

Bank pusat AS pada Rabu lalu mengumumkan akan menaikkan unjuran bagi kuasa ekonomi utama dunia itu dengan menegaskan kembali penderian akan meneruskan dasar monetari.

Data pada Rabu menunjukkan pertumbuhan pengeluaran dalam negara kasarnya bagi April hingga Jun kepada empat peratus dalam kadar tahunan menunjukkan peningkatan aktiviti ekonominya.

Harga emas didagangkan tidak berubah kepada AS$1,295.10 seauns pada 1021 GMT.

Ia memacu kepada kejatuhan 2.5 peratus bagi bulan, melantun daripada keuntungan sekitar enam peratus pada Jun, apabila tercetusnya ketegangan politik dan komen Fed yang menyatakan komitmen untuk mengekalkan langkah akomodatif dan faedah terendah bagi mengalakkan pelaburan.

Dagangan hadapan emas AS didagangkan tidak berubah pada AS$1,295.10 seauns.

"Pergerakan harga terbesar yang kita lihat dalam tempoh beberapa bulan lalu adalah disebabkan komen (Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen) berhubung kadar faedah pada pertengahan Jun, dan fokus ini adalah kepada pertumbuhan ekonomi," kata penganalisis Citi, David Wilson.

"Namun, jika kita memiliki pertumbuhan ekonomu yang kukuh dan kadar faedah yang rendah, mereka akan  pada satu masa mencapai titik genting dan disusuli kenaikan inflasi," katanya.

"Jika kamu membimbangkan inflasi, kamu akan membeli emas yang kelihatannya kalis inflasi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS