Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Pajak Gadai Sembunyi Dadah


Georgetown - Polis mematahkan sindiket penyeludupan syabu dan ketamin bernilai RM11.52 juta yang berselindung disebalik perniagaan pajak gadai selepas tertangkapnya seorang lelaki, dalam serbuan di Taman Usahaniaga di Bukit Mertajam, Rabu lalu.

Dalam operasi membabitkan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu, dua pucuk pistol jenis Colt's dan We's, wang tunai sebanyak RM954,700, barangan kemas dan empat kereta mewah turut dirampas.

Sorok dalam silinder
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata suspek seorang peniaga lelaki berumur 44 tahun ditahan ketika serbuan di kedai pajak gadai berkenaan, jam 10.40 malam dan pihaknya merampas keseluruhan dadah jenis syabu seberat 57.315 kg dan ketamin seberat 1.109 kg.

"Dalam serbuan itu, kami merampas 16.325 kg syabu yang disorok dalam dua silinder besi dan 1.109 kg ketamin serta dua pucuk pistol.

"Kami kemudian membuat pemeriksaan dalam sebuah kereta milik suspek dan menjumpai 40 bungkusan kecil syabu seberat 40.898 kg yang disumbat dalam lima silinder besi," katanya pada sidang media di sini, semalam.

JANA PENDAPATAN PASIF
klik pautan ini 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment