Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label Peter Fung. Show all posts
Showing posts with label Peter Fung. Show all posts

Berita Emas - 28 Febuari 2014


Emas mencatat perubahan kecil semalam tetapi di landasan kukuh untuk mencatat kenaikan terbesar bulanan sejak Julai lalu selepas pelabur dan spekulator menolak harga lebih tinggi disebabkan kebimbangan berhubung perkembangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan Ukraine.

Kenaikan baru-baru ini mungkin sukar untuk kekal kerana ketiadaan pembelian fizikal yang kukuh. Selain itu, jangkaan Rizab Persekutuan akan terus mengurangkan rangsangan ekonomi berkemungkinan mengurangkan tarikan emas sebagai pelaburan lindung nilai berbanding inflasi.

Tunai emas hampir mendatar pada AS$1,330.86 seauns pada 0714 GMT, jatuh daripada paras tertinggi empat bulan AS$1,345.35 pada Rabu. Emas menokok tujuh peratus pada Febuari, kenaikan bulanan tertinggi sejak kenaikan 7.2 peratus yang dicatatkan pada Julai.

"Pasaran fizikal di Hong Kong masih perlahan dan saya tidak lihat sebarang minat belian baru," kata Peter Fung di Wing Fung Precious Metals Hong Kong.

"Sentimen di pasaran neutral. Halangan pada AS$1,1350, sementara AS$1,300 adalah paras sokongan," katanya.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mencatat kerugian buat hari kedua berturut-turut ekoran minat belian yang lemah, namun mencatat keuntungan bulanan.

Ia disebabkan permintaan daripada pelabur dan spekulator yang meningkatkan harga berikutan kebimbangan mengenai tahap ekonomi AS dan pergolakan di Ukraine, kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Elky Liam Kian Yap.

"Keuntungan sukar bertahan berikutan ketiadaan belian fizikal yang kukuh selain unjuran bahawa Rizab Persekutuan AS akan meneruskan program pengurangan kuantitatif yang akan menjejaskan minat ke atas emas sebagai pelindung daripada inflasi," katanya.

Pada penutup, Febuari 2014 turun lapan sen atau 16 mata kepada RM139.90 segram manakala Mac 2014, April 2014 dan Mei 2014 masing-masing susut tujuh sen atau 14 mata kepada RM140.35, RM140.65 dan RM140.65 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 294 lot bernilai RM4.14 juta berbanding 241 lot bernilai RM3.41 juta kelmarin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 294 kontrak berbanding 242 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditutup sembilan mata lebih rendah kepada RM135.18 segram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 01 November 2013


Emas susut kepada paras rendah satu minggu semalam walaupun Rizab Persekutuan AS mengekalkan langkah rangsangan ekonomi dengan pelabur mengambil untung dari kenaikan harga baru-baru ini.

Logam berharga itu meningkat kira-kira lapan peratus untuk mencapai paras tiga minggu tinggi pada 15 Oktober menerusi jangkaan keputusan Fed, menerajui pembetulan harga pada Rabu selepas kenyataan dari bank sejajar dengan jangkaan.

Emas turut terjejas dengan penurunan, mendadak perak ekoran penjualan dan pengukuhan dolar AS.

"Harga di bawah paras tekanan selepas sedikit kecairan pada kedudukan kerana tiada perkara baru daripada mesyuarat itu," kata Peter Fung, ketua peniaga di Wing Fung Precious Metals di Hong Kong.

"Harga meningkat pantas daripada AS$1,360 susulan langkah Fed - ia menunjukkan mengapa pelabur mengambil untung."

Spot emas susut 0.6 peratus kepada AS$1,334.59 seauns pada 0731 GMT, selepas jatuh AS$1,333.04 sebelum ini kepada paras terendah sejak 24 Oktober.

Niaga hadapan emas Comex jatuh satu peratus kepada paras rendah satu minggu iaitu AS$1,33 2.70, sementara perak susut hampir tiga peratus.

Harga di Shanghai Gold Exchange pula berada pada trend lebih rendah  berbanding harga global ekoran kebimbangan terhadap kerapuhan tunai.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative ditutup rendah semalam walaupun Rizab Persekutuan AS memberi jaminan untuk mengekalkan rangsangan ekonomi.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Liam Kian Yap, berkata penurunan itu disebabkan pelabur mengambil untung berikutan peningkatan baru-baru ini.

"Harga emas meningkat kira-kira lapan peratus sejak 15 Oktober berikutan jangkaan keputusan Rizab Persekutuan AS itu, yang menjurus kepada pembetulan harga selepas bank pusat AS membuat kenyataan selari dengan unjuran itu," katanya.

Kontrak Oktober 2013 turun sembilan mata untuk ditutup pada RM136.75 segram, November 2013 susut 12 mata kepada RM136.90 segram dan Disember 2013 susut 12 mata kepada RM137.45 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 377 lot bernilai RM5.16 juta berbanding 174 lot bernilai RM2.74 juta pada Rabu.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 971 kontrak berbanding 727 kontrak kelmarin. - REUTERS

JANA PENDAPATAN PASIF, klik pautan ini http://bit.ly/1bRUrYo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 07 Mei 2013


Emas susut semalam, kehilangan sinar sebagai pelaburan alternatif selepas pasaran saham meningkat pada harapan pemulihan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan ketika dana pelaburan emas susut ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Walaupun pembelian fizikal membantu emas kembali meningkat daripada paras rendah dua tahun yang direkodkan pada April, pengaliran keluar ETF mencerminkan keadaan berterusan penurunan minat pelabur dalam logam itu yang susut lebih 12 peratus pada 2013 selepas naik setiap tahun untuk 12 tahun sebelumnya.

Emas susut AS$6.45 seauns kepada AS$1,462 menjelang 0609 GMT.

Ia naik hampir tiga minggu tinggi sebanyak AS$1,462.80 pada Jumaat bersandarkan pembelian lindung nilai yangdicetuskan oleh Bank Pusat Eropah dan keputusan Rizab Persekutuan AS untuk meneruskan program rangsangan.

"Saya merasakan sentimen agak bercampur. Permintaan fizikal menyokong emas tetapi kamu akan menyaksikan terdapat kecairan dalam pasaran.

"Emas dalam jangka masa sederhana masih sedikit menyakinkan. Kamu boleh melihat pegangan SPDR masih turun sebanyak tiga hingga empat tan setiap hari," kata ketua niaga Wing Fung Precious Metals, Peter Fung di Hong Kong.

SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia, berkata pegangannya jatuh 0.31 peratus kepada 1,062.30 tan pada Isnin, terendah sejak Ogos 2009.

Emas susut ke sekitar AS$1,321 pada 16 April, terendah lebih dua tahun, selepas ia susut di bawah AS$1,500 dan kebimbangan jualan bank pusat membawa kepada penjualan yang mengejutkan pelabur dan mencetuskan mereka untuk menurunkan pegangan dalam pelaburan emas.

Penyusutan emas  mencetuskan minat belian di Asia dan bahagian lain dunia, membawa kepada kekuurangan jongkong emas, syiling dan logam emas di Hong Kong, Singapura dan Tokyo serta membantu logam itu kembali meningkat.

Namun, kegagalan emas untuk kembali kepada paras psikologi AS$1,500 mencadangkan dana logam itu masih dalam memerhati.

Emas AS untuk penghantaran Jun pada AS$1,462.10 seauns, turun AS$5.90.

"Kami menjangkakan permintaan fizikal menyokong pasaran, tetapi ia mungkin sukar bertahan ketika pasaran ekuiti meningkat, pengaliran keluar dana ETF serta keadaan spekulatif dalam jangka pendek.

"Selain itu, kebimbangan inflasi global yang mungkin menyokong emas adalah rendah. Kami menjangkakan peningkatan harga melepasi separuh kedua 2013 yang mana emas patut didagangkan dalam paras sederhana tinggi pada AS$1,500, " kata ANZ dalam satu laporan. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS