Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 September 2015



Harga emas mencatat perubahan kecil semalam selepas dua hari mencatat kejatuhan disebabkan kebimbangan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah yang akan mengurangkan minat pelabur terhadap emas, manakala platinum pula mencecah paras terendah enam setengah tahun baharu kerana kebimbangan penyusutan permintaan sektor automotif.

Emas semerta mencatat perubahan kecil pada AS$1,132.50 satu aun pada 0031 GMT, selepas jatuh 1.2 peratus dalam sesi dagangan sebelumnya.

Pandangan bercanggah pegawai tinggi Fed menimbulkan lebih banyak persoalan berhubung kemampuan bank pusat AS itu mengurus mesej yang disampaikan dalam keadaan kritikal sebegini.

Ketua Fed New York, William Dudley dan Ketua Fed San Francisco, John Williams, kedua-duanya mengisyaratkan sokongan bagi kenaikan kadar faedah tahun ini, berkata mereka menjangka inflasi akan naik ke arah sasaran dua peratus.

Bagaimanapun, Ketua Fed Chicago, Charles Evans mengambil pandangan yang jauh lebih longgar, mencadangkan kadar faedah dikekalkan pada paras hampir sifar sehingga pertengahan tahun 2016. 

Beberapa pegawai Fed dijadualkan berucap minggu ini, menumpu dasar monetari AS.

Peniaga juga memantau data, termasuk pembayaran gaji sektor bukan perladangan yang akan dikeluarkan Jumaat ini, bagi mendapat petunjuk berhubung kekuatan ekonomi.

Emas yang tidak tertakluk kepada pembayaran kadar faedah jatuh kira-kira empat peratus tahun ini disebabkan kebimbangan permintaan akan terkesan dalam persekitaran kadar faedah yang lebih 

Kebimbangan kenaikan kadar faedah melebihi sebarang manfaat yang bakal diterima jongkong emas daripada kejatuhan dolar dan harga saham.

Pasaran saham dan komoditi global lembap pada Isnin, disebabkan kebimbangan berhubung kesihatan ekonomi China dan pasaran membangun lain.

Peserta pasaran memberi amaran berhubung data ekonomi utama yang akan dikeluarkan minggu ini, termasuk inflasi zon euro, sektor perindustrian China dan PMI sektor perkhidmatan pada Khamis dan data pekerjaan pada Jumaat.

Antara logam berharga lain, platinum jatuh kepada AS$906.50 satu auns semalam, paras terendah sejak Januari 2009.

Logam itu terkesan oleh kebimbangan skandal pelepasan asap kenderaan Volkswagen boleh melemahkan permintaan terhadap kereta diesel, yang digunakan dalam pemangkin.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ROMPAKAN BERSENJATA : Rompakan Tiga Minit



"Pasangan rugi RM600,000 kedai emas dirompak empat lelaki bersenjata"

Butterworth - Sepasang suami isteri kerugian kira-kira RM600,000 apabila kedai emas mereka di Medan Kurau 1, Taman Chai Leng, di sini, dirompak empat lelaki pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.34 pagi itu, tiga suspek memakai topi keledar berpenutup menerpa masuk ke dalam premis sebelum dua daripada mereka memecahkan cermin ruangan pameran barang kemas menggunakan tukul besi.

Ketika ruang pameran dipecahkan, seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah mangsa dan mengikut arahan mereka.

Pemilik kedai berkenaan, Lim Kheng Lin, 53, berkata, ketika kejadian, dia dan suami, Ng Weng Keng, 53, sedang duduk di dalam kedai sebelum didatangi suspek bertopi keledar.

"Seorang daripada mereka terus meluru ke arah saya dan mengacukan pistol tepat ke muka saya menyebabkan saya tergamam dan takut.

"Manakala, dua lagi rakannya menggunakan tukul besi dan kayu besbol memecahkan kaunter pameran barang kemas milik kami," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia ternampak seorang daripada mereka berkawal di luar kedai.

Katanya, kurang daripada tiga minit, mereka melarikan diri bersama 10 dulang emas menggunakan dua motosikal.

Kheng Lin berkata, semua lelaki itu tidak mencederakan mereka berdua dan sebelum melarikan diri, seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke udara bagi memberi amaran kepada orang ramai di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata, seorang lagi suspek yang berkawal di luar kedai juga memegang dua pucuk pistol di tangan kanan dan kirinya. 

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek terbabit turut melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum mereka melarikan diri menggunakan dua motosikal.

"Kejadian terbabit berlaku hanya dalam tempoh dua minit dan pasangan suami isteri di dalam premis bagaimanapun tidak cedera," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1971.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali Yong, 44, berkata, dia terdengar bunyi bising di kedai emas di sebelah kedainya.

"Disebabkan perasaan ingin tahu, saya keluar dari kedai untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki memegang dua pucuk pistol di kedua-dua belah tangannya.

"Dia turut mengacukan pistol ke arah saya supaya tidak datang dekat sebelum saya masuk semula ke dalam kedai kerana bimbang dicederakan perompak terbabit," katanya.

Tulisan : Errah Amran


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jual 1,000 Bar Emas



"Farisha Gold Collection optimis capai sasaran RM3 juta"

Bangi - Farisha Gold Collection Enterprise, syarikat pengeluar bar emas jenama Gold Saver optimis mencapai jualan berjumlah RM3 juta bagi keseluruhan bar emas keluaran syarikatnya sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Shahril Nizam Mohd Haniff berkata, rakyat Malaysia kurang pendedahan mengenai faedah membeli dan menyimpan emas. Pihaknya amat menggalakkan pembabitan masyarakat Malaysia tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang pekerjaan untuk melaburkan wang melalui platform emas. 

"Meskipun baru dua bulan terbabit dalam perniagaan ini, kami berjaya menjual 1kg emas bersamaan 1,000 unit bar emas sejak Jun lalu.

"Setakat ini, kami hanya mempunyai bar emas dengan berat 1gm sahaja. Namun begitu, bagi menentukan identiti organisasi dalam kelas tersendiri, Gold Saver bakal tampil dengan reka bentuk terbaru bagi setiap bulan agar pengumpulnya tidak mudah jemu dengan setiap koleksi ditampilkan, malah menantikan kelainan untuk setiap bulan," katanya kepada Bisnes Metro.

Pihaknya juga merancang menonjolkan motif keris yang dianggap sinonim dengan pahlawan Melayu sejak zaman dahulu lagi," katanya sambil menambah, untuk maklumat boleh melayari laman web www.goldsaver.com.my.

Sementara itu, Naib Presidennya, Farizah Saharil berkata, dalam masa terdekat, Gold Saver bakal tampil dengan bar emas edisi hadiah untuk setiap majlis mahupun program seperti hari lahir, perkahwinan, acara korporat dan menerima tempahan untuk reka bentuk daripada pilihan pelanggan, malah menerima sebarang tempahan tanpa had minimum.

Farizah berkata, selain berhasrat untuk membuka kilang sendiri, pihaknya juga akan mengeluarkan loket bar emas menjelang akhir tahun ini antara 0.5g, 2.5g, 5g dan 10g supaya pelanggan terdedah kepada banyak pilihan pada harga yang berpatutan.

Menurutnya, untuk tahun depan, Gold Saver bercadang melebarkan sayap perniagaan dengan menembusi pasaran negara ASEAN.

Tulisan : Wan Nur Ameera Meor Rozman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 28 September 2015



Emas melanjutkan kerugian untuk sesi kedua semalam menjelang penyiaran laporan pekerjaan utama Amerika Syarikat (AS) minggu ini,ditekan oleh kebimbangan terhadap kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah tahun ini.

Beberapa pegawai Fed dijadual berucap mmggu ini, mengekalkan tumpuan pasaran emas yang amat bergantung kepada dasar kewangan AS.

Peniaga juga akan memantau data ekonomi, termasuk data gaji bukan sektor perladangan yang dijadual dikeluarkan Jumaat ini, untuk mengukur kekuatan ekonomi.

Spot emas susut 0.3 peratus kepada AS$1,142.40 seaun pada 0655 GMT. Logam itu telah menurun 0.7 peratus pada Jumaat lalu selepas Pengerusi Fed, Janet Yellen, berkata bank pusat AS akan mula menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

“Emas masih sebahagian besarnya didorong oleh jangkaan terhadap dasar Fed, memandangkan ketidakpastian yang masih tinggi mengenai tarikh kenaikan kadar faedah itu,” kata penganalisis Barclays dalam satu nota.

Emas sebelum ini mendapat manfaat daripada kadar faedah yang sangat rendah, tetapi logam berharga itu telah mencatat kejatuhan kira-kira tiga peratus pada tahun ini ekoran kebimbangan bahawa permintaan boleh terjejas disebabkan kadar faedah yang lebih tinggi.

Data pada Jumaat lalu menyokong pandangan bahawa Fed mungkin akan mula menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS meningkat pada kadar tahunan 3.9 peratus pada suku kedua, meningkat daripada 3.7 peratus yang dilaporkan pada bulan lalu.

Fed berkata, tempoh masa kenaikan kadar faedah akan bergantung kepada data.

“Minat sekitar AS$1,141 akan terus menyokong emas dalam jangka pendek, manakala AS$1,155 akan menyediakan paras rintangan," kata peniaga MKS Group, Sam Laughlin.

Pada awal bulan ini, Fed menangguhkan kenaikan kadar faedah AS yang begitu lama dinantikan, menyatakan bahawa kebimbangan terhadap ekonomi global dan meningkatkan sentimen pelabur terhadap emas sebagai alasan terhadap tindakan berkenaan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PENIPUAN DINAR : Tiada Sinar Dinar



"50,000 pelabur Malaysia ditipu sindiket janjikan pulangan berlipat ganda"

Kuala Lumpur - Harapan menggunung kira-kira 50,000 pelabur tempatan yang membeli dan menyimpan 'duit peram' dinar Iraq membabitkan nilai hampir RM50 juta sejak 2004, lebur apabila pelaburan mereka tidak memberi pulangan diharapkan.

Mereka yang menyimpan mata wang itu sejak 11 tahun lalu terpedaya dengan dakwaan bakal berlaku 'gelombang jutawan Timur Tengah' di negara ini apabila nilai mata wang dinar Iraq dikatakan akan melonjak ke paras tertinggi.

Kebanyakan pelabur mengeluarkan antara RM500 dan RM20,000 untuk membeli mata wang asing berkenaan.

Pada peringkat awal, dinar Iraq itu dijual sekeping not 25,000 pada harga RM100 dan mangsa didakwa akan menjadi kaya-raya serta mendapat pulangan sehingga RM1 juta sebaik saja mata wang itu diapungkan atau diistilahkan RV.

Penolong Pengarah Bahagian Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Njmi Mustaffa berkata, pelaburan berkenaan satu bentuk penipuan yang dijalankan sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan mudah. 

"Mereka ini sengaja memanipulasi keadaan ekonomi dan politik Iraq untuk mengaburi mata pelabur sedangkan pelaburan yang dijalankan tidak mendatangkan hasil.

"Saya nasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan skim pelaburan berkenaan yang sentiasa menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat, namun akhirnya mangsa 'gigit jari' dan janji hanya tinggal janji," katanya ketika dihubungi di sini.

Najmi berkata, keadaan ekonomi kini menyebabkan ada segelintir pihak yang sengaja mencuri peluang untuk menjalankan penipuan pelbagai bentuk skim.

"Mudah saja, mereka yang menipu akan memberi pelbagai alasan dan sengaja lambatkan tarikh apabila sampai masa untuk membayar keuntungan atau faedah kepada pelabur," katanya.

Beliau yakin golongan 'jutawan mimpi' masih menaruh harapan dan menanti-nantikan keuntungan dijanjikan pihak yang menjual mata wang itu. 

Sekurang-kurangnya 30 mangsa membuat laporan polis mendakwa diperdaya apabila masih gagal mendapatkan pulangan keuntungan selepas membeli dan menyimpan mata wang dinar Iraq itu.

Sebelum ini muncul beberapa individu yang memancing mangsa dengan mendakwa nilai mata wang Dinar Iraq akan melonjak kembali apabila negara itu kembali aman.

Pihak yang menjanjikan pulangan lumayan itu pernah berjanji semua pelabur dinar Iraq akan memperoleh keuntungan pada awal Mei lalu namun ia ditunda beberapa minggu sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Husin,33, berkata dia terpedaya dengan sindiket terbabit selepas membaca inlan di Facebook (FB) awal Mac tahun lalu.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi seorang individu menggelarkan dirinya Datuk dan bersetuju berjumpanya di suatu lokasi di Sungai Buloh beberapa hari kemudian.

"Datuk terbabit 'offer' (tawar) sama ada mahu beli dinar Iraq ataupun rial Iran kerana dipercayai kedua-duanya boleh memberi keuntungan berlipat kali ganda.

"Saya kemudian menyerahkan RM4,000 duit simpanan kepada lelaki itu. Dia mendakwa saya boleh mendapat pulangan lebih RM10 juta jika wang itu diniagakan semula kelak," katanya.

Husin berkata, dia dijanjikan bakal menerima pulangan selewat- lewatnya Mei lalu apabila mata wang khususnya dinar Iraq mencapai RV.

Bagaimanapun, pelbagai alasan diberikan apabila lelaki itu menyalahkan beberapa krisis termasuk gerakan Militan Islam (IS) serta kelembapan ekonomi dunia sebagai punca mata wang itu terus dibekukan.

"Kami semua kemudian dijanjikan tarikh baru pulangan keuntungan pada 15 Julai lalu, iaitu beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu. Namun hingga kini semuanya hanya tinggal janji," katanya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Zida, 35, dia terkilan dan kecewa kerana menghabiskan hampir RM3,000 untuk membeli mata kedua-dua negara Timur Tengah itu.

"Selepas diberikan mata wang itu tidak laku, saya ingin menjual semua wang terbabit dengan harga pukal iaitu 100,000 dinar Iraq pada harga RM500 dan 500,000 Rial Iran berharga RM250. Malangnya tiada siapa yang mahu membeli wang itu lagi," katanya.

Tulisan : Asmah Rusman & Siraj Mohd Zaini


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SINDIKET KOYAK & MENANG : Wang Pergi Haji Lebur



"Warga emas diperdaya gadis cantik anggota sindiket koyak dan menang"

Kuala Lumpur - Guna gadis cantik untuk memperdaya lelaki warga emas. Itu yang berlaku apabila seorang pesara kerugian wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM12,000 akibat diperdaya suspek sindiket koyak dan menang.

Mangsa mendakwa sanggup menyerahkan wang kerana dijanjikan hadiah pakej percutian, kereta mewah dan wang tunai ketika berkunjung di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya di sini, Selasa lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 71, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menunggu isterinya di depan sebuah pasar raya di Kelana Jaya di sini.  

Menurutnya, seorang wanita muda memperkenalkan diri sebagai Ema mendekatinya sebelum memujuknya menyertai peraduan koyak dan menang.

“Wanita itu kemudian mengikutnya masuk ke dalam kereta sebelum memberikan kad hadiah untuk dikoyak. 

“Sejurus kad itu dikoyak, wanita itu mendakwa saya memenangi hadiah wang tunai RM500, namun perlu mengambilnya di pejabat syarikat di Taman Megah, Petaling Jaya.  

“Bagaikan dipukau, saya serta isteri kemudian mengikut Ema ke pejabatnya dan bertemu seorang wanita,” katanya.

Menurutnya, wanita yang mendakwa sebagai eksekutif syarikat itu mendakwa dia berpeluang memenangi hadiah lebih menarik seperti wang tunai, pakei umrah, pakej pelancongan serta kereta.

“Bagaimanapun saya disyaratkan membayar wang sebanyak RM12,500 sebagai cagaran,” katanya ketika ditemui pada sidang media bersama Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah Malaysia (LKPJM) di sini, semalam.

Tertarik dengan hadiah yang dinyatakan, Ahmad kemudian mengeluarkan wang RM10,000 dari Tabung Haji berdekatan sebelum kembali semula ke pejabat wanita itu.  

Ahmad berkata, suspek turut menunjukkan beberapa gambar pemenang sebelum ini untuk menyakinkarmya selain meminta bayaran tambahan RM2,000.

“Sebaik melakukan cabutan nombor bertuah di dalam bekas khas, suspek mendakwa saya memenangi jongkong emas bernilai RM55,000, namun tawaran itu ditolak kerana saya mahukan wang tunai. “

Bagaimanapun suspek mendakwa saya perlu menunggu tujuh hari bagi mendapatkan wang tunai. Selepas beberapa jam beredar, saya kembali semula ke pejabat syarikat berikutan merasakan sesuatu tidak kena, ” katanya. Dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati pintu pejabat itu sudah berkunci dan kedua-dua suspek wanita itu gagal dihubungi sehingga kini.

Sementara itu, Presiden LKPJM Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya meminta orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan berhati-hati dengan orang tidak dikenali yang menawarkan tawaran lumayan.

Sumber : Harian Metro (23 September 2015)
Tulisan : Fairul Asmaini Mohd Pilus


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN JONGKONG EMAS : Janji Palsu Dapat Emas 3.2 Kilogram



"Peniaga rugi RM320,000 sertai skim pelaburan April tahun lalu"   

Port Dickson - Seorang peniaga kerugian kira-kira RM320,000 kerana gagal mendapat jongkong emas yang dibeli dari sebuah syarikat pelaburan emas sejak lebih setahun lalu.

Fauzi Ahmad, 40, yang menyertai skim pelaburan jongkong emas, menempah jongkong itu pada April tahun lalu. Pemilik syarikat mula memberikan pelbagai alasan sejak Disember apabila gagal memberikan emas seberat 3.2 kilogram yang dibelinya.

Mahu wang dikembali  
Katanya, pemilik syarikat berusia 36 tahun itu semakin sukar dihubungi tetapi berjanji untuk memulangkan wang yang dilaburnya bersama beberapa rakan lain.

“Saya tertekan dengan tindakan pemilik syarikat itu. Jika benar kami tidak boleh mendapat jongkong emas itu, pulangkan semula duit yang dilabur seperti dijanjikan, itu sahaja yang kami mahu,” katanya di sini, semalam.

Fauzi ada bertanya kepada beberapa rakan lain yang turut menyertai skim pelaburan jongkong emas dengan syarikat itu dan mendapat tahu mereka berdepan situasi sama.

Beliau yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson kelmarin, dimaklumkan mereka menanggung kerugian RM4 juta bagi pembelian emas seberat 30 kilogram.

“Saya percaya ramai lagi yang tertipu dengan pelaburan jongkong emas ini tetapi enggan membuat laporan polis walaupun tertekan apabila wang lesap begitu sahaja.  

“Mereka wajar tampil membuat aduan bagi mengheretpemilik syarikat itu ke muka pengadilan,” katanya. 

Sumber : Berita Harian (20 September 2015)
Tulisan : Mohd Khidir Zakaria


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berlian Biru 12.03 Karat Mungkin Cecah RM232 Juta



New York - Sebutir berlian biru 12.03 karat dan disifatkan oleh pakar sebagai sempurna tanpa sebarang kecacatan mungkin dijual dengan harga AS$55 juta (RM232 juta) apabila dilelong November ini.

Berlian Bulan Biru itu ditemui di Afrika Selatan pada Januari tahun lalu. Ia akan dipamerkan di Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong di Geneva pada 11 November.

"Berlian Bulan Biru itu adalah permata sensasi yang sempurna dari semua segi tanpa sebarang kecacatan," kata David Bennett, ketua bahagian permata antarabangsa Sotheby's dalam satu kenyataannya semalam. 

Menurutnya, sambutan hangat yang menyusuli penemuan pertama itu kini terbukti wajar.

Syarikat berkenaan menganggarkan harga jualan berlian itu antara AS$35 (RM147 juta) dan AS$55 juta. 

Jika ia terjual pada harga AS$55 juta, Blue Moon itu akan mencatat rekod dalam sejarah jualan berlian. 

Pada November 2010, sebutir berlian merah jambu 24.78 karat yang dikenali sebagai Graff Pink, dijual di Geneva pada harga AS$46 juta (RM194 juta).

Jualan tertinggi untuk sebutir berlian biru setakat ini ialah pada November tahun lalu apabila sebutir berlian 9.75 karat itu dilelong pada harga AS$32.6 juta (RM137 juta) di New York.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN FOREX : Untung Lebur, Hutang Datang



"Tukang paip tertipu sindiket penipuan pelaburan forex dikejar along tuntut RM6,500"

Kuala Lumpur - Seorang tukang paip bukan hanya menjadi mangsa sindiket skim pelaburan 'forex' malah lebih parah apabila maklumat peribadinya digunakaan sindiket meminjam wang daripada ceti haram (along). 

Mangsa berusia 23 tahun itu hanya menyedari perkara itu apabila sekumpulan samseng along muncul di hadapan rumahnya dan menuntut dia membayar hutang.

Mangsa yang dikenali sebagai Lim berkata, dia ghairah menyertai skim pelaburan 'forex' yang diterima melalui SMS selepas dijanjikan mendapat pulangan lumayan.

Menurutnya, individu yang menperkenalkan dirinya sebagai Thomas menawarkan skim pelaburan dengan pulangan tetap sebanyak RM400 setiap bulan bagi pelaburan berjumlah RM4,500.

"Saya yang terpengaruh dengan janji manis lelaki itu bertindak memindahkan wang tunai berjumlah RM5,520 termasuk yuran pemprosesan RM1,020 ke akaun bank suspek.

"Saya memasukkan wang itu pada 21 Ogos lalu dan masih gagal menerima pulangan keuntungan seperti dijanjikan itu.

Susulan itu saya menghubungi lelaki terbabit dan meminta supaya wang pelaburan itu dipulangkan," katanya. 

Dia bagaimanapun terkejut apabila sekumpulan samseng along muncul di rumahnya pada 5 September lalu dan mendakwa dia meminjam wang RM3,500.

 "Saya terpinga-pinga apabila along memaksa saya membayar wang berjumlah RM6,500 yang didakwa perlu dilunaskan beserta kadar bunga ditetapkan.

"Malah bapa dan keluarga saya turut diugut akan dicederakan sekiranya hutang along itu tidak dibayar. Hasil siasatan mendapati hutang along itu dilakukan sindiket pelaburan haram berkenaan menggunakan maklumat diri saya." katanya.

Dia kemudian segera membuat laporan polis sebelum membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA berikutan bimbang keselamatan dirinya.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, siasatan pihaknya mendapati sindiket pelaburan itu dikesan menggunakan salinan palsu mengandungi nombor telefon dan nama mangsa untuk membuat pinjaman along.

"Saya syak salinan SMS itu sudah diubah suai untuk menipu along dan menyusahkan mangsa," katanya.

Sumber : Harian Metro (18/09/2015)
Tulisan : Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN HARAM : 48 Jam Jana Untung 300%



Kuala Lumpur - Jaja nama artis terkenal tanah air selain menjanjikan pulangan pelaburan kopi mencecah 300 peratus dalam tempoh 48 jam.

Itu antara tarikan terbaru digunakan sindiket penipuan atas talian untuk menarik mangsa menyertai program pelaburan diperkenalkan sindiket berpangkalan di ibu kota.

Difahamkan sindiket itu memperdayakan lebih 3,000 pelabur membabitkan nilai pelaburan RM4.4 juta dalam tempoh dua tahun beroperasi.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur berkata, syarikat milik sindiket itu dikesan menjalankan perniagaan berasaskan produk kecantikan, kesihatan dan minuman dengan menggunakan artis terkenal untuk menjadi duta produk bagi meyakinkan pelabur.

Bagaimanapun, ramai mangsa menyedari ditipu apabila dalang skim pelaburan itu didapati menghilangkan diri dan pejabat mereka di Damansara di sini, ditutup.

Katanya, empat individu, termasuk tiga wanita yang juga pemilik akaun untuk memasukkan dana pelaburan turut hilang dan gagal dikesan sehingga kini.

"Mereka hanya berurusan menggunakan telefon dan Facebook (FB) serta sering meminta pelabur memasukkan wang ke dalam empat akaun berbeza atas nama individu dipercayai pekerja sindiket berkenaan.

"Sehingga kini ramai pelabur kerugian akibat ditipu sindiket mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada mangsa," katanya.

Menurutnya, rata-rata mangsa membuat laporan polis berhubung penipuan dialami, namun dalang sindiket itu masih gagal dikesan.

Sementara itu, penipuan sindiket itu turut didedahkan laman FB Info Penipuan Online (IPO) diasaskan Raja Mohd Kamaruzuan Raja Daud, 30, selepas dia turut menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan atas talian.
Menurutnya, sejak kumoulan IPO ditubuhkan Januari lalu, 3,212 mangsa mendaftar masuk atas alasan sama ditipu sindiket pelaburan berkenaan.

Katanya, tujuan kumpulan itu diwujudkan untuk berkongsi maklumat dan mencari maklumat dan mencari jalan penyelesaian supaya sindiket penipuan terbabit dibawa ke muka pengadilan selain memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Dalam kes ini, sindiket itu menawarkan pulangan pelaburang tinggi dalam tempoh singkat. Ini menjadi punca utama mereka mampu menarik ramai individu untuk melabur.

"Mengikut pelan pelaburan diperkenalkan, pelabur boleh mendapat keuntungan daripada 40 peratus hingga 300 peratus berdasarkan tempoh masa pelaburan," katanya.

Tulisan : Fardy Bungga & Nabihah Kamal

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Longgok Duit Sheikh


Kuala Lumpur - Longgokan jutataan wang tunai dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (USD) kononnya 'Dana lslam' untuk diurus dan diagihkan kepada golongan asnaf di Malaysia menjadi taktik dua lelaki untuk mengumpan beberapa ahli perniagaan sebelum bertindak melesapkan wang mangsa.

Dua suspek terbabit, seorang warga tempatan berusia 71 tahun dan seorang lagl lelaki Afrika berusia lewat 30-an dilapor sudah memperdaya puluhan ahli perniagaan dan tokoh koperat untuk menjadi pengurus kepada dana itu sebelum mereka menghilangkan diri.

Sehingga kini, sekurang-kurang lima mangsasu dah membuat laporan polis berhubung penipuan berkenaan membabitkan kerugian puluhan juta ringgit.

Menurut sumber, setiap ahli korporat berminat ataupun bersetuju menguruskan dana berkenaan diarahkan membayar sejumlah yuran.

"Di sini dua suspek itu membuat keuntungan dengan melarikan jutaan ringgit duit yuran diserahkan mangsa," katanya.

Dalam kejadian terbaru, dua lelaki terbabit memperdaya pengarah syarikat berusia 75 tahun membabitkan kerugian RM18 juta.

Mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 21 Ogos lalu. 

Semakan mendapati kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Diminta menjelaskan modus operandi dua pembelit profesional itu, sumber itu berkata suspek pertama iaitu warga tempatan dikesan berperanan sebagai pencari mangsa yang selalunya terdiri daripada golongan korporat ataupun ahli perniagaan. 

“Dia (warga tempatan) kemudian membawa mangsa ke bilik hotel terkemuka di ibu kota untuk berbincang mengenal urusan perniagaan sebelum memperkenalkan kepada rakannya (warga Afrika) yang menunggu di bilik berkenaan.

“Setiap mangsa mendakwa warga Afrika itu memperkenalkan diri sebagai syeikh ataupun imam serta berperwatakan warak bagi meyakinkan mangsa," katanya.

Katanya, dalam sesi perbincangan, suspek mengarahkan mangsa memeriksa longgokan wang dalam mata wang USD dilelakkan dalam beg pakaian atas meja.

“Sheikh itu menerangkan kepada mangsa wang itu Dana Islam untuk golongan miskin di negara ini. Dia (Syeikh) mendakwa wang itu perlu dluruskan individu amanah dan wang itu juga tidak boleh digunakan untuk akttiviti haram apatah lagi perjudian," kalanya.

Diminta memejaskan kejadian terbaru membabitkan wang tunai RM18 juta itu, sumber itu berkata mangsa mendakwa mengenali suspek warga tempalan sejak enam tahun lalu.

"Warga tempatan itu memujuk dan menasihatkan mangsa menerima tanggungjawab sebagai pengurus kepada Dana Islam selepas diperkenalkan kepada syeikh itu mengikut modus operandi sama. Mangsa yang termakan pujukan kemudian bersetuju. 

“Mangsa dilapor menyerahkan wang tunai kepada lelaki warga tempatan berkenaan. Setip serahan dilakukan di kawasan parkir hotel dan parkir sekitar ibu kota.

“Mangsa mendakwa menyerabkan wang itu secaraberperingkat. Ada kalanya RM200,000, RM300,000, RM500,000 kepada warga tempatan itu," kannya memberitahu, dia rugi RM18 juta kerana diperdaya kumpulan terbabit.

Sumber itu turut memberitahu, pihaknya sedang menyiasat kemungkinan sindiket black money mendalangi kes penipuan seumpama ini kerana membabitkan warga Afrika.

"Ada kemungkinan ini modus operandi baru kerana mereka mnyedari penipuan cara lama digunakan mereka sudah diketahui umum dan pihak berkuasa," katanya mengakui, semuanya masih di peringkat awal siasatan. 

Difahamkan, mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan polis.

Seorang ahli perniagaan yang mahu dikenali sebagai Ali, 45, berkata, dia kerugian RM200,000 kerana diperdaya dua lelaki terbabit.

"Saya pada mulanya ditawarkan wang US$7 juta dalam beg pakaian besar untuk diuruskan dua lelaki terbabit. Saya perlu membeyar RM3 juta kepada kumpulan itu sebagai yuran.

"Mungkin disebabkan tamak saya bayar RM200,000. Dua minggu kemudian saya curiga kerana mereka (suspek) mendesak supaya menjelaskan baki wang. Saya akhirnya tarik diri kerana yakin mereka penipu. 

"Saya sedar mereka menipu apabila suruh pulangkan kembali RM200,000 itu..selepas saya minta balik, mereka konon bersetuju untuk pulangkan, namun keesokannya gagal dihubungi," katanya.

Ditulis : Iskandar Shah Mohamed, Amir Abd Hamid & Mohd Firdaus Ibrahim


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahli Perniagaan Terselamat Kenderaan Ditembak 8 Das



Cheras : Seorang ahli perniagaan mengharungi detik mencemaskan apabila lebih lapan tembakan dilepaskan ke kenderaan dinaikinya di bulatan Loke Yew, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, bersama dua pengawal peribadinya menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam perjalanan dari ibu negara ke Kajang.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kenderaan itu ditembak dua lelaki bemotosikal dan bersarung muka di laluan bertingkat menghala Jalan Hang Tuah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata jalan di sekitar kawasan itu sesak ketika kejadian.

Selamatkan diri 
“Mangsa meneruskan perjalanan ke Balai Polis Cheras untuk menyelamatkan diri sebelum ternampak suspek memecut motosikal menghala ke Jalan Hang Tuah.

"Apabila tiba di balai polis, mangsa mendapati beberapa kesan tembakan di cermin kiri penumpang belakang dan bumbung kereta terbabit.

“Dia hanya luka kecil di tangan kiri dan kepala akibat terkena serpihan kaca cermin kereta," katanya ketika dihubungi, semalam.

Zainuddin berkata, Siasatan awal mendapati, suspek menggunakan senjata api jenis automatik dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Datuk Seri Dibidik 8 Das



Kuala Lumpur - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disifatkan amat bernasib baik apabila hanya cedera ringan walaupun dihujani lapandas tembakan dari jarak dekat.

Dalam kejadian jam 1.30 petang semalam, mangsa berusia 57 tahun diserang dua lelaki disyaki 'pembunuh upahan' ketika menaiki keneraan pelbagai guna (MPV) model Toyota Vellfire berhampiran Bulatan Loke Yew ke arah ibu negara di sini.

Difahamkan mangsa ketika itu ditemani dua pengawal peribadi yang turut berada di dalam kenderaan itu. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata,serangan berlaku ketika kenderaan dinaiki mangsa menempuh kesesakan di laluan berkenaan.

“Sebaik tiba di bulatan itu, mangsa tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan kenderaannya ditembak dipercayai dari bahagian atas.

“Tembakan itu menyebabkan serpihan cermin kenderaan pecah berderai dan terkena pada tangan, kaki serta kepala mangsa yang duduk di bahagian penumpang.” katanya.

“Berdasarkan maklumat saksi kejadian, kedua-dua suspek memakai topeng muka itu melarikan diri sejurus salah seorang daripadanya melepaskan lapan das tembakan.

“Pengawal peribadi mangsa yang memandu kenderaan MPV itu bertindak memandu kenderaan berkenaan menuju ke Balai Polis Cheras yang terletak berhampiran lokasi sebelum mereka membuat laporan polis," katanya.

Tulisan : Asmah Rusman

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS