Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 21 November 2013

Harga emas diniagakan mencecah hampir paras terendah dalam tempoh empat bulan semalam selepas mengalami kejatuhan terbesar dalam tempoh tujuh minggu dalam sesi sebelumnya.

Ia berlaku susulan tindak balas kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan mungkin memulakan langkah pengurangan program rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS), juga dikenali sebagai 'program rangsangan kewangan mesra komiditi' dalam beberapa bulan akan datang.

Minit terkini mesyuarat Fed yang dikeluarkan kepada awam pada Rabu menunjukkan bahawa pegawai bank pusat itu merasakan mereka boleh memulakan pengurangan program pembelian bon bernilai AS$85 bilion sebulan itu pada mesyuarat akan datang, bergantung kepada pertumbuhan ekonomi AS.

Semalam, harga rujukan emas hanya mencatatkan peningkatan 0.2 peratus kepada AS$1,245.56 seauns pada 0747 GMT tetapi berada dalam jajaran yang tidak terlalu jauh daripada paras terendahnya dalam tempoh empat bulan, iaitu pada AS$1,240.69 seauns.

"Pasaran percaya bahawalangkah pengurangan program pembelian bon oleh Fed itu mungkin berlaku lebih awal daripada jangkaan.

"Justeru, kini wujudnya peralihan dalam aset kepada dolar berbanding emas, kata Pakar Ekonomi di CIMB, Song Seng Wun.

Dolar AS mencecah paras tertinggi dalam hampir seminggu berbanding kumpulan mata wang utama dunia lain.

AS turut mengumumkan perangkaan terbaru industri yang mengukur perbelanjaan pengguna negara itu pada Rabu lalu.

Data tinjauan bagi bulan Oktober itu menunjukkan berlakunya peningkatan ketara di luar jangkaan, sekaligus menyokong kepada idea bahawa Fed akan memulakan pengurangan rangsangan ekonomi tidak lama lagi.

"Jika pengumuman data terbaru terus menyokong pemulihan dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan, kita mungkin mendapati bahawa harga emas akan terus menerima tekanan," kata Song.

Data ekonomi terbaru AS kini semakin menunjukkan prestasi yang lebih baik sementara jangkaan laporan perangkaan tenaga kerjanya yang kukuh bagi November turut boleh meningkatkan kemungkinan bahawa Fed akan mula mengurangkan pembelian bon bulanannya pada mesyuarat bulan depan, kata Presiden Fed St Louis, James Bullard.

Sebelum ini, harga emas menerima manfaat daripada langkah pengenalan pelonggaran kuantitatif AS, dengan mengalami peningkatan sehingga mencecah paras tertingginya sebanyak AS$1,920 seauns pada 2011. - AFP

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment