Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 November 2013


Emas menurun semalam untuk didagangkan pada paras tiga minggu rendah ketika pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat yang kukuh mencetuskan semula kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan kembali rangsangannnya tidak lama lagi, menyebabkan tarikan terhadapa logam berharga itu turut terjejas.

Petunjuk bahawa ekonomi AS berada pada kedudukan lebih kukuh daripada yang dijangkakan boleh mendorong bank pusat untuk mula mengurangkan kembali pembelian bon bulanan sebanyak AS$85 bilion seawal bulan depan, kata beberapa pelabur. Ada  mengatakan bahawa pengurangan hanya akan bermula pada tahun hadapan.

"Saya fikir Fed akan cuba mencari bukti lebih kukuh mengenai pemulihan ekonomi," kata Gan Barnabas, penganalisis dengan OCBC Bank.

"Kami tidak sangat yakin dengan data akan datang."

Pasaran akan terus berada di mod "melihat data". Gan menjangkakan harga emas meningkat kepada AS$1,320 seauns menjelang akhir tahun 2013 dan pengurangan rangsangan Fed bermula awal tahun depan.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,286.51 seauns pada 0742 GMT setelah kehilangan 1.5 peratus pada sesi lalu, kejatuhan sehari terbesar dalam kira-kira sebulan, dicetuskan oleh data gaji AS yang kukuh.

Emas telah hilang hampir satu perempat daripada nilainya tahun ini ditengah-tengah jangkaan pengurangan rangsangan Fed.

Sementara itu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah semalam kerana kekurangan minat belian untuk komiditi berkenaan dengan para pelabur menantikan petunjuk baharu di pasaran, kata peniaga.

Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun berkata niaga hadapan emas semasa ditutup kebanyakannya rendah. Ini ialah kerana data pekerjaan AS yang positif telah menimbulkan kebimbangan yang mendorong Rizab Persekutuan mengambil keputusan mengurangan rangsangan monetari lebih awal. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment