Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label Bursa Malaysia Derivative. Show all posts
Showing posts with label Bursa Malaysia Derivative. Show all posts

Berita Emas - 18 November 2013


Emas dilihat bersedia untuk bergerak cergas rentetan daripada kenaikan tiga hari berturut-turut semalam, tetapi harganya diikat hampir AS$1,300 seauns dengan harapan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan dasar pelonggaran monetarinya, menaikkan tarikan logam itu sebagai pelindung nilai kepada inflasi.

Spot emas menurun 0.2 peratus kepada AS$1,286.96 seauns pada 0741 GMT. Harga meningkat hampir dua peratus pada tiga sesi sebelum, disokong oleh jangkaan bahawa calon Pengerusi Fed, Janet Yellen, akan meneruskan program pembelian bon bulanan bank itu yang bernilai AS$85 bilion jika menjawat jawatan itu.

"Saya fikir pasaran sudah pun memberatkan kepada pencalonan Yellen dan pengurangan rangsangan dibawa ke tahun depan," kata Pengarah Urusan Globlex Holding Management di Bangkok, Songwut Apirakkhit.

"Selagi harga dibawah AS$1,3000, kami fikir emas dalam pasaran menurun. Kami akan mengubah pandangan kami kepada neutral jika harga bergerak nelepasi paras itu.

Jongkong itu telah rugi hampir 25 peratus daripada nilainya setakat ini tahun ini dengan kebimbangan pembelian bon yang mesra dengan emas akan dikurangkan ketika ekonomi Amerika Syarikat meningkat.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutp rendah sedikit semalam berikutan kegiatan pengambilan untung pada sesi petang, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata pelabur memberi reaksi positif kepada ulasan calon Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen bahawa beliau menyokong program pembelian bon Rizab Persekutuan, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar suku ketiga Malaysia yang kukuh dan spekulasi bahawa Beijing akan mengumumkan satu rancangan baru untuk merombak sektor wilayah negara itu.

"Kami menjangkakan harga emas lebih tinggi tetapi impaknya mungkin terbatas kerana harga emas sensitif kepada data ekonomi," katanya. Kontrak semerta November 2013 susut empat mata kepada RM132.10 segram dan Disember 2013 susut satu mata kepada RM132.50 segram.

Jumlah dagangan merosot kepada 124 lot bernilai RM1.64 juta berbanding 1,074 lot bernilai RM14.24 pada Jumaat.

Kedudukan terbuka merosost kepada 918 kontrak daripada 1,074 kontrak pada Jumaat. - AGENSI

JANA DUIT DARI BLOG
Sangat Mudah, Klik Untuk Info :

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 17 November 2013


Harga emas meningkat sedikit pada Jumaat lalu selepas kenaikan dua hari berturut-turut, namun turut disokong oleh jangkaan bahawa calon untuk mengetuai Rizab Persekutuan, Janet Yellen akan meneruskan dasar kewangan mudah selepas memegang jawatan berkenaan.

Kenyataan pengawal selia AS bagi suku ketiga menunjukkan firma lindung nilai terkemuka Paulson & Co mengekalkan kepentingannya dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bersandarkan emas yang terbesar di dunia, dan ia tutut menyokong harga, kata peniaga.

Bulion ditutup rendah minggu lalu selepas susut mendadak dalam tempoh dua minggu kerana hasil pendapatan bukan pertanian mencetuskan kebimbangan Rizab Persekutuan mungkin mengurangkan rangsangan pembelian bon seawal Disember ini.

Bgaimanapun, Yellen memberitahu Jawatankuasa Senat pada Khamis lalu bahawa rangsangan ekonomi Rizab Persekutuan akan diteruskan, menyebabkan spekulator emas membuat belian semula.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative dijangka bergerak di tengah-tengah situasi ekonomi global yang kurang menggalakkan, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata memandangkan emas amat sensitif kepada data ekonomi, pelabur akan memantau secara dekat beberapa hasil laporan ekonomi terutama dari AS, China, zon euro dan Malaysai sebelum mengambil keputusan bergiat aktif di pasaran.

Sementara itu, berdasarkan perbandingan mingguan, bulan semasa November 2013 susut RM2.20 kepada RM132.30 setiap gram sementara Disember 2013 merosot RM3.30 kepada RM132.55 segram.

Untuk minggu baru berakhir, jumlah dagangan mengukuh kepada 3,386 lot bernilai RM44.95 juta daripada 1,067 lot bernilai RM14.38 juta minggu lalu.

Jumlah kepentingan terbuka menambah kepada 6,774 kontrak daripada 3,402 kontrak sebelumnya. - AGENSI

JANA DUIT DARI BLOG
Jangan klik, kalau anda telah tahu RAHSIA ini :

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 15 November 2013


Emas disekat untuk terus naik daripada sesi sebelum ini semalam selepas jaminan daripada bakal ketua Rizab Persekutuan bahawa bank pusat AS akan meneruskan dasar pelonggaran monetarinya.

Prospek pembelian bon Fed itu akan dikekalkan untuk beberapa tempoh dan membantu emas pulih daripada paras rendah empat minggu pada awal minggu ini dan ia kini mungkin mengakhiri dua minggu kerugian dialaminya itu.

Yellen kelmarin berkata beliau akan meneruskan dasar pelonggaran kewangan bank pusat sehingga pegawai yakin pemulihan ekonomi mampu bertahan lama yang mana boleh mengekalkan pekerjaan.

Menjawab soalan di hadapan Jawatankuasa Perbankan senat, Yellen dengan mantapnya mempertahankan langkah Fed untuk merangsang pertumbuhan ekonominya, memanggil usaha itu sebagai penting pada pendengaran yang menyaksikan beliau kemungkinan akan menjadi wanita pertama menerajui bank pusat Amerika syarikat.

Emas spot susut 0.06 peratus kepada AS$1,286.30 seauns pada 0732 GMT, selepas naik hampir satu peratus dalam setiap dua sesi sebelumnya.

Awal minggu ini, ia mencecah paras rendah tiga minggu sebanyak AS$1,260.89.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah sedikit semalam disebabkan aktiviti pengambilan untung yang bermula pada sesi tengahari, kata peniaga.

Peniaga daripada Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun berkata pelabur memberi respon positif kepada ulasan calon Pengerusi Rizab Persekutuan AS Janet Yellen kelmarin berkaitan langkah rangsangan.

"Berasaskan kepada ini, kami melihat harga emas dijangka terus meningkat. Tetapi kesannya mungkin terhad kerana harga emas adalah data ekonomi yang sensitif," katanya kepada Bernama.

Bulan semasa November 2013 turun lapan mata kepada RM132.30 segram dan Disember 2013 juga susut lapan mata kepada RM132.55 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1,074 lot bernilai RM14.24 juta daripada 811 lot bernilai RM10.78 juta kelmarin.

Kepentingan terbuka naik kepada 1,074 kontrak daripada 1,446 kontrak kelmarin. - BERNAMA

JANA PENDAPATAN PASIF 
klik pautan ini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 12 November 2013


Emas mencecah paras baru dalam tempoh tiga minggu setengah dengan berada di bawah AS$1,300 ekoran kebimbangan pelabur mengenai jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mula menghentikan program pembelian bonnya.

Logam berkenaan susut untuk sesi keempat berturut-turut, dengan kerugian hampir tiga peratus dalam tempoh berkenaan, kerana data ekonomi AS yang kukuh dan kebimbangan pertumbuhan pekerjaan yang meningkat.

Di sebalik data terbaru itu, ramai penganalisis menjangkakan Rizab Persekutuan akan mengekalkan langkah rangsangan pada masa ini kerana jangkaan fiskal AS masih kekal tidak menentu dengan kerajaan dijangka menetapkan tarikh akhir lain bagi mengelakkan kegagalan hutang pada awal tahun depan.

"Kami berpendapat pasaran memberi reaksi yang keterlaluan kepada berita terbaru yang datangnya dari AS," kata ahli ekonomi di Haitong International Research di Hong Kong, Alexis Garatti.

"Kami dapat melihat pasaran membaharui jangkaan mereka dalam beberapa hari akan datang," kata Garatti sambil menambah harga emas boleh pul;ih dalam masa terdekat jika program rangsangan belum ditamatkan.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas kekal rendah di Bursa Malaysia Derivative pada tengahari semalam berikutan kekurangan minat belian terhadapa logam itu, kata para peniaga.

Pada rehat tengahari, November 2013 turun lapan mata kepada RM132.05 segram dan Disember 2013 susut 13 mata kepada RM132.30 segram.

Jumlah dagangan berjumlah 190 lot, manakala kepentingan terbuka pada 757 kontrak. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 11 November 2013


Emas menurun semalam untuk didagangkan pada paras tiga minggu rendah ketika pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat yang kukuh mencetuskan semula kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan kembali rangsangannnya tidak lama lagi, menyebabkan tarikan terhadapa logam berharga itu turut terjejas.

Petunjuk bahawa ekonomi AS berada pada kedudukan lebih kukuh daripada yang dijangkakan boleh mendorong bank pusat untuk mula mengurangkan kembali pembelian bon bulanan sebanyak AS$85 bilion seawal bulan depan, kata beberapa pelabur. Ada  mengatakan bahawa pengurangan hanya akan bermula pada tahun hadapan.

"Saya fikir Fed akan cuba mencari bukti lebih kukuh mengenai pemulihan ekonomi," kata Gan Barnabas, penganalisis dengan OCBC Bank.

"Kami tidak sangat yakin dengan data akan datang."

Pasaran akan terus berada di mod "melihat data". Gan menjangkakan harga emas meningkat kepada AS$1,320 seauns menjelang akhir tahun 2013 dan pengurangan rangsangan Fed bermula awal tahun depan.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,286.51 seauns pada 0742 GMT setelah kehilangan 1.5 peratus pada sesi lalu, kejatuhan sehari terbesar dalam kira-kira sebulan, dicetuskan oleh data gaji AS yang kukuh.

Emas telah hilang hampir satu perempat daripada nilainya tahun ini ditengah-tengah jangkaan pengurangan rangsangan Fed.

Sementara itu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah semalam kerana kekurangan minat belian untuk komiditi berkenaan dengan para pelabur menantikan petunjuk baharu di pasaran, kata peniaga.

Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun berkata niaga hadapan emas semasa ditutup kebanyakannya rendah. Ini ialah kerana data pekerjaan AS yang positif telah menimbulkan kebimbangan yang mendorong Rizab Persekutuan mengambil keputusan mengurangan rangsangan monetari lebih awal. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 10 November 2013


Emas didagangkan hampir paras rendah tiga minggu pada Jumaat dan menuju kerugian berterusan dua minggu selepas pertumbuhan kukuh ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengehadkan program pembelian bon tahun ini.

Keluaran Dasar Negara Kasar (KDNK) AS tumbuh pada 2.8 peratus kadar tahunan dalam suku ketiga, terpantas dalam setahun, selepas perkembangan 2.5 peratus dalam suku kedua.

Pelabur kini menunggu data gaji bukan pertanian lewat semalam untuk petunjuk lanjut membabitkan masa Persekutuan akan mengehadkan rangsangan ekonomi.

Spot emas naik 0.15 peratus kepada AS$1,309.56 seauns menjelang 0737 GMT, disokong penurunan dalam ekuiti di Asia.

Logam itu rugi 0.4 peratus minggu ini, selepas mencecah tiga minggu rendah pada AS$1,298.31 pada Khamis.

Emas sudah rugi satu per lima nilainya tahun ini kerana kebimbangan Persekutuan akan mengehadkan pembelian bon bulanan sebanyak AS$85 bilion.

Sementara itu, dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative dijangka tidak menetu minggu ini berikutan kebimbangan Rizab Persekutuan akan melaksanakan program rangsangan lebih awal daripada jangkaan.

Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata ekonomi AS tumbuh  2.8 peratus bagi suku ketiga, melepasi unjuran pasaran pada dua peratus, yang menjadi petunjuk ekonomi AS semakin pulih.

Dagangan pada minggu lalu rendah dan kontrak hadapan emas bernilai kira-kira RM14.38 juta sepanjang urus niaga yang berjalan selama empat hari.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum Awal Muharam.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak bula semasa November 2013 tidak berubah pada RM134.50 segram mankala Disember 2013 meningkat RM0.15 kepada RM135.85 segram.

Bagi minggu yang baru berakhir, jumlah dagangan susut kepada 1,067 lot yang didagangkan Jumaat sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 3,402 kontrak berbanding 1,032 kontrak sebelumnya. - REUTERS / BERNAMA

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 06 November 2013


Emas bergelut untuk membebaskan diri daripada kerugian paling lama selama enam bulan ketika keraguan berhubung bila Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan kembali langkah rangsangan.

Logam itu kerugian kira-kira tiga peratus sejak 28 Oktober, menetapkan jangka kerugianpaling lama sejak pertengahan Mei, apabila ia jatuh lapan peratus dalam tempoh tujuh hari.

Penganalisis percaya emas boleh jatuh di bawah paras  AS$1,300 menjelang laporan gaji bukan pertanian pada Jumaat.

Emas telah kehilangan satu perlima daripada nilainya setakat ini tahun ini kerana ekonomi yang bertambah baik dan telah mendorong pelabur untuk beralih ke saham dan juga kepada Fed untuk berfikir mengenai pengurangan rangsangan.

Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,311.59 seauns pada 0728 GMT, semalam.

Sementara itu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup tinggi semalam dengan pembelian semasa harga murah setelah harga emas di pasaran emas global turun dengan ketara pada Isnin.

Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata logam berharga itu mengalami tekanan berikutan data bukan pembuatan Institut Pengurusan Bekalan AS kukuh yang dikeluarkan kelmarin, memberi gambaran peningkatan ekonomi AS.

'Pelabur pasaran akan memantau data ekonomi AS setelah pemulihan ekonomi dan peningkatan yang kukuh dalam pasaran buruh menjadi faktor utama kepada pengurangan rangsangan," katanya.

Kontrak November 2013 dan Disember 2013 menokok 15 mata asas masing-masing kepada RM135.05 segram dan RM135.55 segram.

JUmlah dagangan naik kepada 467 lot bernilai RM6.3 juta daripada Isnin pada 228 lot bernilai RM3.07 juta. Kedudukan terbuka naik kepada 921 kontrak daripada 770 kontrak sebelumnya. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 03 November 2013


Emas jatuh kira-kira satu peratus pada Jumaat, mencatatkan kerugian mingguan terbesar dalam tujuh minggu, ketika kebimbangan baru mengenai Rizab Persekutuan AS boleh mengurangkan kembali rangsangan pembelian bon yang mendorong pelabur emas untuk mengurangkan kedudukan.

Logam berharga itu turun tiga peratus selama seminggu, menterbalikkan dua keuntungan mingguan berturut-turut.

presiden Richmond Fed, Jeffrey Sampang, berkata pada Jumaat bahawa pasaran buruh AS telah pulih dengan mencukupi dalam 14 bulan lalu bagi membolehkan bank pusat mengurangkan rangsangan itu.

Dana dan pelabur  institusi telah membeli emas pada beberapa tahun kebelakangani sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan tindakan monetari oleh bank pusat.

"Secara keseluruhan, pelabur sudah menjangkakan pengurangan dalam pelonggaran dasar monetari. Jadi, walaupun tidak ada perubahan yang berkuatkuasa tahun ini, pasaran menjual pada jangkaan Fed akan menamatkan program rangsangan itu akhirnya," kata penganalisis logam berharga di Kumpulan PKM, Erica Rannestad.

Spot emas turun 0.9 peratus pada AS$1,311.50 seauns pada 1857 GMT.

Sementara itu, dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative dijangka tidak menentu minggu ini dengan pelabur berhati-hati berikutan bimbang Rizab Persekutuan AS mungkin mula melaksanakan pelonggaran rangsangan monetarinya.

Seorang peniaga berkata pelabur dijangka mengambil sikap tunggu dan lihat minggu ini, memantau perkembangan di AS berikutan spekulasi bahawa Fed akan menangguhkan pelonggaran kuantitatif untuk tempoh yang lebih lama.

Bagaimanapun, pasaran tinggi dan mengharapkan Fed mengekalkan program itu sehingga suku pertama 2014.

Bagi minggu yang baru berakhir, 1,544 lot bernilai RM21.03 juta didagangkan manakala kepentingan terbuka pada Jumaat sebanyak 1,03 2 kontrak. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 01 November 2013


Emas susut kepada paras rendah satu minggu semalam walaupun Rizab Persekutuan AS mengekalkan langkah rangsangan ekonomi dengan pelabur mengambil untung dari kenaikan harga baru-baru ini.

Logam berharga itu meningkat kira-kira lapan peratus untuk mencapai paras tiga minggu tinggi pada 15 Oktober menerusi jangkaan keputusan Fed, menerajui pembetulan harga pada Rabu selepas kenyataan dari bank sejajar dengan jangkaan.

Emas turut terjejas dengan penurunan, mendadak perak ekoran penjualan dan pengukuhan dolar AS.

"Harga di bawah paras tekanan selepas sedikit kecairan pada kedudukan kerana tiada perkara baru daripada mesyuarat itu," kata Peter Fung, ketua peniaga di Wing Fung Precious Metals di Hong Kong.

"Harga meningkat pantas daripada AS$1,360 susulan langkah Fed - ia menunjukkan mengapa pelabur mengambil untung."

Spot emas susut 0.6 peratus kepada AS$1,334.59 seauns pada 0731 GMT, selepas jatuh AS$1,333.04 sebelum ini kepada paras terendah sejak 24 Oktober.

Niaga hadapan emas Comex jatuh satu peratus kepada paras rendah satu minggu iaitu AS$1,33 2.70, sementara perak susut hampir tiga peratus.

Harga di Shanghai Gold Exchange pula berada pada trend lebih rendah  berbanding harga global ekoran kebimbangan terhadap kerapuhan tunai.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah semalam walaupun Rizab Persekutuan AS memberi jaminan untuk mengekalkan rangsangan ekonomi.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Liam Kian Yap, berkata penurunan itu disebabkan pelabur mengambil untung berikutan peningkatan baru-baru ini.

"Harga emas meningkat kira-kira lapan peratus sejak 15 Oktober berikutan jangkaan keputusan Rizab Persekutuan AS itu, yang menjurus kepada pembetulan harga selepas bank pusat AS membuat kenyataan selari dengan unjuran itu," katanya.

Kontrak Oktober 2013 turun sembilan mata untuk ditutup pada RM136.75 segram, November 2013 susut 12 mata kepada RM136.90 segram dan Disember 2013 susut 12 mata kepada RM137.45 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 377 lot bernilai RM5.16 juta berbanding 174 lot bernilai RM2.74 juta pada Rabu.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 971 kontrak berbanding 727 kontrak kelmarin. - REUTERS

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS