Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 26 November 2015



Harga emas berlegar di paras terendah hampir enam tahun semalam, berikutan pengukuhan dolar AS dan jangkaan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan.

Data dikeluarkan Rabu menunjukkan pengeluaran perkilangan AS meningkat melepasi jangkaan pakar ekonomi pada Oktober, manakala cadangan perbelanjaan perniagaan meningkat.

Permohonan baharu untuk mendapatkan manfaat kerana pengangguran jatuh minggu lalu.

Data lain menunjukkan peningkatan kecil dalam perbelanjaan pengguna di AS pada Oktober, tetapi tidak dapat merubah tinjauan bahawa ekonomi negara itu sudah cukup kukuh bagi Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah Disember depan.

Emas semerta mencatat perubahan harga kecil pada AS$1,071.96 satu auns pada 0245 GMT, selepas jatuh 0.4 peratus pada Rabu. Susut kepada AS$1,064.95 minggu lalu, paras terendah sejak Februari 2010. 

Indeks dolar yang mengukur kekukuhan dolar berbanding mata wang utama, berada sekitar 100.17, tertinggi dalam lapan bulan yang dicatat pada sesi sebelumnya, dan ini memberi kesan negatif kepada emas.

“Kami memantau dolar sebagai kemungkinan pemangkin untuk emas,” kata penganalisis di ScotiaMocatta dalam satu nota.

“Indeks dolar berada dalam jangkauan untuk mencecah paras tertinggi 100.39. Melepasi paras itu akan menolak turun harga,” katanya.

Pada paras 100.39, yang kali terakhir dicapai pada Mac tahun ini, bakal menjadi paras tertinggi indeks itu sejak April 2003.

Premium pada Bursa Emas Shanghai diniagakan pada paras sihat AS$5 hingga AS$6 satu auns pada Khamis, berbanding AS$3 hingga AS$4 pada awal bulan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment