Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bank Negara Kekal OPR 3 Peratus


Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) iaitu penanda aras bagi penentuan kadar faedah asas pinjaman (BLR) bank tempatan, pada kadar tiga peratus.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam, bank pusat itu berkata, ekonomi global terus mencatatkan kemajuan pada tahap sederhana dan di ekonomi maju utama dunia, pemulihan kekal beransur-ansur dan tidak sekata.

Di Asia, pula jelasnya, pertumbuhan kekal kukuh berikutan kemajuan dalam prestasi eksport di tengah-tengah aktiviti ekonomi domestik yang sederhana.

"Meskipun ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global semakin reda, pasaran kekal tidak stabil kepada sebarang kejutan dan perubahan dalam sentimen. Melangkah ke hadapan, masih terdapat risiko besar yang boleh menjejaskan kadar pemulihan global," katanya.

Kemajuan eksport sokong ekonomi
Mengenai perkembangan ekonomi Malaysia, Bank Negara berkata, pengembangan aktiviti ekonomi disokong oleh kemajuan dalam eksport, manakala aktiviti pelaburan dan penggunaan  swasta terus mengekalkan pengukuhan permintaan domestik di sebalik perbelanjaan sektor awam yang perlahan.

Melangkah ke hadapan, bank pusat itu berkata, momentum pertumbuhan akan mendapat manfaat daripada kemajuan dalam sektor luaran yang sudah dijangkakan dalam permintaan domestik.

Aktiviti pelaburan domestik bagaimanapun katanya, terus diterajui perbelanjaan modal sektor swasta dan pelaksanaan berterusan projek infrastruktur.

"Permintaan domestik dijangka sederhana susulan penyatuan sektor swasta dan dan sedikit penyederhanaan dalam penggunaan swasta. Ketidaktentuan dalam persekitaran global akan menjejaskan momentum pertumbuhan keseluruhan," katanya.

Bank Negara berkata, kadar inflasi meningkat kepada 2.6 peratus pada september, berikutan peningkatan dalam harga petrol.

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment