Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 19 November 2013


Harga emas jatuh semalam, sekaligus menyaksikan harga logam berharga itu berdepan kesukaran untuk kembali stabil selepas mencatatkan kejatuhan mengejut pada sesi sebelum ini kerana pelabur masih menunggu komen Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai prospek pelonggaran dasar monetari dan pengukuhan ekonomi AS.

Presiden Federal Reserve Bank of New York, William Dudley, berkata beliau sangat berharap mengenai ekonomi AS tetapi beliau juga menjangkakan dasar monetari yang sangat akomodatif bagi tempoh yang sesuai.

Harga kontrak emas bulan semasa jatuh 0.3 peratus kepada AS$1,270.51 seauns pada 1126 GMT, selepas jatuh 1.2 peratus kelmarin berikutan kelemahan belian fizikal dan peningkatan pasaran saham, yang mengalih tumpuan pelaburan daripada emas.

Paras sokongan teknikal berada pada paras terendah pada AS$1,261, sementara jika melepasi paras rendah yang dicatatkan pada pertengahan Oktober iaitu AS$1,251 menyaksikan logam berharga itu  akan terus jatuh kepada paras terendah dalam tempoh tiga tahun yang dicatatkan pada Jun iaitu AS$1,180, demikian mengikut ScotiaMocatta.

Harga kontrak emas pasaran hadapan AS bagi penghantaran Disember jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,270.30 seauns.

"Komen terbaru daripada pegawai Fed bertentangan dengan kebimbangan bahawa FOMC mungkin tidak akan mula mengurangkan program rangsangan ekonominya pada Disember tetapi ketidaktentuan ini akan berterusan di pasaran sehingga keputusan muktamad dibuat," kata pemilik Quantitative Commodity Research, Peter Fertig.

Harga logam lain, perak jatuh bagi sesi kedua berturut-turut kepada AS$20.29 seauns, platinum naik 0.1 peratus kepada AS$1,408.99 seauns sementara palladium tidak berubah pada AS$714.15 seauns.

Sementara itu kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah semalam berikutan kebimbangan Fed mungkin mengurangkan pakej rangsangannya, kata peniaga.

Langkah itu, kata peniaga, mungkin mengelak pelabur daripada membeli logam pelaburan alternatif itu.

Kontrak bulan semasa, November 2013 dan Disember 2013 masing-masing jatuh 7 mata kepada RM131.75 segram dan RM132.15 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 453 lot bernilai RM5.99 juta berbanding 124 lot bernilai RM1.64 juta kelmarin.

Kepentingan terbuka bertambah kepada 1,131 kontrak daripada 918 kontrak kelmarin. - BERNAMA

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment