Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 November 2013


Emas didagangkan hampir paras rendah tiga minggu pada Jumaat dan menuju kerugian berterusan dua minggu selepas pertumbuhan kukuh ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengehadkan program pembelian bon tahun ini.

Keluaran Dasar Negara Kasar (KDNK) AS tumbuh pada 2.8 peratus kadar tahunan dalam suku ketiga, terpantas dalam setahun, selepas perkembangan 2.5 peratus dalam suku kedua.

Pelabur kini menunggu data gaji bukan pertanian lewat semalam untuk petunjuk lanjut membabitkan masa Persekutuan akan mengehadkan rangsangan ekonomi.

"Tiada minat yang tinggi bagi emas buat masa ini.

"Masing-masing menunggu data gaji bukan pertanian hari ini. Tiada banyak berita baik untuk emas kebelakangan ini," kata Ketua Pedagang Lee Cheong Gold Dealers di Hong KOng, Ronald Leung.

Spot emas naik 0.15 peratus kepada AS$1,309.56 seauns menjelang 0737 GMT, disokong penurunan dalam ekuiti di Asia.

Logam itu rugi 0.4 peratus minggu ini, selepas mencecah tiga minggu rendah pada AS$1,298.31 pada Khamis.

Emas sudah rugi satu per lima nilainya tahun ini kerana kebimbangan Persekutuan akan mengehadkan pembelian bon bulanan sebanyak AS$85 bilion.

Tarikan lindung nilai logam itu dirangsang pembelian bon dan kadar faedah rendah.

Pelabur percaya kebuntuan bajet berpanjangan di Washington pada Oktober akan mengekang Persekutuan daripada menarik balik sokongan bagi ekonomi dan mungkin hanya akan mengehadkan rangsangan tahun depan.

Namun, data KDNK Rabu lalu menaikkan kembali kebimbangan ia mula dilaksanakan pada mesyuarat Disember Persekutuan.

Laporan kukuh berbanding jangkaan akan menyaksikan jangkaan bagi Persekutuan mengehadkan rangsangan dalam suku pertama 2014 meningkat dan membawa dolar kepada nilai lebih tinggi, kata mereka. - REUTERS

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment