Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Pelaburan 'Warak' Cikgu Awi



"Ramai ditipu lelaki guna agama perdaya umum sertai skim cepat kaya"  

Kota Bharu : Dia kelihatan warak dan perwatakannya baik. Dia juga kerap kaitkan pelaburan ini dengan agama menyebabkan saya yakin.

“Saya tidak sangka pula itu semua helah dia dan saya sudah diperdaya," kata penjawat awam yang mahu dikenali sebagai idris, 40-an.

Dia antara peserta terawal menyertai skim pelaburan diasaskan seorang lelaki berusia 44 tahun dari Tanah Merah dikenali ramai sebagai Cikgu Awi.

ldris berkata, dia sertai skim itu ketika mula dibentuk pada November 2014 tanpa syarikat, sebelum rasmi menerusi syarikal didakwa didaftarkan pada Mei tahun lalu.

Katanya, sebelum ini dia memperoleh keuntungan seperti dijanjikan kerana bermula dari awal namun akhir akhir ini mengalami kerugian selepas Cikgu Awi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pada tahun lalu.

"Ketika dia (Cikgu Awi) sebagai pemegang amanah, akan memberi dana kepada ketua pelabur di bahagian jika tidak mampu membayar keuntungan kepada pelabur.

"Namun, sejak meletak jawatan, tiada sumbangan dana kepada ketua pelabur menyebabkan mereka gagal membayar keuntungan pelabur di bawah mereka, sedangkan semua wang pelaburan diserahkan kepada syarikat.

“Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pela bur yang kemudian tampil membuat laporan di balai polis," katanya di sini, semalam.

Seorang lagi pelabur yang mahu dikenali sebagai Nordin, 40-an berkata, dia bersama lebih 10 ahli kumpulannya kerugian RM300,000 apabila tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan.

“Kami mula membuat pelaburan sejak Mei tahun lalu dengan menyerahkan wang tunai kepada syarikat. Pada awalnya kami mendapat untung, namun sejak akhir-akhir ini kami rugi.

“Saya berani menambah pelaburan dari semasa ke semasa selepas mendapat keuntungan dan mengumpulkan wang pelaburan daripada lebih 10 rakan yang berjumlah RM300,000.

“Pada awalnya saya yakin dengan pelaburan ini kerana imbuhan diberi seperti dijanjikan tetapi selepas lima bulan, masalah mula timbul hingga Januari lalu, tiada langsung keuntungan diperoleh," katanya.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali ke rumah pengasas skim itu untuk menuntut kembali modal namun, Cikgu Awi dipercayai sudah melarikan diri.

Dia membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Sumber : Harian Metro (24 Febuari 2016)
Tulisan : Siti Nor Hidayatidayu Razali & Rosliza Mohamed


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment