Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : 12 Dulang Barang Kemas Lesap Dalam Tempoh 5 Minit



"4 lelaki bertopeng bersenjata pistol, tukul rompak kedai emas"

Banting : Empat lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol melarikan 12 dulang barang kemas bernilai lebih RM500,000 dalam rompakan kedai emas di sebuah pasar raya di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.50 pagi itu, semua suspek yang bertopeng dipercayai masuk menerusi pintu belakang pasar raya berkenaan dan meluru ke arah premis terbabit, dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol jenis Revolver .38 kepada kakitangan dan pelanggan.

Memakai topeng
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Zailan Tasir, berkata tiga lagi suspek bertindak memecah cermin ruang pameran barang kemas menggunakan tukul besi dan mengambil masa lima minit melarikan barang kemas yang disimpan di dalam beg.

“Semua suspek melarikan diri menggunakan kenderaan jenis Naza Citra berwarna kelabu yang diletakkan di belakang pasar raya itu.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti wajah dan umur semua suspek kerana mereka memakai topeng,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semamalam.

Mohd Zailan berkata, hasil siasatan mendapati tiada pengawal keselamatan ditempatkan di kedai emas itu sejak tiga bulan lalu, yang menyebabkan ia mudah menjadi sasaran.

Teliti CCTV
“Bagaimanapun, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian. Kerjasama orang ramai dan saksi diperlukan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata.

Tulisan : Norzamira Che Noh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment