Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Jun 2014


Emas didagangkan lebih rendah pada Jumaat namun masih mengekalkan kedudukannya sebagai peningkatan bagi empat minggu berterusan susulan kelemahan pada dolar yang menjejaki data ekonomi AS.

Perbelanjaan pengguna AS naik jauh lebih teruk daripada jangkaan pada Mei menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan berlaku penurunan bagi unjuran suku kedua pertumbuhan negara itu.

Harga emas turun 0.2 peratus kepada AS$1,315.54 seauns menjelang 1205 GMT.

Selasa lalu ia mencecah AS$1,325.90, paras tertingginya sejak pertengahan April.

Secara keseluruhannya ia hanya naik 0.1 peratus minggu ini.

Harga hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos tidak berubah pada AS$1,316.90 seauns.

"Corak kenaikan emas yang lebih sengit bermula selepas komen Rizab Persekutuan (Fed) minggu lalu yang menyatakan memberi tekanan kepada dolar," kata Natixis Analisis , Bernard Dahdah.

Namun momentum harga kelihatannya bergerak ke luar sehingga berlaku sesuatu yang besar kepada politik antara negara atau data buruk yang dikeluarkan oleh AS.

Sementara itu, perkembangan dunia yang tidak menentu, khususnya dolar lemah berpunca daripada data ekonomi AS yang bercampur-campur serta ketegangan geopolitik di Iraq yang belum reda, dijangkakan mendorong naik harga kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif minggu ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Azim Faris Abd Rahim, berkata kebanyakan pedagang emas yakin spekulasi mengenai ketidaktentuan itu akan mendorong permintaan ke atas emas.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2014 meningkat enam mata kepada RM135.85 segram, Julai 2014 menambah tujuh mata kepada RM136.10 segram, Ogos 2014 menokok 12 mata kepada RM136.65 segram dan September 2014 meningkat 15 mata kepada RM136.80 segram.

Jumlah dagangan berkurang kepada 3,115 lot bernilai RM42.56 juta berbanding 3,179 lot bernilai RM42.23 juta yang direkodkan minggu lalu.

Kepentingan terbuka pada Jumaat sebanyak 7,215 kontrak berbanding 6,789 kontrak minggu lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kod Pelabur Institusi Malaysia Dilancar


Kod Pelabur Institusi Malaysia telah dilancarkan secara bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd (MSWG) pada 27 Jun 2014.

Pakar tempatan serta luar negara dari United Kingdom Dan Jepun berkongsi pengalaman mereka dalam persidangan berkenaan.

Perumusan kod itu yang juga cadangan di bawah Rangka Tindakan Tadbir Urus Korporat 2011 sudah bermula setahun lalu, dengan wakil pegawai kanan pelabur institusi dan pakar serta SC di Malaysia telah menyumbang terhadap pembentukannya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam merealisasikan kod berkenaan.

Kod itu mengandungi enam prinsip amalan terbaik beserta panduan yang terbaik berserta panduan yang menjelaskan pengguna dan terima pakai prinsip berkenaan. Walaupun penggunaan kod itu adalah sukarela, pelabur institusi digalakan untuk menjadi penanda tangan bagi menunjukkan komitmen mereka menerima pakai amalan terbaik di bawah kod berkenaan.

Kod Pelabur Institusi boleh dimuat turun daripada laman web SC dan MSWG.

Menyentuh mengenai mesyuarat agung tahunan (AGM) MAS yang berlangsung selama 5 jam, ramai pemegang saham kecewa dengan prestasi lemah yang masih berterusan.

Rasa tak puas hati
Pemegang saham menunjukkan rasa tidak puas hati mereka apabila resolusi bagi yuran pengarah tidak diluluskan melalui undian secara mengangkat tangan.

Resolusi itu kemudian diluluskan melalui undian secara poll, setelah pengerusi syarikat menggunakan kuasa beliau untuk melaksanakan undian secara sulit (poll) mengikut peraturan yang dibenarkan di bawah Memorandum dan Artikel Syarikat.

Bagaimanapun, pada penghujung mesyuarat, lembaga pengarah memutuskan untuk tidak menerima yuran pengarah mereka, walaupun bayaran telah diluluskan.

Kami berpandangan tindakan berani dan drastik perlu dilaksanakan untuk memulihkan kedudukan kewangan MAS. Ini semestinya membabitkan penstrukturan semula organisasi dan operasi syarikat.

Dalam hal berasingan, kami melihat beberapa perkembangan terkini Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik menjadi pengarah syarikat tersenarai yang mungkin ada baik buruknya.

Mereka memang dapat membantu memperkenalkan syarikat kepada pihak yang penting dan memberi nasihat birokrasi kerajaan, namun mereka juga mungkin secara tidak sedar mengalakkan idea bahawa syarikat hanya boleh ke hadapan melalui 'siapa yang dikenali' dan bukannya 'merit dan apa yang diketahui'.

Kami juga bimbang mengenai aspek komitmen masa untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pengarah syarikat.

Rita Benoy
Ketua Eksekutif
Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 27 Jun 2014


Emas didagangkan lebih rendah pada Jumaat namun masih mengekalkan kedudukannya sebagai peningkatan bagi empat minggu berterusan susulan kelemahan dolar yang menjejaki data ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Perbelanjaan pengguna AS naik jauh lebih teruk daripada jangkaan pada Mei menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan berlakunya penurunan bagi unjuran sukuan kedua pertumbuhan negara itu.

Harga emas turun 0.2 peratus kepada AS$1,315.54 seauns menjelang 1205 GMT.

Selasa lalu ia mencecah AS$1,325.90 paras tertingginya sejak pertengahan April.

Secara keseluruhannya ia hanya naik 0.1 peratus minggu ini.

Harga hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos 2014 tidak berubah pada AS$1,316.90 seauns.

"Corak kenaikan emas yang lebih sengit bermula selepas komen Rizab Persekutuan (Fed) minggu lalu  yang menyatakan memberikan tekanan kepada dolar," kata penganalisis di Natixis, Bernard Dahdah.

"Momentum harga kelihatannya bergerak ke luar sehingga berlaku sesuatu yang besar kepada politik antara negara atau data buruk dikeluarkan AS."

Pada mesyuarat 18 Jun lalu, Fed memberikan komen yang selesa kepada unjuran inflasi, mengatasi jangkaan bank dunia mungkin akan memulakan langkah meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Persekitaran kadar faedah lebih rendah menggalakkan pelabur untuk melabur kepada aset bukan pilihan seperti emas selepas krisis kredit 2008 lalu.

Namun peniaga mula memberikan amaran jongkong emas mungkin akan berlaku pengurangan dagangan di tengah kebimbangan berhubung kelemahan import pengguna utama China dan pengenalan pinjaman AS$15 bilion untuk urusan perdagangan berkaitan emas di negara itu.

Emas China yang diimport dari Hong Kong semakin lemah dengan kejatuhan pembelian luar negara bulan Mei ke paras terendahnya tahun lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 26 Jun 2014


Harga emas susut semalam susulan pasaran saham yang mengukuh mengurangkan daya tarikan logam itu sebagai pelaburan selamat.

Pelabur juga kebanyakannya mengenepikan angka pertumbuhan ekonomi lemah AS berikutan penerbitan data terkini yang lebih menyokong.

Ekonomi AS menguncup pada kadar lebih ketara pada suku pertama berbanding unjuran, tetapi pertumbuhan sudah mula menunjukkan lantunan kukuh.

Emas semerta jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,316.60 seauns pada 0640 GMT, selepas naik 0.1 peratus pada sesi sebelumnya.

Logam itu terus berada pada paras tertinggi dua bulan disokong faktor keganasan di Iraq.

"Nada lebih kukuh dalam emas adalah reaksi yang logik, sebagaimana dalam teori, pertumbuhan lebih lemah akan mencetuskan cakap-cakap akan berlakunya lebih banyak langkah kuantitatif," kata Edward Meir, penganalisis di INTL FCStone, merujuk kepada langkah rangsangan Rizab Persekutuan AS.

"Tetapi hakikat ia tidak berlaku mencadangkan pelabur berpendapat data suku pertama sudah lapuk, tetapi tumpuan mereka kini pada suku kedua dan baki tahun ini," kata Meir.

Harga sebelum itu disokong kelemahan nilai dolar, yang berlegar menghampiri paras terendah satu bulan berbanding mata wang utama dunia.

Peniaga lain berkata, logam itu akan terus menyaksikan dagangan yang tidak menentu.

"Sementara ketegangan geopolitik menyokong emas melepasi AS$1,300, permintaan fizikal dan minat pelabur kurang," kata peniaga di Hong Kong, sambil menambah ketegangan yang bertambah runcing di Iraq dan data ekonomi faktor utama yang harus dipantau.

Pihak militan menyerang satu daripada pangkalan udara terbesar Iraq selain menguasai beberapa lapangan minyak kecil Rabu lalu.

Emas dilihat sebagai pelaburan lindung nilai semasa berlakunya ketidaktentuan kewangan dan geopolitik.

Antara logam berharga itu, kumpulan logam platinum stabil selepas pelombong di Afrika Selatan kembali bekerja selepas persetujuan berhubung gaji diselesaikan dalam mogok paling lama dalam sejarah negara itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 Jun 2014


Harga emas jatuh semalam apabila pembelian fizikal semakin berkurangan selepas harganya meningkat ke paras tertinggi dalam dua bulan pada sesi sebelumnya.

Sementara itu, harga perak juga jatuh daripada paras tertingginya dalam tempoh tiga bulan.

Harga saham lebih lemah membawa emas ke paras tertingginya sejak pertengahan April lalu, namun ralinya tidak dapat melepasi kenaikan yang dicatatkan Khamis minggu lalu, apabila harganya meningkat paling tinggi  dalam tempoh sembilan bulan berikutan kurangnya komitmen Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah selain ketegangan berlaku di Asia Barat.

Emas jatuh AS$3.31 seauns kepada AS$1,314.29 pada 0638 GMT selepas meningkat kepada AS$1,325.90 kelmarin, kenaikan tertinggi sejak 15 April.

Harga emas meningkat sembilan peratus setakat tahun ini.

"Kita perlu menunggu untuk melihat sama ada kenaikan harga emas akan dipercepatkan semula menuju ke baki minggu ini, khususnya sekarang pasaran saham dilihat semakin baik memandangkan ketegangan geopolitik terus reda," kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

"Namun, yang menjadi rumit ialah kenaikan minggu lalu terus memberikan masalah kepada kami."

Emas Amerika syarikat (AS) berada pada AS$1,315.10 seauns, turun AS$6.20.

"Orang ramai membeli lebih sedikit emas akhir-akhir ini, berbanding semasa harganya berada di bawah AS$1,300. selepas emas melepasi AS$1,300, kita menyaksikan pemulihan singkat namun selepas itu, tiada minat berlebihan.

"Kita mendengar sesetengah pelabur mahu menjual balik pada AS$1,325 atau AS$1,330," kata seorang peniaga fizikal di Hong Kong.

Peniaga itu juga berhati-hati dengan tinjauannya terhadap rancangan Bursa Singapura untuk kontrak emas sokongan fizikal.

Bursa itu berkata ia akan melancarkan kontrak berkenaan bagi memenuhi permintaan yang terdapat di Asia.

Kontrak itu, dijangka dilancarkan September ini ialah kontrak emas kilogram yang akan ditawarkan di seluruh dunia.

Harga emas bagaimanapun akan menemui lantainya apabila krisis yang semakin mendalam di Iraq meningkatkan daya tarikan selamatnya.

Setiausaha Negara AS, John Kerry mendesak pemimpim wilayah autonomi Kurdish untuk menyokong Baghdad di tengah-tengah serangan hebat kumpulan Sunni yang mengancam keamanan negara itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 22 Jun 2014


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi minggu lalu sejajar dengan pasaran emas di New York Commodity Exchange (COMEX).

Peniaga di Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata emas bursa ditutup pada paras hampir tiga peratus lebih tinggi, menjejaki prestasi niaga hadapan emas COMEX yang bulis berikutan aktiviti belian menampung kekurangan.

Kontrak Jun 2014 dan Julai 2014 naik 64 mata setiap satu untuk ditutup masing-masing kepada RM135.55 segram dan RM135.75 segram, manakala kedua-dua Ogos 2014 dan September 2014 meningkat 67 mata setiap satu kepada RM136.05 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 6,789 kontrak daripada 6,466 kontrak pada Khamis manakala jumlah dagangan menokok kepada 425 lot bernilai RM5.72 juta daripada 148 lot bernilai RM1.96 juta sebelumnya.

Harga fizikal emas naik sebanyak RM3.03 kepada RM131.26 segram daripada RM128.23 segram.

Sementara itu, emas masih lagi dalam landasan mencatatkan kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh tiga bulan disebabkan ketegangan di Iraq dan nilai dolar lebih rendah selepas kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) dikeluarkan.

Fed pada Rabu mengatakan selesa dengan tinjauan inflasi di sebalik beberapa isyarat semasa peningkatan dalam tekanan harga.

Perkembangan itu menghapuskan sama sekali jangkaan yang Bank Pusat  Amerika Syarikat itu akan mula meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 20 Jun 2014


Emas jatuh satu peratus semalam dengan pelabur mengambil untung selepas ia merekodkan kenaikan terbesarnya dalam tempoh sembilan bulan.

Bagaimanapun, emas masih lagi dalam landasan mencatatkan kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh tiga bulan disebabkanm ketegangan di Iraq dan nilai dolar lebih rendah selepas kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) dikeluarkan.

Fed pada Rabu mengatakan selesa dengan tinjauan inflasi di sebalik beberapa insyarat semasa peningkatan dalam tekanan harga.

Perkembangan itu menghapuskan sama sekali iangkaan yang bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu akan mula meningkatkan kadar faedahnya lebih awal daripada jangkaan.

"Harga semalam (kelmarin) AS$50 bagi setiap auns bergerak lebih tinggi kebanyakkannya disebabkan jangkaan inflasi lebih tinggi di AS dan fakta bahawa Fed tidak mampu meredakannya," kata penganalisis ABN Amro, Georgette Boele.

"Ia ditambah dengan minyak bergerak lebih tinggi di sebalik ketegangan yang berlaku di Iraq," tambahnya.

"Memandangkan harga bergerak pantas lebih tinggi semalam (kelmarin), kami menghentikan kerugian dan peniaga jangka pendek mengambil untung,"

Spot emas jatuh 0.8 peratus kepada AS$1,309.60 seauns menjelang 0930 GMT, selepas meningkat 3.3 peratus pada sesi terdahulu, apabila ia mencecah paras tertinggi pertengahan April pada AS$1,321.70.

Logam menokok sekitar tiga peratus bagi minggu berakhir.

Kontrak hadapan emas bagi penghantaran Ogos turun 0.3 peratus kepada AS41,310.70 seauns.

Dolar, yang berada di bawah tekanan selepas kenyataan Fed akan mengekalkan kadar faedahnya rendah untuk jangka panjang, tidak berubah berbanding sekumpulan mata wang lain.

Nilai mata wang AS yang lebih lemah menjadikan aset pada harga dolar seperti emas menjadi lebih murah kepada pelabur asing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 19 Jun 2014


Emas mencatat peningkatan semalaman sederhana semalam berikut nilai dolar AS yang lemah selepas pengumuman Rizab Persekutuan berhubung tinjauan kadar faedah, manakala logam kumpulan platinum menokok susulan halangan baharu yang muncul dalam penyelesaian mogok pekerja lombong di afrika Selatan.

Bank Pusat AS itu membayangkan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif mulai tahun depan, tetapi ia merendahkan unjuran bagi sasaran kadar faedah jangka panjang, menyebabkan dolar jatuh ke paras terendah dalam dua minggu.

Rizab Persekutuan merendahkan unjuran pertumbuhan AS bagi 2014 daripada 2.9 peratus kepada antara 2.1 peratus dan 2.3 peratus, tetapi ia turut meluahkan keyakinan berada di landasan bagi pemulihan ekonomi.

Emas semerta sedikit saja berubah diniagakan pada AS$1,276.89 seauns pada 0318 GMT, selepas naik 0.5 peratus pada Rabu.

"Dolar yang lebih rendah dan ketegangan geopolitik menyokong harga emas," kata peniaga di Hong Kong.

"Tetapi kekurangan permintaan fizikal dan aliran keluar daripada ETF berkemungkinan melemahkan sebarang rali."

Ketegangan berhubung Iraq dan Ukraine menambah tarikan emas sebagai pelaburan selamat.

Permintaan fizikal pembeli utama China dan India lemah dengan premium dalam kedua-dua jatuh kebelakangan ini.

Premium India berada pada paras terendah empat bulan, manakala harga China diniagakan antara diskaun dan nilai tara harga global.

SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, menyaksikan aliran keluar dalam dua sesi berturut-turut pada awal minggu sebelum berhenti pada Rabu.

Pegangan dana itu hampir ke paras terendah lima tahun dan mencerminkan sentimen bearis di pasaran.

Platinum dan palladium meneruskan kenaikan dengan kedua-dua diniagakan penghampiri paras tertinggi satu minggu disebabkan mogok pekerja di Afrika Selatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 18 Jun 2014


Harga emas meningkat lebih rendah semalam disebabkan nilai dolar lebih kukuh dan aliran keluar daripada dana diniagakan mengurangkan permintaan dengan ramai pelabur menunggu keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) sebelum membuat keputusan pembelian terhadap logam berkenaan.

Spot emas susut 0.3 peratus kepada AS$1,268.00 seauns pada 0623 GMT, selepas berakhir mendatar dalam sesi sebelumnya.

Logam itu mencecah paras tertinggi tiga minggu sebanyak AS$1,284.85 seauns pada Isnin kerana keganasan di Iraq, tetapi sejak itu harga kembali jatuh.

Fed secara meluas dijangka mengurangkan AS$10 bilion daripada pembelian bon bulanan padav mesyuarat dasar dua hari yang akan tamat lewat semalam.

Pasaran akan meneliti dengan rapi terhadap mana-mana ulasan mengenai bila Bank Pusat AS itu akan menaikkan kadar faedah dan prospek pada ekonomi, memandangkan data baru-baru ini yang semakin kuat.

"Kami kekal berhati-hati mengenai emas menjelang mesyuarat Fed pada Rabu (semalam) kerana petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah boleh mencetuskan pengukuhan terhadap dolar yang terbukti akan memberi kesan menyeluruh terhadap kumpulan logam berharga.

"Tajuk utama geopolitik masih mempunyai keupayaan untuk mencetuskan harga yang lebih tinggi, tetapi buat masa ini, kita rasa ketidaktentuan Fed yang akan menguasai," kata penganalisis di INTL FCStone, Edward Meir.

Dolar AS meningkat seiring dengan kenaikan kadar hasil perbendaharaan semalam apabila bacaan sangat tinggi untuk inflasi AS mengancam untuk memberi kecondongan agresif terhadap unjuran dasr Fed.

Sentimen pelabur dalam emas adalah lemah seperti yang digambarkan oleh aliran dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia.

Pegangan dalam  dana itu jatuh 0.26 tan kepada 782.62 tan pada Selasa, iaitu hari kedua berturut-turut ia mengalami penurunan.

Dana itu dianggap sebagai proksi kepada sentimen pelabur, mecatatkan aliran keluar yang paling besar sejak pertengahan April pada Isnin lalu.

Pasaran fizikal di Asia juga tidak meningkatkan harga. Di negara pembeli utama, China, harga emas diniagakan sama ada pada diskaun kira-kira AS$1 seauns atau setanding dengan penanda aras global, petanda yang menunjukkan minat belian adalah lemah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 17 Jun 2014


Harga emas semalam terus jatuh daripada paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu apabila pelabur mengeluarkan wang daripada dana logam utama itu sambil pasaran terus gusar menunggu hasil mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) minggu ini.

Kejatuhan harga logam itu berlaku walaupun kebanyakan pasaran saham Asia jatuh disebabkan konflik yang semakin mendalam di Iraq serta pertikaian gas antara Ukraine dan Russia menjejaskan selera pelabur terhadap aset lebih berisiko.

Spot emas jatuh 0.6 peratus kepada AS$1,264.30 seauns pada 0649 GMT.

Logam itu mencatatkan paras tertinggi tiga minggu pada AS$1,284.85 kelmarin sebelum ditutup turun 0.4 peratus berikutan kegiatan pengambilan untung.

"Dalam jangka pendek, kebimbangan terhadap konflik mungkin menyokong harga emas, namun dengan impak yang terhad," kata penganalisis logam berharga Jinrui Futures di Shenzen, Chen Min.

Beliau menjangkakan harga emas akan jatuh menuju ke penghujung tahun apabila rundingan kadar keuntungan lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS), sebelum berakhir program rangsangan pembelian bon oleh fed.

Mesyuarat dasar dua hari fed bermula lewat semalam dengan kenyataan pertama dijangka dikeluarkan hari ini.

Pasaran sedang memerhati sebarang isyarat bank pusat akan mula menaikkan kadar faedah.

Sentimen pelabur agak mendatar dengan pegangan SPDR Gold trust, dana tukaran emas terbesar jatuh 4.2 tan kepada 782.88 tan pada Isnin, paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun.

Penurunan itu juga adalah aliran keluar terbesar sejak pertengahan April lalu.

Emas, dianggap sebagai pelindung nilai daripada keadaan politik tidak menentu serta set lebih berisiko seperti saham boleh menarik sokongan situasi di Iraq itu.

Presiden Barack Obama telah menimbang beberapa opsyen tindakan ketenteraan untuk menyokong kerajaan Iraq, manakal pegawai AS dan Iran mengadakan rundingan untuk mewujudkan kestabilan di wilayah itu yang digegarkan oleh kemaraan pemberontak sunni ke Baghdad.

Satu lagi faktor sokongan ialah Russia menghentikan penghantaran gas ke Ukraine berikutan pertikaian terhadap bil tidak berbayar yang boleh mengganggu bekalan ke seluruh eropah serta menjejaskan harapan antara kedua-dua negara jiran bekas soviet itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 16 Jun 2014


Harga emas mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu semalam disebabkan kegawatan di Iraq menyokong permintaan terhadap logam selamat itu.

Sambil itu, logam kumpulan platinum juga meningkat menjelang keputusan rundingan gaji untuk menamatkan mogok selama lima bulan di lombong Afrika Selatan.

Spot emas meningkat 0.5 peratus kepada AS$1,282.50 seauns pada 0632 GMT, selepas mencecah AS$1,283.70 dalam sesi awal, paras tertinggi sejak akhir Mei.

Militan sunni merampas sebuah bandar yang dihuni sebahagian besar etnik Turki di barat laut Iraq Ahad lalu, selepas berlaku pertempuran besar, mengukuhkan lagi cengkaman mereka di utara selepas serangan kilat yang mengancam untuk memecah-belahkan Iraq.

Emas dilihat sebagai aset yang lebih selamat pada masa-masa keadaan geopolitik yang tidak menentu.

"Emas dijangka meningkat minggu ini kerana keadaan di Iraq, masih tidak menentu," kata Howie Lee, seorang penganalisis di Phillip Futures Sdn Bhd.

"Pada paras semasa AS$1,282, emas nampaknya mempunyai banyak potensi meningkat sebelum menghampiri rintangan berat," kata Lee sambil menambah bahawa halangan segera dijangka pada AS41,292.

Data daripada Suruhanjaya Dagangan Komoditi niaga hadapan pada Jumaat lalu, menunjukkan bahawa sentimen pelabur terhadap emas bertukar positif.

Dana lindung nilai dan pengurus wang meningkatkan keyakinan mereka terhadap niaga hadapan emas untuk minggu ini hingga 10 Jun, kenaikan pertama mereka dalam tempoh lima minggu.

Peniaga-peniaga lain memberi amaran bahawa mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) minggu ini mungkin boleh membawa kepada situasi berhati-hati terhadap sebarang kenaikan dalam harga emas.

Fed akan membuat kesimpulan dasar pada mesyuarat rabu ini dengan pasaran memerhati terhadap sebarang isyarat mengenai bila bank pusat AS itu bakal menaikkan kadar faedah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 15 Jun 2014


Emas sedikit berubah kepada AS$1,273 seauns semalam, walaupun tercetusnya insiden keganasan di Iraq yang mana akan meningkatkan minat kepada simpanan lebih selamat.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama pada Khamis memberi ancaman bahawa tentera AS akan menyerang Iraq untuk bertempur dengan militan sunni yang membuat kekacauan di Baghdad dan mahu menubuhkan kerajaan sendiri di Iraq dan Syria.

Harga emas menambah hampir dua peratus setakat bulan ini selepas susut lebih tiga peratus pada Mei.

Premium bagi emas di Singapura, pusat perdagangan emas di Asia Tenggara kekal kukuh pada 80 sen kepada AS$1.20 seauns berbanding spot emas London.

"Selepas harga emas sedikit berubah, kami melihat kepada beberapa pembelian fizikal. Namun secara amnya, minggu ini agak lenggang," kata Pengarah Urusan syarikat peruncitan Goldsilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.

Emas AS juga sedikit berubah kepada AS$1,273.30 seauns.

Di pasaran lain, ekuiti Asia susut dan minyak mentah berlegar hampir ke paras sembilan bulan selepas meningkatnya risiko susulan peperangan saudara Iraq.

"Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif minggu depan akan banyak dipengaruhi situasi krisis politik di Iraq," kata peniaga.

Peniaga dari Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata jika keganasan semakin memuncak, harga emas mungkin mendapat dorongan meningkat dan melepasi paras halangan pada AS$1,278 hingga AS$1,280.

Bagaimanapun, katanya sekiranya keadaan stabil, pasaran akan mengambil isyarat daripada Bursa Komoditi.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014 meningkat 18 mata, masing-masing kepada RM130.45, RM130.80 dan RM131.20.

Jumlah dagangan bertambah kepada 5,278 lot bernilai RM68.8 juta daripada 2,981 lot bernilai RM38.7 juta yang dicatatkan minggu lalu.

Kepentingan terbuka berjumlah 5,343 kontrak berbanding 5,554 kontrak sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 13 Jun 2014


Emas sedikit berubah kepada AS$1,273 seauns semalam, walaupun tercetusnya insiden keganasan di Iraq yang mana akan meningkatkan minat kepada simpanan lebih selamat.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Khamis memberi ancaman bahawa tentera AS akan menyerang Iraq untuk bertempur dengan militan sunni yang membuat kekacauan di Baghdad dan mahu menubuhkan kerajaan sendiri di Iraq dan Syria.

Harga emas menambah hampir dua peratus setakat bulan ini selepas susut lebih tiga peratus pada Mei.

Pemium bagi emas di Singapura, pusat perdagangan emas di Asia Tenggara kekal kukuh pada 80 sen kepada AS$1.20 seauns berbanding spot emas London.

"Selepas harga emas sedikit berubah, kami melihat kepada beberapa pembelian fizikal. Namun secara amnya, minggu ini agak lenggang," kata Brian Lan, pengarah urusan syarikat peruncit, Goldsilver Central Pte Ltd di Singapura.

Emas AS juga sedikit berubah kepada AS$1,273.30 seauns.

Di pasaran lain, ekuiti Asia susut dan minyak mentah berlegar hampir ke paras sembilan bulan selepas meningkatnya risiko susulan perang sivil Iraq.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam berikutan kebimbangan akan krisis politik Iraq, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun berkata data pengangguran dan jualan runcit AS walaupun tidak mencapai jangkaan kelmarin juga merangsang kenaikan logam berharga itu.

"Minggu depan, kami menjangka emas mengalami sedikit penurunan apabila harga emas di Commodity Exchange (COMEX) menguji paras ketahanan kukuh pada paras AS$1,275 hingga AS$1,280," katanya.

Kontra Jun 2014 naik satu mata untuk ditutup kepada RM130.45 segram, Julai 2014 tidak berubah pada RM130.80 segram, Ogos 2014 meningkat dua mata kepada RM131.20 segram dan September 2014 menokok tiga mata kepada RM131.20 segram.

Kepentingan terbuka susut kepada 5,343 kotrak daripada 4,677 kontrak pada Khamis, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 556 lot bernilai RM7.35 juta daripada 348 lot bernilai RM4.54 juta sebelumnya.

Harga fizikal emas naik RM1.58 kepada RM127.44 segram daripada RM125.86 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 12 Jun 2014


Emas mencatatkan peningkat 0.3 peratus kepada AS$1,264.20 seauns, manakala niaga hadapan emas AS meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,263.30 seauns.

Ia susulan di pasaran lain, saham mencatatkan peningkatan stabil hampir 6.5 bulan tinggi dihadkan dengan kebimbangan terhadap pengumuman kajian semula unjuran pertumbuhan global oleh Bank Dunia menyebabkan pelabur mula mengambil keuntungan.

"Emas kekal hampir konsisten dalam pembetulan negatif dengan pasaran ekuiti dan pengukuhan dolar.

Bagaimanapun, melepasinya, pelabur bergelut untuk mengehadkan pendedahan berterusan emas," kata UBS dalam nota kajiannya.

Dolar diumumkan sebelum pengumuman tuntutan pekerjaan mingguan di AS dan prestasi data jualan runcit pada Mei yang diumumkan lewat semalam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 11 Jun 2014


Harga emas jatuh daripada paras tertingginya dalam lebih tiga tahun semalam apabila spekulator mengambil untung.

Bagaimanapun, logam yang digunakan sebagai barang perhiasan itu masih dipengaruhi oleh mogok selama lima bulan di Afrika Selatan.

Logam yang diniagakan sempit itu biasanya menjejaki harga logam platinum yang meningkat lebih tujuh peratus tahun ini berikutan kebimbangan terhadap bekalan.

Impala Platinum, pengeluar platinum kedua terbesar dunia berkata ia 'telah kehabisan semua kedudukan kewangan' dalam tawarn gaji.

Spot palladium susut AS$2.30 seauns kepada AS$854 pada Selasa, paras tertingginya sejak Febuari 2011.

Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,259.50 seauns di bawah paras tekanan daripada rali semasa dalam pasaran saham.

Pengeluaran platinum, Lonmin tidal lama lagi mungkin perlu menjana modal bagi terselamat daripada mogok lombong terpanjang dan paling mahal dalam sejarah Afrika Selatan yang telah melumpuhkan operasi serta menjejaskan pendapatannya.

Output emas Russia meningkat sebanyak 29.7 peratus pada empat bulan pertama 2014 berbanding dengan tempoh sama pada 2013 apabila pengeluar cuba menangani harga yang lebih rendah dengan jumlah yang tinggi," kata seorang pelobi industri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 10 Jun 2014


Platinum melanjutkan aliran keuntungan yang dicatatnya kepada sesi kelima berturut-turut semalam selepas rundingan untuk menyelesaikan mogok lima bulan di negara pengeluar kedua terbesar di dunia, Afrika Selatan menemui jalan buntu dan menteri perlombongan menamatkan peranannya sebagai orang tengah.

Logam paling berharga itu menghampiri paras tertingginya dalam tempoh hampir tiga tahun, manakala dagangan dalam emas sepi disebabkan ekuiti global menghampiri rekod tertinggi.

Rundingan gaji antara kesatuan pekerja lombong utama Afrika Selatan dan pengeluar utama platinum menemui jalan buntu kelmarin, mendorong Menteri Perlombongan untuk meninggalkan peranannya selaku perantaraan dan menghancurkan harapan menamatkan mogok yang mendorong ekonomi ke arah kemelesetan.

"Masih ada jurang yang luas antara kedua-dua pihak dan berdasarkan perkembangan terkini, ia seolah-olah tidak akan ada resolusi dalam masa terdekat," kata penganalisis HSBC dalam satu nota penyelidikan.

Tatkala stok di tangan telah membantu untuk menampung kekurangan pengeluaran platinum dan terdapat beberapa khabar mengatakan bahawa kitar semula sudah menambah kepada bekalan, penganalisis berkata, pemberhentian kerja yang boleh terus menyokong harga walaupun selepas pertikaian itu diselesaikan.

"Kami melihat mogok itu secara beransur-ansur menghakis saham dan mengurangkan pangkalan bekalan dengan ketara tahun ini," kata mereka.

Platinum naik 0.4 peratus kepada AS$1,449.24 seauns pada 0637 GMT, selepas sebelum ini mencecah AS$1,454.75, paras tertinggi sejak 30 Mei. Ia meningkat 1.5 peratus dalam tempoh empat sesi sebelumnya.

Logam paling berharga itu Palladium juga mencatat kenaikan menghampiri AS$844, paras harga tertinggi sejak Ogos 2011. Mogok lima bulan menghentikan pengeluaran oleh lombong yang biasanya menyumbang kira-kira 40 peratus daripada pengeluaran platinum global.

Sementara itu, emas meningkat sedikit kepada AS$1,255.10 seauns apabila rayuan pelaburan lindung nilai dijejaskan oleh pasaran saham yang lebih kukuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 09 Jun 2014


Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah semalam walaupun kenaikan sederhana di New York Commodity Exchange (COMEX) bagi dagangan emas sebagai perniagaan beralih kepada aset berisiko.

Peniaga di Phillip Futures Sdn Bhd, Desmun Chan Coin Mun, berkata penutup yang lebih rendah susulan berita yang sangat menarik di pasaran tenaga buruh AS menunjukkan pengukuhan ekonominya.

"Penggajian pekerja AS terus memberikan peningkatan kukuh Jumaat lalu, dengan tambahan 217,000 pekerja," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata dengan petanda terdapatnya pemulihan jangka pendek, emas dijangka memiliki peluang untuk melantun kembali.

Sementara itu, beliau berkata pasaran emas COMEX mencatatkan pembetulan sederhana minggu lalu atas kerugian besar

Ketika ditutup, pada Jun 2014, Julai 2014, Ogos 2014 dan September 2014 turun enam mata asas setiap satu kepada masing-masing RM129.25, RM129.55, RM129.95 dan RM129.95 segram.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 8,327 kontrak daripada 5,554 kontrak pada Jumaat manakala pendapatan semakin meluas kepada 3,729 lot bernilai kepada RM48.6 juta daripada 729 lot nilai kepada RM9.5 juta sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 08 Jun 2014


Emas diniagakan melepasi keuntungan pada Jumaat, iaitu berada di landasan untuk kenaikan minggu pertama ke minggu ketiga berikutan Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan kaedah mengepam wang ke dalam kelembapan ekonomi zon euro.

Pelaburan, bagaimanapun, berusaha mempertahankan kedudukan dengan meninjau laporan pembayaran gaji Amerika Syarikat (AS).

Pasaran logam itu, menokok 0.2 peratus kepada AS$1,255.40 seauns pada 0643 GMT, selepas menjunam hampir satu peratus pada Khamis.

Logam itu jatuh ke paras rendah ke bulan keempat, pada Selasa tetapi kini menuju keuntungan 0.4 peratus untuk minggu ini.

Penganalisis di OCBC Bank, Barnabas Gan, berkata emas akan bertindak balas terhadap pergerakan dalam dolar dan data ekonomi AS yang akan menentukan dasar bergerak Rizab Persekutuan.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam, sejajar kenaikan harga di Commodity Exchange (COMEX).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata niaga hadapan emas di Comex melonjak ke paras paling tinggi sejak 30 Mei, selepas ECB mengurangkan kadar depositnya kepada -0.1 peratus.

"Kenaikan dalam harga emas berpunca daripada pembelian untuk menampung kekurangan, apabila peniaga yang sebelum ini mengunjur harga akan susut menjelang menyuarat ECB, membeli untuk mengelakkan kerugian," katanya.

Pada penutup, Jun 2014 menambah lima mata kepada RM129.55, Julai 2014 menokok 10 mata kepada RM129.85, Ogos 2014 meningkat lapan mata kepada RM130.25, September 2014 naik 13 mata kepada RM130.25, namun Oktober 2014 turun dua mata kepada RM131.20 segram.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 5,554 kontrak daripada 4,939 kontrak dicatat kelmarin, manakala perolehan melonjak kepada 729 lot bernilai RM9.5 juta daripada 187 lot bernilai RM2.4 juta pada Khamis.

Harga fizikal emas naik 56 sen kepada RM125.32 segram daripada RM124.76 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 06 Jun 2014


Emas mengekalkan kenaikan semalaman pada Jumaat dan berada di landasan untuk mencatat kenaikan mingguan pertama dalam tiga minggu.

Ia berikutan Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan langkah untuk mengepam wang ke dalam ekonomi zon euro.

Pelabur, bagaimanapun menghindari daripada mengambil kedudukan besar kerana menanti data laporan pembayaran gaji bukan perladangan AS lewat malam tadi bagi mendapatkan petunjuk.

Emas semerta naik 0.2 peratus kepada AS$1,255.40 seauns pada 0643 GMT, selepas melonjak hampir satu peratus pada Khamis, peratusan kenaikan tertinggi sejak pertengahan bulan lalu.

Logam itu jatuh keparas rendah empat bulan pada Selasa, tetapi kini menuju ke arah mencatat kenaikan 0.4 peratus untuk minggu ini.

"Rali itu adalah reaksi kepada peningkatan kecairan yang diumumkan ECB," kata Barnabas Gan, penganalisis di OCBC Bank.

Emas katanya akan memberi maklum balas kepada pergerakan dolar dan data ekonomi AS yang akan menentukan langkah Rizab Persekutuan berikutnya.

ECB menggariskan skim empat tahun bernilai 400 bilion euro (AS$544.86 bilion) memberikan bank yang memegang kredit satu insentif untuk menambah pinjaman kepada perniagaan dalam zon euro dan berjanji akan melakukan lebih lagi usaha sekiranya perlu bagi menghadapi risiko deflasi.

Bank itu juga berkata inflasi zon euro berada di bawah satu peratus sejak Oktober.

Emas dilihat sebagai pelaburan lindung nilai bagi inflasi dan ekonomi yang lembap.

Data yang akan dikeluarkan lewat Jumaat berkemungkinan menunjukkan pertumbuhan pekerjaan AS yang perlahan pada Mei dan kadar pengangguran berkemungkinan naik tetapi tidak mencukupi untuk melemahkan pandangan bahawa ekonomi kembali naik dengan kukuh.

"Sekiranya data mengejutkan ke arah positif, emas akan jatuh di bawah AS$1,250 sekali lagi," kata Gan.

Antara logam berharga lain, platinum dan palladium menambah selepas presiden kesatuan pekerja AMCU Afrika Selatan berkata tuntutan pembayaran gaji 12,500 rand (AS$1,200) sebulan tidak boleh dirunding.

Ini membantutkan harapan penyelesaian pantas.

Afrika Selatan adalah pengeluar terbesar platinum dan kedua terbesar palladium.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 05 Jun 2014


Emas didagangkan melepasi paras terendah dalam tempoh empat bulan semalam menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB).

Pasaran logam berharga itu dilihat lebih terdedah kepada kejatuhan jika bank pusat berkenaan mengambil tindakan mengurangkan kadar faedah.

Pada mesyuaratnya semalam, ECB bersedia untuk mengenakan kadar faedah negatif bagi mengekang zon euro terus berdepan deflasi yang teruk.

Meskipun persekitaran kadar faedah yang rendah akan menggalakkan untuk melabur dalam emas, penganalisis jangka logam berharga itu akan bertindak balas terhadap kelemahan euro berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Dolar AS yang kukuh akan menyebabkan emas dalam dominasi dolar AS lebih mahal kepada pemegang mata wang lain.

"Jangkaan akan terdapat langkah rangsangan monetari, yang kemungkinannya disusuli pengurangan kadar," penganalisis Mitsubishi Corp, Jonathan Butler.

Kontrak semasa emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,244.50 seauns pada 0955 GMT, tidak begitu jauh daripada paras terendah dalam tempoh empat bulan pada paras AS$1,240.61 yang dicatatkan pada awal minggu ini.

Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaraan Ogos tidak berubah pada paras AS$1,244.50 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif susut semalam apabila peniaga mengambil sikap berhati-hati berikutan keadaan ekonomi luar yang tidak menentu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata pelabur bimbang akan menanggung kerugian jika jangkaan Bank Pusat Eropah akan menurunkan kadar faedah menjadi kenyataan.

"Ini mungkin melemahkan euro berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.

Mata wang euro yang semakin lemah dan dolar lebih kukuh akan menjadikan dolar yang bersandarkan emas lebih mahal kepada pemegang mata wang lain.

Pada penutup, kontrak Jun 2014 naik 13 mata kepada RM129.40 segram, Ogos 2014 meningkat 14 mata kepada RM130.10 segram dan Disember 2014 naik 12 mata kepada RM130.90 segram.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 4,939 kontrak daripada 4,796 kontrak kelmarin manakala perolehan meningkat kepada 187 lot bernilai RM2.4 juta daripada 144 lot bernilai RM1.9 juta kelmarin.

Harga fizikal emas susut 93 sen kepada RM124.76 segram berbanding RM125.69 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS