Berita Emas - 10 November 2013
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2013,
Awal Muharam,
Bursa Malaysia Derivative,
KDNK,
Keluaran Dasar Negara Kasar,
Nicole So Siew Chien,
Philip Futures Sdn Bhd
11
Nov
Emas didagangkan hampir paras rendah tiga minggu pada Jumaat dan menuju kerugian berterusan dua minggu selepas pertumbuhan kukuh ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengehadkan program pembelian bon tahun ini.
Keluaran Dasar Negara Kasar (KDNK) AS tumbuh pada 2.8 peratus kadar tahunan dalam suku ketiga, terpantas dalam setahun, selepas perkembangan 2.5 peratus dalam suku kedua.
Pelabur kini menunggu data gaji bukan pertanian lewat semalam untuk petunjuk lanjut membabitkan masa Persekutuan akan mengehadkan rangsangan ekonomi.
Spot emas naik 0.15 peratus kepada AS$1,309.56 seauns menjelang 0737 GMT, disokong penurunan dalam ekuiti di Asia.
Logam itu rugi 0.4 peratus minggu ini, selepas mencecah tiga minggu rendah pada AS$1,298.31 pada Khamis.
Emas sudah rugi satu per lima nilainya tahun ini kerana kebimbangan Persekutuan akan mengehadkan pembelian bon bulanan sebanyak AS$85 bilion.
Sementara itu, dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative dijangka tidak menetu minggu ini berikutan kebimbangan Rizab Persekutuan akan melaksanakan program rangsangan lebih awal daripada jangkaan.
Peniaga Philip Futures Sdn Bhd, Nicole So Siew Chien, berkata ekonomi AS tumbuh 2.8 peratus bagi suku ketiga, melepasi unjuran pasaran pada dua peratus, yang menjadi petunjuk ekonomi AS semakin pulih.
Dagangan pada minggu lalu rendah dan kontrak hadapan emas bernilai kira-kira RM14.38 juta sepanjang urus niaga yang berjalan selama empat hari.
Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum Awal Muharam.
Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak bula semasa November 2013 tidak berubah pada RM134.50 segram mankala Disember 2013 meningkat RM0.15 kepada RM135.85 segram.
Bagi minggu yang baru berakhir, jumlah dagangan susut kepada 1,067 lot yang didagangkan Jumaat sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 3,402 kontrak berbanding 1,032 kontrak sebelumnya. - REUTERS / BERNAMA
JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment