Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Ambil RM450,000 Pulang RM100,000


Kota Bharu - Seorang 'peraih emas' yang aktif memperdayakan orang ramai untuk mendapatkan modal pelaburan dalam perniagaan mencecah ratusan ribu ringgit ditahan Selasa lalu.

Wanita berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas oleh sepasukan polis kira-kira jam 11.30 malam.

Difahamkan, suspek melakukan kegiatannya itu bersendirian sejak tahun lalu dalam usaha mendapatkan modal, selain menjanjikan pulangan kepada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, berdasarkan maklumat, setakat ini dua mangsa membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang menipu mangsa di daerah itu.

Katanya, modus operandi suspek adalah mencari mangsa dengan menjanjikan pulangan keuntungan sebaik menyerahkan wang dan barang kemas dalam pelaburan emas.

"Kes pertama membabitkan peniaga berusia 56 tahun yang menyerahkan wang RM450,000 untuk pelaburan untuk pelaburan berkenaan kepada suspek sejak awal tahun sehingga bulan ini.

"Malangnya, suspek hanya membayar RM100,000 manakala selebihnya RM350,000 lesap begitu sahaja, walaupun berjanji melunaskannya dalam tempoh tertentu," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, kes kedua juga peniaga berusia 53 tahun membabitkan kerugian RM80,000 apabila wang dan barang kemasnya dilaburkan kepada suspek untuk modal perniagaan Jun lalu.

"Mereka berkenalan di pasar di Pasir Mas apabila wanita itu datang untuk membeli pelbagai barangan.

"Selepas beberapa kali pertemuan, suspek ke rumah mangsa di daerah sama untuk berbincang mengenai perniagaan,

"Kerana terlalu yakin dan percaya kepada suspek, mangsa menyerahkan RM80,000, selepas suspek berjanji membayar semula secepat mungkin," katanya.

Katanya, mangsa cuba menghubungi suspek beberapa kali sehingga bulan ini untuk berjumpa, namun suspek sentiasa mengelak dan memberi pelbagai alasan.

Zulmazi berkata, hasil maklumat dan intipan, suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuannya itu.

"Kami tidak menolak kemungkinan masih ada beberapa mangsa lain yang ditipu, tetapi tidak tampil membuat laporan polis.

"Suspek kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Harian Metro ( 28 November 2014)
Tulisan : Rosliza Mohamed



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment