Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label Desmun Chan Coin Mun. Show all posts
Showing posts with label Desmun Chan Coin Mun. Show all posts

Berita Emas - 15 November 2013


Emas disekat untuk terus naik daripada sesi sebelum ini semalam selepas jaminan daripada bakal ketua Rizab Persekutuan bahawa bank pusat AS akan meneruskan dasar pelonggaran monetarinya.

Prospek pembelian bon Fed itu akan dikekalkan untuk beberapa tempoh dan membantu emas pulih daripada paras rendah empat minggu pada awal minggu ini dan ia kini mungkin mengakhiri dua minggu kerugian dialaminya itu.

Yellen kelmarin berkata beliau akan meneruskan dasar pelonggaran kewangan bank pusat sehingga pegawai yakin pemulihan ekonomi mampu bertahan lama yang mana boleh mengekalkan pekerjaan.

Menjawab soalan di hadapan Jawatankuasa Perbankan senat, Yellen dengan mantapnya mempertahankan langkah Fed untuk merangsang pertumbuhan ekonominya, memanggil usaha itu sebagai penting pada pendengaran yang menyaksikan beliau kemungkinan akan menjadi wanita pertama menerajui bank pusat Amerika syarikat.

Emas spot susut 0.06 peratus kepada AS$1,286.30 seauns pada 0732 GMT, selepas naik hampir satu peratus dalam setiap dua sesi sebelumnya.

Awal minggu ini, ia mencecah paras rendah tiga minggu sebanyak AS$1,260.89.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah sedikit semalam disebabkan aktiviti pengambilan untung yang bermula pada sesi tengahari, kata peniaga.

Peniaga daripada Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun berkata pelabur memberi respon positif kepada ulasan calon Pengerusi Rizab Persekutuan AS Janet Yellen kelmarin berkaitan langkah rangsangan.

"Berasaskan kepada ini, kami melihat harga emas dijangka terus meningkat. Tetapi kesannya mungkin terhad kerana harga emas adalah data ekonomi yang sensitif," katanya kepada Bernama.

Bulan semasa November 2013 turun lapan mata kepada RM132.30 segram dan Disember 2013 juga susut lapan mata kepada RM132.55 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1,074 lot bernilai RM14.24 juta daripada 811 lot bernilai RM10.78 juta kelmarin.

Kepentingan terbuka naik kepada 1,074 kontrak daripada 1,446 kontrak kelmarin. - BERNAMA

JANA PENDAPATAN PASIF 
klik pautan ini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 13 November 2013


Emas meningkat sedikit semalam bagaimanapun dijangka mengalami lanjutan penyusutan ekoran ketidaktentuan terkini mengenai kesan daripada langkah rangsangan komiditi yang mesra dilaksanakan oleh bank pusat Amerika Syarikat (AS).

Rizab Persekutuan perlu mengekalkan dasar monetari ultra mudah kerana mengambil kira pertumbuhan perlahan ekonominya dan tinjauan pekerjaan yang tidak menentu, kata dua pegawai kanan bank pusat itu semalam.

Bagaimanapun, seorang daripadanya berkata, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya pertumbuhan lebih perlahan bulan depan.

Pembelian bon bulanan bernilai AS$85 bilion oleh bank pusat itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi pemacu utama kepada emas yang dilihat sebagai inflasi lindung nilai.

Perangkaan ekonomi yang bertambah baik seperti laporan senarai gaji bagi bukan perladangan yang kukuh telah meningkatkan kebimbangan yang Rizab Persekutuan akan mula mengurangkan pembelian bon. Ini menyebabkan harga emas menurun sekitar 25 peratus tahun ini.

"Penurunan mendadak sejak beberapa hari lalukebanyakkannya  reaksi kepada data pekerjaan yang dikeluarkan minggu lalu. Sebelum laporan ini, pasaran dijangkakan mengalami penurunan tahun depan tetapi dengan perangkaan ini, menjangkakan ia akan berlaku pada Disember," kata peniaga logam berharga berpangkalan di Hong Kong.

Emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,270.26 seauns pada 0151 GMT, selepas mengalami penyusutan sebanyak 1.7 peratus pada sesi terdahulu kepada AS$1,260.89, paras terendah dicatatkan sejak 15 Oktober lalu.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup lebih rendah semalam berikutan kekurangan permintaan di celah-celah ketidaktentuan ekonomi global.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata pelabur membuat spekulasi adakah pemulihan ekonomi AS akan mendorong Rizab Persekutuan mula mengurangkan program rangsangannya.

Bulan semasa November 2013 dan Disember 2013 susut 13 mata setiap satu kepada masing-masing RM131.85 segram dan RM132.85 segram.

Jumlah merosot kepada 327 lot bernilai RM4.32 juta daripada 676 lot kelmarin bernilai RM8.9 juta.

Kedudukan terbuka merosot kepada 970 kontrak daripada 1,290 kotrak kelmarin. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 11 November 2013


Emas menurun semalam untuk didagangkan pada paras tiga minggu rendah ketika pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat yang kukuh mencetuskan semula kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan kembali rangsangannnya tidak lama lagi, menyebabkan tarikan terhadapa logam berharga itu turut terjejas.

Petunjuk bahawa ekonomi AS berada pada kedudukan lebih kukuh daripada yang dijangkakan boleh mendorong bank pusat untuk mula mengurangkan kembali pembelian bon bulanan sebanyak AS$85 bilion seawal bulan depan, kata beberapa pelabur. Ada  mengatakan bahawa pengurangan hanya akan bermula pada tahun hadapan.

"Saya fikir Fed akan cuba mencari bukti lebih kukuh mengenai pemulihan ekonomi," kata Gan Barnabas, penganalisis dengan OCBC Bank.

"Kami tidak sangat yakin dengan data akan datang."

Pasaran akan terus berada di mod "melihat data". Gan menjangkakan harga emas meningkat kepada AS$1,320 seauns menjelang akhir tahun 2013 dan pengurangan rangsangan Fed bermula awal tahun depan.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,286.51 seauns pada 0742 GMT setelah kehilangan 1.5 peratus pada sesi lalu, kejatuhan sehari terbesar dalam kira-kira sebulan, dicetuskan oleh data gaji AS yang kukuh.

Emas telah hilang hampir satu perempat daripada nilainya tahun ini ditengah-tengah jangkaan pengurangan rangsangan Fed.

Sementara itu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah semalam kerana kekurangan minat belian untuk komiditi berkenaan dengan para pelabur menantikan petunjuk baharu di pasaran, kata peniaga.

Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun berkata niaga hadapan emas semasa ditutup kebanyakannya rendah. Ini ialah kerana data pekerjaan AS yang positif telah menimbulkan kebimbangan yang mendorong Rizab Persekutuan mengambil keputusan mengurangan rangsangan monetari lebih awal. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS