Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 November 2013


Emas disekat untuk terus naik daripada sesi sebelum ini semalam selepas jaminan daripada bakal ketua Rizab Persekutuan bahawa bank pusat AS akan meneruskan dasar pelonggaran monetarinya.

Prospek pembelian bon Fed itu akan dikekalkan untuk beberapa tempoh dan membantu emas pulih daripada paras rendah empat minggu pada awal minggu ini dan ia kini mungkin mengakhiri dua minggu kerugian dialaminya itu.

Yellen kelmarin berkata beliau akan meneruskan dasar pelonggaran kewangan bank pusat sehingga pegawai yakin pemulihan ekonomi mampu bertahan lama yang mana boleh mengekalkan pekerjaan.

Menjawab soalan di hadapan Jawatankuasa Perbankan senat, Yellen dengan mantapnya mempertahankan langkah Fed untuk merangsang pertumbuhan ekonominya, memanggil usaha itu sebagai penting pada pendengaran yang menyaksikan beliau kemungkinan akan menjadi wanita pertama menerajui bank pusat Amerika syarikat.

Emas spot susut 0.06 peratus kepada AS$1,286.30 seauns pada 0732 GMT, selepas naik hampir satu peratus dalam setiap dua sesi sebelumnya.

Awal minggu ini, ia mencecah paras rendah tiga minggu sebanyak AS$1,260.89.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah sedikit semalam disebabkan aktiviti pengambilan untung yang bermula pada sesi tengahari, kata peniaga.

Peniaga daripada Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun berkata pelabur memberi respon positif kepada ulasan calon Pengerusi Rizab Persekutuan AS Janet Yellen kelmarin berkaitan langkah rangsangan.

"Berasaskan kepada ini, kami melihat harga emas dijangka terus meningkat. Tetapi kesannya mungkin terhad kerana harga emas adalah data ekonomi yang sensitif," katanya kepada Bernama.

Bulan semasa November 2013 turun lapan mata kepada RM132.30 segram dan Disember 2013 juga susut lapan mata kepada RM132.55 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1,074 lot bernilai RM14.24 juta daripada 811 lot bernilai RM10.78 juta kelmarin.

Kepentingan terbuka naik kepada 1,074 kontrak daripada 1,446 kontrak kelmarin. - BERNAMA

JANA PENDAPATAN PASIF 
klik pautan ini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment