Showing posts with label Skim Pelaburan Online. Show all posts
Showing posts with label Skim Pelaburan Online. Show all posts
Skim Pelaburan Haram Emas : 142 kg Emas Bernilai RM101 juta Disita
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Caesar Gold Sdn Bhd,
Genneva Malaysia Sdn. Bhd,
Pageantry Gold Berhad,
Skim Emas,
Skim Pelaburan Haram Emas,
Skim Pelaburan Online,
Worldwide Far East Berhad
Kuala Lumpur - Sebanyak 142.7 kilogram emas dan RM101.92 juta dalam akaun bank serta tunai disita daripada empat syarikat yang terbabit dalam skim pelaburan haram menggunakan emas.
Jumlah itu dinyatakan dalam kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian perdagangan Dalam negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), semalam.
Belum terima emas
Sisasatan mendapati, sebahagian besar pelabur emas belum menerima emas daripada beberapa syarikat pelaburan yang diserbu BNM sehingga lebih lima bulan menunggu.
"Siasatan mendapati, syarikat berkenaan mempunyai kelemahan dari segi simpanan rekod, gagal menyimpan semua rekod transaksi perniagaan dan kewangan dengan baik.
"Malah, syarikat itu juga mempunyai simpanan rekod kewangan dalam pelbagai versi dan tujuan yang berbeza, selain gagal mengemukakan akaun untuk diaudit SSM, sejak beberapa tahun lalu mengikut undang-undang sepatutnya," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, empat syarikat diserbu iaitu Pageantry Gold Berhad yang beroperasi di Taman Danau Kota, Setapak; Worldwide Far East Berhad yang beroperasi di Bandar Baru Seri Petaling; Caesar Gold Sdn Bhd yang beroperasi di Jalan Klang Lama dan Genneva Malaysia Sdn Bhd di Kuchai Lama selepas disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas.
Mengulas lanjut, pihaknya menyedari kesukaran yang dialami pelabur dan sedang berusaha untuk mengesan penyimpanan wang dan aset syarikat itu.
Siasatan antarabangsa
"Satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan aliran wang dan aset lain serta firma perakauan antarabangsa.
"Agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu siasatan," katanya.
Kenyataan itu menyebut, setiap perniagaan terutama membabitkan bilangan pelabur dan jumlah yang besar, penyimpanan rekod traksaksi perniagaan yang baik serta tepat, penting bagi mengelakkan berlaku kesilapan pengurusan wang.
Sumber : Berita Harian (06/11/2012)
Comments(0)
Skim Pelaburan Haram Emas : BNM Kesan 35,000 Labur RM10 Bilion
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
BNM,
Datuk Dr Awang Adek Hussin,
Skim Cepat Kaya,
Skim Emas,
Skim Pelaburan Haram Emas,
Skim Pelaburan Online,
Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd
"Ambil masa siasat syarikat Genneva" - Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
Kuala Lumpur - Bank Negara Malaysia (BNM) mengesan 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, terbabit dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd.
Berikutan itu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, bank pusat itu memerlukan masa untuk menyiasat berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan boleh menyelesaikan masalah skim itu.
Syarikat berselindung
Katanya, yang pertama, syarikat itu berselindung dalam perniagaan emas yang mempunyai tarikan sentimental serta ramai berminat menceburinya tanpa mengira latar belakang termasuk pemimpin kerana wujud perasaan ia satu perniagaan betul.
"Kedua, Bank Negara terpaksa mengimbangi keadaan dengan tidak membuat serbuan pada satu masa, sebagai contoh, jika hari ini dikesan memulakan operasi dan kemudian diserbu dan disiasat, pelabur akan marah dengan alasan ia menjadi punca mereka hilang pulangan.
"Justeru Bank Negara kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat masuk (serbu). Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendali les lebih baik pada masa akan datang," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), di Dewan Rakyat, semalam.
Hukuman Berat
Menjawab soalan asal Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Awang Adek berkata Bank Negara sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim itu dalam usaha membendung kegiatan berkenaan daripada terus menipu masyarakat.
Katanya, kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain menjalankan serbuan dari semasa ke semasa ke atas syarikat yang menganjurkan pengambilan deposit yang dikesan melanggar undang-undang dan seterusnya mendakwa mereka di mahkamah.
Beliau berkata, kementerian menguatkuasakan peruntukan khas Akta Pencegahan Keganasan 2001 dengan membeku, menyita serta melucuthak segala harta dan simpanan yang dikumpul hasil daripada kegiatan pengambilan deposit haram berkenaan.
"Skim penipuan itu semakin meluas, bahaya dan kemudahan teknologi memudahkan mereka menjalankannya secara meluas sehingga sukar dikesan pada peringkat awal.
"Sukar untuk mengambil tindakan berlandaskan internet dan apa yang kita lakukan sekarang adalah memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahayanya kerana mereka begitu terdedah dan mudah percaya pada pelaburan begitu tinggi," katanya.
Sumber : Berita Harian (01/11/2012)
Oleh : Mohd Azrone Sarabatin
Skim Pelaburan Haram Emas : Pulangan Guna Deposit Baru
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Datuk Dr Awang Adek Hussin,
Genneva Malaysia Sdn Bhd,
Skim Cepat Kaya,
Skim Emas,
Skim Pak Man Telo,
Skim Pelaburan Haram Emas,
Skim Pelaburan Online,
Timbalan Menteri Kewangan
Kuala Lumpur - Syarikat pelaburan dan perdagangan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, menggunakan deposit baru untuk memberi pulangan kepada pelaburnya sebelum diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata skim pelaburan berkenaan adalah seperti pendekatan skim Pak Man Telo sebelum ini, apabila siasatan BNM mendapati wujud jurang besar antara liabiliti dan aset dimiliki syarikat itu.
Beliau berkata, liabiliti Genneva Malaysia mencecah berbilion ringgit berbanding asetnya yang hanya puluhan juta ringgit, namun jumlah pelaburan oleh rakyat begitu tinggi.
Guna deposit baru
"Sebelum BNM membuat serbuan, ia (Genneva Malaysia) menggunakan deposit baru untuk memberi pulangan, ini Pak Man (Telo) punya stail, lama-lama akan collapse (runtuh).
"Jadi BNM fikir adakah membiarkan ia berterusan semata-mata dia orang ini (pelabur) dapat pulangan, atau mengambil keputusan mengawal sebelum ia menjadi lebih besar," katanya ketika mengulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Peringkat Jawatankuasa di dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab celahan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang memaklumkan dirinya diberitahu beberapa orang terbabit pelaburan itu bahawa sebelum Genneva Malaysia diserbu BNM, mereka mendapat pulangan tetapi kini tidak lagi.
Sukar ganti pelaburan
Berikutan jurang aset dan liabiliti syarikat itu begitu besar, Awang Adek berkata, adalah sukar untuk BNM menggantikan semula pelaburan yang sudah dilakukan oleh orang ramai itu.
Pada peringkat awal siasatan BNM, katanya, syarikat itu didapati menjalankan urusan pembelian dan penjualan emas sahaja, tetapi kemudian ia berubah sehingga membabitkan unsur pengambilan deposit dan kelewatan menyerahkan emas yang dijual.
Sumber : Berita Harian (24/10/2012)
Oleh : Syuhada Choo Abdullah, Syed Azwan Syed Ali & Mohd Nasaruddin Parzi
Skim Pelaburan Haram Emas : Pengarah Syarikat Kena Isytihar Harta
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Kes Saman Genneva Malaysia,
Pelaburan Haram,
Penipuan Pelaburan Emas,
s,
Skim Cepat Kaya,
Skim Pelaburan Haram Emas,
Skim Pelaburan Online,
Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd,
Worldwide Far East Bhd
"Ketika ini, mereka yang terbabit dengan kegiatan syarikat yang diserbu kerana disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas kini sedang direkodkan kenyataan mereka untuk tindakan lanjut" - Kenyataan Bank Negara Malaysia
Kuala Lumpur - Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan arahan kepada pengarah dan kakitangan kanan syarikat yang diserbu kerana menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas, mengistiharkan aset mereka.
Arahan itu, termasuk pengisytiharan aset di Malaysia dan di luar negara, selain aset yang dimiliki pasangan dan proksi mereka.
Bank pusat itu dalam kenyataan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), semalam, berkata ia bagi memudahkan dan menyegerakan proses siasatan.
Analisis terperinci
Katanya, analisis yang menyeluruh dan terperinci mengenai aset dan liabiliti syarikat terbabit sedang dijalankan dan berharap pelabur yang menjadi mangsa akan turut membantu siasatan.
Menurut kenyataan itu : "Ketika ini, mereka yang terbabit dengan kegiatan syarikat yang diserbu kerana disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas kini sedang direkodkan kenyataan mereka untuk tindakan selanjutnya.
"Langkah itu adalah tindakan susulan selepas serbuan, yang mana kenyataan pengarah dan pengurusan kanan syarikat, ejen serta pelabur yang direkodkan bagi mendapatkan maklumat serta fakta sebenar."
Serbu syarikat pelaburan
BNM, PDRM, KPDNKK dan SSM baru-baru ini menyerbu beberapa syarikat kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit haram dengan berselindung di sebalik kegiatan pelaburan emas.
Malah, bank pusat itu sudah mewujudkan senarai syarikat yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.
Semakan senarai syarikat itu boleh dibuat di laman web, www.bnm.gov.my sebagai panduan kepada orang ramai supaya tidak terjebak dalam pelaburan yang tidak mendapat kelulusan.
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan terhadap kegiatan syarikat yang diserbu diberikan keutamaan dan semua sumber yang diperlukan sedang digembleng oleh semua agensi penguatkuasaan terbabit untuk mempercepatkan proses siasatan.
Orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Kdidmat Pelanggan) di talian 1-300-88-5465.
Sumber : Berita Harian (19/10/2012)
Oleh : Ahmad Fiesal Othman
SIRI PELABUR BIJAK : Teliti Risiko Pelaburan Emas
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
BNM,
Siri Pelabur Bijak,
Skim Pelaburan Emas,
Skim Cepat Kaya,
Skim Emas,
Skim Kutu Emas,
Skim Kutu Online,
Skim Pelaburan Online,
Teliti Risiko Pelaburan Emas
Apa yang anda perlu tahu sebagai PELABUR.
S : Siapakah yang mengawal selia pelaburan emas di Malaysia? Adakah Bank Negara menyelia atau mengawal selia perdagangan emas dan/atau perak di Malaysia?
J: Membeli dan menjual emas atau perak tidak berada bawah bidang kuasa bank Negara Malaysia, Bank tidak mengeluarkan ebarang lesen kepada mana-mana syarikat yang ingin menjalankan aktiviti itu. Bagaimanapun jika skim peaburan emas/perak dengan jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip deposit daripada orang ramai dan pelabur dijaminkan pulangan pelaburan/keuntungan dalam tempoh masa yang tertentu, di mana pelaburan asal akan dibayar balik atau dalam erti kata lain, jika sebuah syarikat didapati terbabit dalam pengambilan deposit secara haram dengan menggunakan emas/perak bagi mengaburi aktivitinya, ia mungkin melanggar sekssyen 2.5 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1939 (BAFIA)
S: Jadi apakah yang perlu dilakukan jika saya berminat dengan apa yang kelihatan sebagai skim pelaburan emas yang sah?
J: Pelabur diingatkan supaya lebih berhati-hati dan meneliti risiko yang dikaitkan dengan pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim peiaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh jangka pendek.
S: Sebagai bakal pelabur emas, bagaimana saya boleh memeriksa kesahihann skim pelabunn emas?
J: Pelabur dinasihatkan memeriksa latar belakang syarikat dan kesahan aktiviti dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan pematuhan undang-undang. Sebagai contoh, pelabur boleh menyemak dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat dan aktiviti perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat. Pelabur juga boleh menyemak rekod kewangan syarikat, termasuk keupayaan untuk membayar pulangan atas pelaburan
S : Adakah terdapat apa-apa maklumat penting yang perlu diberi lebih perhatian jika saya ingin mengambil bahagian dalam skim pelaburan emas?
J: sebagai seorang pelabur, lengkapkan diri anda dengan maklumat sebanyak yang berguna (misalnya, daripada CCM dan/atau syankat itu sendiri) dengan memberi tumpuan kepada:
> Laporan Tahunan yang sudah diaudit
> Memorandum Persatuan
> Artikel Persatuan
> Borang 49 - Senarai Pengarah
S : Sebagai pelabur emas, adakah terdapat sebarang isu berhubung operasi syarikat yang harus saya perhatikan?
J: Ya. Sebagai pelabur emas, kami nasihatkan anda untuk tanya soalan mengenai operasi emas syarikat:
> sumber emas - daripada mana syarikat mendapatkan bekalan?
> Siapakah pihak berkuasa atau badan rasmi yang mengesahkan ketulenan emas?
> Adakah sijil emas wng disediakan sudah disahkan oleh pihak yang berkelayakan?
> Bolehkah ketulenan emas itu disahkan oleh tukang emas?
> Mengapa syarikat menjual emas pada harga premium?
> Adakah ada apa-apa pulangan yang dijanjikan kepada pelabur?
> Bagaimana syarikat menjana keuntungan daripada operasi?
S : Jika saya mempunyai bukti bahawa emas dibeli kelihatan mencurigakan kepada siapa saya boleh mohon bantuan?
J : Jika pelabur mempunyai bukti bahawa emas dibeli daripada syarlkat pelaburan emas tertentu adalan berkualiti rendan dia boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperaai dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ini adalah kerana KPDNKK mempunyaikuasa untuk mengambil tindakan ke atas apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan kualiti produk.
S : Ohh tidak! Saya sudah menjadi mangsa kepada skim pelaburan emas haram! Apa yang perlu saya lakukan?
J : Anda dinasihatkan supaya:
> Buat laporan polis
> Laporkan perkara itu kepada agensi penguat kuasa yang beraitan.
> Simpan semua dokumen berkaitan pelaburan seperti bank-in slip, slip deposit, perjanjian, serta baucar yang anda terima dari syarikat atau pelaku kerana ia boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat itu. Ini termasuk buti-butir pegawai atau orang penting dalam syarikat. Maklumat inim ungkin berguna untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
Subscribe to:
Posts (Atom)












