Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 07 November 2013


Harga emas stabil semalam selepas mencatatkan kejatuhan tujuh hari dalam sesi dagangan sebelum ini berikutan pelabur menjangkakan program rangsangan ekonomi AS akan diteruskan untuk jangka lebih panjang.

Pegangan dana tukaran dagangan berdasarkan emas turut meningkat buat kali pertama dalam dua minggu. Logam itu diniagakan dalam jajaran sempit AS$1,306 - AS$1,321 seauns minggu ini berikutan pasaran menanti data ekonomi utama AS bagi mendapatkan petunjuk bila Rizab Persekutuan AS akan menghentikan pembelian balik bon bulanan bernilai AS$85 bilion.

Pelabur memantau data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS dan data pembayaran gaji sektor bukan perladangan sebelum memasuki pasaran.

"Dalam beberapa hari lalu emas dipacu pergerakan dolar. Ia berkemungkinan mengambil hala tuju baru sejurus data pembayaran gaji sektor bukan perladangan dikeluarkan," kata Mark Keenan, penyelidik di Societe Generale. "(Pergerakan harga) akan bergantung kepada data. Ia juga kritikal untuk melihat apa terjadi pada pegangan ETF," kata Keenan.

Emas semerta menokok 0.1 peratus kepada AS$1,317.91 seauns pada 0716 GMT, selepas menokok 0.5 peratus pada Rabu.

Euro berlegar di paras tertinggi dalam hampir seminggu berbanding dolar berikutan data kukuh Jerman menyebabkan pelabur kurang menaruh harapan terhadap pengurangan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah  dalam mesyuaratnya.

Aliran keluar emas ETF memberi kesan ketara ke atas harga tahun ini.

Bersandarkan jangkaan Rizab Persekutuan akan mengurangkan program rangsangan ekonominya, ramai pelabur memindahkan pelaburan daripada emas untuk memasuki pasaran saham.

SPDR Gold Trust berkata, pegangannya meningkat 2.10 tan kepada 868.42 tan pada Rabu, peningkatan pertama sejak 22 Oktober.

Dana itu menyaksikan lebih 450 tan emas mengalir keluar tahun ini, mencecah paras terendah sejak awal 2009. - REUTERS

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment