Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Febuari 2016



Emas meningkat sebanyak satu peratus pada Selasa apabila saham Eropah menjunam dan menyebabkan permintaan kepada dana berasaskan emas terus melonjak.

Aset SPDR Gold Trust, dana berasaskan emas utama (ETF), berkembang lebih 19 tan kepada 752.29 tan pada Isnin, paras tertinggi sejak Mac 2015.

Dana yang mengalir masuk sejak awal tahun kini menyaksikan ia melepasi aliran keluarnya pada keseluruhan 2015.

Harga emas naik 0.8 peratus kepada AS$1,217.70 seauns pada 1103 GMT.

Harga jatuh 1.6 peratus pada Isnin apabila dolar dan ekuiti mencatatkan rali.

“Jika terjadi satu lagi jualan besar-besaran di pasaran ekuiti maka paras sekitar AS$1,260 sangat mudah dicapai kerana kita melihat pelabur tegar kini sudah kembali,” kata Penganalisis ETF Securities, Martin Arnold.

Emas dilonjakkan oleh saham Eropah yang bertukar kepada negatif dan jatuh mendadak daripada prestasi sesi sebelumnya yang mencecah paras tertinggi dua minggu selepas pelabur kecewa dengan data pendapatan dan harga minyak yang rendah.

Dolar jatuh daripada paras tertinggi tiga minggu sebelum stabil dalam kelompok mata wang lain.

“Namun persekitaran di mana ketidak tentuan masih kekal dan pelabur mula menjauhkan diri daripada pasaran ekuiti, paras terkini berada pada nilai yang menarik bagi emas,” kata Arnold.

Indeks ketidaktentuan yang diukur daripada pergerakan saham dilihat sebagai penanda aras paras pengambilan risiko pelabur, jatuh di bawah 20 peratus minggu ini.

Emas naik sekitar 15 peratus sejak awal tahun dan sebahagian besarnya dusumbangkan kebimbangan ketidakstabilan kewangan dan pertumbuhan ekonomi yang menyebabkan pergelutan pasaran saham.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment