Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Skim Pelaburan Haram Emas : 142 kg Emas Bernilai RM101 juta Disita


Kuala Lumpur - Sebanyak 142.7 kilogram emas dan RM101.92 juta dalam akaun bank serta tunai disita daripada empat syarikat yang terbabit dalam skim pelaburan haram menggunakan emas.

Jumlah itu dinyatakan dalam kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian perdagangan Dalam negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), semalam.

Belum terima emas
Sisasatan mendapati, sebahagian besar pelabur emas belum menerima emas daripada beberapa syarikat pelaburan yang diserbu BNM sehingga lebih lima bulan menunggu.

"Siasatan mendapati, syarikat berkenaan mempunyai kelemahan dari segi simpanan rekod, gagal menyimpan semua rekod transaksi perniagaan dan kewangan dengan baik.

"Malah, syarikat itu juga mempunyai simpanan rekod kewangan dalam pelbagai versi dan tujuan yang berbeza, selain gagal mengemukakan akaun untuk diaudit SSM, sejak beberapa tahun lalu mengikut undang-undang sepatutnya," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, empat syarikat diserbu iaitu Pageantry Gold Berhad yang beroperasi di Taman Danau Kota, Setapak; Worldwide Far East Berhad yang beroperasi di Bandar Baru Seri Petaling; Caesar Gold Sdn Bhd yang beroperasi di Jalan Klang Lama dan Genneva Malaysia Sdn Bhd di Kuchai Lama selepas disyaki menjalankan skim pelaburan haram  menggunakan emas.

Mengulas lanjut, pihaknya menyedari kesukaran yang dialami pelabur dan sedang berusaha untuk mengesan penyimpanan wang dan aset syarikat itu.

Siasatan antarabangsa
"Satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan aliran wang dan aset lain serta firma perakauan antarabangsa.

"Agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu siasatan," katanya.

Kenyataan itu menyebut, setiap perniagaan terutama membabitkan bilangan pelabur dan jumlah yang besar, penyimpanan rekod traksaksi perniagaan yang baik serta tepat, penting bagi mengelakkan berlaku kesilapan pengurusan wang.

Sumber : Berita Harian (06/11/2012)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment