Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Awal Gembira Akhirnya Berduka



"10 individu dakwa ditipu skim pelaburan tambah nilai"  

Kuala Lumpur : Awal gembira akhir berduka. Itu situasi yang dialami kira kira 10 individu apabila mendakwa ditipu syarikat bertopengkan penyediaan perkhidmatan tambah nilai hingga menyebabkan kerugian puluhan juta ringgit.

Kebanyakan individu berkenaan rata-rata ibu tunggal, suri rumah dan peniaga kecil mengalami kerugian selepas syarikat terbabit yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan tidak membayar wang keuntungan dan bonus kepada ejen serta ahli yang menyertainya.

Menceritakan detik malang itu, mangsa, Wardah Zainuddin, 50, berasal dari Seremban, menyertainya Julai tahun lalu selepas tertarik dengan penerangan daripada seorang rakan mengenai skim terbabit.

Katanya, skim itu menawarkan tiga pakej iaitu pelan pengguna, asas dan perniagaan dengan masing-masing memerlukan individu mengeluarkan modal RM380, RM 1,900 dan RM3,800.

“Semakin banyak kita melabur dalam skim berkenaan menerusi pakej yang ditawarkan semakin banyak komisen dan bonus diperoleh.

“Pada peringkat awal saya menerima wang bonus menyebabkan mengambil ke putusan untuk terbahit secara serius dengan mencari lebih ramai orang bagi menyertainya," katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), di sini, semalam.

Wanita yang bekerja sebagai tukang jahit itu berkata, bonus dan komisen diperoleh hanya untuk tempoh lima bulan namun selepas itu syarikat tidak lagi membuat pembayaran.

“Hanya dalam tempoh lima bulan saya mempunyai kira-kira 3,000 ejen berdaftar dengan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan mereka lebih RM100,000.

“Namun, bermula Disember tahun lalu, saya bersama-sama ejen lain tidak menerima sebarang bonus dan komisen walaupun sudah melabur ratusan ribu ringgit untuk menyertai pakej ditawarkan," katanya.

Menurutnya, dia sudah berjumpa dengan pengurus syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan termasuk meminta memasukkan wang bonus serta keuntungan kepada ejen yang menyertainya.

“Pengurus syarikat itu hanya pandai berjanji, namun sehingga kini tidak menunaikannya menyebabkan kami membuat laporan polls selain mengadu kepada LPKPM,"katanya.

Selepas dihitung dan mengadakan perjumpaan bersama ahli lain mendapati hampir semua ejen di seluruh negara tidak menerima bayaran sejak Disember tahun lalu dengan jumlal pelaburan RM10 juta.

Sementara itu wakil syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Sue berkata, pihaknya hanya menguruskan perisian tambah nilai, namun tidak terbabit dalam sebarang skim pelaburan yang disertai individu berkenaan. 

Sumber : Harian Metro (09 Mac 2016)
Tulisan : Syazwan Msar

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment