Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Henti Khidmat CTOS

Kuala Lumpur - Sekretariat Bebas Muflis mahu kerajaan menghentikan syarikat pembekalan data peminjam, Credit Tip Off Sdn Bhd (CTOS) kerana menyediakan maklumat yang tidak kemas.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan yang menyifatkan operasi CTOS sebagai menyusahkan orang ramai itu berkata, syarikat berkenaan menimbulkan ketidakadilan dan penganiayaan.

Saran kerajaan kaji semula
"Kerajaan disaran mengkaji semula dan menghentikan perkhidmatannya sebelum diganti serta diuruskan pihak kerajaan sendiri dalam menentukan status kredit seseorang untuk dinilaikan institusi kewangan dan sebagainya," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berhubung cadangan untuk membentangkan akta baru bagi menggantikan Akta Kebangkrapan 1967 tahun depan, antaranya pelepasan automatik golongan muflis selepas sesuatu tempoh dan individu terbabit akan diberi peluang kedua.

Sebelum itu, sekretariat berkenaan meminta kerajaan mempertimbangkan untuk membebaskan 250,000 individu muflis daripada kemelut hutang, tertutama individu yang diisytiharkan muflis atau disenarai hitam oleh institusi kewangan kerana menjadi penjamin sosial bagi pinjaman pendidikan, kereta atau rumah, selain muflis kerana ditipu atau teraniaya dan muflis secara teknikal.

Sohaimi yang mengucapkan terima kasih atas maklum balas positif kerajaan terhadap cadangan pihaknya berkata, proses pinjaman dan lain-lainnya dirombak semula supaya tidak timbul masalah penjamin sosial, teknikal, teraniaya dan tertipu dengan sistem yang ada sekarang.

oleh Norfatimah Ahmad
tim@bh.com.my

JANA PENDAPATAN PASIF
klik pautan ini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment