Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 November 2013


Emas dilihat bersedia untuk bergerak cergas rentetan daripada kenaikan tiga hari berturut-turut semalam, tetapi harganya diikat hampir AS$1,300 seauns dengan harapan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan dasar pelonggaran monetarinya, menaikkan tarikan logam itu sebagai pelindung nilai kepada inflasi.

Spot emas menurun 0.2 peratus kepada AS$1,286.96 seauns pada 0741 GMT. Harga meningkat hampir dua peratus pada tiga sesi sebelum, disokong oleh jangkaan bahawa calon Pengerusi Fed, Janet Yellen, akan meneruskan program pembelian bon bulanan bank itu yang bernilai AS$85 bilion jika menjawat jawatan itu.

"Saya fikir pasaran sudah pun memberatkan kepada pencalonan Yellen dan pengurangan rangsangan dibawa ke tahun depan," kata Pengarah Urusan Globlex Holding Management di Bangkok, Songwut Apirakkhit.

"Selagi harga dibawah AS$1,3000, kami fikir emas dalam pasaran menurun. Kami akan mengubah pandangan kami kepada neutral jika harga bergerak nelepasi paras itu.

Jongkong itu telah rugi hampir 25 peratus daripada nilainya setakat ini tahun ini dengan kebimbangan pembelian bon yang mesra dengan emas akan dikurangkan ketika ekonomi Amerika Syarikat meningkat.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutp rendah sedikit semalam berikutan kegiatan pengambilan untung pada sesi petang, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata pelabur memberi reaksi positif kepada ulasan calon Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen bahawa beliau menyokong program pembelian bon Rizab Persekutuan, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar suku ketiga Malaysia yang kukuh dan spekulasi bahawa Beijing akan mengumumkan satu rancangan baru untuk merombak sektor wilayah negara itu.

"Kami menjangkakan harga emas lebih tinggi tetapi impaknya mungkin terbatas kerana harga emas sensitif kepada data ekonomi," katanya. Kontrak semerta November 2013 susut empat mata kepada RM132.10 segram dan Disember 2013 susut satu mata kepada RM132.50 segram.

Jumlah dagangan merosot kepada 124 lot bernilai RM1.64 juta berbanding 1,074 lot bernilai RM14.24 pada Jumaat.

Kedudukan terbuka merosost kepada 918 kontrak daripada 1,074 kontrak pada Jumaat. - AGENSI

JANA DUIT DARI BLOG
Sangat Mudah, Klik Untuk Info :

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment