Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SINDIKET KOYAK & MENANG : Wang Pergi Haji Lebur



"Warga emas diperdaya gadis cantik anggota sindiket koyak dan menang"

Kuala Lumpur - Guna gadis cantik untuk memperdaya lelaki warga emas. Itu yang berlaku apabila seorang pesara kerugian wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM12,000 akibat diperdaya suspek sindiket koyak dan menang.

Mangsa mendakwa sanggup menyerahkan wang kerana dijanjikan hadiah pakej percutian, kereta mewah dan wang tunai ketika berkunjung di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya di sini, Selasa lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 71, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menunggu isterinya di depan sebuah pasar raya di Kelana Jaya di sini.  

Menurutnya, seorang wanita muda memperkenalkan diri sebagai Ema mendekatinya sebelum memujuknya menyertai peraduan koyak dan menang.

“Wanita itu kemudian mengikutnya masuk ke dalam kereta sebelum memberikan kad hadiah untuk dikoyak. 

“Sejurus kad itu dikoyak, wanita itu mendakwa saya memenangi hadiah wang tunai RM500, namun perlu mengambilnya di pejabat syarikat di Taman Megah, Petaling Jaya.  

“Bagaikan dipukau, saya serta isteri kemudian mengikut Ema ke pejabatnya dan bertemu seorang wanita,” katanya.

Menurutnya, wanita yang mendakwa sebagai eksekutif syarikat itu mendakwa dia berpeluang memenangi hadiah lebih menarik seperti wang tunai, pakei umrah, pakej pelancongan serta kereta.

“Bagaimanapun saya disyaratkan membayar wang sebanyak RM12,500 sebagai cagaran,” katanya ketika ditemui pada sidang media bersama Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah Malaysia (LKPJM) di sini, semalam.

Tertarik dengan hadiah yang dinyatakan, Ahmad kemudian mengeluarkan wang RM10,000 dari Tabung Haji berdekatan sebelum kembali semula ke pejabat wanita itu.  

Ahmad berkata, suspek turut menunjukkan beberapa gambar pemenang sebelum ini untuk menyakinkarmya selain meminta bayaran tambahan RM2,000.

“Sebaik melakukan cabutan nombor bertuah di dalam bekas khas, suspek mendakwa saya memenangi jongkong emas bernilai RM55,000, namun tawaran itu ditolak kerana saya mahukan wang tunai. “

Bagaimanapun suspek mendakwa saya perlu menunggu tujuh hari bagi mendapatkan wang tunai. Selepas beberapa jam beredar, saya kembali semula ke pejabat syarikat berikutan merasakan sesuatu tidak kena, ” katanya. Dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati pintu pejabat itu sudah berkunci dan kedua-dua suspek wanita itu gagal dihubungi sehingga kini.

Sementara itu, Presiden LKPJM Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya meminta orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan berhati-hati dengan orang tidak dikenali yang menawarkan tawaran lumayan.

Sumber : Harian Metro (23 September 2015)
Tulisan : Fairul Asmaini Mohd Pilus


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment