Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Ketua PPIM sangkut CTOS



"Saya rasa tidak selesa kerana banyak maklumat yang terlalu peribadi seperti alamat rumah lama dan syarikat lama ada di situ”
Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Kuala Lumpur:  Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, mendakwa antara individu yang disenaraikan dalam agensi pelaporan kredit, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) bagi hutang yang sudah dijelaskan pada 1976.  

Katanya, beliau hanya menye dari ada dalam senarai CTOS pada Oktober lalu apabila dia berurusan dengan sebuah bank.

Justeru beliau mempertikaikan bagaimana maklumat kreditnya masih ada dalam senarai walaupun hutangnya berjumlah RM82,597 diselesaikan sepenuhnya pada tahun 1976 lagi.

“Saya rasa tidak selesa kerana banyak maklumat yang terlalu peribadi seperti alamat rumah lama dan syarikat lama ada di situ,” katanya.

Katanya, kes itu adalah satu contoh daripada beribu aduan yang diterima oleh PPIM yang mendakwa nama tidak dikeluarkan daripada senarai CTOS oleh syarikat berkaitan walaupun pembayaran penuh sudah dilakukan.

“PPIM tidak menentang CTOS, tetapi menegaskan kaedah penyenaraian individu yang belum pun pernah dikenakan apa-apa tindakan undang-undang atau mendapat perintah mahkamah disenaraikan terlebih dulu dalam APK,” katanya.

Justeru, katanya, takrifan undang-undang mengenai 'boleh mendedahkan maklumat pelanggan' kepada pihak ketiga perlu diperjelaskan.

“Contohnya nama saya disenaraihitamkan oleh syarikat telekomunikasi kerana ada pihak menggunakan identiti saya untuk mendaftar dan kerana penganiayaan itu saya terpaksa pula berusaha membersihkan nama di mahkamah,” katanya.

SUMBER : Berita Harian
TARIKH : 18/11/2016


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Hutang Bil Telefon Sekat Pinjaman Bank



"Ada permohonan ditolak angkara tak bayar RM42"

Kuala Lumpur : Hanya kerana hutang bil telefon bimbit, ada yang serendah RM42, sekurang-kurangnya 78,400 pemilik akaun tidak dapat mendaftar semula perkhidmatan itu selain berdepan kesukaran mendapat pinjaman bank, selepas nama masing-masing disenaraikan dalam pangkalan data sebuah agensi pelaporan kredit (APK).

Bagaimanapun, persoalan timbul kerana tindakan syarikat telekomunikasi memasukkan data pelanggan yang ada masalah bil ke APK memberi kesan yang besar dan menyukarkan mereka walaupun hutang tidak seberapa yang sepatutnya diselesaikan dengan cara lain.

Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) mendedahkan, setiap pemilik akaun yang menjadi mangsa itu, mempunyai bil tidak dilunaskan berjumlah antara RM42 hingga RM5,460 dengan tunggakan berjumlah kira-kira RM5 juta.

Henti penggunaan
Presiden PERBIT, Mohd Ali Ibrahim, memberitahu BH, pihaknya mengetahui jumlah pemilik akuan yang disenaraikan dalam data APK terbabit, selepas memperolehnya daripada semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Beliau berkata, dalam kebanyakan kes dirujuk kepada pihaknya, pelanggan menghentikan penggunaan talian pascabayar terbabit, selepas mendakwa perkhidmatan yang diterima tidak seperti dijanjikan pada peringkat awal.

Katanya, pemilik pula tidak mengetahui tunggakan serta gagal dimaklumkan syarikat telekomunikasi sebelum nama mereka disenaraikan ke APK menyebabkan berlakunya penganiayaan dan hanya disedari mangsa ketika cuba mendaftar talian pasca bayar yang baharu dengan syarikat lain. 

“Kebanyakan berpunca daripada kegagalan syarikat telekomunikasi memastikan ejen jualan mereka tidak memperdaya pelanggan dengan khidmat yang tidak mampu disediakan.

”Contohnya, ejen jualan menjanjikan jaringan internet berkelajuan tinggi, namun hakikatnya akses gagal dicapai di kawasan tertentu menyebabkan pelanggan kecewa dan menamatkan perkhidmatan berkenaan," katanya.

Tanggungjawab syarikat telekomunikasi
Mohd Ali berkata, sepatutnya semua syarikat telekomunikasi memaklumkan pelanggan masing-masing mengenai tunggakan bil yang ada dengan memberi tempoh rasional untuk menjelaskan bayaran atau membuat tuntutan mahkamah.

Katanya, pihaknya menerima pelbagai kes pemilik telefon bimbit yang disenaraikan dalam APK hingga menyebabkan mereka terpaksa mendaftar talian baharu menggunakan nama dan dokumen peribadi orang lain.

“Masa sama juga, rekod mereka yang disimpan dalam pangkalan data agensi rujukan kredit ini juga dirujuk oleh institusi perbankan tempatan dalam menentukan kelayakan individu atau syarikat yang tersenarai sama ada layak mendapat sebarang pembiayaan yang ditawarkan,” katanya.

Buka 50 pusat aduan
Beliau berkata, semakan pihaknya mendapati jika hutang pelanggan dengan syarikat telekomunikasi tinggi, peluang mendapat pinjaman baharu di bank adalah sukar.  

Mohd Ali berkata, berikutan pelbagai isu berbangkit mengenai perkhidmatan telekomunikasi tempatan, pihaknya merancang membuka 50 pusat aduan secara berperingkat di seluruh negara mulai awal tahun depan.  

Tulisan : Wan Noor Hayati Wan Alias

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Emas Jadian @ Luar Betul Dalam Tipu



"Tungsten dicampur dalam jongkong taktik sindiket tipu tambah berat emas sebelum dijual"

Kuala Lumpur : Logam wolfram atau dikenali juga sebagai tungsten dicampur ke dalam jongkong dan produk emas bagi menambah kadar berat sebelum dijual.

Taktik penipuan itu sukar dikesan pengguna dan mereka yang terbabit dalam perniagaan emas berikutan unsur logam berkenaan yang tidak bertindak balas atau melekat pada tarikan kuasa magnet.
Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Operasi Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd Abdul Razak Mohd A Kadir yang terbabit dalam urus niaga penjualan, pembelian dan gadaian emas sejak beliau mengendali syarikat berkenaan enam tahun lalu.  

Menurutnya, penggunaan logam tungsten taktik popular digunakan sindiket penipuan emas berikutan unsur logam berkenaan bukan saja tidak melekat pada magnet, tapi turut gagal dikesan melalui kaedah lain.  

“Mesin densimeter, ujian asid dan penggunaan alat pengimbas X-ray Fluorescene (XRF) yang sering digunakan peniaga emas juga tak dapat mengesan kandungan tungsten di dalam produk atau jongkong emas.  

“Ini kerana mesin densimeter hanya mengukur logam saja dan ketumpatan tungsten sama dengan ketumpatan emas. Jadi, ia tidak mengubah bacaan ketumpatan campuran itu.  

“Ujian asid dan X-ray Fluorescene (XRF) pula hanya bertindak di permukaan emas. Jika kepingan tungsten itu disalut emas tebal, ia tidak akan dapat dikesan,” katanyakepada Harian Metro.  

Abdul Razak berkata, lebih memburukkan keadaan apabila sindiket penipuan berkenaan turut menyasarkan orang awam yang tidak mempunyai pengetahuan atau kepakaran dalam menentukan ketulenan emas.  

“Pengguna mudah ditipu ketika membeli barang kemas perhiasan seperti rantai, gelang, cincin serta sebagainya," katanya.  

Menurutnya, kegiatan penipuan yang berlaku pernah menyebabkan sebuah bank tempatan kerugian lebih RM75 juta pada 2012 kerana terdapat ratusan emas palsu mengandungi tungsten dikesan di dalam akaun emas Ar-Rahnu.  

Berikutan itu, kata Abdul Razak, pihaknya sentiasa berhati-hati dalam melakukan urus niaga dengan tidak mengambil pajakan atau gadaian dilakukan pelanggan sekiranya barang kemas berkenaan mencurigakan.  

Katanya, sindiket penipuan emas itu juga kini dikesan cuba memalsukan resit pembelian emas menggunakan nama syarikat terkemuka bagi meyakinkan orang ramai dan syarikat pajak gadai untuk melakukan urus niaga penjualan serta penggadaian.  

“Tindakan itu dikesan selepas Pos Ar-Rahnu melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap urus niaga yang mahu dilakukan sindiket berkenaan dan membatalkan urus niaga selepas menyedari penipuan yang mahu dilakukan.  

“Bagaimanapun, bukan semua individu yang datang mahu melakukan pajak gadai barang kemas mengandungi tungsten itu adalah daripada sindiket penipuan kerana ada juga mereka yang ditipu ketika membeli barangan perhiasan itu," katanya.  

Menurutnya, kebanyakan mereka yang ditipu itu didapati membeli barang kemas seperti rantai, gelang, cincin, loket dan sebagainya menerusi individu persendirian dan bukannya dari kedai. 

Katanya, mereka didapati terpengaruh dengan tawaran harga murah berbanding harga pasaran yang ditawarkan individu atau ahli sindiket penipuan emas berkenaan.  

“Disebabkan tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan orang awam mudah terpedaya kerana resit palsu digunakan sindiket dan mempercayai emas itu tidak mengandungi logam lain selepas mengujinya dengan menggunakan magnet.  

“Emas yang digunakan bagi menyalut tungsten itu juga lebih tebal supaya tidak nampak kandungan unsur logam berwarna lain apabila ditoreh.  

“Malah sindiket turut mempelbagaikan reka bentuk perhiasan emas berkenaan termasuk membuat dalam bentuk bar dan jongkong emas tiruan daripada pengeluar yang sah," katanya.  

Menurutnya, kaedah paling berkesan bagi mengetahui barang kemas itu mengandungi tungsten adalah dengan memotong logam berkenaan bagi melihat kandungan di dalamnya.  

“Sekiranya dipotong, kita dapat melihat perbezaan warna emas dan kepingan tungsten berkenaan yang berwarna perak.  

“Bagaimanapun, kaedah itu tidak dapat boleh digunakan oleh pengusaha perniagaan pajak gadai kerana tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972, di mana mereka tidak boleh merosakkan barangan yang dipajak gadai pelanggan.  

"Setakat ini, masih belum ada alatan mesin khas bagi mengesan campuran ini dengan mudah," katanya.  


Tulisan : Norizuan Shamsuddin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Auta Tawar Pajak Hotel



"Dalang pelaburan MIH guna dokumen sewa kenderaan berbahasa Arab perdaya orang ramai"

Kuala Lumpur : Surat perjanjian perniagaan pajakan hotel di Tanah Suci yang kononnya diterima daripada saudagar Arab untuk menipu orang ramai sebaliknya hanya dokumen urusan sewa kenderaan seperti bas dan van pelancongan.

Suspek utama yang juga dalang penipuan pelabuan Mecca Islamic Hotel (MIH) berusia 40-an dikesan menggunakan dokumen berbahasa Arab itu untuk memperdaya orang ramai melabur jutaan ringgit.

Sumber memberitahu Harian Metro, dokumen perjanjian yang dicetak di atas kertas bersaiz A4 itu digunakan pengasas MIH bagi meyakinkan pelabur baru.

“Semakan mendapati dokumen itu hanya perjanjian urusan sewa kenderaan di sana sekiranya pihak mereka mahu mengerjakan umrah. Individu di Tanah Suci boleh menyediakannya percuma atau separuh harga.

“Bagaimanapun, dokumen itu langsung tidak menyebut berhubung tawaran sebagai rakan kongsi dalam perniagaan pajakan hotel seperti didakwa suspek sehingga membolehkan dia mewujudkan skim MIH ini," katanya.

Sumber berkata, semakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama Kementerian Pelancongan Malaysia juga mendapati suspek hanya menyewa dua bilik hotel di sana sedangkan dia mendakwa saudagar Arab berkenaan menawarkan semua bilik di tingkat tujuh Hotel Al-Safwa.

“Lebih menimbulkan keraguan apabila semakan bersama pihak pengurusan Menara Al-Safwa yang menguruskan rangkaian hotel mewah bertaraf lima bintang di sama juga menafikan urus niaga berkenaan.” katanya.

Sementara itu, Al-Safwa Royal Orchid memuat naik status penafian pihak mereka terbabit dalam pelaburan berkenaan pada 24 Januari lalu.

Dalam status berkenaan, pihak hotel memberi kenyataan rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia selain memuat naik laman Facebook skim MIH dan gambar suspek terbabit.

Isnin lalu, pengasas skim MIH bersama anak dan pembantu peribadinya ditahan sepasukan polis dari JSJK Bukit Aman di sebuah hotel di Kuantan, Pahang

Isterinya pula ditemui menyorok di bawah katil ketika serbuan kedua di sebuah rumah di Kuching, Sarawak, selepas melarikan wang pelaburan milik mangsa berjumlah lebih RM3 juta.

Tulisan : Asmah Rusman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Datuk Rancang Cabut Lari



Dalang skim pelaburan Makkah Islamic Hotel mahu pindah wang ke luar negara.

Kuala Lumpur : Seorang dalang penipuan pelaburan Makkah Islamic Hotel (MIH) bergelar Datuk dipercayai cuba melarikan diri keluar negara susulan penemuan bekalan bungkusan mi segera di dalam bilik hotel di Kuantan, Pahang.

Malah lelaki berusia 43 tahun itu didapati sudah melakukan persiapan rapi apabila mengeluarkan semua wang kutipan pelaburan diperoleh dari bank tempatan sebelum dipindahkan ke luar negara. 

Difahamkan suspek yang juga pengasas serta ejen tunggal skim pelaburan itu merancang melarikan diri selepas pelabur mula naik angin akibat gagal menerima pulangan lumayan pelaburan dijanjikan September lalu.

Dalam serbuan jam 5 petang kelmarin, lelaki itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama anak lelakinya berusia 19 tahun dan seorang pembantu peribadi berusia 20 tahun.

Susulan itu, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Kuching, Sarawak, bagi mengesan isteri pengasas skim itu berusia 41 tahun yang aktif membantu urusan pelaburan itu.

Dalam serbuan itu. suspek wanita terbabit ditemui bersembunyi di bawah katil di dalam bilik rumah. 

Difahamkan siasatan dilakukan susulan laporan muka depan Harian Metro 13 September lalu, selain polis menerima berpuluh laporan daripada pelabur menjadi mangsa penipuan skim berkonsepkan pajakan hotel di Tanah Suci itu.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan tangkapan berkenaan berkata, 37 laporan polis diterima dan lapan kertas siasatan berhubung laporan kes berkenan dibuka membabitkan jumlah kerugian RM3.8 juta.

“Menerusi risikan dijalankan, skim itu menarik pelabur dengan jumlah yang lebih besar, namun majoriti pelabur enggan tampil membuat laporan polis kerana masih berharap mendapatkan semula wang pelaburan mereka.

“Malah sebahagiannya pula bimbang nama mereka dikeluarkan daripada senarai penerima pulangan wang pelaburan melalui sistem diwujudkan suspek sekiranya mereka membuat laporan polis,” katanya.

Acryl Sani berkata, usaha mengesan wang pelaburan yang dikumpul suspek hasil daripada penipuan berkenaan sedang dijalankan termasuk mengenai pasti akaun bank di luar negara.

“Siasatan juga mendapati suspek menutup semua akaun bank dalam negara termasuk laman web skim berkenaan. Tindakan itu berkemungkinan suspek dan keluarganya merancang untuk melarikan diri,"katanya.

Beliau berkata, turut dirampas dalam serbuan berkenaan enam kenderaan mewah model Land Cruizer, Starex, Volkwagen Polo, Triton 4x4, Toyota Vellfire dan Toyota Estima.

Acryl berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dan berhati-hati dengan apa jua bentuk skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Tulisan : Asmah Rusman & Hidayah Bahaudin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 23 Oktober 2016



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mencatat aliran lebih rendah pada minggu ini berikutan jangkaan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menaikkan kadar faedahnya akhir tahun ini.

“Persepsi ketara jelas memberi sokongan terhadap mata wang dolar AS dan mengukuhkan lagi emas. 

“Ini menjadikan emas dalam nilai dolar AS jauh lebih mahal bagi mereka yang memiliki pegangan logam berharga itu dalam mata wang lain,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chang Hui Yung. 

Bagaimanapun, peniaga lain berkata pasaran emas akan turut dipengaruhi oleh aliran pergerakan ringgit, minggu ini.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak hadapan emas didagangkan lebih tinggi berikutan penyusutan nilai ringgit dan menjadikan emas lebih murah untuk pelabur.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Oktober 2016 menokok 34 mata kepada RM171.10 segram, November 2016 naik 29 mata kepada RM171.25 segram, Disember 2016 menokok 2016 menokok 27 mata kepada RM171.50 satu gram manakala Januari 2017 meningkat 21 mata kepada RM171.35 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 31 lot bernilai RM533,335 berbanding 45 lot bernilai RM767,09 , pada minggu lalu.

Kepentingan terbuka naik kepada 271 kontrak daripada 270 kontrak, sebelum ini.

Sementara itu, emas jatuh sedikit pada Jumaat berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), tetapi berada pada landasan kukuh untuk mencatatkan peningkatan mingguan pertamanya dalam tempoh empat minggu berikutan belian fizikal kukuh dari China.

Kontrak semasa emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,263.36 seaun pada 0656 GMT.

Kontrak hadapan emas Amerika Syarikat (AS) jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,264.40.

“Emas disokong kukuh pada paras AS$1,250 dan setiap orang menunggu pilihan raya dan harga bergerak sejajar dengan dolar AS,” kata Ketua Perdagangan Komoditi Standard Bank yang berpangkalan di Tokyo, Yuichi Ikemizu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : 12 Dulang Barang Kemas Lesap Dalam Tempoh 5 Minit



"4 lelaki bertopeng bersenjata pistol, tukul rompak kedai emas"

Banting : Empat lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol melarikan 12 dulang barang kemas bernilai lebih RM500,000 dalam rompakan kedai emas di sebuah pasar raya di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.50 pagi itu, semua suspek yang bertopeng dipercayai masuk menerusi pintu belakang pasar raya berkenaan dan meluru ke arah premis terbabit, dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol jenis Revolver .38 kepada kakitangan dan pelanggan.

Memakai topeng
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Zailan Tasir, berkata tiga lagi suspek bertindak memecah cermin ruang pameran barang kemas menggunakan tukul besi dan mengambil masa lima minit melarikan barang kemas yang disimpan di dalam beg.

“Semua suspek melarikan diri menggunakan kenderaan jenis Naza Citra berwarna kelabu yang diletakkan di belakang pasar raya itu.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti wajah dan umur semua suspek kerana mereka memakai topeng,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semamalam.

Mohd Zailan berkata, hasil siasatan mendapati tiada pengawal keselamatan ditempatkan di kedai emas itu sejak tiga bulan lalu, yang menyebabkan ia mudah menjadi sasaran.

Teliti CCTV
“Bagaimanapun, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian. Kerjasama orang ramai dan saksi diperlukan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata.

Tulisan : Norzamira Che Noh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Umpan Hotel Makkah



Skim Makkah Islamic Hotel sekali lagi tipu ribuan mangsa dengan janji pulangan sehingga 360% 

Kuala Lumpur : Hanya dengan menukar nama dan konsep, sebuah skim pelaburan yang sudah disenaraihitamkan pada 2014 kerana menipu kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian dianggarkan RM35 juta, kini berleluasa semula.

Dulu dinamakan Mecca Fund Global dengan konsep pelaburan hartanah di Makkah, kini skim itu ditukar kepada 'Makkah Islamic Hotel' dengan tumpuan kepada paiakan bilik hotel di Tanah Suci. 

Beberapa laporan polis sudah dibuat oleh pelabur skim baru ini selepas keuntungan pelaburan yang dijanjikan kepada mereka tidak dilunaskan.

Skim yang kononnya diuar-uarkan sebagai skim baru dengan penjenamaan semula di peringkat antarabangsa itu menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 360 peratus setahun.

Sindiket ini sekali lagi berjaya memperdaya beribu-ribu mangsa dengan mendakwa pelaburan baru diperkenalkan itu membabitkan sektor perhotelan di Makkah selain dilakukan berlandaskan syariat Islam.

Setiap mangsa dikehendaki membuat pelaburan minimum US Dollar 1,000 atau RM3,500 bagi setiap satu lot bilik hotel yang dipajak.

Bagi menarik minat pelabur supaya tidak berfikir panjang mendaftar sebagai 'rakan kongsi', pengendali skim itu mendakwa mereka hanya memperuntukkan 200,000 lot saja untuk pelabur di negara ini.

Pendedahan itu dikongsi seorang daripada pelabur skim 'Makkah Islamic Hotel', Yushaimi, 30-an, yang menyertai skim berkenaan penghujung tahun lalu selepas diperkenalkan rakan baiknya.

“Saya mula mengenali skim ini pada Oktober tahun lalu sebelum mendaftar sebagai pelabur baru skim itu.

"Mereka mendakwa sektor perhotelan di Makkah mempunyai prospek keuntungan tinggi sejak Kerajaan Arab Saudi giat menambahbaik kemudahan di Tanah Suci. Ejen yang mempromosikan pelaburan berkenaan mendakwa sektor itu tumbuh rancak sekaligus membuka peluang kepada ekonomi umat Islam seluruh dunia,” katanya.

Dia antara kumpulan pelabur paling awal yang mendaftar sebagai pelabur di bawah skim Makkah Islamic Hotel yang asalnya dikenali sebagai Mecca Fund Global.

“Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan turut mencari maklumat di internet berhubung skim berkenaan namun tidak menemui sesuatu meragukan.

“Bagaimanapun, selepas bebulan melabur, skim berkenaan mula menimbulkan masalah kepada pelabur apabila bayaran keuntungan dijanjikan tidak diterima sejak April lalu," katanya.

Lebih mengusarkan apabila skim ini mula disiasat pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dia yang melabur sebanyak 10 lot dengan modal tunai RM35,000 berkata, keuntungan yang sepatutnya dibayar pada 1 hingga 5 hari bulan setiap bulan semakin lewat diterima.

Katanya, dia juga sudah tiga bulan tidak menerima keuntungan pelaburan dengan pelbagai alasan diberikan 'leader' (ejen) mereka.

"Kami masih memberi peluang kepada mereka kerana leader berjanji akan diselesaikan selepas musim haji ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelabur dikenali sebagai Misha, 43, berkata, pelabur mula bimbang dengan skim berkenaan selepas menyedari skim ini adalah 'kembar' kepada Mecca Fund Global yang bermasalah sebelum ini.

"Dalam sesi perjumpaan bersama pengendali dan 'leader' skim ini, pelabur ada mempersoalkan skim baharu ini yang dikatakan mirip skim penipuan lama.

"Bagaimanapun 'leader' mendakwa tidak ada sebarang masalah dalam skim pelaburan berkenaan sebaliknya pertukaran itu dibuat sebagai proses penjenamaan yang bersifat global," katanya yang melabur sebanyak RM52,500 bagi 15 lot.

Dia turut gusar apabila keuntungan dijanjikan turut tidak diterima hingga kini.

Tulisan : Asmah Rusman & Nurul Hidayah Bahaudin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana caranya untuk CEPAT KAYA?

Tanya IK seterusnya menjawab soalan cepu emas yang RAMAI SANGAT orang nak tahu... Bagaimana caranya untuk CEPAT KAYA?!



Ada tak caranya? MEMANG ADA... ikuti jawapan Irfan Khairi...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Pura-pura Kejar Perompak



"Helah penyamun melarikan diri selepas kebas tiga dulang barang kemas"

Putrajaya : Seorang perompak sempat berpura-pura kononnya sedang mengejar suspek yang merompak sebuah kedai emas di Presint Diplomatik, di sini, sebelum melarikan diri dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dinaiki dua lagi rakannya, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.05 petang itu, seorang pemilik kedai emas kerugian RM30,000 selepas disamun tiga lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan tukul besi serta penyembur lada.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, ketika kejadian tiada pelanggan dalam premis kecuali seorang lelaki yang juga pemilik kedai emas berkenaan dan dua pekerja wanita.

“Tiba-tiba muncul tiga lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh meluru masuk lalu memecahkan cermin pameran manakala seorang daripadanya menyemburkan penyembur lada sementara seorang lagi mengutip tiga dulang berisi barang kemas.

“Mereka melarikan diri melalui pintu belakang restoran selang sebuah kedai dari premis berkenaan," katanya, semalam.

Rosly berkata, seorang daripada suspek dikejar pekerja restoran dan tiga lagi orang awam sebelum cuba melarikan diri dengan motosikal Yamaha 125Z yang diletakkan di belakang restoran itu. 

Namun, katanya, suspek berpura-pura sebagai orang awam yang turut mengejar perompak berkenaan menyebabkan pekerja restoran terbabit tidak menangkap lelaki terbabit.

“Bagaimanapun, suspek berlari ke arah kereta Toyota Alphard putih yang dinaik rakannya sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

"Seorang daripadanya dipercayai cedera berikutan kesan darah di sekitar premis. Kami meminta klinik atau hospital yang didatangi lelaki cedera akibat terkena kaca memaklumkan kepada polis," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan beberapa individu melihat kereta itu diparkir di hadapan premis berkenaan kelmarin.

Sumber : Harian Metro (15 Ogos 2016)
Tulisan : Hayati Ibrahim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Dongeng Jutawan Tokek



"Penternak cicak Genko kecewa dikelentong lima tahun"

Pengkalan Hulu : Lima tahun kami menunggu saat bergelar jutawan tokek (Cicak Genko). Malangnya semua itu temberang. Kami dikelentong hidup-hidup.” kata seorang penternak Cicak Genko yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 58.

Menurutnya, cicak tokek yang didakwa berharga mencecah RM75 juta seekor bagi tokek seberat 900gram itu sebaliknya kini hanya mampu dijual kepada pengusaha kedai haiwan peliharaan pada harga RM15 seekor.

Dia antara puluhan individu yang membela cicak berkenaan selepas tertarik dengan tawaran kononnya cicak itu boleh dijual mencecah harga puluhan juta ringgit seekor.

Tarikan luar biasa berkaitan cicak tokek bermula apabila ada pihak mendakwa reptilia itu mujarab untuk merawat penyakit maut HIV / Aids dan kanser sekitar tahun 2010.

Ramai individu terutama penduduk kampung teruja dengn tawaran berkenaan berusaha menangkap dan mendapatkan cicak tokek untuk dibela di dalam sangkar khas di belakang kediamannya.

Hamid berkata, ketika itu ramai orang luar yang muncul di kampung ini dan berpura-pura menjadi pemborong cicak tokek yang kononnya mahu dieksport ke Singapura dan Eropah.

“Ada antara lelaki asing muncul menaiki kereta BMW itu memberitahu hanya tokek yang mencapai berat 330 gram dan ke atas mempunyai harga untuk dipasarkan.

“Dia mendakwa cicak tokek pada saiz itu akan mengeluarkan enzim khas yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit maut itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu sempat memberi ceramah kononnya cicak tokek dewasa akan mengeluarkan zat aktif bersifat terapeutik bagi menyembuhkan penyakit kanser dan HIV/Aids.

Hamid memberitahu pemborong terbabit mengarahkan mereka membela cicak tokek berkenaan sehingga mencapai berat diingini.

"Kami dimaklumkan kononnya harga seekor cicak tokek dewasa boleh mencecah RM450,000 seekor jika berat reptilia itu mencapai berat antara 380 gram hingga 390 gram.

"Malah, jika haiwan itu mempunyai berat 400 gram, ia boleh dijual pada harga RM5.5 juta.

Lelaki itu turut mendakwa cicak tokek yang mencapai berat 900 gram ke atas boleh dijual sehingga RM75 juta seekor," katanya.

Seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Wan, 54, berkata, tawaran itu menyebabkan dia dan rakan teruja sebelum berusaha mendapatkan cicak tokek dengan menangkapnya di dalam hutan hingga ke Hulu Terengganu.

“Saya bermula dengan memelihara dua cicak tokek seberat 80 gram dan 90 gram. Saya berusaha memberi pelbagai makanan dan serangga supaya cicak itu cepat membesar.

“Pelbagai janji bulan dan bintang ditabur menyebabkan ada penduduk kampung sanggup keluar masuk hutan untuk menangkap cicak ini. Malah, ada yang meninggalkan hobi membela burung murai atau merbuk," katanya.

Namun, dia menyedari ditipu apabila individu yang mendakwa mahu membeli cicak itu tidak muncul-muncul selepas empat tahun dia membela 20 cicak itu.

“Saya rasa tertipu dan hasrat menjadi orang kaya itu hanya dongeng. Kami bukan menjadi jutawan tokek sebaliknya menjadi orang sengkek," katanya ketawa.

Sumber : Harian Metro Edisi Ahad (14 Ogos 2016)
Tulisan : Mohd Jamilul Anbia Md Denin & Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wang Tandatangan Gabenor Baharu Tiga Bulan Lagi



Wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim dijangka diedarkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Muhamad berkata, pengedaran wang baharu itu dilaksanakan selepas not sedia ada perlu diganti. 

“Wang baharu (dengan tandatangan Gabenor) akan diedarkan tidak lama lagi," katanya kepada media selepas merasmikan pameran 'Karya Kertas : Seni Matawang' di Kuala Lumpur, semalam.

Pameran yang berlangsung sehingga 30 November ini, mempamerkan sebanyak 30 wang kertas berasal daripada lebih 10 negara yang wujud sejak abad ke-14 hingga abad ke-21.

Pameran itu menunjukkan nilai dan identiti kebangsaan sesebuah negara menerusi reka bentuk dan ciri keselamatan wang kertas pada masa itu selain cara penyampaian mesej tertentu melalui seni. 

Anatomi, proses pengeluaran 
Selain itu, pameran berkenaan menampilkan sudut pembelajaran yang menerangkan anatomi dan proses pengeluaran wang kertas bermula dari mereka bentuk, fungsi pusat wang tunai berautomasi serta penggunaan bilik gelap untuk memeriksa ciri keselamatan wang kertas.

Pameran itu dibuka mulai 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 03 Ogos 2016



Emas tidak banyak berubah pada Rabu, selepas hampir tiga minggu ditutup tinggi pada sesi sebelumnya ekoran kesan pasaran saham Eropah yang rendah diimbangi oleh dolar yang lebih kukuh.
Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,364.00 satu aun pada 1012 GMT.

Saham Eropah susut diikuti kerugian di pasaran Asia, manakala dolar pulih daripada susut selama enam minggu, menokok 0.2 peratus berbanding kumpulan mata wang utama.

Pengukuhan dolar menyebabkan emas menjadi lebih mahal kepada pemegang mata wang asing, manakala peningkatan minat terhadap logam berisiko dilihat sebagai pertaruhan lebih selamat.

Dolar jatuh selepas laporan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan jangkaan kenaikan kadar faedah jangka pendek.

Kenaikan kadar faedah AS akan memberi kesan kepada kos memiliki emas, di mana naik kira-kira 28 peratus tahun ini.

Perhatian pelabur kini beralih ke arah laporan bulanan gaji bukan perladangan AS pada Jumaat. 

“Walau apa pun laporan GDP, terdapat kebarangkalian bahawa gaji bukan perladangan akan lebih baik dan mengembalikan semula kadar kenaikan ke dalam agenda dan seterusnya dolar akan mengukuh,” kata Pengarah Komoditi Ekonomi Oxford, Daniel Smith.

Sementara itu, logam berharga lain, platinum jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,159 satu aun manakala perak kekal tidak berubah pada AS$20.58 satu aun, sehari selepas melepasi paras tinggi empat minggu pada AS$20.78.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Keuntungan Selaju Lebuh Raya



"Penduduk Kelantan kerugian RM240 juta termakan pujukan tiga pelaburan songsang"

Kota Bharu : Sekurang-kurangnya lebih RM240 juta kerugian ditanggung penduduk Kelantan selepas tertipu dengan tiga pelaburan songsang yang didakwa mampu memberi keuntugan berlipat kali ganda dalam masa singkat.

Sejak lapan tahun lalu, lebih 1,000 penduduk terpengaruh dengan pelaburan skim cepat kaya itu yang berselindung di sebalik perniagaan ikan keli, koperasi dan perniagaan ala pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Antara popular sejak 2009 ialah Highway Global Resources yang menjadi buruan polis, baru-baru ini susulan tangkapan ke atas pengasasnya, bulan lalu.

Syarikat lain yang dikenal pasti ialah Azz Marketing yang menjalankan bisnes ikan keli, skim Ustaz Harun Mat Saat (koperasi).

Pelabur terpengaruh disogok keuntungan berganda sehingga 300 peratus dalam tempoh singkat, malah modal permulaan juga ditawar pada nilai mampu beri.

Sebagai contoh Azz Marketing yang aktif pada 2009 menawarkan pakej Skim Raja Keli serendah RM1,350 dengan keuntungan RM500 dalam masa empat bulan.

Bagaimanapun, pengasasnya, lelaki berusia 30 tahun dikesan menipu dan didakwa di mahkamah pada 0ktober 2013 yang menyebabkan dia didenda sebanyak RM17,000.

Dia didakwa atas pertuduhan menyalahguna dana pemegang amanah berjumlah RM450,000.

Harun Mat Saat pula dikenali masyarakat tempatan sebagai 'lebai' yang juga peniaga dan bekas nelayan menganjurkan pelaburan menerusi syarikat Dina Group Sdn Bhd yang dikaitkan dengan skim cepat kaya.

Sejak 2008, dia didakwa terbabit dalam penyelewengan wang mencecah berjuta-juta ringgit dan menjadi buruan Bank Negara Malaysia.

Mengulas keghairahan penduduk negeri ini terbabit skim cepat kaya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud tidak menafikan kebijaksanaan ejen syarikat itu menggunakan ayat memujuk berjaya melembutkan hati pelabur.

Beliau berkata, skim terbaru yang popular sejak awal tahun ini adalah Highway Global Resources yang didakwa memberi keuntungan selaju lebuh raya.

Malangnya, ia juga seperti skim lain yang hanya bersifat sementara, sebelum dananya disalah guna pengasas untuk kepentingan diri sendiri.

"Kalau kaji modus operandi tiga pelaburan ini, mereka semua memberitahu pelabur mahu menubuhkan koperasi dan memerlukan modal RM1 juta untuk tujuan itu.

“Maka, modal awal dikutip daripada pelabur dan menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat terutama jika jumlah pelabur bertambah dan 'bisnes' berkembang.

“Memasuki beberapa bulan kemudian, penganjur sulit untuk menyerahkan dividen dan memberi alasan syarikat mereka sedang dinaik taraf, tetapi wang pelabur sebenarnya sudah dileburkan untuk kegunaan mereka sendiri.

“Seperti Azz Marketing, mereka ada perjanjian antara pelabur dengan pemilik syarikat dan mereka menukar perjanjian dari semasa ke semasa.

“Sebaliknya bagi dua pelaburan lain, ia diserahkan hanya atas kepercayaan sendiri tanpa surat hitam putih, " katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Beliau berkata, atas faktor itu juga pelabur hanya menyedari ditipu apabila memasuki bulan ketiga dan ke atas, namun semuanya sudah terlambat memandangkan wang dilabur sudah mencecah belasan ribu ringgit.

Mengulas pelaburan Highway Global Resources diasaskan bekas guru dikenali Cikgu Awi dari Tanah Merah yang mampu memberi keuntungan sehingga 300 peratus, beliau berkata, keuntungan begitu yang mendorong orang untuk melabur.

“Dia (Cikgu Awi) juga menggunakan gelaran Datuk Seri palsu yang didakwa diperoleh dari Perak untuk menguatkan lagi kedudukan supaya pelabur lebih menghormati dirinya.

“Apabila semakin ramai pelabur terdesak menuntut mereka, lelaki itu sekeluarga melarikan diri dan bersembunyi bagi mengelak dicekup," katanya.

Namun,sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga dan lelaki itu akhirnya ditahan polis bulan lalu hasil siasatan serta risikan Jabatan Siasatan Ienayah Komersial Bukit Aman.

Dia dan konco-konconya disiasat untuk lebih 41 laporan polis yang dibuat termasuk daripada 18 Pengurus Kumpulan.

Sumber : Harian Metro (4 Ogos 2016)
Tulisan : Siti Hidayatul Razali Dan Rosliza Mohamed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 'Balaci" Cikgu Awi



Kota Bharu : "Saya mula terjebak dengan skim pelaburan cepat kaya apabila melihat blog skim itu sejak Julai tahun lalu.

“Sejak itu saya sukar meahan diri dan terus terpengaruh dengannya," kata mangsa skim cepat kaya dikenali Jack, 24.

Dia yang juga seorang kontraktor tinggal di Kampung Chawas, Tanah Merah mendakwa sudah kerugian kira-kira RM70,000 apabila aktif melabur dengan Highway Group Resources.

Katanya, selepas membaca maklumat menarik mengenai skim itu, dia mengadakan penemuan dengan pengasas syarikat iaitu Cikgu Awi di sebuah restoran di Tanah Merah.

“Ketika berjumpa, dia (Cikgu Awi) memberi penerangan sehingga saya memahami segala butiran serta turut menunjukkan bukti keuntungan yang diperoleh oleh pelabur lain.

“Dia memang pandai menerangkan dan memujuk saya. Saya tertarik untuk menyertai pelaburan itu pada hari pertama berjumpa dengannya dan menyerahkan modal permulaan sebanyak RM350.

“Saya juga mula mencari ahli yang lebih ramai untuk turut melabur dan dengan keahlian itu yang melebihi sasaran, Cikgu Awi turut menawarkan saya sebagai pengurus kumpulan," katanya.

Jack tidak menafikan keuntungan diperoleh pada awal pelaburan adalah mengikut jadual yang ditetapkan namun mula berubah apabila semakin dikenali.

Melihat pelaburan itu yang positif dan memberi pulangan lumayan, dia bersama rakan membuat promosi di laman sosial untuk menarik ramai ahli dalam skim pelaburan.

“Ramai yang mula menarik minat dan masuk di bawah saya hingga ahli mencecah 5,000 pelabur. Namun, ia tidak berpanjangan apabila sejak awal tahun pelaburan ini gagal berfungsi dan tidak lagi beri keuntungan.

“Mungkin juga kerana terlalu popular dengan cepat dan pengasas sudah memperoleh apa dimahukan. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan meletak jawatan pada 29 Januari lalu dan tidak lagi terjebak dengan skim berkenaan," katanya.

Menurutnya, kegagalan memberi keuntungan kepada pelabur membuatkan dirinya diburu oleh ahli yang datang menuntut wang mereka dikembalikan.

Jack juga diugut malah dipukul pelabur yang berang kerana merasa dianiaya.

“Ia sangat memeningkan kerana saya juga rugi dengan membuat pelaburan ini. Saya kemudian membuat laporan polis pada 23 Februari lalu," katanya yang acap kali ke rumah Cikgu Awi untuk menuntut wang, namun gagal menemuinya hingga hari ini.

Sumber : Harian Metro (4 Ogos 2016)
Tulisan : Siti Hidayatul Razali Dan Rosliza Mohamed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 02 Ogos 2016



Harga emas jatuh semalam disebabkan pengukuhan dolar AS, sungguhpun jangkaan kenaikan kadar faedah di AS dalam tempoh terdekat belum cukup memberikan sokongan susulan angka pertumbuhan ekonomi mengecewakan di AS.

Indeks dolar, yang mengukur dolar berbanding beberapa mata wang utama, menokok 0.1 peratus kepada 95.824, selepas jatuh serendah 95.384 minggu lalu apabila ia mencatat kejatuhan terbesar dalam tiga bulan.

Harga emas semerta susut 0.3 peratus kepada AS$1,348.46 satu auns pada 0328 GMI, selepas ditutup 0.2 peratus lebih tinggi pada AS$1,352.85 pada Isnin. Emas mencecah paras tinggi AS$1,355.10, paras tertingginya sejak 12 Julai pada Jumaat.

Emas AS susut 0.3 peratus pada AS$1,355.20 satu auns.

"Dolar yang kukuh merendahkan harga emas sedikit demi sedikit," kata pedagang Jepun.

Emas semerta cenderung untuk melepasi sokongan pada AS$1,346 satu auns dan jatuh ke arah sokongan berikutnya pada AS$1,328, sebagaimana ditunjukkan corak graf dan analisis penjejakan Fibonacci, kata penganalisis teknikal REUTERS, Wang Tao.

“Kami melihat AS$1,345 hingga AS$1,350 sebagai sokongan meluas jangka pendek berikutan logam itu kelihatan akan melepasi lebih tinggi ke arah AS$1,375," kata pedagang di MKS PAMP Group, Sam Laughlin.

Harga minyak menokok pada awal dagangan semalam selepas harga minyak mentah AS jatuh di bawah AS$40 satu tong sesi sebelumnya, tetapi pedagang berkata pasaran bahanapi terus dipengaruhi lebihan pengeluaran.

"Setakat ini, kelemahan minyak tidak memberikan banyak impak ke atas emas, yang mana ia memberi tahu kita bahawa pelabur terdorong oleh kenaikan kadar faedah yang tidak boleh dielakkan di AS,” kata penganalisis di INTL. PCStone, Edward Meir, dalam satu nota.

Rizab Persekutuan harus berhati-hati berhubung kenaikan kadar faedah disebabkan risiko kepada ekonominya, kata Presiden Rizab Persekutuan New York, William Dudley.

Bank of England kelihatannya bersedia mengurangkan kadar faedah buat pertama kali sejak 2009 pada Khamis.

Pegangan SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, menokok 0.62 peratus kepada 964.03 tan pada Isnin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Sindiket Didalangi 'Datuk Paduka' Tumpas


"Kegiatan tawar projek tak wujud menerusi WhatsApp"

Kuala Terengganu : Hanya bermodalkan kad pengesahan Istana Terengganu dengan membawa gelaran 'Datuk Paduka', sekumpulan sindiket hampir sahaja mengaut keuntungan jutaan ringgit terhadap projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud.

Bagaimanapun, kegiatan didalangi seorang lelaki berusia 40 tahun yang menyamar Datuk Paduka itu terbongkar apabila polis mengesan penyebaran tawaran projek terbabit melalui aplikasi WhatsApp.

Sindiket juga dikatakan hampir mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit melalui pembayaran komitmen apabila empat syarikat kontraktor berpangkalan di Kuala Lumpur dan bandar ini berminat terhadap projek berkenaan.

Modus operandi kumpulan itu dipercayai mengaut keuntungan mudah hanya dengan meminta pembayaran wang komitmen berkenaan sebanyak RM600,000 hingga RM1 juta daripada syarikat kontraktor yang berminat.

Lima suspek ditahan  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan Koh Ah Tiam, berkata siasatan awal terhadap maklumat WhatsApp berkenaan mendapati projek bernilai RM442 juta itu masih di peringkat cadangan oleh kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, lima suspek berusia 30-an hingga 60 tahun ditahan dalam beberapa siri serbuan di kediaman masing-masing di bandar ini sejak 23 hingga 28 Julai lalu.

“Sindiket ini juga dilumpuhkan sepenuhnya apabila polis turut menahan dalang utama dengan merampas pelbagai dokumen palsu, komputer, telefon bimbit dan kad kononnya diperoleh daripada lstana Terengganu yang membawa gelaran Datuk Paduka.

“Hasil tangkapan itu, polis juga berjaya menyelamatkan empat syarikat yang hampir membuat pembayaran melalui bank draf yang diminta suspek,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. 

Sumber : Berita Harian (2 Ogos 2016)
Tulisan : Fitri Nizam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 'Datuk Paduka' Penipu Besar


"Lima suspek tawar projek naik taraf jalan raya RM442 juta kait istana Terengganu melalui WhatsApp dicekup"

Kuala Terengganu : Seorang lelaki yang menggunakan gelaran 'Paduka Datuk' bagi menipu kontraktor dengan menawarkan projek naik taraf jalan raya di Kuala Terengganu bernilai RM442 juta dengan mengaitkan Istana Negeri Terengganu dicekup pihak berkuasa.

Sindiket penipuan didalangi suspek yang kononnya bergelar Datuk Paduka berusia 40-an itu bersama empat lagi lelaki berusia antara 30 hingga 60-an berakhir selepas ditahan dalam berberapa serbuan di sekitar bandar raya ini sejak 23 hingga 28 Julai lalu susulan laporan diterima polis pada 13 Julai lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan Koh Ah Tiam berkata, kegiatan itu terbongkar apabila mereka menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium menyebarkan tawaran projek bernilai RM442 juta pada awal bulan lalu.

“Sindiket berkenaan meminta bayaran komitmen daripada syarikat kontraktor yang berminat dengan berjumlah antara RM600,000 hingga RM1 juta dan siasatan mendapati projek berkenaan masih di peringkat cadangan oleh kerajaan negeri dan belum mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Malah, suspek utama yang bekerja sendiri menunjukkan kad yang kononnya diperoleh dari Istana Terengganu dan menyamar dengan membawa gelaran Datuk Paduka bagi mendapatkan kepercayaan syarikat kontraktor.

“Siasatan mendapati kumpulan ini mula bergerak sejak Jun lalu dengan menjadikan rumah masing-masing sebagai tempat operasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Koh berkata, siasatan mendapati empat syarikat kontraktor termasuk sebuah syarikat di Kuala Lumpur hampir menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan.

“Susulan penahanan lima suspek, polis merampas beberapa barangan antaranya dokumen, komputer riba dan telefon bimbit serta sekeping kad pengesahan yang kononnya membawa gelaran Datuk Paduka dari Istana Negeri Terengganu.

"Lima suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Sumber : Harian Metro (2 Ogos 2016)
Tulisan : Zatul Iffah Zolkiply

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 01 Ogos 2016



Emas jatuh semalam, selepas meningkat lebih satu peratus kepada hampir tiga minggu tinggi pada sesi sebelumya, berikutan ekuiti meningkat dan dolar pulih daripada paras terendah, selepas angka pertumbuhan mengecewakan Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Jabatan Perdagangan AS melaporkan pada Jumaat bahawa ekonomi AS berkembang pada kadar tahunan 1.2 peratus pada suku pertama, lebih kurang daripada yang dijangkakan.

Saham Asia mencecah satu tahun tinggi semalam, manakala indeks dolar yang menjejaki dolar AS berbanding sekumpulan enam mata wang saingan meningkat 0.1 peratus pada 95.673, bergerak jauh daripada rendah iaitu 95.384 pada Jumaat, terendah sejak 5 Julai.

Spot emas turun 0.3 peratus pada AS$1,347.01 satu aun pada 0643 GMT.

Emas mencecah AS$1,355.10 pada Jumaat, paras tertinggi sejak 12 Julai. Emas AS susut 0.2 peratus pada AS41,354.30 satu aun.

“Pasaran (emas) akan menjadi lebih berhati-hati menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang dikeluarkan pada Jumaat.

"Jika ia menjadi lemah, maka orang ramai akan mengubah jangkaan mereka mengenai prospek ekonomi AS secara drastik. Jika mereka agak baik, data buruk KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) boleh diimbangi oleh data pekerjaan yang baik,” kata Ketua Penganalisis Shandong Gold Group, Jiang Shu.

Isyarat spot emas ada bercampur-campur dan akan menjadi lebih jelas apabila logam keluar daripada antara AS$1,346 hingga AS$1,3S7 satu aun, menurut penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao. 

Pembuat dasar utama AS Fed mengemukakan pendapat berbeza mengenai kenaikan kadar dengan Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan menggesa untuk berhati-hati, manakala Presiden Fed San Francisco, John Williams menjangkakan bank pusat menaikkan kadar faedah sehingga dua kali sebelum akhir tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 30 Julai 2016



Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka meningkat pada minggu ini apabila kalangan pembeli diunjur memanfaatkan data ekonomi yang akan diumumkan pada minggu berkenaan.

Penjaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao, berkata bagi minggu datang, kalangan pembeli akan terus memberi tumpuan kepada Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China, laporan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) serta memantau pergerakan mata wang (ringgit dan dolar AS). 

“Kami menjangkakan niaga hadapan bursa emas mencatat prestasi lebih baik pada minggu lnl berdasarkan pengaruh risiko geopolitik dan data Keluaran Dalam Negara Kasar AS yang lemah," katanya.

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, Julai 2016 menokok 33 mata kepada RM174.60 segram, Ogos 2016 naik 31 mata kepada RM174.80 segram manakala September 2016 dan Oktober 2016 masing-masing naik 28 mata kepada RM175.30 dan RM175.45 segram.

Jumlah dagangan mingguan sebaliknya merosot kepada 96 lot bernilai RM1.52 juta daripada 127 lot bernilai RM2.19 juta, minggu lalu.

Kepentingan terbuka pada Jumaat berkurangan kepada 286 kontrak daripada 331 kontrak, sebelum ini. Emas kekal tidak berubah pada Jumaat dan dalam laluan yang tepat untuk keuntungan bulanan satu peratus apabila dolar meneruskan kerugiannya selepas program rangsangan Bank Pusat Jepun (BoJ) lebih rendah berbanding jangkaan pasaran.

BoJ meneruskan dasar rangsangan monetarinya semalam pada fasa peningkatan sederhana dalam pembelian semula dana tukaran dagangan, hasil tekanan kerajaan dan pasaran kewangan untuk tindakan yang lebih besar bagi penggalakan pertumbuhan dan mempemepatkan inflasi mencapai sasaran dua peratus.

Indeks Dolar yang mengukur mata wang itu berbanding mata wang lain turun 0.4 peratus kepada 96.363.

Justeru harga emas didagangkan rendah 0.1 peratus kepada AS$1,333.33 seaun pada 0740 GMT, dalam laluan yang tepat untuk peningkatan bulanan kedua berturut-turut, memacu keuntungan mingguan pertamanya kali ketiga.

Sementara itu, emas di AS turut tidak berubah pada AS$1,331.90 seaun.

“Mungkin pada waktu ini, keputusan BoJ akan memberikan sedikit sokongan kepada emas,” kata Pengurus Kekayaan UBS, Dominic Schnider di Hong Kong.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 29 Julai 2016



Emas kekal tidak berubah pada Jumaat dan dalam laluan yang tepat untuk keuntungan bulanan satu peratus apabila dolar meneruskan kerugiannya selepas program rangsangan Bank Pusat Jepun (BOJ) lebih rendah berbanding jangkaan pasaran.

BOJ meneruskan dasar rangsangan monetarinya semalam pada fasa peningkatan sederhana dalam pembelian semula dana tukaran dagangan, hasil tekanan kerajaan dan pasaran kewangan untuk tindakan yang lebih besar bagi penggalakan pertumbuhan dan mempercepatkan inflasi mencapai sasaran dua peratus.

Langkah sejajar dengan pakei perbelargaan fiskal kerajaan yang terlalu besar, BoJ kelihatannya cuba memaksimumkan kesan ekonomi ketiga terbesar dunia yang bergelut imtuk melepaskan diri daripada deflasi.

Dolar didagangkan kepada 103.28 yen, lebih lemah 1.8 peratus.

Indeks Dolar yang mengukur mata wang itu berbanding mata wang lain turun 0.4 peratus kepada 96.363.

Justeru harga emas didagangkan rendah 0.1 peratus kepada AS$1,333.33 seauns pada 0740 GMT dalam laluan yang tepat untuk peningkatan bulanan kedua berturut-turut dan memacu keuntungan mingguan pertamanya kali ketiga.

Emas di AS turut tidak berubah pada AS$1,331.90 seauns.

“Mungkin pada waktu ini, keputusan BoJ akan memberikan sedikit sokongan kepada emas,” kata Pengurus Kekayaan UBS, Dominic Schnider di Hong Kong.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 28 Julai 2016



Harga emas meningkat semalam, berpaut kepada keuntungan daripada sesi sebelumnya apabila ia meningkat 1.5 peratus ke paras tertinggi dua minggu, ekoran dolar yang lebih lemah selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kadar faedah tidak berubah.

Fed berkata, risiko jangka pendek untuk prospek ekonomi AS telah menurun, berpotensi membawa kepada pengenalan dasar monetari yang lebih ketat tahun ini.

Bagaimanapun, Fed tidak memberi sebarang petunjuk sama ada ia akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang pada September.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,341.60 seaun pada 0715 GMT. Logam berharga itu memecah ketinggian sebanyak AS$1,342.18, kelmarin, terbaik sejak 14 Julai.

"Emas AS meningkat 1.1 peratus kepada AS$1,341.40 seaun. Harga emas mungkin melepasi harga tertinggi dicatat dua tahun lalu yang melanda awal bulan ini dan mungkin menguji paras AS$1,400,” kata V Hareesh, Ketua Penyelidik, Geojit BNP Paribas.

“Emas akan turun hanya selepas Fed meningkatkan kadar faedah. Jika tidak, harga akan terus meningkat,” katanya.

Emas adalah sensitif kepada kadar faedah AS yang semakin meningkat, yang akan menaikkan kos untuk memegang emas, sambil meningkatkan nilai dolar,yang menjadi mata wang logam itu diniagakan.

“Melangkah ke hadapan, kami tidak melihat banyak perubahan dalam sentimen mengenai apa yang Fed akan lakukan.

"Mereka tidak mungkin menaikkan kadar faedah pada September dengan Pilihan Raya Presiden AS dijadualkan lewat tahun ini,” kata Brian Lan, Pengarah Urusan GoldSilver Central yang berpangkalan di Singapura.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 27 Julai 2016



Emas jatuh berikatan dolar dan ekuiti mengukuh menjelang keputusan dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) di kemudian hari apabila ia dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Fed mungkin menangguhkan sebarang kenaikan sehingga September atau Disember, berikutan pembuat dasar bertahan kerana lebih banyak bukti daripada peningkatan.

Saham Asia ditutup hampir satu tahun tinggi semalam, manakala yen lebih selamat merosot selepas kerajaan Jepun mengumumkan pakej rangsangan ekonomi lebih besar daripada dijangkakan, yang menyebabkan kebanyakan bursa serantau lebih tinggi.

Dolar meningkat satu peratus berbanding yen, selepas jatuh 1.1 peratus pada sesi sebelumnya, di sebalik jangkaan rangsangan monetari yang besar oleh Bank Jepun pada lewat minggu ini.

Spot emas susut 0.1 peratus kepada AS$1,317.96 satu aun pada 0641 GMT. Emas naik 0.4 peratus pada Selasa.

Emas AS jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,317.90 satu aun.

“Harga akan kekal di luar menuju ke mesyuarat ini. Sudah tentu, harga pada kebarangkalian kenaikan mungkin rendah.

"Pelabur prihatin persekitaran makro, yang mana positif meluas. Buat masa ini, ia adalah persekitaran tunggu dan lihat,” kata penganalisis ANZ, Daniel Hynes.

Keyakinan pengguna AS kekal stabil pada Julai dan jualan rumah keluarga tunggal baharu mencecah paras tertinggi dalam hampir lapan setengah tahun pada Jun.

la menunjukkan momentum berterusan dalam ekonomi yang membolehkan Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah pada tahun ini.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 26 Julai 2016



Harga emas meningkat semalam ekoran penyusutan dolar menjelang dua hari lagi mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada minggu ini yang dijangka memberi gambaran terhadap kadar faedah AS.  

Fed dijangka membiarkan dasar sedia ada apabila mesyuarat itu bermula lewat semalam, namun pelabur sedang menunggu terhadap sebarang petunjuk bahawa bank pusat AS akan mengumumkan langkah-langkah bagi memulihkan keadaan ekonomi menjelang akhir tahun ini.

Harga emas semerta naik 0.5 peratus kepada AS$1,321.57 satu aun pada 0930 GMT manakala dagangan hadapan emas AS untuk penghantaran Ogos naik AS$1.90 satu aun kepada AS$1,321.40. 

“Menjurus kepada niaga hadapan dana Fed, tiada siapa yang menjangkakan sebarang perubahan pada minggu ini tetapi apa yang mesyuarat itu boleh lakukan adalah memberi kami lebih petunjuk mengenai apa yang akan berlaku pada September nanti dan mungkin pada November dan Disember," kata penganalisis Mitsubishi, Jonathan Butler.

“Ia selaras dengan keadaan ekonomi semasa yang bertambah baik, terutama data pekerjaan yang kukuh pada Jun.”

Jangkaan semula terhadap kenaikan kadar faedah AS yang menokok buat kali pertama dalam hampir satu dekad pada Disember, membantu meningkatkan harga emas kepada 24 peratus pada tahun ini 

Dolar jatuh satu perempat daripada satu peratus berbanding kumpulan mata wang, sebahagian besarnya dibantu oleh lantunan yen selepas peniaga menjangkakan ransangan baharu pihak berkuasa Jepun akan menyuntik kembali ekonomi yang semakin tenat.

Sementara itu, Palladium susut 0.2 peratus kepada AS$683. Perak naik 0.8 peratus kepada AS$19.68 satu aun manakala platinum naik 0.7 peratus kepada AS$1,085.20 satu aun.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 Julai 2016



Harga emas jatuh semalam meneruskan kejatuhan minggu kedua berturut-turut, berikutan pemulihan dalam selera untuk mengambil risiko telah menyokong pasaran saham ke paras tertinggi hampir sembilan bulan menjelang mesyuarat bank pusat minggu ini di Amerika Syarikat dan Jepun. 

Ekonomi utama dunia bertekad pada mesyuarat G20 hujung minggu ini, yang di dominasi sentimen Brexit bulan lalu, untuk menggunakan semua kuasa seadanya bagi menggalakkan pertumbuhan.

Ini melonjakkan kedua-dua nilai saham dan dolar, sekali gus memberi kesan negatif kepada harga emas.

Harga emas semerta jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,314.87 satu auns pada 0935 GMT, manakala dagangan hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos susut AS$8.60 satu auns kepada AS$1,314.80. 

Harga emas jatuh bagi minggu kedua minggu lalu, sebanyak 1.2 peratus, selepas naik ke paras tertinggi dalam lebih dua tahun pada awal Julai di tengah-tengah undian Brexit, yang menolak naik permintaan bagi logam itu sebagai pelaburan selamat.

“Buat masa ini harga emas berhadapan tekanan permintaan pelaburan selamat yang lebih rendah, dan pada masa sama mesyuarat Rizab Persekutuan dalam masa terdekat, menjadikan orang ramai lebih berhati-hati,” kata penganalisis di ABN Amro, Georgette Boele.

Spekulasi mengurangkan pertaruhan bulis pada dagangan hadapan emas COMEX dan bersedia bagi minggu kedua, menjurus kepada kejatuhan harga terendah dalam sebulan, demikian menurut data dikeluarkan Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi (CFTC) Jumaat lalu.

Logam berharga lain, perak yang jatuh kira-kira tiga peratus minggu lalu, susut 0.8 peratus kepada AS$19.45.

Platinum jatuh sebanyak 0.3 peratus kepada AS$1,073 satu auns, manakala palladium, yang mencecah paras tertinggi sembilan bulan pada Jumaat, jatuh satu peratus kepada AS$673.47.

Ia mencatat kenaikan kenaikan minggu kelima minggu lalu, menokok lima peratus.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Datuk Seri 3,000%


Gambar Hiasan

"Highway Group tipu orang ramai buat kutipan RM35 juta"

Kuala Lumpur : Guna gelaran Datuk Seri tipu ramai pelabur. Malah, mangsa ditawarkan keuntungan `gila' apabila mampu memperoleh pulangan RM3,242 bagi RMl yang dilaburkan.

Pulangan tidak munasabah 3,000 peratus dalam tempoh masa setahun itu jelas tidak masuk akal namun membuatkan ramai mangsa gelap mata.

Skim cepat kaya diperkenalkan syarikat pelaburan Highway Group itu menarik minat golongan berpendapatan rendah, malah mendorong individu berstatus kenamaan (VIP) membuat pelaburan mencecah RM400,000 bagi setiap pelabur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, sindiket itu meyakini mangsa dengan menawarkan pelbagai pelan pelaburan yang mampu meraih keuntungan berlipat ganda.

“Kumpulan ini memperdaya mangsa dengan menjanjikan pulangan tinggi dengan pelaburan serendah RMl.

“Bayangkan hanya pelaburan RM1, ahli boleh mendapat keuntungan 3,000 peratus mengikut pelan ditawarkan,” katanya.

“Syarikat itu menggunakan ikon yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat untuk menarik perhatian orang ramai menyertainya," katanya dalam sidang media di Pejabat JSJ Bukit Aman, di sini, semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan 14 individu berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun termasuk dua dalang utama berstatus Datuk Seri palsu serta pelakon dan pelawak terkenal, Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis di empat tempat berasingan iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur selepas disyaki terbabit dalam penipuan skim cepat kaya.

Mortadza berkata, hasil maklumat risikan, kumpulan itu diasaskan seorang lelaki berasal dari Kelantan pada awal 2015 dan aktif sehingga huiung bulan Januari lalu dengan mewujudkan jawatan dalam organisasi berkenaan merangkumi ahli lembaga pengarah, pengurus kutipan kumpulan, ketua dan ejen.

"Pembahagian keuntungan dibuat mengikut jawatan masing-masing dengan mangsa dikehendaki mencari pelabur baru dengan dijanjikan pembahagian keuntungan berganda bagi membolehkan mereka mendapat pulangan daripada pelaburan berkenaan.

“Berdasarkan rekod, kami mendapati kumpulan Highway Group ini mempunyai 500,000 pelabur di seluruh negara termasuk Brunei dengan jumlah pelaburan dianggarkan mencecah RM35 juta," katanya.

Beliau berkata, polis masih memburu saki-baki individu yang terbabit dengan sindiket penipuan pelaburan skim cepat kaya dijalankan kumpulan itu.

“Setakat ini, polis menerima 175 laporan dari seluruh negara, 19 kertas siasatan dibuka membabitkan penipuan syarikat itu," katanya.

Sumber : Harian Metro (26 Julai 2016)
Tulisan : Nurul Hidayah Bahaudin

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS