Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 November 2013


Emas mencecah paras baru dalam tempoh tiga minggu setengah dengan berada di bawah AS$1,300 ekoran kebimbangan pelabur mengenai jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mula menghentikan program pembelian bonnya.

Logam berkenaan susut untuk sesi keempat berturut-turut, dengan kerugian hampir tiga peratus dalam tempoh berkenaan, kerana data ekonomi AS yang kukuh dan kebimbangan pertumbuhan pekerjaan yang meningkat.

Di sebalik data terbaru itu, ramai penganalisis menjangkakan Rizab Persekutuan akan mengekalkan langkah rangsangan pada masa ini kerana jangkaan fiskal AS masih kekal tidak menentu dengan kerajaan dijangka menetapkan tarikh akhir lain bagi mengelakkan kegagalan hutang pada awal tahun depan.

"Kami berpendapat pasaran memberi reaksi yang keterlaluan kepada berita terbaru yang datangnya dari AS," kata ahli ekonomi di Haitong International Research di Hong Kong, Alexis Garatti.

"Kami dapat melihat pasaran membaharui jangkaan mereka dalam beberapa hari akan datang," kata Garatti sambil menambah harga emas boleh pul;ih dalam masa terdekat jika program rangsangan belum ditamatkan.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas kekal rendah di Bursa Malaysia Derivative pada tengahari semalam berikutan kekurangan minat belian terhadapa logam itu, kata para peniaga.

Pada rehat tengahari, November 2013 turun lapan mata kepada RM132.05 segram dan Disember 2013 susut 13 mata kepada RM132.30 segram.

Jumlah dagangan berjumlah 190 lot, manakala kepentingan terbuka pada 757 kontrak. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment