Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 04 November 2013


Emas susut untuk enam sesi berturut-turut semalam dengan diniagakan hampir dua minggu rendah ketika ketidaktentuan yang baru apabila Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan balik langkah rangsangnya menjejaskan sentimen.

Bulan lalu, bank pusat AS itu berkata ia akan terus melaksanakan pembelian bon bernilai AS$85 bilion sebulan dengan mengaitkan perdebatan mengenai bajet di Washington dan keperluan data ekonomi yang lebih kukuh, mendorong ramai pihak percaya penamatan program itu tidak akan berlaku sehingga tahun depan.

Bagaimanapun, data yang kukuh terhadap pengeluaran kilang AS baru-baru ini dan pengangguran telah membawa kembali kemungkinan bahawa ia mungkin mula dikurangkan kembali tahun ini.

"Terdapat kebimbangan kini di pasaran bahawa penamatan pada Disember adalah mungkin berlaku. Pergerakan dolar juga menjejaskan emas. Sehingga kita mendapat gambaran yang  jelas menganai pelan Fed, emas akan bertindak balas kepada data," kata peniaga logam berharga di Hong Kong.

Spot emas jatuh 0.06 peratus kepada AS$1,313.95 seauns pada 0715 GMT, manakala indeks dolar menghampiri  paras tertinggi enam minggu. Emas jatuh ke paras rendah AS$1,305.69 pada Jumaat, terendah sejak 17 Oktober.

Sementara itu, dagangan hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup lebih rendah semalam dalam dagangan kecil kerana pelabur enggan membeli menjelang cuti umum sempena Awal Muharam hari ini.

Peniaga di Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata pasaran emas global lengang apabila pelabur menunggu keputusan mesyuarat Bank Pusat Eropah serta data pekerjaan bulanan AS, yang akan diumumkan kemudian minggu ini.

Dalam pasaran tunai, premium harga emas di India masih AS$120 hingga AS$130 seauns berbanding harga di London.

"Kenaikan harga ini mendorong warga India, pembeli emas terbesar dunia, mencari hadiah alternatif seperti barang kemas yang diperbuat daripada perak atau berlian untuk menyambut perayaan Deepavali dan Dhanteras, sekaligus menambah tekanan kepada harga emas," katanya.

Kontrak bulan semasa November 2013 turun tiga mata asas kepada RM134.35 segram dan Disember 2013 susut empat mata asas kepada RM134.80 segram.

Jumlah dagangan mengecil kepada 228 lot bernilai RM3.07 juta daripada 456 lot bernilai RM6.24 juta pada Jumaat lalu. - AGENSI

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment