Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 100 Tertipu Skim 'Kaya Sempoi'



Kuala Lumpur: Modal serendah RMS dan boleh untung RM65 dalam tempoh lima hari. Itulah antara tarikan skim pelaburan 'kaya sempoi' menggunakan aplikasi WhatsApp.

Sehingga kini lebih 100 mangsa yang melabur skim itu kerugian mencecah nilai lebih RM50,000.

Sindiket penipuan didalangi dua lelaki itu dikatakan aktif mencari mangsa melalui laman sosial Facebook (FB) sebelum memasukkan mangsa ke dalam kumpulan WhatsApp dan berkongsi pelbagai skim pelaburan. 

Bagaimanapun dua individu itu meninggalkan kumpulan WhatsApp menyebabkan mangsa berputih mata sehari sebelum menerima bonus dijanjikan.

Berdasarkan temu bual dengan mangsa, ada individu yang melabur antara RM100 hingga RM600 menjadikan jumlah kerugian mencecah RM50,000.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 35, berkata, dia terjebak pelan pelaburan berkenaan melalui iklan di FB sebelum meninggalkan nombor telefon di laman sosial itu.

Katanya, dalam tempoh beberapa minit, dia terus dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dikendalikan suspek sebelum ditawarkan skim pelaburan menarik.

“Selepas menjawab beberapa persoalan, saya dan beberapa lagi ahli kumpulan itu membuat pelaburan dengan memasukkan duit ke dalam akuan bank suspek dikenali dengan nama Sempoi.

“Tidak cukup dengan itu, kami terus 'digula-gulakan' dengan pelbagai skim yang menjanjikan keuntungan lumayan termasuk pelaburan emas yang memberi pulangan sehingga RM300 bagi setiap pelaburan,” katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan menjanjikan pembayaran balik serta keuntungan kepada pelabur di dalam kumpulan berkenaan pada jam 12 tengah malam 5 Mac lalu.

Bagaimanapun ke dua-dua lelaki itu meninggalkan kumpulan WhatsApp tepat jam 11.15 malam membuatkan pelabur terkejut dan cubaan menghubungi nombor telefon suspek, namun gagal semua ditipu dengan mudah dan tidak menyangka keadaan itu,” katanya.

Sementara itu. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Sumber : Harian Metro (09 Mac 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment