Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 November 2015

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal tidak menentu dengan kecenderungan menurun minggu depan memandangkan kebimbangan berterusan akan kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

“Bagi minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas di bursa tempatan turun bagi lima minggu berturut-turut, mendapat tekanan daripada kemungkinan kenaikan kadar faedah AS bulan depan,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chan Pek Man.

Beliau berkata, ketegangan geopolitik antara Turki dan Russia awal minggu ini menyediakan sokongan terhad kepada harga emas.

Bagi asas mingguan, kontrak November 2015 turun 105 mata kepada RM145.15 satu gram, manakala Disember 2015 susut 112 mata kepada RM145.40 satu gram.

Kontrak Januari 2016 dan Februari 2016 setiap satu turun 106 mata masing-masing kepada RM145.70 dan RM146.20 satu gram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 564 lot bernilai RM8.21 juta daripada 191 lot bernilai RM2.91 juta. 

Kepentingan terbuka pada Jumaat menokok kepada 1,314 kontrak daripada 891 kontrak sebelumnya.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 27 November 2015

Emas didagangkan di parastere ndah menghampiri paras enam tahun pada Jumaat dan memacu ke arah penurunan minggu keenam terendah, dilemahkan dengan lonjakan dolar susulan jangkaan Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

Dolar didagangkan pada paras lapan bulan tertinggi dalam kebanyakan mata wang lain dirangsang kelemahan euro dan prospek kenaikan kadar faedah AS.

Rizab Persekutuan (Fed) dijangka akan menaikkan kadar faedah AS untuk kali pertama selepas sedekad lamanya menjelang bulan depan.

Pelabur percaya kadar faedah yang lebih tinggi akan melemahkan permintaan terhadap hasil bukan emas. “

Sekali lagi emas gagal mengatasi bidaan dolar. Sebarang rali akan cenderung untuk berlaku aktiviti melpaskan pegangan,” kata pedagang emas di Australia.

Pembeli utama seperti China memberikan banyak kelebihan tetapi masih gagal untuk menyokong harga, kata peniaga.

Harga emas jatuh 0.4 peratus kepada AS$1,067.35 seauns 0644 GMT, untuk ditutup turun AS$1,064.95 paras minggu lalu paras terendah logam itu sejak Februari 2010.

Logam itu didagangkan di bawah satu peratus minggu ini. Dagangan hadapan emas turut menurun enam minggu berturut-turut. 

Pembeli China naik sejak akhir-akhir ini disebabkan harga emas yang menarik.

Premium di Shanghai Gold Exchange, menjadi petunjuk kepada permintaan di China didagangkan antara AS$5 hingga AS$6 seauns berbanding AS$3 hingga AS$4 bulan lalu.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 26 November 2015

Harga emas berlegar di paras terendah hampir enam tahun semalam, berikutan pengukuhan dolar AS dan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan.

Data dikeluarkan Rabu menunjukkan pengeluaran perkilangan AS meningkat melepasi jangkaan pakar ekonomi pada Oktober, manakala cadangan perbelanjaan perniagaan meningkat.

Permohonan baharu untuk mendapatkan manfaat kerana pengangguran jatuh minggu lalu.

Data lain menunjukkan peningkatan kecil dalam perbelanjaan pengguna di AS pada Oktober, tetapi tidak dapat merubah tinjauan bahawa ekonomi negara itu sudah cukup kukuh bagi Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah Disember depan.

Emas semerta mencatat perubahan harga kecil pada AS$1,071.96 satu auns pada 0245 GMT, selepas jatuh 0.4 peratus pada Rabu. Susut kepada AS$1,064.95 minggu lalu, paras terendah sejak Februari 2010. 

Indeks dolar yang mengukur kekukuhan dolar berbanding mata wang utama, berada sekitar 100.17, tertinggi dalam lapan bulan yang dicatat pada sesi sebelumnya, dan ini memberi kesan negatif kepada emas.

“Kami memantau dolar sebagai kemungkinan pemangkin untuk emas,” kata penganalisis di ScotiaMocatta dalam satu nota.

“Indeks dolar berada dalam jangkauan untuk mencecah paras tertinggi 100.39. Melepasi paras itu akan menolak turun harga,” katanya.

Pada paras 100.39, yang kali terakhir dicapai pada Mac tahun ini, bakal menjadi paras tertinggi indeks itu sejak April 2003.

Premium pada Bursa Emas Shanghai diniagakan pada paras sihat AS$5 hingga AS$6 satu auns pada Khamis, berbanding AS$3 hingga AS$4 pada awal bulan.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 November 2015

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif semalam ditutup tinggi sedikit berikutan ketegangan geopolitik antara Turki dan Rusia mendorong permintaan terhadap aset selamat itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chan Pek Man, berkata bagaimanapun, jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS untuk pertama kali dalam tempoh hampir sedekad bulan depan akan terus mempengaruhi harga emas.

“Selain itu, harga emas tempatan juga menerima tekanan disebabkan ringgit mula mengukuh. Pelabur juga menunggu lebih banyak data AS yang dijadualkan lewat hari (semalam) ini menjelang cuti Hari Kesyukuran AS esok, bagi mengukur kekuatan ekonomi,” katanya.

Ketika ditutup, November 2015, Disember 2015, Januari 2016 dan Februari 2016 masing-masing meningkat enam mata kepada RM145.80, RM146.40, RM146.40 dan RM146.90 segram.

Jumlah dagangan susut kepada 16 lot bernilai RM230,000 berbanding 60 lot bernilai RM880,000 kelmarin, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 906 kontrak daripada 945 kontrak sebelum ini.

Pada jam 5 petang, harga emas ñzikal jatuh 95 sen kepada RM140.84 segram.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lakar Sejarah - Public Gold Dan Pos Ar-Rahnu Jalin Kerjasama

Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) terus melakar sejarah dalam perniagaan emas dan perak apabila menjalinkan kerjasama dengan Pos Ar Rahnu Sdn Bhd (Pos ArRahnu), anak syarikat Pos Malaysia Bhd secara rasmi, semalam.

Majlis menandatangani dokumen perjanjian disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Public Gold. Datuk Louis Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia. Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh. 

Louis berkata, kerjasama itu membuktikan perkembangan syarikat Public Gold dalam perniagaan emas selain permintaan memberangsangkan terhadap produk logam pelaburan berharga (IPM).

Beliau berkata, lebih membanggakan produk Public Gold dikecualikan dari Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain mendapat pengiktirafan dari London Bullion Market Association (LMBA).

“Sebagai langkah produktif, Public Gold meme perkenalkan koleksi bar emas edisi khas Pos Malaysia seberat 1 gram dengan harga RM200 seunit dan pada peringkat permulaan 20,000 unit koleksi ini diperkenalkan.

“Produk edisi khas ini boleh dimiliki sekarang di semua rangkaian Pos Malaysia termasuk 63 cawangan Pos ArRahnu dan semua 18 cawangan Public Gold di seluruh negara," katanya.

Mohd Shukrie berkata, Pos ArRahnu menyasarkan pengeluaran pembiayaan sehingga RM1 bilion kepada pelanggan menjelang 2018 berbanding lebih RM700 juta pembiayaan diberikan kepada 100,000 pelanggan sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata kewujudan 65 cawangan ArRahnu di seluruh negara akan lebih memudahkan urusan pelanggan termasuk yang ingin menyimpan emas, membeli emas terpakai dan menjual produk emas untuk tujuan pelaburan.

“Sebagai ejen korporat tunggal Public Gold, Pos Ar-Rahnu akan terus mengembangkan sayapnya dari perniagaan asal berkonsepkan pajak gadai patuh syariah kepada pusat penyelesaian emas sehenti dengan menjual produk emas pelaburan," katanya.

Sumber : Harian Metro
Tulisan : Rudy Syareme Sheriffudin

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 24 November 2015

Emas pulih daripada paras terendah dalam tempoh hampir enam tahun semalam disebabkan saham dan dolar berundur, tetapi kekal berada di bawah tekanan ekoran jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) akan meneruskan kenaikan kadar faedah buat kali pertama dalam tempoh hampir sedekad bulan depan. 

Sementara itu, Platinum menurun ke paras terendah dalam tempoh hampir tujuh tahun, meletakkan ia di landasan betul untuk kejatuhan 14 peratus pada November, penurunan bulanan terbesar sejak September 2011.

Spot emas meningkat 0.4 peratus kepada AS $1,073.10 seaun pada 1030 GMT, manakala niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) untuk penghantaran Disember meningkat AS $5.50 seaun pada AS$1,072.30.
Emas merosot ke paras terendah sejak Februari 2010 minggu lalu pada AS$1,064.95 seaun, dan ditekan semula ke dalam lingkungan beberapa dolar daripada tahap yang dicatat pada Isnin disebabkan unit mata wang AS itu mencecah paras tertinggi lapan bulan berbanding sekumpulan mata wang.

Nilai dolar sudah pulih, tetapi masih terdedah kepada ketidakstabilan, kata penganalisis.

“Jika dolar terus kukuh, harga emas akan menurun. Ia tidak semestinya trajektori yang lancar, tetapi saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa ia perlu meningkat. 

“Pasaran masih menyasarkan kenaikan kadar faedah pada Disember. Jika anda melihat hubungan dengan dolar tahun ini, itu benar- benar adalah pemacu,” kata penganalisis Citi, David Wilson.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PNB Umum Agihan 6.20 Sen Seunit ASN3

Kuala Lumpur : Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Peruntukan pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM67.28 juta iaitu 31.3 peratus lebih tinggi berbanding RM51.24 juta pada tahun lalu.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, agihan pendapatan berkenaan kekal sama dengan kadar yang diberikan pada 2014 dan membabitkan sebanyak 37,121 pemegang unit yang melanggan 1.085 bilion unit ASN 3.

“Sehingga 20 November 2015, tabung ASN 3 sudah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM60.06 juta dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM21.22 juta atau 35.3 peratus.

“Selain itu, keuntungan daripada penjualan saham syarikat-syarikat pula menyumbang sehingga RM18.98 juta atau 31.6 peratus,” katanya pada sidang media pengumuman pengagihan pendapatan ASN 3 di sini, semalam.

ASN 3 adalah dana imbang yang diperkenalkan pada 2001 bagi menjana pertumbuhan jangka sederhana dan panjang melalui portfolio pelaburan seimbang serta menerusi pelaburan semula pengagihan pendapatan sekiranya ada.

Beliau berkata, pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan pula menyumbang RM19.86 juta iaitu 33.1 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.

“Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Disember ini berdasarkan nilai aset bersih ASN 3 pada 30 November 2015.

“Sementara itu, bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASN 3 melalui Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP," katanya. 

Semua pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN 3 di pejabat atau ejen-ejen ASNB seluruh negara mulai 1 Disember 2015 dan semua urus niaga ASN 3 ditangguhkan mulai 22 hingga 30 November ini bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PENIPUAN TUN TEJA : 75 Tuduhan 101 Mangsa RM4 Juta Rugi

Seorang bekas penaung badan bukan kerajaan (NGO) didakwa di Mahkamah Majistret di sini,semalam, atas 75 tuduhan memperdaya 101 mangsa berhubung skim pelaburan pelancongan dan kayu gaharu membabitkan kerugian hampir RM4 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Baharuddin Mohd Yusoff, 47, yang juga pakar motivasi itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Al Baki.

Dalam prosiding itu, isteri tertuduh yang hamil tujuh bulan, Nor Hashimah Darus, 44, yang sepatutnya dituduh bersama semalam bagaimanapun tidak hadir disebabkan tekanan dan menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Selayang.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya semua mangsa untuk menyerahkan wang tunai antara RM3,800 hingga RM1,003,800 bagi menyertai skim berkenaan yang keuntungannya tidak wujud.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat syarikat pertubuhan Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, 51-1 & 51-2, Jalan Bandar Rawang 16, Bandar Rawang antara Januari 2012 hingga Disember 2014.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua duanya, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Khairul Azhwa Yusrie menawarkan yang jaminan RM450,000 dengan seorang penjamin. 

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Jason Singh memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan atas alasan anak guamnya mempunyai enam anak termasuk orang kurang upaya (OKU) serta mempunyai pendapatan RM1,500.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Januari ini sebagai sebutan semula kes.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dengan menggunakan nama sri kandi Melayu Tun Teja dan kononnya kelab ditubuhkan mereka berorientasi kebajikan dan sosial, suami isteri ini dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada ribuan mangsa yang membuat pelaburan dengan mere ka.

Antara taktik pasangan berusia 40-an itu ialah mengumpan mangsa dengan pulangan pelaburan lumayan antara lima hingga 11 peratus, selain menganugerahkan pelabur yang membuat pelaburan lebih RM100,000 selendang emas serta dua logo diraja untuk dipasang pada plat kereta.

Bagaimanapun, mereka yang dipercayai mula mengutip wang pelaburan secara haram sejak 2011 didalam gagal membayar komisen serta pulangan kepada ribuan pelabur meskipun ada yang melabur jutaan ringgit. 

Sumber : Harian Metro
Tulisan : Sarah Zulkifli

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 23 November 2015

Harga emas meneruskan penurunannya semalam, jatuh kepada paras terendah enam tahun yang dicatatkan minggu lalu.

Ia ditekan oleh pengukuhan nilai dolar dan kenyataan memberangsangkan daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kemungkinan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dinaikkan bulan depan. 

Spot logam itu jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,070.01 seauns menjelang 0644 GMT, turun buat sesi ke-13 dalam 16 hari dagangan bulan ini. Emas susut kepada AS$1,064.95 minggu lalu, paras terendah yang pernah dicatatkannya sejak Februari 2010.

Spekulasi bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah buat kali pertama dalam hampir sedekad pada tahun ini telah bertambah sejak data pekerjaan AS yang kukuh dikeluarkan awal bulan.  

Kenyataan daripada beberapa pegawai Fed pula mengukuhkan lagi pandangan berkenaan.

Kadar faedah lebih tinggi cenderung untuk mempengaruhi harga emas, kerana ia akan meningkatkan kos peluang memegang aset bukan pulangan, sambil mengukuhkan dolar.

“Kami menjangkakan harga emas pada sekitar AS$1,080 adalah seperti urus niaga teknikal, mencerminkan tabiat pasaran 'berdiri di atas pagar dalam pada mereka menunggu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Disember. Kami mengekalkan unjuran akhir tahun pada AS$1,050,” kata penganalisis OCBC Bank, Barnabas Gan.

Lebih banyak tekanan ke atas logam berharga itu dijangka berlaku apabila pelabur mengambil pendirian untuk keluar daripada pasaran menjelang kenaikan kadar faedah AS.

Aset dalam SPDR Gold Trust, dana tukaran sokongan emas terbesar dunia susut 0.18 peratus kepada 660.75 tan pada Jumaat, paras terendah sejak September 2008.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Lidah Bersulam Emas

"Ratusan mangsa lebur RM15,000 untuk jongkong RM40,000"

Hanya perlu bayar RM15,000 dan pelabur dijanjikan faedah bulanan dan jongkong emas bernilai hampir RM40,000.

Bagaimanapun, tawaran pelaburan itu adalah palsu apabila beratus mangsa ditipu hampir RM8 juta apabila gagal memperoleh pulangan dijanjikan oleh sindiket yang aktif mencari mangsa melalui laman sosial Facebook (FB).

Salah seorang mangsa, Mohd Fakhrul Ali, 29, berkata, dia terjebak dalam penipuan pelaburan emas itu selepas dipujuk salah seorang rakannya menyertai skim berkenaan Ogos lalu.

Menurutnya, dia tertarik untuk melabur berikutan skim itu menjanjikan keuntungan dalam tempoh pantas.

"Ejen pelaburan itu yang bergerak melalui laman sosial Facebook (FB) memberi penerangan dan taklimat kepada saya dan individu lain yang berminat.

"Seramai 50 peserta mendengar taklimat khas itu yang diadakan di sebuah pejabat di Kepong," katanya.

Dia yang yakin terhadap penjelasan yang diberikan kemudian bersetuju menyertai skim itu dengan membayar RM15,000 secara tunai.

"Saya dijanjikan pulangan wang tunai sebanyak RM2,500 selama tiga bulan pertama selain akan diberikan jongkong emas pada akhir bulan ketiga.

"Sejurus selepas melabur, ejen itu kejap menghubungi saya dan memujuk saya supaya menggandakan jumlah pelaburan," katanya.

Bagaimanapun dia menyedari ditipu apabila wang faedah dijanjikan tidak dibayar pada tarikh ditetapkan sebelum ini.

"Ejen itu terus menghilangkan diri dan gagal dihubungi. Malah, berpuluh mangsa lain turut menerima nasib sama.

"Saya bersama mangsa lain kemudian berusaha menjejaki suspek sehingga ke rumahnya, namun gagal. Kami yakin suspek sudah membawa lari wang mangsa berjumlah hampir RM8 juta," katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kes penipuan berkenaan.

Dia berkata, ramai mangsa yang kini kebingungan akibat ditipu dan jumlah mereka menjangkau lebih 200 individu.

Dalam kes berasingan sebelum ini, seorang lelaki turut dikesan memperdaya orang ramai dengan menawarkan pembelian emas secara ansuran sebanyak 200 gram selama tiga bulan.

Pelabur dijanjikan mendapat pulangan berbentuk emas fizikal 200 gram serta wang tunai RM34,000 bagi pelaburan itu.

Suspek turut melantik ejen khas untuk menarik pelabur baru sebelum menghilangkan diri bersama wang modal dikutip berjumlah jutaan ringgit.

Sementara itu jurucakap polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur meminta mangsa yang ditipu membuat laporan polis serta membawa sebarang bukti berkaitan.

Sumber : Harian Metro
Tulisan : Fardy Bungga & Nadzreen Shah Mat Salim

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 22 November 2015

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka meneruskan kemerosotannya minggu depan susulan peningkatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling, berkata pengukuhan ringgit akan bersifat sementara memandangkan pergerakan emas dipengaruhi oleh jangkaan lebih kukuh ke atas kenaikan faedah AS.

"Kami meletakkan paras sokongan segera pada RM148 satu gram dan paras ketahanan pada RM152 satu gram," katanya.

Mengikut Jumaat ke Jumaat, November 2015 turun 44 mata kepada RM150.40 satu gram, manakala Disember 2015, Januari 2016 dan Febuari 2016 masing-masing susut 42 mata kepada RM151, RM151 dan RM151.50 satu gram.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 191 lot bernilai RM2.91 juta daripada 121 lot bernilai RM1.85 juta minggu lalu,

Kepentingan terbuka pada Jumaat meningkat kepada 891 kontrak daripada 794 kontrak sebelum ini.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 20 November 2015

Spot emas kukuh semalam tetapi masih terperangkap hampir paling murah lebih daripada lima tahun, berikutan logam bergelut berbanding dolar lebih kukuh menjelang kenaikan kadar Amerika Syarikat (AS) yang dijangka pada bulan depan secara meluas.

“Kami masih negatif dan sasaran AS$985 dalam jangka pendek,” kata penganalisis UBS Wealth Management di Hong Kong, Dominic Schnider.

Beliau berkata, rasionalnya adalah agak jelas. Fed ke arah kenaikan, dolar menyaksikan kekukuhan selanjutnya dan dalam persekitaran itu, ia akan menjadi agak sukar untuk mengekalkan harga semasa.

Dolar yang lebih kukuh menjejaskan permintaan untuk komoditi berharga dalam mata wang AS dengan menjadikan mereka mahal bagi pemegang mata wang lain.

Spot emas meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada AS$1,085.80 seauns pada 0609 GMT. Harga mencecah paling lemah dalam lebih daripada lima tahun pada AS$1,064.95 seauns pada Rabu dan bersedia untuk menutup minggu ini dengan sedikit berubah.

Emas AS meningkat 0.7 peratus kepada AS$1,086 seauns.

Permohonan baharu AS untuk faedah pengangguran jatuh minggu lalu, manakala aktiviti ekonomi AS kembali pulih pada Oktober, tanda ekonomi sihat yang boleh memberi keyakinan kepada Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

Dolar stabil semalam selepas kenaikan, baru-baru ini, yang membawa mata wang AS itu ke paras tujuh bulan tinggi berbanding sekumpulan mata wang.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 19 November 2015

Harga emas ditutup lebih tinggi semalam, pulih daripada paras terendah dalam enam tahun apabila dolar berhenti daripada rali keuntungannya, walaupun logam beharga itu kekal di bawah tekanan susulan jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Pegawai Rizab Persekutuan (Fed) pada Rabu mengulangi kempennya yang menyatakan Disember sebagai waktu terbaik bagi AS menaikkan kadar faedah selepas tujuh tahun meletakkannya pada paras hampir sifar. 

Kenaikan kadar faedah akan cenderung memberikan tekanan kepada emas apabila ia akan menaikkan peluang bagi kos memiliki jongkang emas bukan hasil selain melonjakkan dolar, kerana emas didagangkan dalam mata wang itu.

Harga emas naik 0.3 peratus kepada AS$1,073.50 satu aun kepada 1057 GMT, manakala dagangan hadapan AS bagi penghantaran Disember naik AS$4.20 kepada AS$1,072.90.

Logam beharga itu mencecah paras paling lemahnya sejak Februari 2010 pada Rabu lalu kepada AS$1,064.85.

“Secara asasnya permintaan fizikalnya tidak seteruk itu.

“Saya berpendapat dolar AS akan berlaku pembetulan yang menurun dan emas kelihatannya akan pulih sementara memacu ke rantau AS$1,095.”

“Pasaran berpendapat ia mungkin akan menguji paras AS$1,090 hingga 1,095, namun semuanya terpulang kepada persoalan pengukuhan dolar” kata Ketua Perdagangan MKS, Afshin Nabavi.

Dolar kini didagangkan lebih rendah berbanding mata wang lain pada Khamis apabila beberapa penganalisis mempersoalkan yang ia mungkin memerlukan lebih banyak jangkaan pada bulan depan terhadap zon euro dan dasar monetari AS untuk memacu mata wang dolar ke paras lebih tinggi.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 18 November 2015

Emas mencatatkan sedikit kenaikan semalam apabila satu lagi ancaman bom yang menakutkan di Eropah dan tembakan di Paris mendorong permintaan terhadap logam yang lebih selamat itu, tetapi nilai dolar yang kukuh mengekalkan kekangan terhadap kenaikan harga yang mencecah paras terendah dalam tempoh hampir enam tahun pada sesi awal dagangan.

Perak menjejaki logam berharga itu, kembali ke wilayah positif selepas jatuh ke paras terendah dua setengah bulan, manakala platinum menokok pada paras terendah tujuh tahun.

Spot emas naik 0.07 peratus pada AS$1,071.4 seaun pada 0752 GMT, selepas jatuh ke AS$1,064.95 sebelum ini, paling rendah sejak Februari 2010.

Emas hadapan Amerika Syarikat (AS) meningkat 0.11 peratus pada AS$1,069.7.

Harga emas telah jatuh pada 14 daripada 16 sesi disebabkan tekanan ekoran jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dijangka menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

Data pada Selasa menunjukkan harga pengguna meningkat pada bulan Oktober, menyemarakkan lagi jangkaan itu.

Emas berjaya meraih semula keuntungan susulan sedikit kerugian dalam lewat dagangan di Asia disebabkan dolar susut sedikit kepada 99.477 berbanding sekumpulan mata wang.

Bagaimanapun, ini tidak terlalu jauh daripada paras tertinggi tujuh bulan sebanyak 99.756 yang dicatat pada awal sesi dagangan. 

“Kita menyaksikan ledakan dalam beberapa hari lalu, tetapi reaksi spontan tidak benar-benar kekal,” kata Victor Thianpiriya, penganalisis di ANZ.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 17 November 2015

Harga emas jatuh ke paras terendah lima tahun semalam susulan kesan kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dan permintaan lemah di kalangan pembeli emas utama turut mempengaruhi harga.

Jangkaan semasa ialah AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan, yang menolak nilai dolar ke paras tertinggi dalam setengah tahun berbanding beberapa mata wang utama, menjadikan logam berharga lebih mahal dipegang bagi mereka yang memegangnya dalam mata wang asing.

“Kelihatan ekonomi dunia lemah, juga di China dan India, maka potensi pasaran bagi pengguna juga susut,” kata Pengurus Besar Heraeus Precious Metals, Dick Poon.

China dan India adalah pengguna emas terbesar dunia.

Emas semerta susut AS$3.95 atau 0.4 peratus kepadaAS$1,078.46 satu aun pada 0608 GMT.

Ia mencecah AS$1,074.26 satu tan pada 12 November yang termurah dalam lebih lima tahun.

Harga emas AS susut 0.6 peratus kepada AS$1,077.50.

Logam perindustrian palladium pula jatuh dua peratus kepada AS$537.28 satu aun, menarik turun harga logam perindustrian yang jatuh disebabkan penyusutan permintaan dari China.

Presiden Perancis, Francois Hollande menyeru AS dan Russia supaya menyertai gabungan global untuk memusnahkan Negara Islam (IS) susulan serangan di Paris baru-baru ini.

Saham Asia menokok semalam, menyaksikan kelegaan selepas maklum balas Wall Street ke atas serangan Paris dan jangkaan bagi peningkatan kadar faedah pada Disember meletakkan dolar dalam keadaan bulis.

Pemimpin ekonomi terbesar dunia, AS dijangka menaikkan kadar faedah dua peratus menjelang 2018, sungguhpun pertumbuhan tidak sekata dan lebih lemah daripada jangkaan.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pos Ar Rahnu Sasar Pembiayaan RM1 Bilion

"Pengeluaran untuk manfaat pelanggan menjelang 2018" 

Pos Ar Rahnu Sdn Bhd (Pos ArRahnu), anak syarikat Pos Malaysia Bhd, menyasarkan pengeluaran pembiayaan sehingga RM1 bilion kepada pelanggannya menjelang tahun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata sejak penuhuhannya pada 2012 sehinga 31 Oktober tahun ini, Pos ArRahnu sudah mengeluarkan lebih RM700 juta pembiayaan kepada lebih 100,000 pelanggan, terdiri daripada rakyat Malaysia dan warga asing.

Sedia banyak akses
Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 65 cawangan ArRahnu di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan menyimpan emas,membeli emas terpakai dan menjual produk emas untuk tujuan pelaburan. 

"Pos ArRahnu sentiasa berusaha menggalak serta memperkayakan orang ramai dengan menyediakan lebih banyak akses dalam pelaburan menerusi pembelian produk emas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman kerjasama baharu penyedia perkhidmatan kewangan mikro Islam itu dengan syarikat perdagangan emas tizikal tempatan, Kumpulan Public Gold (Public Gold) di Kuala Lumpur, semalam.  

Yang turut hadir, Penyrusi Eksekutif Public Gold, Datuk Wira Louis Ng.

Kerjasama itu membabitkan perniagaan menjual produk emas pelaburan di 65 cawangan Pos ArRahnu di sehiruh negara.

Sebagai ejen korporat tunggal Public Gold, Pos ArRahnu mengembangkan sayapnya dari perniagaan asal berkonsepkan pajak gadai patuh syariah kepada pusat penyelesaian emas sehenti iaitu menjual produk emas pelaburan seperti jongkong emas dan dinar emas pada ketulenan 999.

Penuhi permintaan
Shukrie berkata, kerjasama berkenaan adalah sebagai memenuhi peningkatan permintaan produk logam pelaburan berharga (IPM).

“Menerusi pengenalan produk baharu itu, kami turut menyasarkan segmen perniagaan ArRahnu mampu menyumbang antara RM25 juta hingga RM30 juta kepada perolehan keseluruhan kumpulan, untuk tahun kewangan akan datang,” katanya.

Produk emas boleh diperoleh ada harga kompetitif dalam berat 0.5 gram sehingga 500 gram. Harga jualan harian prouk emas berdasarkan kepada harga dengan premium dikeluarkan oleh London Metal Exchange (LME).

Selain menjual produk emas, Pos ArRahnu juga sudah memulakan perniagaan pembelian balik emas terpakai dan menawarkan margin pembelian balik lebih daripada 90 peratus bagi mana-mana emas terpakai, barang kemas, dinar atau jongkong emas.

Sumber : Berita Harian (14 November 2015)
Tulisan : Nurhayati Abllah

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 13 November 2015

Harga emas jatuh buat sesi ke-12 daripada 13 sesi semalam, untuk diniagakan hampir ke paras terendah dalam enam tahun susulan meningkatnya peraturan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Ia juga berlaku apabila pelabur keluar daripada dana sokongan logam berharga itu.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,082.90 seauns menjelang 0705 GMT dan dalam landasan untuk mencatatkan kejatuhan mingguan keempat berturut-turut.

Logam itu jatuh kepada AS$1,074.26 dalam sesi terdahulu, paras terendah sejak Febuari 2010.

Kumpulan logam platinum (PGM) turut menjejaki harga emas yang lebih rendah.

Platinum susut ke paras terendah dalam hampir tujuh tahun pada AS$865.25 kelmarin dan dalam laluan untuk mencatatkan penurunan mingguan terburuknya dalam tempoh empat tahun.

Palladium susut kepada paras terendah dalam dua setengah bulan pada AS $530.75 dan dengan kejatuhan sebanyak 12 peratus, ia sedang menuju kepada minggu terburuknya sejak September 2011.

Penganalisis HSBC, James Steel, berkata walaupun kami melihat permintaan fizikal bagi PGM daripada sumber industri secara umumnya adalah stabil, pelabur mula keluar dan kami tidak melihat sebarang isyarat awal pengurangan pengeluaran berikutnya.

“Sama ada rali dalam semua sektor harga komoditi atau terdapat bukti kukuh pengeluaran diperlukan sekarang untuk memacu rali dalam PGM,” katanya sambil menambah bahawa emas juga akan menyaksikan lebih banyak penurunan.

Aset SPDR Gold Trust, ETF terbesar emas pula jatuh kepada 661.94 tan pada Khamis, terendah sejak September 2008.

Pegangan semua dana emas berada pada paras terendahnya sejak Mac 2010.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 05 November 2015

Emas diadakan menghampiri paras terendah dalam tempoh sebulan semalam dan tampak hampir pasti jatuh dibawah paras AS$1,100 satu aun selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Janet Yellen, menyemarakkan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada bulan Disember.

Yellen membayangkan terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah Disember dilaksanakan dan membentangkan apa yang kini nampaknya kes asas di bank pusat AS, iaitu kadar pengangguran yang rendah, pertumbuhan yang berterusan dan keyakinan menghadapi inflasi bermakna negara itu sudah bersedia untuk kadar faedah yang lebih tinggi.

Seorang lagi pegawai Fed menyuarakan pendapat sama, menyebabkan logam berharga itu diniagakan lebih rendah bagi sesi keenam berturut-turut kelmarin.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,109.10 satu aun pada 0627 GMT, kekal berhampiran paras terendah sesi sebelumnya sebanyak AS$1,106, terendah sejak Oktober 2.

Emas adalah kira-kira AS$30 lebih rendah daripada paras harga terendah lima setengah tahun iaitu AS$1,077 yang dicatat pada Julai. 

Ia mencatat kejatuhan hampir AS$60 dalam tempoh enam sesi yang lalu.

“Kami rasa kadar kenaikan Disember adalah lebih berkemungkinan berlaku daripada tidak berlaku dan reaksi pasaran yang sesuai ialah meningkatkan risiko, komoditi lemah, hasil yang lebih tinggi dan dolar yang lebih kukuh,” kata ANZ dalam satu nota.

Ucapan Yellen menyebabkan pelabur menetapkan semula jangkaan mereka terhadap kenaikan kadar faedah Disember melebihi 60 peratus.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bank Negara Kekal OPR 3.25 Peratus

"Pendirian dasar monetari sokong aktiviti ekonomi" 

Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPG) semalam.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

MPC katanya, menyedari terdapat peningkatan risiko dalam persekitaran ekonomi dan kewangan global dan ia sedang dipantau dengan teliti bagi mengkaji implikasinya terhadap kestabilan makro ekonomi dan prospek ekonomi Malaysia.

“Ini bagi memastikan pendirian dasar monetari adalah selaras dengan prospek pertumbuhan keseluruhan yang mapan,” kata Bank Negara.

Bank Negara berkata,meskipun pertumbuhan telah menjadi perlahan di kebanyakan ekonomi Asia, rantau ini terus mencatat pertumbuhan yang positif dengan disokong oleh permintaan dalam negeri.

“Ketidaktentuan dalam pasaran kewangan antara bangsa sudah reda, namun pasaran akan terus menerima kesan daripada peralihan mudah tunai global dan sentimen pelabur,” katanya.

Prestasi ekonomi 
Bank Negara berkata, risiko pertumbuhan global menjadi lebih perlahan adalah masih tinggi ekoran momentum pertumbuhan yang semakin sederhana dalam beberapa ekonomi utama, ketidakpastian mengenai harga tenaga dan komoditi serta kemungkinan keadaan pasaran tidak teratur disebabkan oleh dasar dalam ekonomi utama.

Katanya, prestasi ekonomi Malaysia terus dipen garuhi oleh persekitaran luaran yang lembap dan oleh itu, permintaan dalam negeri kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

“Penggunaan swasta dijangka menjadi sederha na apabila isi rumah terus membuat penyelarasan terhadap kos sara hidup yang lebih tinggi dalam keadaan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

“Perbelanjaan isi rumah akan disokong oleh pertumbuhan upah dan keadaan pasaran pekerja yang stabil dan meskipun aktiviti pelaburan semakin perlahan dalam industri minyak dan gas, pelaburan akan disokong oleh projek pembangunan infrastruktur dan perbelanjaan modal oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan,” katanya.

BNM berkata, pada masa depan, permintaan dalam negeri dijangka terus menjadi permacu utama pertumbuhan dengan disokong oleh eksport apabila pertumbuhan global menjadi bertambah baik.

Ekonomi Malaysia katanya, terus mendapat manfaat daripada pelbagai sumber pertumbuhan, ekonomi yang fleksibel pengemasaran rendah, paras hutang luar negeri yang terurus dan permodalan sistem perbankan yang kukuh.

Bank Negara berkata,purata inflasi bagi Ogos dan September adalah 2.8 peratus dan dijangka kekal stabil secara relatif dalam tempoh selanjutnya tahun ini.

Tulisan : Ahmad Fiesal Othman

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 

 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 03 November 2015

Harga emas kukuh semalam selepas mencatat kejatuhan empat hari tetapi berada hampir paras terendah empat minggu berikutan pelabur menjual logam itu disebabkan jangkaan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah tahun ini.

Minggu lalu Rizab Persekutuan memberi isyarat kadar faedah akan dinaikkan Disember depan, mengecewakan pandangan sebelum ini bahawa kenaikan hampir sedekad itu boleh ditolak ke tahun depan disebabkan kebimbangan pertumbuhan ekonomi global yang lembap.

Emas semerta menokok 0.1 peratus kepada AS$1,134.60 satu auns pada 0246 GMT, tetapi ditutup ke paras terendah empat minggu AS$1,132.35 yang dicapai pada sesi dagangan sebelum itu.

Logam itu susut untuk empat hari berturut-turut pada Isnin.

“Kami kekal negatif ke atas keseluruhan prestasi kumpulan logam berharga untuk jangka pendek. Gabungan pengukuhan dolar, pasaran saham AS yang meningkat, kecairan ETF, ketidaktentuan Rizab Persekutuan, selain gambaran teknikal yang semakin buruk akan memberikan reaksi defensif yang lebih panjang,” kata penganalisis di INTL FCStone, Edward Meir.

Sebagai aset yang tidak membayar faedah, permintaan emas akan terkesan daripada kadar faedah tinggi, sementara dolar yang lebih kukuh menjadikan emas dalam denominasi dolar lebih mahal untuk dipegang dalam mata wang asing.

Data ekonomi AS yang dikeluarkan Isnin menyokong kenaikan kadar faedah tahun ini. Aktiviti perkilangan pada Oktober mencecah paras terendah dua setengah tahun, tetapi peningkatan tempahan baharu memberi harapan.