Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 05 Jun 2014


Emas didagangkan melepasi paras terendah dalam tempoh empat bulan semalam menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB).

Pasaran logam berharga itu dilihat lebih terdedah kepada kejatuhan jika bank pusat berkenaan mengambil tindakan mengurangkan kadar faedah.

Pada mesyuaratnya semalam, ECB bersedia untuk mengenakan kadar faedah negatif bagi mengekang zon euro terus berdepan deflasi yang teruk.

Meskipun persekitaran kadar faedah yang rendah akan menggalakkan untuk melabur dalam emas, penganalisis jangka logam berharga itu akan bertindak balas terhadap kelemahan euro berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Dolar AS yang kukuh akan menyebabkan emas dalam dominasi dolar AS lebih mahal kepada pemegang mata wang lain.

"Jangkaan akan terdapat langkah rangsangan monetari, yang kemungkinannya disusuli pengurangan kadar," penganalisis Mitsubishi Corp, Jonathan Butler.

Kontrak semasa emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,244.50 seauns pada 0955 GMT, tidak begitu jauh daripada paras terendah dalam tempoh empat bulan pada paras AS$1,240.61 yang dicatatkan pada awal minggu ini.

Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaraan Ogos tidak berubah pada paras AS$1,244.50 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif susut semalam apabila peniaga mengambil sikap berhati-hati berikutan keadaan ekonomi luar yang tidak menentu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata pelabur bimbang akan menanggung kerugian jika jangkaan Bank Pusat Eropah akan menurunkan kadar faedah menjadi kenyataan.

"Ini mungkin melemahkan euro berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.

Mata wang euro yang semakin lemah dan dolar lebih kukuh akan menjadikan dolar yang bersandarkan emas lebih mahal kepada pemegang mata wang lain.

Pada penutup, kontrak Jun 2014 naik 13 mata kepada RM129.40 segram, Ogos 2014 meningkat 14 mata kepada RM130.10 segram dan Disember 2014 naik 12 mata kepada RM130.90 segram.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 4,939 kontrak daripada 4,796 kontrak kelmarin manakala perolehan meningkat kepada 187 lot bernilai RM2.4 juta daripada 144 lot bernilai RM1.9 juta kelmarin.

Harga fizikal emas susut 93 sen kepada RM124.76 segram berbanding RM125.69 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment