Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : Terajang Pekerja Dan Larikan Ketulan Emas


Kuala Lumpur - Dua pekerja kedai emas yang tidur terkejut selepas asrama dihuni mereka di tingkat dua premis berkenaan diceroboh empat lelaki di Jalan Masjid India, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu suspek melarikan ketulan emas dan beberapa barangan berharga bernilai RM30,000.

Menurut sumber polis, mangsa yang juga warga India turut diterajang dan ditumbuk kumpulan suspek seorang bersenjatakan parang.

Sumber polis berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) empat lelaki terbabit masuk melalui satu pintu masuk premis dan terus naik ke tingkat dua dijadikan tempat tinggal pekerja.

"Siasatan mendapati asrama itu turut dijadikan tempat melebur dan mencairakan emas oleh dua pekerja berusia 30-an itu," kata sumber polis.

Disebabkan tidak memperoleh kunci membuka peti simpanan emas di tingkat bawah, suspek hanya mengambil ketulan emas belum dileburkan yang dianggarkan seberat 200 gram.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 kerana melakukan samun berkawan menggunakan senjata.

Sumber : Harian Metro (29/11/2014)
Oleh : Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 28 November 2014


Harga emas jatuh semalam berikutan kejatuhan harga minyak mentah, dengan pengukuhan dolar AS memberi tekanan berterusan terhadap logam berharga itu.

Harga minyak mentah mencatatkan kejatuhan teruk sejak 2011 kelmarin selepas mesyuarat OPEC yang enggan mengurangkan pengeluaran meskipun harga minyak jatuh lebih 30 peratus sejak Jun lalu.

Kontrak bulan semasa jatuh 0.6 peratus kepada AS$1,184.44 seauns pada 1033 GMT, sementara kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Disember jatuh AS$12.10 seauns berada pada AS$1,183.50.

"Kelemahan dalam harga minyak adalah tidak baik untuk emas, kerana inflasi dijangka berada dalam aliran menurun," kata penganalisis ABN Amro, Georgette Boele.

"Kami meninjau jangkaan inflasi dan harga minyak serta emas dan terdapat saling kaitan yang kukuh tahun ini," katanya.

Peningkatan dolar AS yang meluas menjejaskan harga logam berharga itu.

Keputusan OPEC itu menjejaskan pasaran saham dan komoditi lain, dengan tembaga jatuh ke paras terendah dalam tempoh lapan bulan.

Harga perak jatuh 1.1 peratus kepada AS$16.04 seauns, sementara kontrak bulan semasa platinum jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,209.55 seauns dan palladium jatuh 0.4 peratus kepada AS$801.50 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah semalam berikutan kekurangan petunjuk yang boleh menggerakkan pasaran, kata peniaga di Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin.

Beliau berkata, peniaga menjual pegangan mereka menjelang referendum bagi pegangan bank pusat Switzerland serta berikutan pengukuhan dolar AS dalam pasaran global dan penurunan harga minyak mentah.

November 2014 naik tiga mata untuk ditutup kepada RM128.80 segram, manakala Disember 2014, Januari 2015 dan Febuari 2015 semua susut tiga mata masing-masing kepada RM128.85, RM129.10 dan RM129.40 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 2,148 kontrak daripada 2,041 kontrak pada Khamis manakala jumlah dagangan naik kepada 218 lot bernilai RM2.82 juta daripada 108 lot bernilai RM1.8 juta kelmarin.

Pada jam 5 petang, harga fizikal emas naik 36 sen kepada RM124.60 segram daripada RM124.24 segram kelmarin.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Ambil RM450,000 Pulang RM100,000


Kota Bharu - Seorang 'peraih emas' yang aktif memperdayakan orang ramai untuk mendapatkan modal pelaburan dalam perniagaan mencecah ratusan ribu ringgit ditahan Selasa lalu.

Wanita berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas oleh sepasukan polis kira-kira jam 11.30 malam.

Difahamkan, suspek melakukan kegiatannya itu bersendirian sejak tahun lalu dalam usaha mendapatkan modal, selain menjanjikan pulangan kepada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, berdasarkan maklumat, setakat ini dua mangsa membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang menipu mangsa di daerah itu.

Katanya, modus operandi suspek adalah mencari mangsa dengan menjanjikan pulangan keuntungan sebaik menyerahkan wang dan barang kemas dalam pelaburan emas.

"Kes pertama membabitkan peniaga berusia 56 tahun yang menyerahkan wang RM450,000 untuk pelaburan untuk pelaburan berkenaan kepada suspek sejak awal tahun sehingga bulan ini.

"Malangnya, suspek hanya membayar RM100,000 manakala selebihnya RM350,000 lesap begitu sahaja, walaupun berjanji melunaskannya dalam tempoh tertentu," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, kes kedua juga peniaga berusia 53 tahun membabitkan kerugian RM80,000 apabila wang dan barang kemasnya dilaburkan kepada suspek untuk modal perniagaan Jun lalu.

"Mereka berkenalan di pasar di Pasir Mas apabila wanita itu datang untuk membeli pelbagai barangan.

"Selepas beberapa kali pertemuan, suspek ke rumah mangsa di daerah sama untuk berbincang mengenai perniagaan,

"Kerana terlalu yakin dan percaya kepada suspek, mangsa menyerahkan RM80,000, selepas suspek berjanji membayar semula secepat mungkin," katanya.

Katanya, mangsa cuba menghubungi suspek beberapa kali sehingga bulan ini untuk berjumpa, namun suspek sentiasa mengelak dan memberi pelbagai alasan.

Zulmazi berkata, hasil maklumat dan intipan, suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuannya itu.

"Kami tidak menolak kemungkinan masih ada beberapa mangsa lain yang ditipu, tetapi tidak tampil membuat laporan polis.

"Suspek kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Harian Metro ( 28 November 2014)
Tulisan : Rosliza Mohamed



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bukan Simpan Di Bank


Kuala Lumpur - Lebih 90 peratus rakyat Malaysia dipercayai mempunyai simpanan yang diletakkan di institusi bukan kewangan bukan bank (IKBB) dan bukan hanya melalui akaun perbankan semata-mata.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, sebahagian besar rakyat Malaysia mempunyai simpanan, namun ia tidak hanya membabitkan simpanan yang dilakukan di bank.

"Mengikut data yang diperoleh BNM, kebanyakan rakyat Malaysia pasti mempunyai simpanan, namun ia bergantung kepada cara mereka menyimpan wang berkenaan.

"ini kerana, sebahagian besar memilih untuk menyimpan di Tabung Haji atau koperasi," katanya selepas Bengkel Media bersama BNM di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan hasil Kaji Selidik pendapatan Isi Rumah oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) baru-baru ini mengenai hampir 90 peratus dan 86 peratus isi rumah luar bandar dan bandar tidak mempunyai simpanan langsung, manakala, 88 peratus isi rumah tidak memperoleh pendapatan daripada simpanan yang dilakukan.

Beliau menyifatkan laporan berkenaan sebagai kurang tepat dan disalahertikan kerana hanya mengambil data berkaitan simpanan yang dilakukan di bank sahaja.

Menurutnya, kebanyakan individu akan membuat simpanan sekiranya mempunyai tujuan tertentu dan mungkin melaksanakan secara peribadi.

"Sebagai contoh, ada individu yang membuat simpanan untuk mengerjakan haji, persaraan atau pendidikan.

"Namun, disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi, kebanyakan individu mengeluarkan simpanan mereka untuk menampung perbelanjaan yang meningkat," katanya.

Zati berkata, rakyat perlu tahu bahawa kini adalah masa untuk mengubah cara hidup bagi menangani peningkatan kos sara hidup.

"Dalam keadaan kos yang semakin tinggi, kita perlu menyesuaikan cara berbelanja dan hidup dalam had kemampuan kita," katanya.

Sumber : Harian Metro (28 November 2014)
Tulisan : Syarifah Dayana Syed Bakri


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 27 November 2014


Harga emas jatuh untuk sesi dagangan kedua semalam, berada di bawah AS$1,200 seauns, berikutan aliran keluar daripada dana tukaran dagangan berasaskan emas dan peniaga kekal berhati-hati sebelum pungutan suara berhubung aset emas bank pusat Switzerland.

Bagaimanapun, nilai dolar yang semakin lemah mengehadkan kejatuhan harga dalam emas yang dilihat sebagai aset selamat.

"Emas berada pada pada AS$1,200 dengan melepasi paras AS$1,190 atau AS41,205 diperlukan bagi pergerakan lanjut.

"Logam berharga itu berkemungkinan kekal lengang menjelang cuti di AS dan pungutan suara di Switzerland pada hujung minggu," kata peniaga logam di MKS Group, Jason Cerisola.

Emas semerta jatuh ke paras terendah harian AS$1,185.45 seauns, sebelum naik sedikit untuk ditutup 0.3 peratus lebih rendah kepada AS$1,194.30 pada 0729 GMT.

Jumlah dagangan rendah dengan pasaran AS ditutup bagi menyambut Thanksgiving.

Logam itu jatuh 0.3 peratus pada Rabu berikutan sentimen pasaran bearis mengimbangi kejatuhan dalam nilai dolar AS.

Perbelanjaan pengguna AS naik sederhana pada Oktober dan langkah rancangan perbelanjaan perniagaan jatuh untuk dua bulan berturut-turut, mencadangkan kadar pertumbuhan ekonomi semakin perlahan.

Tetapi data Rabu lalu itu menunjukkan keyakinan pengguna mendekati paras tertinggi tujuh setengah tahun yang dicatat pada November.

Aliran keluar SPDR Gold Trust kembali selepas seminggu, menarik turun harga emas. Pegangan susut 0.29 peratus kepada 718.82 tan pada Rabu, menghampiri paras terendah enam tahun.

Peniaga menunggu pungutan suara di Switzerland berhubung simpanan emas bank pusat negara itu bagi mendapatkan petunjuk.

Pungutan suara itu bertujuan menghalang Swiss National Bank daripada melupuskan pegangan emas dan memastikan ia terus memegang sekurang-kurangnya 20 peratus daripada aset dalam bentuk emas, berbanding lapan peratus bulan lalu.

Sekiranya undian 'ya' diluluskan, bank pusat Swiss harus membeli kira-kira 1,500 tan emas dalam beberapa tahun mendatang, kata penganalisis.

Ini akan meningkatkan harga jongkong emas.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS : Tampan Temberang


Georgetown - Guna gambar jejaka tampan untuk pikat wanita menjadi kenalan menerusi laman sosial sebelum wang dikebas.

Bagaimanapun, kelicikan empat lelaki warga Nigeria serta seorang wanita warga Indonesia dan seorang wanita tempatan berakhir apabila dicekup polis  dalam dua serbuan berasingan pada Khamis dan Jumaat lalu.

Keenam-enam suspek berusia 20-an itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU) dan BSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di Kuala Lumpur dan Relau, di sini.

Mereka dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan terhadap beberapa wanita termasuk dua suri rumah dengan membabitkan kerugian bernilai hampir RM2 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan dua lelaki warga Nigeria ditahan di Kuala Lumpur pada 20 November lalu manakala dua lagi lelaki warga Nigeria serta dua wanita ditahan di Relau pada keesokan harinya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mereka menggunakan modus operandi sama iaitu memperdaya mangsa melalui laman sosial Facebook dengan menggunakan wajah jejaka tampan sebagai satu tarikan untuk berkenalan sebelum dijadikan mangsa mereka.

Katanya, siasatan mendapati mereka menjadikan suri rumah sebagai mangsa sebelum memperdaya mereka kononnya mengirimkan satu bungkusan mengandungi hadiah berharga sebagai tanda kasih sayang untuk mengaburi mata mangsa.

"Selepas mengirim hadiah berkenaan, suspek akan menghubungi mangsa kononnya hadiah yang dihantar ditahan kastam dan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang untuk mengambil hadiah berkenaan dan mangsa yang terpedaya memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan tanpa usul periksa.

"Apabila mendapati hadiah yang dihantar itu sebenarnya tidak wujud, mereka membuat laporan polis selepas mengesyaki ditipu," katanya ketika pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini, semalam.

Semua yang ditahan dibawa ke IPDSPU dan IPDTL untuk siasatan lanjut dan keempat-empat lelaki warga Nigeria terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan sah dan kami turut merampas pelbagai barangan termasuk komputer riba, telefon bimbit, kad bank dan beg tangan.

Sumber : Harian Metro (27 November 2014)
Tulisan : Rudy Syareme Sheriffudin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JENAYAH : Tawaran Berhelah


Kuala Lumpur - Tandatangan kertas kosong, urusan melalui telefon dan habuan lumayan antara promosi 'tak masuk akal' yang digunakan along untuk memperdaya peminjam dan yang terbaru, mereka juga tidak ketinggalan menggunakan media sosial untuk membuat tawaran kepada mangsa.

Perkara ini didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan orang ramai yang keliru dengan tawaran ceti haram berkenaan yang dibuat di dalam Facebook menyerupai pinjaman daripada kerajaan dan agensi berwajib.

Ketua aktivitisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, selepas meneliti aduan itu, semakan pihaknya mendapati sekurang-kurangnya terdapat empat puluh akaun Facebook atas pelbagai nama seperti 'pinjaman mudah', 'pinjaman peribadi mudah', 'pinjaman wang berlesen', yang menunggu mangsa 'masuk jerat' dengan pelbagai janji manis termasuk kepada mereka yang disenaraihitamkan institusi kewangan.

"Kita bimbang dengan situasi ini kerana biarpun tindakan sudah diambil pihak berkuasa, mereka semakin agresif mencari peminjam dengan bermacam tawaran yang bertujuan mengabui mata masyarakat.

"Baru-baru ini, kita mendapat aduan mengenai seorang mangsa yang menghubungi along berkenaan kerana menyangka dia berhubungan dengan agensi kerajaan, tapi sebenarnya along. Sudahnya dia menanggung kadar faedah yang berpuluh kali ganda daripada jumlah wang yang diterima," katanya, semalam.

Nadzim berkata, ia taktik terbaru along untuk mendapatkan peminjam kerana kebanyakan iklan haram yang ditampal di seluruh negara sudah ditanggalkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam beberapa operasi bersepadu yang dijalankan sebelum ini.

Katanya, PPIM juga menghubungi pemilik akaun berkenaan, namun tawaran yang diberikan meragukan kerana mendakwa boleh meluluskan pinjaman walaupun sudah disenaraihitamkan bank selain faedah yang agak tinggi dibandingkan dengan kadar biasa.

"Paparan pada Facebook juga seolah-olah mereka ini wakil kerajaan atau agensi berkaitan, namun saya percaya ia taktik memperdaya orang ramai yang tidak tahu prosedur sebenarnya memohon pinjaman," katanya.

Sebelum ini katanya, kebanyakan mereka menjadi mangsa along selepas melihat iklan yang ditampal di merata-rata selain mendapat risalah yang diedarkan dari rumah ke rumah, namun trend itu beralih kepada penggunaan media sosial.

"PPIM juga sudah merujuk kes itu ke Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya, tetapi orang ramai juga perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan iklan seperti ini," katanya.

Sumber : Harian Metro (27 November 2014)
Tulisan : Yusmizal Dolah Aling


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 26 November 2014


Emas gagal meneruskan kenaikan semalamannya apabila pasaran saham melonjak berikutan keadaan ekonomi AS yang memberangsangkan.

Sementara itu, peniaga menunggu penuh risau petunjuk daripada dolar  dan pungutan suara Switzerland berhubung rizab emas bank pusatnya.

Pasaran emas berada dalam lingkungan sempit minggu ini, kekurangan hala tuju menjelang cuti Hari Kesyukuran hari ini dan pungutan suara Switzerland Ahad ini.

Logam itu menyaksikan dagangan yang lenggang sejak pulih daripada paras terendah dalam tempoh empat setengah tahun awal bulan ini, walaupun tidak semua yang percaya perkembangan itu sudah berakhir.

Societe Generale mengurangkan unjuran bagi emas dan berkata, harganya akan berada pada purata AS$1,150 seauns pada suku keempat dan AS$1,025 tahun depan.

"Kami menjangkakan harga emas akan terus jatuh memandangkan dolar terus mengukuh dan pasaran mendatar emas berterusan yang menyebabkan logam berada pada purata AS$862 antara 2016 dan 2019."

"Kami terus menjangkakan permintaan pelaburan bagi emas akan pudar kerana percaya terdapat alternatif lebih baik dan ini akan berakhir apabila AS mula menaikkan kadar faedah tahun depan berikutan persekitaran ekonomi yang lebih baik dan inflasi rendah," kata penganalisis Societe Generale, Robin Bhar dalam satu nota.

Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,200 seauns menjelang 0718 GMT, selepas menokok 0.3 peratus pada sesi terdahulu.

Saham Asia meningkat selepas data pertumbuhan ekonomi AS meredakan keresahan pelabur terhadap tinjauan global yang semakin merosot.

Kerajaan AS menaikkan bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 3.9 peratus berbanding 3.5 peratus yang dilaporkan bulan lalu.

Begitupun, gambaran memberangsangkan itu dipengaruhi oleh data lain yang menunjukkan keyakinan pengguna lebih rendah serta peningkatan sederhana harga rumah.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS : BNM, CyberSecurity Serbu Dua Premis


Kuala Lumpur - Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama polis dan CyberSecurity Malaysia menyerbu dua premis di sini yang disyaki menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen.

BNM dalam satu kenyataan semalam, berkata kedua-dua syarikat itu, juga disyaki terbabit aktiviti pengubahan wang.

"Premis ejen syarikat dan kediaman pengarah kedua-dua syarikat juga diserbu. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan dirampas dan akaun bank mereka dibekukan untuk tujuan siasatan," kata BNM.

siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram , Pencegahan, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Didenda tak lebih RM5 juta
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, mereka yang disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Untuk kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram , Pencegahan, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan yang diguna atau RM5 juta menurut mana yang lebih tinggi.

BNM turut menasihati orang ramai agar tidak berurusan atau mengirim wang menggunakan syarikat tidak berlesen.

Tidak akan dilindungi
"Orang ramai tidak akan dilindungi daripada sebarang kerugian kewangan akibat menggunakan saluran perniagaan perkhidmatan wang haram kerana tiada mekanisme aduan dan bantuan penyelesaianrasmi jika berlaku pertikaian.

"Selain itu, tiada jaminan wang yang dikirim akan sampai kepada penerima sebenar," kata BNM.

Sumber : Berita Harian (26/11/2014)


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dividen ASN3 Tahun 2014 - 6.20 Sen Seunit


Kuala Lumpur - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2014.

Pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah peruntukan pembayaran sebanyak RM51.24 juta yang akan dimanfaatkan seramai 30,710 pemegang unit yang melanggan 826.51 juta unit ASN3.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Disember ini berdasarkan nilai aset bersih ASN3 pada 30 November ini.

"Berdasarkan prestasi ASN3 pada tahun ini, Lembaga Pengarah ASNB bersetuju memperuntukan pembayaran agihan sebanyak RM51.24 juta  dan ia berpatutan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.

"Setakat 24 November 2014, ASN3 meraih pendapatan kasar sebanyak RM19.63 juta yang mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM8.73 juta, RM8.21 juta daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan RM2.68 juta daripada pendapatan saham dalam syarikat," katanya ketika mengumumkan kadar agihan ASN3 di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Beliau berkata, bagi pemegang unit yang melanggan menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP masing-masing.

"Bagi tujuan pengiraan pendapatan, semua urus niaga bagi tagung ASN3 di pejabat dan ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 25 November 2014 (hari ini) sehingga Ahad ini dan pemegang unit dinasihatkan supaya menyemak dan mengemaskini alamat masing-masing bagi tujuan penerimaan dokumen laporan tahunan yang dijadualkan diagihkan pada akhir Januari depan," katanya.

Sementara itu, Hamad berkata, meskipun kadar agihan adalah sedikit menurun berbanding tahun lalau pada kadar 6.40 sen seunit, ia dianggap masih tinggi jika dilihat pada penurunan pasaran saham.

Katanya, PNB mahu pemegang unit menikmati pulangan daripada pelaburan mereka dan bagi tahun ini saja, sebanyak RM684 juta belian unit dicatatkan.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS : Labur Wang Terus Lebur


Ampang - Seorang ahli perniagaan warga Gambia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menipu seorang individu membabitkan kerugian RM393,500, bulan lalu.

Tertuduh, Barin Sweat, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zolkapli.

Mengikut pertuduhan, Barin didakwa memperdaya Mohd Sharaf Bajuri @ Mohamad, 41, untuk menyerahkan wang tunai secara berperingkat sebanyak RM393.500 bagi mendapatkan pulangan wang berganda.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Rekreasi berhampiran Masjid As-Adzim, Pandan Indah di sini, jam 3 petang dan 8 malam antara 19 September hingga 22 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda jika didapati bersalah.

Selain itu, tertuduh turut didakwa dengan pertuduhan memasuki dan tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah di perkarangan Balai Polis Ampang di sini pada jam 11.35 pagi, 14 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2003) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukan denda maksimum RM10,000 atau penjara sampai lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan sehingga enam kali.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Nurakmal Farhan memohon mahkamah supaya tertuduh diberi bantuan daripada pihak kedutaanGambia dan bagi proses perlantikan peguam.

"Saya juga memohon mahkamah tidak memberikan ikat jamin," katanya.

Zulyana kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 9 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula.

Sumber : Harian Metro (26/11/2014)
Oleh : Sarah Zulkifli


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JENAYAH : Seludup Guna Kereta Mewah


Kota Bharu - Sindiket penyeludupan rokok kini semakin licik apabila mengubah modus operandi mereka dengan menggunakan kereta mewah seperti Toyota Vellfire dan Mazda, sejak awal tahun ini.

Taktik mereka bukan sahaja mengisi muatan lebih sebaliknya mahu mengaburi pihak berkuasa kerana tangapan kereta mewah tidak diperiksa.

Komander Unit Pencegahan Penyeludupan  (UPP) Kelantan, Rusli Karim, berkata sepanjang tahun ini sahaja pihaknya mengesan 20 kes penyeludupan rokok membabitkan nilai RM1.5 juta, kebanyakkannya menggunakan kereta mewah, berbanding lori dan kenderaan biasa sebelum ini.

Modus operandi sama
Dalam kes terbaharu pada petang kelmarin, sindiket yang dianggotai sekumpulan lelaki menggunakan modus operandi sama iaitu menyembunyikan sejumlah rokok dalam kereta Toyota Vellfire.

"Bagaimanapun, taktik licik sindiket yang membawa 1,980 karton rokok pelbagai jenama membabitkan nilai hampir RM600,000 itu berjaya dipintas dan dirampas UPP Kelantan dalam serbuan di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas. Namun, semua suspek dapat meloloskan diri.

"Serbuan kira-kira jam 3.30 petang hasil risikan yang dijalankan selama seminggu mendapati rokok itu dari China dibawa masuk dari Pantai Barat sebelum dibawa ke Kelantan untuk dijual kepada pelanggan.

Permintaan tinggi
"Siasatan mendapati, permintaan untuk rokok seluudup begitu tinggi pada masa sekarang berikutan kenaikan harga rokok. Bagaimanapun, kita akan mempertingkatkan operasi bagi mematahkan kegiatan penyeludupan rokok di negeri ini," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Rusli berkata, barangan berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sumber : Berita Harian (26 November 2014)
Penulis : Nor Fazlina Abdul Rahim


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 25 November 2014


Harga emas meningkat kepada sekitar AS$1,200 seauns pada selasa selepas dolar mencatat prestasi kukuh menjelang pengumuman data ekonomi AS dan pasaran menunggu pungutan suara Swiss berhubung rizab emas bank pusat bagi mendapatkan lebih banyak isyarat perdagangan.

Parti pro Swiss mengadakan undian pada 30 November yang disasarkan untuk menghalang Swiss National Bank daripada mengurangkan pegangan emas dan mewajibkan  ia memegang sekurang-kurangnya 20 peratus daripada asetnya dalam emas, berbanding lapan peratus bulan lalu.

Walaupun tinjauan pendapat menunjukkan sokongan pengundi Swiss bagi inisiatif kurang memberangsangkan, namun undian 'ya' boleh memacu harga dalam jangka masa panjang, kata peniaga.

Spot harga emas susut kepada 4 1/2 tahun rendah awal bulan ini.

"Saya tidak fikir undian Swiss berjaya kecuali peningkatan mendadak dalam undian positif jumlah yang belum mengundi sekitar 15 peratus dan boleh mengubah situasi, namun saya tidak nampak ia akan berlaku."

"Jika ia berjaya, ia tidak mungkin meningkatkan harga segera disebabkan pasaran mahu tahu bagaimana Swiss meningkatkan emasnya dengan menukar atau membeli daripada bank pusat lain," kata penganalisis logam Societe Generale, Robin Bhar.

Spot emas meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,200.70 seauns pada 1015 GMT, tidak jauh daripada paras tinggi tiga minggu AS$1,207.70 yang dicapai pada Jumaat selepas langkah mengejutkan dalam pengurangan kadar faedah oleh China.

Niaga hadapan emas AS meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,200.80 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam menjelang pengumuman data ekonomi AS dan referendum Switzerland bagi rizab emas bank pusat.

Peniaga di Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin, berkata pasaran yakin tetapi berhati-hati menunggu data ekonomi AS malam tadi.

Sebuah parti politik Switzerland akan meminta undian pada 30 November untuk menghalang Swiss National Bank daripada menjual pegangan emasnya dan memegang sekurang-kurangnya 20 peratus daripada asetnya dalam emas.

Kontrak November 2014 naik 13 mata untuk ditutup kepada RM129.60 segram, manakala Disember 2014, Januari 2015 dan Febuari 2015 meningkat 12 mata setiap satu masing-masing kepada RM129.95 segram, RM130.20 segram dan RM130.50 segram.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 24 November 2014


Emas diniagakan menghampiri paras tertinggi tiga minggu semalam dengan harapan langkah pengurangkan kadar faedah mengejut di China dapat memacu permintaan bagi jongkongemas, sungguhpun pengukuhan dolar AS mengehadkan kenaikan.

China mengurangkan kadar faedah dengan mengejut Jumaat lalu, dilihat sebagai langkah sokongan kepada ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

China dijangka bersedia untuk mengurangkan faedah, demikian mengikut sumber.

Jongkong emas, dilihat sebagai pelindung nilai berbanding inflasi dan kelembapan ekonomi, turut mendapat sokongan daripada ulasan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi yang terbuka kepada lebih banyak langkah drastik bagi menghalang zon euro daripada jatuh ke dalam deflasi.

Emas semerta diniagakan kukuh pada AS$1,200.20 seauns pada 0736 GMT, selepas menokok 0.6 peratus Jumaat lalu, apabila ia mencecah paras tertinggi tiga minggu pada AS$1,207.70.

"Sungguhpun pelbagai kelonggaran digerakkan beberapa bank pusat, kami tidak pasti sama ada ia memadai untuk mengekalkan rali dalam emas," kata penganalisis di INTL FCStone, Edward Meir.

Jongkong emas mendapat tekanan dari pengukuhan dolar AS dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan logam itu mencecah paras terendah empat setengah tahun pada awal bulan.

Dolar diniagakan menghampiri paras tertinggi empat tahun pada Isnin. Pengukuhan dolar menjadikan emas dalam denominasi dolar lebih mahal kepada pelabur yang membeli dalam mata wang asing.

Data berhubungan kedudukan spekulasi dalam emas juga meningkatkan sentimen. Dana lindung nilai dan pengurusan wang meningkatkan kedudukan masing-masing dalam dagangan hadapan dan opsyen emas kepada 60,307 lot pada minggu berakhir 18 November, demikian menurut Suruhanjaya Perdagangan Hadapan Komoditi.

Ia menandakan peningkatan terbesar dalam sebulan sejak lewat Oktober.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 23 November 2014


Sentimen berhati-hati dijangka menyelubungi pasaran emas minggu ini dengan kenaikan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal terhad.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainuddin menjangka peniaga memberi reaksi negatif kepada ulasan Ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi bahawa bank itu akan mengeluarkan lebih banyak monetari ke ekonomi zon Eropah.

"Ini akan menyebabkan mata wang euro menjadi lebih rendah berbanding dolar AS dan kelaknya mengimbangi permintaan terhadap emas kerana ia berharga dalam dolar," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, Ahmad Danial berkata kenaikan pasaran emas tempatan kebanyakannya disebabkan aktiviti belian menampung kekurangan.

"Permintaan terhadap emas fizikal dar China semakin pulih, yang membantu meningkatkan harga emas mingguan," katanya.

Bagi asas dari Jumaat ke Jumaat, November 2014 naik 81 mata kepada RM128.15 segram, manakala Disember 2014, Januari 2015 dan Febuari 2015 meningkat 79 mata setiap satu, masing-masing kepada RM128.55, RM128.85 dan RM129.15 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1,247 lot bernilai RM16.162 juta daripada 1,130 lot bernilai RM14.10 juta pada minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat meningkat kepada 2,083 kontrak daripada 2,023 kontrak sebelumnya.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 21 November 2014


Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif kebanyakannya ditutup semalam berikutan permintaan yang lemah.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin, berkata pasaran emas tempatan susut selepas Ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi, mengumumkan mengenai tambahan suntikan rangsangan monetari dalam ekonomi zoneuro, yang mendorong euro mencatat paras lebih rendah berbanding dolar AS.

"Emas yang ditetapkan dalam dolar AS, cenderung susut apabila dolar mengukuh," katanya.

Pada penutup, November 2014 susut 35 mata kepada RM128.15 segram, Disember 2014 turun 24 mata kepada RM128.55 segram, manakala Januari 2015 menokok 15 mata kepada RM128.85 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 2,083 kontrak semalam, manakala jumlah dagangan berkurang kepada 118 lot bernilai RM1.53 juta berbanding 213 lot bernilai RM2.76 juta sebelumnya.

Pada jam 5 petang, harga fizikal emas susut lapan sen kepada RM124.24 sen segram berbanding RM124.32 segram kelmarin.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KWSP Lulus Pengeluaran RM8.50 Bilion


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluluskan 413,827 permohonan pengeluaran simpanan ahlinya bernilai RM8.50 bilion bagi tempoh suku ketiga 2014.

Pengeluaran Fleksibel 55 tahun menjadi segmen pengeluaran tertinggi sebanyak RM1.70 bilion berbanding RM1.53 bilion bagi tempoh sama pada 2013.

Pengurus dana persaraan itu berkata, bilangan pencarum memilih Pengeluaran Penuh 55 tahun menerusi Skim Pengeluaran Penuh Simpanan, meningkat 2.74 peratus kepada RM1.63 bilion bagi tempoh suku ketiga 2014 dengan 40,931 permohonan diluluskan berbanding Rm1.60 bilion bagi tempoh sama 2013.

Rancang kewangan
Ketua pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata semakin ramai ahli memilih mengeluarkan simpanan mereka secara berperingkat bagi kemudahan perancangan kewangan secara lebih objektif.

"Skim fleksibel itu sememangnya pilihan menarik kerana ahli sudah mula memahami pentingnya memahami pentingnya memastikan simpanan mereka dapat berkembang bagi tempoh lebih panjang selaras peningkatan jangka hayat ketika ini," katanya.

Shahril Ridza turun menyarankan pencarum KWSP supaya merujuk Garis Panduan Simpanan Asas bagi mengetahui jumlah simpanan minimum mengikut usia.

Mereka juga disarankan memanfaatkan Khidmat Nasihat Persaraan KWSP (RAS) percuma untuk ahli di Lembah Klang untuk memastikan simpanan mampu bertahan lebih lama seiring matlamat persaraan.

Pengeluaran perumahan
Selain itu, Pengeluaran Perumahan menurun sedikit daripada RM1.31 bilion bagi tempoh suku ketiga 2013 kepada RM1.30 bilion tempoh sama tahun ini.

Pengeluaran Pendidikan pula meningkat kepada RM104 juta bagi tempoh suku ketiga tahun ini berbanding RM99.62 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

KWSP turut mencatat peningkatan 101.73 peratus penggunaan kemudahan i-Akaun kepada 1.96 juta berbanding 969,592 bagi tempoh sama , tahun lalu.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS : Korek Tanah Cari "Harta"


Klang - Kira-kira 8.09 hektar tanah untuk padang permainan di Jalan Derumun Lapan, di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, di sini rosak teruk akibat diterokai secara haram untuk mendapatkan kristal yang dikatakan bernilai tinggi sejak tiga bulan lalu.

Berikutan penerokaan haram itu, struktur tanah tidak lagi kukuh dan jika dibiarkan, boleh menyebabkan runtuhan dan mengancam kawasan perumahan penduduk berdekatan.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, Omar Othman mendakwa, penerokaan itu tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan penduduk setempat sekitar daerah itu dan ia amat membimbangkan kerana dikhuatiri boleh berlaku kajadian tidak diingini.

"Kami mendapati tanah itu diterokai untuk mencari sejenis batu dipercayai kristal yang harganya dikatakan boleh sampai ribuan ringgit kerana mendapat permintaan tinggi daripada pihak tidak dikenali.

"Ada yang mendakwa peneroka haram terbabit mampu membeli motosikal baharu selepas tiga bulan melombong di sini," katanya di sini, semalam.

Omar berkata, perkara itu pernah disuarakan secara lisan kepada pihak berkaitan tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil menyebabkan peneroka terus bermaharajalela menggali tanah di situ.

"Penduduk di kampnng mangharapkan agar ada tindakan lebih berkesan menangani masalah ini kerana ia bukan saja merosakkan tanah di kawasan terbabit, malah merbahayakan mereka.

"Kami bersedia membantu pihak berkaitan menangani masalah ini, termasuk menyekat kemasukan mereka sekiranya diberikan kuasa berbuat demikian," katanya.

Menurut Omar, tindakan penyelesaian perlu dilakukan segera kerana aktiviti tidak bertanggungjawab seperti itu menyebabkan hampir keseluruhan peneroka yang datang adalah orang luar yang dikhuatiri boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini dengan penduduk setempat.

Sumber : Harian Metro (21 November 2014)
Tulisan : Adnan Ibrahim


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 20 November 2014


Emas bergelut untuk pulih daripada kerugian semalaman dari hari Khamis apabila optimis dengan Rizab Persekutuan (Fed) ke atas ekonomi AS dirangsang dolar, selain tinjauan pendapat menunjukkan sokongan yang lebih sederhana untuk referendum Switzerland yang akan memaksa bank pusat meningkatkan rizab emas.

Pungutan suara menunjukkan sokongan pengundi Switzerland kepada cadangan 'Selamatkan Emas Swiss' kami susut kepada 38 peratus, jatuh daripada 44 peratus bagi kaji selidik yang dilaksanakan bulan lalu.

Di bawah cadangan itu, Swiss National Bank dilarang menjual sebarang rizab emas dan perlu memegang sekurang-kurangnya 20 peratus asetnya dalam logam berharga itu, berbanding 7.8 peratus bulan lalu.

Pembelian bank pusat itu akan memacu harga emas.

"Undian menjadi satu-satunya sinar kepada emas dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan ia dijangka terus meningkat."

"Tinjauan baharu menunjukkan kemungkinan cadangan ini semakin sukar," kata peniaga logam berharga itu.

Spot emas berubah sedikit kepada AS$1,183.80 seauns pada 0731 GMT, selepas susut 1.2 peratus pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan emas susut 1.5 peratus kepada AS$1,176.20 sebelum pulih sedikit.

Emas juga menerima tekanan selepas minit mesyuarat dasar Oktober Fed menunjukkan penggubal  dasar bimbang dengan tekanan kadar inflasi lemah, mengurangkan daya tarikan logam sebagai pelindung nilai dan yakin tentang ekonomi AS.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah selepas perkembangan luaran yang tidak menggalakkan menjejaskan selera untuk pelaburan emas.

Peniaga di Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin, berkata pengukuhan dolar memberi kesan negatif kepada pasaran emas.

"Selain itu, berita mengenai minit mesyuarat Rizab Persekutuan pada Oktober yang menggambarkan kerajaan AS mungkin menaikkan kadar faedah tahun depan, juga menjejaskan pasaran semalam," katanya.

ketika ditutup, November 2014 dan Januari 2015 susut 12 mata tiap satu masing-masing kepada RM129.35 segram dan RM130.05 segram manakala Disember 2014 merosot enam mata kepada RM129.75 segram.

Kepentingan terbuka jatuh kepada 2,070 kontrak berbanding 2,152 kontrak kelmarin manakala jumlah dagangan turun kepada 213 lot bermilai RM2.76 juta berbanding 284 lot bernilai RM3.692 juta sebelum ini.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANAS : 74 Pertuduhan Transaksi RM14 Juta


Kangar - Seorang lelaki bekas kakitangan bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap 74 pertuduhan membabitkan transaksi wang RM14.25 juta, semalam.

Tertuduh, Loh Kong Wong, 49 didakwa atas enam pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 kerana menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen di beberapa buah bank di Padang Besar dan Kangar membabitkan transaksi RM8 juta pada 29 Mei 2012 hingga 8 November tahun lalu.

lelaki terbabit juga didakwa atas 68 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 membabitkan transaksi wang tunai RM6.25 juta.

Kong Wong mengangguk faham selepas semua pertuduhan dibaca terhadapnya di depan Hakim Mohd Rosli Osman, sekali gus meminta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang tunai RM6.25 juta hasil aktiviti haram daripada akaun semasa peribadinya dan beberapa akaun semasa syarikat ke dalam enam akaun syarikat lain di sebuah bank di Padang Besar pada 5 Jun 2013 sehingga 5 November lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM 5 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Husmarudin Husin dan Mohd Farez Rahman serta Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) Mohd Haziq Razali dan Alvin Ong.

Pihak pendakwa memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM2 juta.

Mohd Rosli menetapkan ikat jamin RM500,000 terhadap tertuduh bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan semua dokumen perjalanan tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Sumber : Harian Metro (21/11/2014)
Oleh : Shamsul Munir Safini


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 19 November 2014


Emas susut semalam disebabkan pengukuhan dolar AS menghalang peniaga daripada memegang lama logam itu susulan kenaikan mendadak semalam yang menyaksikan ia menghampiri paras tertinggi hampir tiga minggu.

Dolar menokok berbanding beberapa mata wang utama dunia semalam, manakala yen susut ke paras terendah tujuh tahun baru.

Dalam dagangan lengang, emas semerta jatuh 0.3 peratus kepada AS$1,193.80 seauns pada 0736 GMT.

Logam itu menokok ke paras tertinggi hampir tiga minggu AS$1,204.70 pada Selasa dan ditutup meningkat sekitar satu peratus.

"Ia kelihatan seperti satu lagi rali jangka pendek berikutan kegagalan melepasi AS$1,200," kata peniaga logam berharga di Singapura.

Dolar kekal faktor utama mempengaruhi harga.

Nilai dolar susut dalam sesi dagangan sebelumnya, berikutan kaji selidik sentimen Jerman yang lebih baik daripada jangkaan melonjakkan euro.

Bagaimanapun, dolar meraih menfaat semalam daripada kelemahan yen yang dipengaruhi pengucupan tidak dijangka ekonomi Jepun pada suku ketiga.

Selain itu, Perdana Menteri, Shinzo Abe pula menangguhkan kenaikan cukai jualan yang tidak popular dan minta diadakan pilihanraya lebih awal.

Bank of Japan mengekalkan dasar monetari semalam.

Selepas mesyuarat terakhir bank pusat Jepun pada 31 Oktober, apabila ia mengumumkan pengembangan rangsangan ekonomi yang mengejutkan, emas menyaksikan penjualan besar-besaran ke paras terendah 2010.

Pelabur kongkong emas juga menunggu data AS berhubing data perumahan bagi menyukat kekukuhan pemulihan ekonomi.

Peniaga mencari petunjuk bila Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah kerana sebarang kenaikan kadar akan memberi kesan negatif kepada emas, aset yang tidak bersandarkan faedah.

Kejatuhan nilai emas diimbangi berita pembelian logam itu oleh bank pusat.

Bank pusat Russia membeli sekitar 150 tan emas untuk ditambah kepada simpanannya, kata Gabenornya Elvira Nabiullina kelmarin.

Jangkaan juga meninggi berhubung kemungkinan Switzerland membeli emas. Satu referendum dijadualkan bagi 30 November untuk cadangan bertujuan mengharamkan bank pusat Swiss daripada melepaskan pegangan rizabnya dan menghendakinya memegang sekurang-kurang 20 peratus daripada asetnya dalam bentuk emas.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS