Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 01 November 2013


Emas susut kepada paras rendah satu minggu semalam walaupun Rizab Persekutuan AS mengekalkan langkah rangsangan ekonomi dengan pelabur mengambil untung dari kenaikan harga baru-baru ini.

Logam berharga itu meningkat kira-kira lapan peratus untuk mencapai paras tiga minggu tinggi pada 15 Oktober menerusi jangkaan keputusan Fed, menerajui pembetulan harga pada Rabu selepas kenyataan dari bank sejajar dengan jangkaan.

Emas turut terjejas dengan penurunan, mendadak perak ekoran penjualan dan pengukuhan dolar AS.

"Harga di bawah paras tekanan selepas sedikit kecairan pada kedudukan kerana tiada perkara baru daripada mesyuarat itu," kata Peter Fung, ketua peniaga di Wing Fung Precious Metals di Hong Kong.

"Harga meningkat pantas daripada AS$1,360 susulan langkah Fed - ia menunjukkan mengapa pelabur mengambil untung."

Spot emas susut 0.6 peratus kepada AS$1,334.59 seauns pada 0731 GMT, selepas jatuh AS$1,333.04 sebelum ini kepada paras terendah sejak 24 Oktober.

Niaga hadapan emas Comex jatuh satu peratus kepada paras rendah satu minggu iaitu AS$1,33 2.70, sementara perak susut hampir tiga peratus.

Harga di Shanghai Gold Exchange pula berada pada trend lebih rendah  berbanding harga global ekoran kebimbangan terhadap kerapuhan tunai.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah semalam walaupun Rizab Persekutuan AS memberi jaminan untuk mengekalkan rangsangan ekonomi.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Liam Kian Yap, berkata penurunan itu disebabkan pelabur mengambil untung berikutan peningkatan baru-baru ini.

"Harga emas meningkat kira-kira lapan peratus sejak 15 Oktober berikutan jangkaan keputusan Rizab Persekutuan AS itu, yang menjurus kepada pembetulan harga selepas bank pusat AS membuat kenyataan selari dengan unjuran itu," katanya.

Kontrak Oktober 2013 turun sembilan mata untuk ditutup pada RM136.75 segram, November 2013 susut 12 mata kepada RM136.90 segram dan Disember 2013 susut 12 mata kepada RM137.45 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 377 lot bernilai RM5.16 juta berbanding 174 lot bernilai RM2.74 juta pada Rabu.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 971 kontrak berbanding 727 kontrak kelmarin. - REUTERS

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment