Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 November 2013


Emas didagangkan dalam julat kecil semalam ekoran pelabur menunggu pengumuman minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan bagi mendapatkan petunjuk bila bank pusat berkenaan akan mengurangkan rangsangannya.

Bulion gagal membuat keuntungan walaupun komen memberangsangkan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke mengenai pembelian bon oleh bank berkenaan.

"Emas mengekalkan alirannya pada masa ini dan bergelut untuk mencari pemacu bagi menaikkan harga," kata penganalisis di ANZ, Victor Thianpiriya.

Thianpiriya berkata acara utama seterusnya yang mampu mengerakkan harga emas adalah pengumuman data pekerja bukan pertanian, yang akan dikeluarkan pada awal Disember.

"Emas fizikal tidak lemah tetapi ia juga tidak begitu kukuh bagi melindungi kedudukan mereka," katanya.

Emas spot tidak berubah pada AS$1,274.24 seauns selepas mengakhiri dagangan dengan paras rendah pada sesi terdahului.

Dolar AS berada di bawah tekanan namun saham global kekal kukuh selepas komen Bernanke. Minit mesyuarat yang berlangsung pada 29 dan 30 Oktober lalu dijangka diumumkan dalam masa terdekat, dengan pelabur memberi tumpuan kepada lanjutan perbincangan mengenai jangka masa pengurangan bermula.

Bernanke pada Selasa lalu berkata Rizab Persekutuan akan mengekalkan dasar kewangan mudah AS selagi ia diperlukan dan hanya akan mengurangkannya jika pertumbuhan baik dalam pasaran buruh berterusan.

Dalam pada ekonomi membuat kemajuan penting, ia masih jauh daripada apa yang dimahukan, kata Bernanke sambil menyokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan tidak akan menarik semula program berkenaan dalam tempoh segera.

Rizab Persekutuan mungkin perlu menunggu sehingga tahun depan, mungkin sehingga Mac sebelum mula mengurangkan program berkenaan, kata Presiden Persekutuan Chicago, Charles Evans. - REUTERS

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment