Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label Caesar Gold Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label Caesar Gold Sdn Bhd. Show all posts

Skim Pelaburan Haram Emas : 142 kg Emas Bernilai RM101 juta Disita


Kuala Lumpur - Sebanyak 142.7 kilogram emas dan RM101.92 juta dalam akaun bank serta tunai disita daripada empat syarikat yang terbabit dalam skim pelaburan haram menggunakan emas.

Jumlah itu dinyatakan dalam kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian perdagangan Dalam negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), semalam.

Belum terima emas
Sisasatan mendapati, sebahagian besar pelabur emas belum menerima emas daripada beberapa syarikat pelaburan yang diserbu BNM sehingga lebih lima bulan menunggu.

"Siasatan mendapati, syarikat berkenaan mempunyai kelemahan dari segi simpanan rekod, gagal menyimpan semua rekod transaksi perniagaan dan kewangan dengan baik.

"Malah, syarikat itu juga mempunyai simpanan rekod kewangan dalam pelbagai versi dan tujuan yang berbeza, selain gagal mengemukakan akaun untuk diaudit SSM, sejak beberapa tahun lalu mengikut undang-undang sepatutnya," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, empat syarikat diserbu iaitu Pageantry Gold Berhad yang beroperasi di Taman Danau Kota, Setapak; Worldwide Far East Berhad yang beroperasi di Bandar Baru Seri Petaling; Caesar Gold Sdn Bhd yang beroperasi di Jalan Klang Lama dan Genneva Malaysia Sdn Bhd di Kuchai Lama selepas disyaki menjalankan skim pelaburan haram  menggunakan emas.

Mengulas lanjut, pihaknya menyedari kesukaran yang dialami pelabur dan sedang berusaha untuk mengesan penyimpanan wang dan aset syarikat itu.

Siasatan antarabangsa
"Satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan aliran wang dan aset lain serta firma perakauan antarabangsa.

"Agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu siasatan," katanya.

Kenyataan itu menyebut, setiap perniagaan terutama membabitkan bilangan pelabur dan jumlah yang besar, penyimpanan rekod traksaksi perniagaan yang baik serta tepat, penting bagi mengelakkan berlaku kesilapan pengurusan wang.

Sumber : Berita Harian (06/11/2012)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Serbuan Bersama Ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd

Peringatan daripada admin : Emas adalah bukan pelaburan, jika ada syarikat yang menawarkan keuntungan bulanan @ dividen @ hibah, maka berhati-hatilah. Beli emas dalam bentuk fizikal dan simpan untuk masa depan anda sekeluarga. Tukarkan sebahagian wang anda dalam bentuk simpanan emas.

Di bawah ini adalah surat siaran yg dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Klik di SINI untuk ke laman sesawang BNM.


Ref No : 10/12/05

Embargo : Untuk Siaran Segera

Serbuan Bersama Ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd

Serbuan bersama telah dijalankan hari ini ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd oleh Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana disyaki melakukan kesalahan seperti mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelakkan cukai, memberikan deskripsi palsu termasuk gambaran yang salah dan melantik ejen tanpa lesen.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dengan agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatannya menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati apabila melabur dalam skim yang tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan (unregulated schemes). Agensi penguatkuasaan akan mengambil tindakan ke atas skim kewangan haram untuk melindungi kepentingan pelabur dan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: 03-2174 1515

Polis Diraja Malaysia
Bank Negara Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Bank Negara Malaysia
05 Oktober 2012


Di bawah ini adalah keratan akhbar Berita Harian 06/10/2012 mengenai serbuan tersebut.

"3 Lagi syarikat pelaburan emas diserbu"



"Simpan Emas Untuk Melindungi Wang Anda"

MOHD AZHAR B KORDI
Priority Dealer Public Gold (PG004158)
012 - 357 8910
013 - 987 3012   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS