Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 06 November 2013


Emas bergelut untuk membebaskan diri daripada kerugian paling lama selama enam bulan ketika keraguan berhubung bila Rizab Persekutuan AS akan mula mengurangkan kembali langkah rangsangan.

Logam itu kerugian kira-kira tiga peratus sejak 28 Oktober, menetapkan jangka kerugianpaling lama sejak pertengahan Mei, apabila ia jatuh lapan peratus dalam tempoh tujuh hari.

Penganalisis percaya emas boleh jatuh di bawah paras  AS$1,300 menjelang laporan gaji bukan pertanian pada Jumaat.

Emas telah kehilangan satu perlima daripada nilainya setakat ini tahun ini kerana ekonomi yang bertambah baik dan telah mendorong pelabur untuk beralih ke saham dan juga kepada Fed untuk berfikir mengenai pengurangan rangsangan.

Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,311.59 seauns pada 0728 GMT, semalam.

Sementara itu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup tinggi semalam dengan pembelian semasa harga murah setelah harga emas di pasaran emas global turun dengan ketara pada Isnin.

Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata logam berharga itu mengalami tekanan berikutan data bukan pembuatan Institut Pengurusan Bekalan AS kukuh yang dikeluarkan kelmarin, memberi gambaran peningkatan ekonomi AS.

'Pelabur pasaran akan memantau data ekonomi AS setelah pemulihan ekonomi dan peningkatan yang kukuh dalam pasaran buruh menjadi faktor utama kepada pengurangan rangsangan," katanya.

Kontrak November 2013 dan Disember 2013 menokok 15 mata asas masing-masing kepada RM135.05 segram dan RM135.55 segram.

JUmlah dagangan naik kepada 467 lot bernilai RM6.3 juta daripada Isnin pada 228 lot bernilai RM3.07 juta. Kedudukan terbuka naik kepada 921 kontrak daripada 770 kontrak sebelumnya. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment