Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 04 November 2012


Harga emas ditutup lebih rendah semalam dengan pelabur menunggu laporan pekerjaan utama AS lewat petang semalam yang menyediakan petunjuk kepada pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.

Semua mata tertumpu kepada data pembayaran gaji selain perladangan AS yang dijangka menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan pekerjaan walaupun kadar pengangguran meningkat sedikit daripada paras empat tahun rendah pada September.

Data susulan pada Khamis menunjukkan peningkatan dalam sektor pekerjaan swasta, kemerosotan tuntutan pengangguran, pemulihan dalam keyakinan pengguna termasuk petanda bercampur daripada sektor pembuatan.

"Jika data pembayaran gaji selain perladangan baik, harga emas akan jatuh kerana ia mengurangkan jangkaan kepada sebarang dasar pelonggaran tambahan dan menjadi agak positif kepada dolar," kata Nick Trevethan, pakar strategi kanan ANZ di Singapura.

Analisis carta menunjukkan emas akan diuji pada paras rendah tahun ini seperti dicatatkan pada pertengahan Mei iaitu AS$1,527 dalam tempoh tiga bulan akan datang, namun harga memerlukan sokongan kuat untuk melepasi paras AS$1,600, tambahnya.

Spot emas sedikit susut 0.1 peratus kepada AS$1,712.31 seauns pada 0342 GMT, berubah sedikit sejak awal minggu ini.

Emas AS merosot sedikit 0.2 peratus kepada AS$1,712.90.

Spot emas mungkin jatuh kepada paras rendah 24 Oktober iaitu AS$1,698.39 seauns kerana lantunan daripada paras itu sudah berakhir, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

Dolar bersedia untuk meningkat bagi tempoh dua hari sekaligus meletakkan tekanan kepada harga komoditi kerana ia menjadi lebih mahal kepada pembeli dalam mata wang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment